Tuesday 23 August 2016

ROAD TO FINAL YEAR!

Assalamualaikum wbt

Hai KBB. Baru-baru ni --  ade lah dalam dua minggu lepas, result UiTM untuk semua students degree udah keluarrr ya bukk! hahaha. Mabrukk pada kengkawan yang dapat result gempak. Tahniah.. tahniah.. Alhamdulillah berkat usaha dan doa, korang semua berjaya. en. en. en.. tapi buat yang ade repeat tu, jangan risau.. mungkin belum rezeki. rezeki manusia lain lain. cuba lagi beb! Kau kena percaye, Allah tu Adil, Dia akan balas keringat kau tu setimpal dengan usaha kau. seyes beb seyes. Yakin kat Allah tu sangat penting. Aku dah cuba, alhamdulillah. berjaye beb, berjaye.

Aku nak citer, dulu masa first time jejak kaki kat fac baru, tak dinafikan yang aku and kengkawan macam tak suka tempat baru. selalu compare kan fac lama dengan fac baru. ye lah, semua macam tu kan. masuk tempat baru. tempat yang kosong pulak tu, jauh dari sebarang hiburan, tempat berjimba. bas pun susah nak dapat, teksi apatah lagi, kedai pun jauh. masing masing rasa macam patah hati. apa yang ade ialah kengkawan je. kitorang try untuk survive kat tempat baru sesama. tapi tu lah, dah dapat tempat baru ni, kitorang try la nak adapt dengan suasana baru, harga makanan yang baru, crush baru.. bahhahaha.. k tak tak. so disebabkan jarang keluar berjimba, jarang lah nak bershopping and lepak ape semua, so aku and kengkawan dapat lah focus nak study, test, quiz bagai. buat stadigrup pun ada lah jugak.. so semua yang kitorang buat atas kerjasama and support kengkawan. kengkawan lah yang sentiasa ada di sisi, waktu susah dan senang.. very nice memory ever laaa.. then alhamdulillah, result masing masing meningkat. yeay!

Bile aku hapdet status "alhamdulillah" kat fb, mula lah ada yang bagi wasep personal cakap "tahniah dekan!". bhahahhaa. ye ye. memang budak dekan je boleh cakap "alhamdulillah", memang kene tunggu dapat dean list baru leh hapdet fb cakap "alhamdulillah". cer bagi intro dulu kalau ye nak wasep cakap tahniah. bagi lah salam dulu, "awal bicara apa khabar sohabatttt..." hahahhaha. pastu bagi lah ayat bunga bunga, "result kau cemane beb? okay ke?". ni tak, terus "hanis.. tahniah dekan!" apak die laa dekan. tekezuuttt member. sopan lah sikit. nasib baik member takde gagal, kalau gagal mau sentap gamaknye. hmm.

KBB, fyi .. pejam celik pejam celik, alhamdulillah aku dengan kengkawan sekarang dah masuk FINAL YEAR! Kitorang ade 1 sem lagi last kat fac (insyaAllah, amin..) and last sem nanti baru pergi praktikal kat sekolah sekolah area selangor nih. tazabaarrr rasanya nak habis belajar. bukan ape, aku dah segan nak mintak duit kat mak ayah. rasa macam nak carik duit sendiri dah ni. gais, doakan aku and kengkawan dapat grad on time please? Amin...

Aku kekadang ada gak fikir nak kerja part time macam dulu en, tapi nak masuk final year ni, aku takut bizi and effect stadi and final project aku. so apa yang boleh dibuat ialah, hidup dengan berjimat cermat sebaik mungkin. aku boleh berjimat, tapi aku kalah dengan hasutan makanannnn.. syaitonn betul lah.

okay. gais.. doakan please kesejahteraan aku and kawan kawan as final student ni. huhu,bila baca balik post awal awal, rasa macam semalam je dapat tawaran sambung matrik. ni dah jadi final student degree. cepat masa berlalu. tengok dalam cermin, aku cermin diri sendiri, aku nampak aku makin tembam. cepat jugak aku gain weight. hahahhaha. okey orait.. jumpa lagi next post! insyaAllah..

waalaikumusalam wbt
Nurhanis Azhar










Wednesday 27 July 2016

BESTFRIEND OR GENG GILA?

Assalamualaikum wbt

Hai KBB. Eh, apa yang aku perasan, asal semenjak dua menjak post aku sekarang semua pasal kawan eh? Haa.. maybe tengah musim kot hahaha. Nak cerita pasal kerja, belum kerja. Cerita pasal study, erm, tengah cuti sem. Cerita pasal family, macam takda topik. Tapi sebenarnya kalau tulis blog ni, dia ikut mood jugak. Kalau mood pasal family, aku cerita pasal family. Kalau pasal kawan, then pasal kawan lah. Kalau takda mood, tak dan nak mengarang ayat panjang berjela.

Okay. Bestfriend. Siapa takde bestfriend? Rugilaa kalau takda. Bestfriend ni, dia tak ramai. and Bestfriend ni, bukan semua tempat kau pergi kau boleh jumpa. contoh, kau belajar kat Johor, ni Bestfriend Johor. kau belajar kat Shah Alam, ni bestfriend Shah Alam. Nope. Bestfriend kau ialah mana-mana kau pergi, dialah bestfriend kau. tak kira kau belajar kat selatan, dia belajar kat utara, kau tetap akan share cerita-cerita kau dengan dia. Bukan habis belajar, terus lost contact.

Kalau kau jenis pindah merata, pastu kat setiap tempat tu kau tubuh kan sekumpulan kawan yang gila gila and sekepala dengan kau, tu kita panggil geng. Geng Gila. Tapi dalam ramai-ramai manusia yang jadi Geng Gila kau, mesti ada sorang yang kau akan rasa selesa nak share masalah, cerita privasi kau, minta pendapat, leh kesat kesat air mata kau, kongsi susah senang. Itu boleh di consider kan as bestfriend.

Macam aku, aku pernah sekolah dekat Hulu Langat, aku takda geng sangat selain geng hostel. Aku ade sorang bestfriend nama Fairus. Even aku dah pindah semenyih, sambung belajar kat matrik Johor, sambung belajar lagi kat Shah Alam, aku still contact dia and keluar sesama kalau ada masa free. bila aku pindah semenyih, aku ada geng semenyih yang familiar dengan panggilan HANAMA (terbalikkan dari word AMANAH, nama kelas kami). aku study kat matrik johor, aku ada geng aku, which are my roommates. pindah shah alam, lagi banyak geng aku buat. ada geng society, dalam society tu ada mini-geng lagi. hahahaha biasa lah tu.. ada geng kelas, dalam kelas ada mini geng kelas lagi.. ada geng silat, tapi aku dah lama tak turun gelanggang silat so aku tak rapat sangat ngan geng silat.

Komuniti aku semua terdiri daripada students. Ada jugak kawan dengan orang dah bekerja, tapi tak ramai lah.

Best ke ada geng? best lah kot, sebab diorang faham kita macam mana, leh in dengan kita, kita nak makan pun ada kawan. well, aku jenis tak suka makan sensorang, sebab tak syiok. sumpah tak suka. aku lebih rela bungkus, makan depan laptop daripada makan sensorang.

okay bila kau ada geng, geng paling best ialah geng membahan. ohh serious doe, aku tak larat nak bergelak dengan geng kelas aku. kitorang rapat 5 orang, aku iffa ros zack mj. kekadang mj takda, sebab dia selalu ada hal lain. so kalau lepak, memang aku iffa ros zack. zack ni pompuan eh, bukan jantan. nama macho dia zack, tapi hati penuh kewanitaan. BAHHAHAHA!


ZACK - ROS - IFFA - HANIS


kk.. lepak dengan diorang ni memang takkan kering gusi. sakit perut nak tercirit, sebab asik nak gelak je, masing-masing kuat membahan. bahasa yang kitorang guna pun kekadang kasar lah jugak, sarcastic, tapi masing masing takde hard feeling. kalau ada pun tak lama. kalau gaduh, gaduh besar boom boomm boommm sana sini pastu esok lusa okay balik.. alhamdulillah lah. aku ajak diorang mereput dengan aku, jangan kawen, dok sesama, kita tubuhkan rumah orang tua tua, hahahaha! tengok rezeki cemana. tak tau lagi panjang umur ke tak, sempat ke nak tua persoalannye? grad pun belum. ada setahun lagi nak bergelumang dengan degree life.

ada masa kami lepak makan sesama. kitorang suka makan tempat memurah. or nak mahal sikit, sekali sekala lepak subway. ada sekali tu makan steamboat kat meru, D'captain Steamboat & Grill ( - btw tempat ni sedap and best!) , diorang ada usha sekumpulan mamat belakang aku. aku perasan gak diorang kat belakang tapi, kambing depan mata lagi mengenyangkan dari jejantan tersebut, so fokus aku hanya pada makanan. diorang usha pastu tanya pendapat aku.

Sambil buat gaya sebab taknak kuat sangat cakap, "Nis, topi merah, pukul 5 kau, hensem tak?"

Aku nak pusing. Aku pusing belah kiri.

dan -- "Ye. Sejak bila jam kau anti-clockwise nis?"

memang kene gelak laa. aku pon, salah pusing adoi. patut pusing kanan!


ada pernah. naik kereta berhenti kat trafik light. ada lori berhenti sebelah sambil suwiit suwiit . "awek wehh awek.." si zack kat sebelah. tingkap memang bukak sebab tu leh dengar abam abam tu suwiit. pastu spontan je zack, "ish dah lah tak hensem, nak ngorat orang, " --- tetttt zack tutup tingkap. kitorang memang berdekah giler sebab zack ni kalau cakap memang tak hingat dunia, macam pakai loud speaker. samala cam aku pon. hahahaha. sian doe abam tu.

ade lagi. tengah struggle buat abm (alat bantuan mengajar) sebab involve dengan pertandingan paksa-rela, kitorang kerah tenaga nak habiskan buat abm tu sampai tak tidur malam. so memang berjaga lah, walaupun pertandingan ada 2 hari lagi. memang masa tu, gosip and membahan je kerja. ros ni pasang lah lagu english since dia memang expert sikit lagu english, so kami membahan lagu ... NO - MEGHAN TRAINOR. iffa dengar antachebolo antachebolo, padahal lirik untouchable untouchable. pastu lagu ZAYN MALIK - PILOW TALK tak silap. aku dengar pedonde pedonde padahal bed all day bed all day. bukan salah telinga yang mendengar, salah mulut yang tak pronounce betol! ape salahnye pronounce sebutir sebutir word tu? hu?

TIOMAN TIME!


Masa kami pergi bercuti kat Tioman, lagi best moment ever! ros cerita kat aku sebab aku takda kat tempat kejadian. adalah makhluk Tuhan ni (hmm geng gila aku jugak), nak tidur tapi bilik sebelah bising. alaa biasa laa bising, bila lagi en nak borak gosip pasal hal perempuan. yang dia ni nak tidur awal, dengan selsema nye, kami nak bergosip, hello?? malam masih muda okehh.. bila dengar orang sebelah bising (suara aku lah tu bising) dia menyumpah semoga kitorang dapat jiran annoying malam tu! hahahahha! takde benda lain ke nak sumpah doe hahahaha. at the end, aku tak tau macam mana dia leh hilang stability kat atas katil, golek punya golek, dia leh tergolek jatuh katil gedebuk! hahahahha! im so sorry beb, aku bukak cerita ni kat sini sebab kelakar bodoo.. ahahhahaha!! tu lah kau nyumpah orang lagi. Tuhan bayar cash! hahahah! alah. tak best la blog takde emoji eh? kalau ada takyah laa aku nak tekan 'hahaha' everytime nak jadi kan statement tu as joke.

NI JE YANG TAK AWKWARD  


k apa lagi moment Tioman. yes, moment aku dibahan sebab aku punya posing awkward giler babeng. si zack lah punya pasal, suara tu macam orang azan kat surau punye kuat, pi cakap "anis dan awkward pose nyee!!" sekali takpe, ni berkali kali. aish aku nak pangg je. aku baru nak acah acah pose gigit daun pokok. aduhh. dari orang tak pandang, orang pandang. pastu, hmm. lecturer aku kata dia nampak lak tuh situasi tu, sebab sebelah je dengan chalet beliau... hmm bukan beliau, mereka! mane la aku tau pokok tu setentang dengan chalet sape. banyak chalet kat situ. dah lah semua chalet cermin tinted, memang tak nampak laa sapa yang dok tenggek tengok. aku harap tak ramai nampak. hmm hopeless. bende dah jadik.

kalau nak cerita semua memang tak dapat lah sebab banyak sangat moment hidop dengan diorang nih. ade tu, si iffa ni, tersengguk sengguk dalam kelas sampai ada lecturer perli dia, dia tersengguk lagi, ade tu kelas lain lecturer lain tengah explain tapi nampak muke iffa tersengguk ngantuk, terus tersembur nak tergelak die. abis kelas terus segar mata dia. aishh -- salah kan setan yang menghasut tido.



STANDBY SEMINAR PRESENTATION
 - first present dapat bench mark! gudjobgais!

best moment lain is, diorang ni buat kerja cepat and tak berkira and tak lembab and tau nak curah idea apa. bukan blur, bukan lengah lengah, bukan memanjang takde idea. tu yang best. sebab aku ni jenis buat kerja nak awal and cepat. mase buat kerja, biasalah kekadang gaduh, tapi kitorang takde sentap mentap terus merajuk bagai. pandai-pandai lah jernihkan balik keadaan. kalau terlambat, mention awal awal -- sorry lambat sikit, baru bangun. -- sorry aku lambat, gi berak. -- aku gi berak jap, barang kat lab -- nis, aku nak berak jap -- aku dua kali berak hari ni, ni kali ketiga, tunggu jap. or.. -- ade tempat berhenti tak nis, rase nak berak jap.

hmm. selera lak dia nak berak je memanjang. aku ni nak kene digest diary product dulu baru leh hadam segala berak.

LAST SEM KAT SHAH ALAM


Dan .. diorang ni mulut kepoh macam anak burung punya bising kalau nampak crush memasing lalu. macam aku, aku tak malu nak cakap aku ada ramai crush, erk crushes kan untuk plural? hahahah.  well, crush je bukan ape. bak kata my feveret lecturer, jumpa crush usha je lah, bukan kena bayar.. saye dulu pun macam tu, ahhahaha! kekadang suka tengok je bukan suka ape. and banyaknye crush aku bukan taste orang ramai pon. danitu pun kene bahan lagi. -- anis taste dia nepal nepal sikit. -- anis taste dia orang orang asli baru nak hidup -- taste anis yang potong ayam kat tesco shift petang .. nampak segerombolan puak puak tu lalu terus cakap -- taste anis taste anis. .. hmm agak lah weh, aku minat hindustan, bukan minat puak tu huhu. entah laa aku kalau pandang orang memang aku neglect kan warna kulit sebab aku suka tengok bentuk muka orang tu. aku rasa puncanya sebab mak aku kot, asal tengok movie je, dia describe kan bentuk muka pelakon pelakon kat tv. mata ke dalam lah, senyuman charming lah (even pelakon perempuan), dimple lah, muka sweet lah. naahh , aku ikut mak aku. perhatikan bentuk muka orang tu. huhu. and aku tak usha jantan je eh, pompuan kalau lawa dia punya features dia, aku usha tak berkedip. lagi2 kalau anak anak mamak tu, hidung mancung ala ala hindustan fuuhhh ~ cantekk doe.. hidong! hahahaha


okayy.. aku rasa enough dah panjang dia.
nanti aku hapdet lagi.
baiii!!

waalaikumusalam wbt
Nurhanis Azhar















It's hard to gain the trustworthy.

Assalamualaikum

Hai KBB. Cuti cuti sem ni, aku rasa tahap stress dia lagi menjadi-jadi daripada minggu study. Dia bukan stress kat orang lain pun, stress kat diri sendiri kenapa malas sangat nak buat kerja hahaha.

Okay KBB, kat sini aku nak cerita sikit dengan satu kes ni.
Aku pernah cerita kan kat previous post pasal zaman aku habis SPM, aku kerja and then kena game. Zaman hingusan, zaman kegelapan, zaman bodoh-bodoh dulu.

Benda tu dah 4 tahun lebih dah jadi. Tapi sangat memberi aku kesedaran dan waspada dengan setiap  orang yang aku jumpa dan kenal. Tak kisah lah baru kenal or dah lama kenal.

Aku jenisnya suka berkawan. Kekadang ada masa gatal miang aku, aku suka tegur stranger and buat kawan. Tapi hanya kawan. Sebab bagi aku, kita boleh kawan dengan sesiapa yang kita nak, tak kisahlah dia kerja apa, study apa, tapi kita kena ada barrier, tembok, yang mana orang lain tak boleh sesuka hati cuba untuk runtuhkan. Kita kena tegas. Jangan jadi lalang, ikut je mana arah angin. Kita kena ada prinsip kita.

Macam aku, since aku pernah kena tipu (well aku tak malu nak mengaku aku pernah kena tipu), bukan pasal hati  perasaan je tapi pasal duit sekali, benda ni buat aku lebih berhati-hati. Serious talk, orang yang aku percaya ialah orang yang aku rapat sahaja. Misalnya, family aku, kawan sekelas aku (masa degree), kawan sekolah (certainly) dan senior society aku. Aku rasa tu je. Mintak maaflah kalau ada yang tak tersenarai. To gain the trustworthy, I need time. Bukan senang nak percaya kat orang. Aku belajar dari kesilapan. Jangan ikut nafsu, sebab kau suka dia so kau terus percayakan dia. No.

Lagi-lagi kalau melibatkan maruah, duit dan kerja kau.

Aku rasa sekarang Allah tengah uji aku dengan masalah yang sama 4 tahun lepas. Cuma apa yang bezanya, dengan orang yang lebih berpengalaman, lebih matang, lebih berahsia, lebih banyak angka duit yang diminta, atas alasan bisnes partner. Sekarang ni aku belum dipengakhiran cerita. Aku di tengah-tengah. Tak sabar nak tengok how this story end dan aku boleh catitkan sebagai salah satu experience aku dan dia antara orang yang pernah Tuhan temukan sepanjang perjalanan hidup ni, supaya aku lebih kenal manusia kat dunia ni.

Aku tak salahkan masa lampau, sebab benda dah jadi. Aku tak risaukan masa depan, sebab benda belum jadi. Apa yang aku takutkan ialah present life aku, yang akan menentukan future life. Your future depends on your step that you make now. Either kau bergerak ke belakang or ke depan or kau stay tak bergerak .

Apa yang bagus sebenarnya ialah, bergerak ke depan and tempuh sendiri saat genting tu. Aku pegang kuat dengan quotes yang aku jumpa tiap kali aku jumpa dengan masalah.

"Life is not a problem to be solved, but a reality to be experienced."

Sebab tu aku tak pernah menyesal dengan masa lampau aku sebab itu satu realiti dunia yang bukan semua orang alami. Aku bersyukur ditemukan dengan insan-insan tersebut.

Tapi pernah dengar satu quote lagi?

"Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me."

So. Pernah kena sekali kan? I'll make sure yang aku takkan terkena untuk kali kedua. No no no. Experience yang lepas sepatutnya buat aku lebih bijak berfikir dan lebih arif dalam menilai, bukan lebih bodoh dalam buat keputusan.


Kadang-kadang, instinct kita betul. Jarang salah. Macam ada satu suara di sudut hati tu kuat cakap, "Don't trust him." "She's lying." "Look, how he try to play the game.." "Your game is cliche.."

Dari memek muka orang, bahasa badan, logik cerita yang dibuat-buat, apa dia cuba sembunyikan, kita boleh detect dengan mata kasar.

Aku penah dapat quote best dari cerita House MD.

"Everybody lies. The only variable is about what."

Memang bukan semua orang penipu. Tapi semua orang pernah menipu. So in this case, kita tak tau bila dan pasal apa diorang tipu. Apa yang aku boleh buat, aku dengar, fahamkan, dan bukan untuk percaya semua yang dicakapkan. Tak kisahlah kau cakap benda betul ke apa. "Everybody lies. If they're not, I'll assume they do. The truth begin with lie."

Macam mana nak elak dengan penipu?

Kita tak boleh elak or tutup mulut orang yang cuba nak tipu kita. Just let them do. Terpulang pada kau sendiri nak percaya ke tak, ada akal boleh fikir. Apa yang boleh aku pesan, jangan main dengan api kalau takde air. Means? Jangan dekat or carik pasal kalau takda ilmu nak kenakan orang tu balik.

Jenis aku, aku kekadang boleh detect orang tu cuba nak menipu, sebab bila menipu, ada body gesture yang kita boleh nampak perubahan, lagi-lagi dari segi logik cerita yang dia sampaikan. kekadang tak sempat pun nak tafsir body gesture dia, tapi aku cepat tangkap dari logik cerita dia. sebab orang bila menipu, otak dia tengah ligat buat cerita. kekadang dia tak sedar, apa yang dia cerita tu tak logik dengan apa yang dia cerita sebelum ni. Jadi, once kita detect ada kepincangan dari sudut cerita dia, kita tanya dia. Orang yang menipu kalau kita hujankan dia dengan pelbagai soalan logik, dia akan kusut.

So, dah tau dia penipu, hujankan dia banyak soalan, tengok jauh mana dia boleh pergi.

Oh shit lah. Aku satu je slack. Kalau masalah orang boleh je bagi nasihat itu ini, tapi bila aku sendiri yang kena, tau pulak terkedu. Balik pada masalah aku sekarang, aku nak kawan lama lagi dengan dia tapi kalau takat kenal baru beberapa bulan, jumpa pun baru 3 kali, family dia pun aku tak kenal, wasep pun takat tanya buat ape kat mane buat ape kat mane, errr bosan! ape je yang boleh aku kenal? aduhaii.. macam yang aku cakap, tembok kena kuat. Nak kawan aku boleh jadi kawan, kau nak tipu, kebas duit or so whatever semua, I really need to deal with this guy dengan cara aku sendiri. Hati kena kering, otak kena fikir logik. Tegas! Tegas! Tegas! dan TEGAS! or lain cara, stop your step and move away. kadang-kadang kita kena undur jugak sebelum terlambat or lagi parah keadaan.

Aku pernah kenakan sorang ni. hahaha. Dia dapat nombor aku dari.. adalah atas kertas laporan yang dia terima. konon nak acah-acah salah nombor lah bagai. memang salah orang lah kau.. aku tanya dia sampai dia mengaku yang dia amik nombor telefon aku masa dia jumpa laporan aku tu.

"saya nak awak jujur. orang yang ada nombor saya hanyalah kenalan saya. saya tak tau kat mana awak kenal saya and mana awak dapat nombor ni, apa yang saya tahu awak bukan salah nombor."


memang tak professional lah citer dia. macam aku cakap, nak kawan aku boleh jadi kawan, tapi once kau tanya alamat, buah hati segala jadah memang tak lah aku proceed. nak miang  miang bagi ayat chia chiaa chiaa pegi kacau budak sekolah.  and sekarang baru aku perasan, sem 6 ni lah aku rasa aku ramai kenal dengan orang. bukan kata feymes, bukannnn.. aku tak feymes pon, aku hanya budak rabun yang gemok yang tengah tak cukup duit nak habiskan degree life yang berbaki lagi setahun. kekadang entah sesape wasep, macam hawau cakap nak kenal, aku tak sedia doe, dengan bizinye aku nak handle life aku, aku terus cakap aku ni jantan. hahahhaha tapi baru baru ni nombor yang sama ada jugak wasep, alasan salah nombor. whatever dude, go to hell.

Ya Allah, cepat cepat lah nak habis belajar, kerja. supaya boleh jumpa ramai orang. luaskan lagi pandangan aku pasal manusia-manusia di muka bumi ni. bukan takat kenal dekat wasep, fb, insta . oh i'm glad i'm not a wechat user anymore. kalau tak lagi serabut.

Laa ilaha illaa anta, subhanaka innii, kuntu minadz dzaalimiin,

Waalaikumusalam wbt
Nurhanis Azhar




Monday 25 July 2016

FRIENDS SERIES

Assalamualaikum wbt

Yezza. As I stated in my last post that I'll write about FRIENDS series, sekarang aku akan cerita serba serbi series ni.

Mana aku tau pasal FRIENDS series? Aku mula terjebak dengan FRIENDS series ni sebab junior aku dok pasang tiap hari masa dia makan and buat esaimen. Aku jadi curious lah sebab aku tengok series yang dia tengok ni macam sitcom comedy yang bila buat lawak ade suara background jadi tukang gelak. Pastu gambar dia macam lama-lama sikit. and berlakon pun macam dalam studio je. Hahaha

Then aku tanya lah junior aku, best ke? Dia kata kelakar. Kalau akak nak nanti saya masukkan dalam hard disk. Aku okay je, try first series. Gelak dia punyalah hawau aku gelak.. sepanjang sem tu, memang aku layan series ni je. Tapi disebabkan aku ni kekadang, layan movie lain, and just tengok cerita kat laptop waktu makan je, so, aku memerlukan 2 sem untuk habiskan sampai series terakhir. bayangkan dia ada 10 series, setiap series ada 18-21 episodes. 1 episode ada 20-30 minute.


ni ha pelakon dia. tapi ni gambar shoot masa first series. Muka pun memuda je lagi. Diorang berlakon sampai 10 series kot, memang nampak perubahan diorang dari series ke series. and diorang ni memang kawan baik even kat luar pun, diorang still hang out sesama. Bukan dalam cerita je.. 

Dalam ramai-ramai ni, aku suka giler watak Joey. Dia sangat baik, bertanggungjawab kat kawan-kawan dia, lawak, lambat pick up dalam conversation, suka mengorat pompuan tapi mesti tak long lasting, suka datang makan kat rumah member dia, manja dengan member dia, sangat loviiiinnggg, supportive, simpan rahsia, jaga hati member. dia yang mana? tu yang pakai baju belang hitam coklat. dia always nak dikenali as pelakon soap opera tapi kadang-kadang pergi audition tak menjadi. member member yang lain pun okay jugak tapi banyaknya aku suka dia lah. hahahah. 

secondly aku suka Chandler sebab dia suka dengan sarcastic joke dia. ada je ayat dia nak sindir kawan kawan dia yang tanya soalan bodo kat dia. hahaha. dia sayang giler kat Joey and tak boleh hidup kalau takde Joey. sampai sanggup bayarkan sewa rumah, belikan makanan kat Joey waktu Joey tengah sengkek. dia lelaki yang baju hitam tu. oh btw. dia ni broken family. ayah dia pondan, mak dia penulis cerita porn. and dia tak suka sangat dengan life dia masa bebudak dulu. 

sebelah Chandler tu Phoebe. Dia ni ada kembar, seorang lurus and bagi aku paling pelik. hahahha dia macam bangang bangang jugak lah, tapi even dia bangang bangang and pelik, dia jenisnya yang fikir pasal hati and perasaan orang sekeliling dia. lagi lagi kalau melibatkan flora and fauna. dia banyak fikirkan hati perasaan orang lain dulu baru fikir perasaan dia. and kekadang dia ni pandai gak buat sarcastic joke. kalau dia nak cover line if salah cakap, mesti tak menjadi sebab alasan dia. dia punya dialog "when my mom died for suicide..." "I'm pregnant my own brother's child!" (hahahaha padahal dia jadi surrogate mother)

then, sebelah Joey, yang Joey peluk tu nama dia Monica. Monica ni jenisnya sangat pembersih, pengemas, and dia suka kawan kawan dia lepak rumah dia. dia suka masak, and setiap kali thanks giving, dia akan masak. oh btw dia ni chef. and dulu dia selalu kata takde boyfriend, dia nak anak, tapi takde boyfriend. kalau ada pun tak lama, and kalau ada pun satu kejayaan besar bagi dia. tapi dia end up kawen dengan Chandler! hahahah! dia kalau excited, jerit kemain kuat. badan kecik, suara nyaring giler. 

okay. Monica ada abang, nama dia Ross. diorang ni member member panggil The Geller sebab nama family dia Geller. Ross ni yang pakai coat coklat tu. Dia ni kawan sekolah Chandler dulu. Dia ni jugak seorang paleontology and sangat excited pasal dinosaur. dia ni start start cerita je, baru lepas divorce sebab ex wife dia gay. dia selalu ulang "I married a gay!" hahaha tapi dapat gak anak dengan first marriage dia. kesian kat dia lah even dah kukuh tapi still tak dapat perfect family jugak. dia couple dengan Rachel tapi on off on off, sampai ada satu episode tu, aku nangiiiisss sebab diorang break! sayang giler sebab diorang sangat sweet together. tapi kena tengok sampai habis lah, dia dengan Rachel memang lawak kalau bergaduh. "We were on break!" 

oh siapa Rachel? hehe tu yang peluk Ross tu. dia ni dari family senang, yang nak melawo je keje, ayah Doctor, dapat 3-4 credit card and boros.. tapi dengan support dari kawan kawan dia, dia berjaya hidup independent. parent dia jadi bangga dengan dia. dia ni lawa so ramai peminat. and dia jugak kawan baik Monica masa zaman sekolah dulu.. masa sekolah, Rachel ni crush Ross.. Ross suka giler kat dia. sebab lawa.. and Rachel ni lawak giler. lagi lagi kalau dia marah, memang kelakar habiss.  

apa yang sama pasal diorang ni semua? semua sangat menghormati hati and perasaan masing-masing. even member nyanyi tak sedap pun, diorang sanggup tadah telinga nak dengar, semata-mata nak jaga hati member. kalau bagi nasihat kat member memang bersungguh-sungguh bagi. kalau simpan rahsia, nombor satu. kalau salah cakap, mesti cover balik. kalau kawan kecik hati, pujuk balik. even lelaki dengan lelaki pun. hahahaha. sweet kan diorang.. 

antara diorang ni pun, ada jugak crush each other tapi yang kawin Monica dengan Chandler je. diorang berdua ni pun loving couple jugak, sangat supportive each other! 

tapi diorang semua ni dah tua dah. 


siapa yang maintain sama? aku rasa David Schwimmer (Ross). kalau perempuan, Lisa Kudrow (Phoebe). Matt Le Blanc (Joey) memang nampak lain sangat.. takpe Joey, I still love you!

Okay.. takat tu je lah post kali ni. boleh lah survey survey kat youtube, try layan beberapa episode, mesti korang jad addicted. hahhaha.

okay see you next post

waalaikumusalam wbt
Nurhanis Azhar

Shall I start it with FRIENDS?

Assalamualaikum wbt

Hai KBB. Lama dah aku tak post apa-apa kat sini, and now I think I should write something.



FRIENDS. Yes, semua orang ada kawan. Or kawan-kawan. Is there anyone can live without A FRIEND? Of course not, neither do I. Because we 're human, we need to talk, we need to make relationship, spread the love, enjoy the live! Tapi berapa ramai yang boleh jadi kawan time kita susah? You don't need calculator to calculate it, just use your finger, sebab kawan yang ada time susah  kadang-kadang boleh kira dengan SATU jari je.

Aku repeat banyak kali pasal kawan kat adik lelaki aku yang baru nak sambung belajar ni. Tak payah berat kepala nak fikir pasal study, sebab once kau sambung belajar 10% je kau belajar pasal study kau, the rest 90% pasal family, relationship, brotherhood, society, ethics, life financial, life survival. Kalau kau pandai pilih kawan, inshaAllah semua ni kau boleh survive.

Yeah ada jugak orang yang hidup takda kawan, and how pathetic is that? They think people are ruining their lives, but actually they ruined their life. A normal human needs to talk. It's therapy for your bad day, share your happiness with someone else, share opinion about complex matter, help each other, spread the love !

Why spread the love? Sebab between kau dan kawan kau akan timbulnya perasaan sayang. I'm not talking about gay part here. It's not about the homo thingy. Aku tak tau lah kau pernah rasa ke tak perasaan sayang pada kawan-kawan kau. Kalau aku, aku tak malu cakap aku ada rasa sayang aku kat kawan-kawan aku. Tapi tak semua dapat rasa kasih sayang aku ni hahahahha!

Bila sebenarnya kau ada rasa sayang kat kawan-kawan kau?

Bila dia buat salah, tanpa ucapan maaf, kau dah memaafkan dia.
Bila dia buat benda tak betul, kau tegur dia.
Bila dia susah, kau tolong dia.
Bila dia sedih, kau dengar luahan dia.
Bila dia menangis, kau lap air mata dia.
Bila dia happy, kau happy.
Bila kau gaduh dengan dia, and korang berbaik, kau rasa happy sangat. Rasa lega.

Oh serious shit, macam orang bercinta ke? Taklah. Ni lebih dari soal cinta. Kalau cinta, cinta kerap je putus, tapi kawan jarang la putus. Kalau putus tu bukan kawan lah.. Cinta kau dengan pakwe or awek kau kekadang menghampakan kan? Tapi kalau kawan jenis macam ni jaranglah menghampakan.

Aku ada kawan yang bila aku menangis, dia pernah peluk aku. Masa kat matrik dulu. Roommate. Memang diorang terbaik pernah aku jumpa. Bila masuk degree, jumpa kawan baru, create group baru. Kekadang akan ada salah faham, normal lah, tapi kalau dah sayang, jarang lah gaduh lama-lama. Sebab apa? Sebab sayangkan persahabatan yang ada.

Kalau kau ada masalah dengan member kau, kau rasa taknak cakap lagi dengan dia, kau fikir betul-betul, tanya diri kau, betul ke kau taknak cakap lagi dengan dia. kau refresh balik memory kau dengan dia, nak sia-sia kan macam tu je ke? mana lebih tinggi, ego hati or persahabatan?

Aku pernah je berapa kali salah faham. tapi baik balik. tapi ada jugak kes yang tak baik balik. sampai sekarang. puncanya? sebab persahabatan itu didirikan atas dasar kepentingan diri sendiri.

Aku ni bukan lah seorang kawan yang baik. aku jahat jugak, tapi aku jenis tak betray kawan. aku jenis tak mempergunakan kawan. guna sikit-sikit tu ada lah, kalau dia pandai, aku gunakan dia untuk jawab soalan soalan bodoh aku. hahaha. okay. tapi kes yang buat aku tak bercakap ngan member aku ni ada sebab sebab dia.

aku share kat sini untuk pengajaran ye.

Kalau kau rapat bertiga, jangan kau selalu attach berdua. kalau kau suka kan seseorang tu, jangan guna kan orang lain untuk rapat dengan seseorang tu. and yes, itulah yang aku rasa. aku rapat dengan A and B. A ni perempuan and B ni lelaki. Kami rapat, selalu lah B ni ajak gi memana kan and since aku ada kereta so memang senang untuk kami keluar sama-sama. kami ada group wasep sendiri, just three of us. yang kami selalu share is pasal agama. then baru pasal hobi memasing. lama kelamaan, aku rasa sayang giler kat A dengan B sampai aku tanya diorang, apa pengakhiran kita bertiga? A jawab bila aku dah pindah cawangan lain, B dah beranak pinak and dia struggle FYP sensorang. aku jadi sedih sebab kami terlampau rapat.

Silap aku ialah terlampau sayang kan diorang ni. sampailah, aku perhatikan. A dengan B ada perasaan to each other. aku tanya B, a few questions pasal perasaan dia kat A. B terkejut cemana aku realize, sebab dia memang ada nak bincang pasal benda ni kat aku. Dia admit, memang ada rasa cinta kat A tapi tak tau nak buat apa and takut aku rasa tak selesa dengan benda ni. Aku sejujurnya, aku tak kisah. aku cakap nak aku tolong pun boleh, tapi B.. kau kena adil. kita rapat bertiga, korang jangan pinggirkan aku. kawan is kawan. perasaan is perasaan. ok deal. deal. aku pun cuba selidik apa perasaan A kat B, tapi aku yakin je dia ada perasaan yang sama kat B. masa ni aku simpan je rahsia yang B suka A, atas janji aku pada B. since kami ni banyak bekerja bersama, apa yang aku nampak, diorang berdua banyak luangkan masa sama-sama, sampai effect kerja. kerja yang tak patut buat berdua, boleh settle sensorang, diorang nak buat berdua. aku jadi marah. sebab akan effect kerja orang lain. aku perhati lagi, nak berkepit je, even dalam group wasep pun sembang berdua. bila aku tak respon, tanya kenapa aku tak respon. dah tu sembang berdua, expect aku nak nyampuk ape? citer pasal buku ilmiah agama, fakulti diorang, lagu nasyid, mana la aku minat. aku tak minat lagu lagu nasyid, buku-buku ilmiah ni. sorry to say. jahil? maybe lah. sebab tu aku nak rapat dengan diorang sebab diorang ni baik, tau pasal agama, tapi bukan minat aku pun nak baca buku and dengar lagu nasyid selain lagu raihan and rabbani. my time is too limited to spend reading books (masa tu). sebab aku busy dengan kelas tuisyen, esaimen, program. takda masa nak baca buku lain, baik baca nota.

ok then.. aku dah mula tak berkenan dengan B. aku hilang respect kat dia, aku tak suka dia, aku jadi hilang sayang lah kat dia. aku sayang A sebab .. sebab aku memang sayang dia dari dulu lagi, kami pernah jadi roommate sama, rapat sesama.aku rapat dengan A dulu baru dengan B. lama-lama, aku pun busy dengan life aku (since aku masa ni menyewa kat luar, diorang duduk hostel), aku jarang contact diorang. aku layan B acuh tak acuh. sebab dia lupa apa yang dia dah deal dengan aku dulu. and apa yang aku nampak dia banyak amik kesempatan. nak keluar dengan A tapi ajak aku sekali, padahal bila keluar banyak sembang dengan A. aku ni apa? tunggul? peneman muhrim? banyak lagi la keje lain nak buat dari nak teman orang date. memang aku cakap aku boleh tolong dia nak dapat kan A tapi bukan gini lah caranya.

lepas tu, aku dengar dengar A and B selalu study sama kat library. dah pulak. berkopiah and tudung labuh dating ke kat library? tak tau pun. oh maybe fakulti aku kat luar, bukan kat induk. tapi dulu masing masing kata tak suka dating. pernah kata orang lain date, tertunjuk obvious lah apa lah. kata taknak nanti ada anak yang berdating jugak. bukan sekali dua duduk library, berkali kali. ramai tegur and bercerita kat aku. sebab diorang tau kami rapat bertiga.

At last, aku tanya A. apa sebenarnya perasaan dia kat B. lepas kena paksa, dia admit anggap B lebih dari seorang kawan. then aku rasa tak perlu lagi aku simpan yang B suka dia. aku cakap syabas, kau tak bertepuk sebelah tangan! aku tanya lagi, B ada confess? A jawab, actions speaks louder than words. ok.

masa raya tahun lepas, B bagi ucapan raya kat aku. panjang.. berjela. mula mula tanya kenapa aku layan dia acuh tak acuh. and he needs to know apa salah dia. aku cerita semua. aku tak kisah lah korang nak buat apa pun, tapi kenapa abaikan aku? mana pergi kata-kata korang sebelum ni? aku rasa aku dipergunakan sangat sebab bila kau dah rapat dengan A, korang stick berdua je, ada kisah pasal aku? aku ada masalah takde tanya pape pun. kau just balas OK je bila aku wasep kau. kau tak pelik tetibe aku mintak masuk hostel?

sebenarnya persahabatan ni antara aku dengan A je, bukan dengan B. silap B bukan suka kat A, tapi silap dia ialah gunakan aku untuk bina persahabatan baru, atas dasar suka dia pada A. tu yang aku marah. mana aku tau dia suka A dulu baru create persahabatan kami bertiga? sebab dia cakap dia mula sukakan A sebelum kitorang rapat lagi. Sorry lah kalau aku jump to conclusion awal sangat en. tapi sesapa kat tempat aku pun akan rasa menda yang sama.

Aku kecewa dengan sikap diorang. masing-masing tak ikut macam apa yang diorang kata dulu. bila aku pindah, aku dengar lagi pasal diorang. kawan kawan lain pun tak suka sebab effect kerja. sampai aku dengar diorang kena tegur dengan orang atasan. tapi lambat dah lah. aku pun dah pindah. rasa sayang aku kat diorang berdua dah hilang. yang ada cuma rasa menyampah. walaupun berkali kali B kata dia tak gunakan aku, tapi aku still ingat dia cakap, "apa aku nasihat selama ni ikhlas untuk korang berdua bukan sebab A je, walaupun aku berharap A akan ikut  .." SO?


dalam kes ni ada salah masing-masing. diorang salah, aku pun salah. tapi aku tak boleh rapat lagi dengan diorang, even dengan A. kau nak buat apa after ni, buat lah. and A. aku tak suka dengan dia bila dia mula tipu aku. dia cakap dengan orang lain dia ada hal tak boleh join program sebab ada kursus kawen, tapi bila aku tanya dia nak gi mana, kata ada program fakulti yang diorang kena handle. ok. kalau kawan kenapa perlu tipu? aku tawar hati dah dengan diorang. so aku just bawak diri je lah. ramai lagi member lain..


nasihat aku. try untuk balance and professional dalam perhubungan. jangan rapat dengan yang ini je, pastu kau abaikan yang lain. or gunakan kawan kau untuk capai kepentingan kau.. friendship. kalau ada lelaki ada perempuan, mesti akan jadi benda lain. So, kalau suka cakap suka let it's clear.


pernah tengok siri FRIENDS? nak tau erti kawan, sahabat, tengok lah siri tu. and make sure iman korang tebal tengok citer nih hahahaha. and sumpah korang akan sakit perut sebab asyik nak gelak je tengok citer ni. nanti aku post pasal citer FRIENDS.

ok takat ni je. see you next post!

Waalaikumusalam wbt,
Nurhanis Azhar








Friday 24 June 2016

kebizian melampau!

assalamualaikum

hai post kali ni sikit je, aku tak dapat nak post deep deep sangat. buat masa sekarang aku superbly busy. tak pernah rasa busy giler camni kan. nanti naik cuti sem aku update cerita yang tertunggak ye. banyak menda nak share nih. tak sabo la rase. hahaha. well banyak benda jadi sem ni. benda benda di luar jangkaan. so.. tunggu ye, last paper aku 3/7 ni so. DOAKAN! mudah mudahan dapat la DL kalau boleh. aku teringin nak merasa sekali dalam 8 sem ni nak DL. yee.. trimas !

love you,
nurhanis azhar

Tuesday 23 February 2016

AKU DAN PBSM – Part 3 (Me vs Somebody Rude)

Assalamualaikum.


Hai.. kita sambung lagi ye. Haha. Banyak aku nak cerita pasal hal persatuan ni. Selama ni aku malas nak cerita kat KBB, tapi bila aku fikir balik. Ada sebab kenapa aku nak share. Aku nak orang lain amik pengalaman aku as iktibar.


Okay. Me vs Somebody Rude.
Aku ni terkenal dengan sifat lantang bersuara. Or sometimes tindakan aku buat orang lain rasa puas hati dan sakit hati. hahahaha. Sebab ada orang lebih rela pendam kan aje rasa hati, biar je orang buli, orang herdik. Tapi aku, hmm, mungkin bukan yang jenis macam tu lah. Depends.


Kes 1.

Dalam persatuan ni, ada staff yang aku tak berapa berkenan perangainya. Seyez aku tak berkenan. Dia anggap kami ni ada masa nak handle semua benda and takda hati, takda perasaan? Kekadang nama je penasihat program tapi tak membantu pun, malah menambahkan lagi keruh keadaan. Bukan takat tu je, serang kawan-kawan aku kat wasep, guna aku-kau semua. Gila ke apa? Kau tu kategori wajib kawin dah kasi hormon tu stabil sikit! Kami ni student, bukan kuli! Kau as staff, dah lah dapat gaji, dapat lagi duit nak claim jam yang kau pergi event kami, dapat lagi duit as pegawai kami. Kami ni tak dapat apa tau! Takda gaji! Harap duit duty as medic cover and kolej free je. Kau ingat aku tak tau yang staff kalau ada pegang 2 or lebih persatuan dalaman dapat $$$ ? Ni kawan kau sendiri yang bagi tahu. Wallahualam lah kalau dia tipu ke kan. Tapi kau tak patut marah kawan-kawan aku yang tak bersalah. Salah ke cakap elok-elok? Sebelum marah, cerita sikit sumbangan kau dalam persatuan? Nehi! Takda! Kuat ngampu! Aku memang dah pasang niat and dah aim kereta dia yang mana satu. Asalnya aku nak pancitkan tayar dia semua, tapi fikir balik, kang dia ada emergency kang susah. So aku campak aiskrim banyak-banyak kat keliling kereta dia. Ahhh sopan sangat! Patutnya aku cabut tayar dia campak kat paya je. 


Kes 2.

Ni masa aku dalam perjalanan nak ke sebuah negeri utara tanah air. Aku on duty masa ni. Aku engaged dengan satu organisasi ni. Tak perlulah aku cakap organisasi mana. So dalam bas, aku nampak pegawai dia marah budak dia ni sebab salah beli air. ‘Bodoh beli air gas! Aku mintak air lain.’ Aku ni haih .. geram giler, pantang pulak tengok orang kena pijak depan-depan. Alah pegawai dia student je pun, sama level lah dengan aku. Aku pun pegawai jugak dalam persatuan. Bezanya dia dari diploma, maybe pengalaman tu lebih. Aku takda lah sound depan-depan, cuma aku type sesuatu lah kat twitter aku. Kutuk mamat nih. Ah suka hati lah, twitter hak peribadi kot, bukan aku hashtag organisasi dia. Dan-dan dia intai daaa dari belakang, dia nampak apa yang aku tulis. Dia panggil aku dengan lagak samseng and tanya. 


'Eh medic. Apa nama kau?’

‘Hanis. Apasal?’

‘Apa? Anas?’

‘HANIS!’

‘Oh. Lama dah kau join PBSM nih?’

‘Lama jugak, apesal?’

‘Hapesal hah kau cakap aku and kawan kawan aku ni bodoh, sial semua?’


Dush! Yes aku tulis sial, tapi aku padam balik and tak tweet pun! Means memang betul dia intai masa aku type tu, tapi dia tak nampak aku alter sikit ayat aku. Aku tak letak sial dalam tu.

‘Oh so awak bacalah apa yang saya tulis’

‘Ah semua aku dah baca! Kat FB semua’


Ah kepala bana dia lah! Aku tulis kat twitter bukan kat FB. berhagaklah FB aku nak mencarut. Mama ada kot kat FB.


‘Okay. Dengar sini.. First sekali saya nak mintak maaf kat awak or kawan awak yang terasa dengan saya. Tak best macam ni kalau kita gaduh sedangkan kita ada berminggu-minggu lagi nak attach sesama kan? Kedua, saya nak peringatkan, saya tak guna FB pun, saya guna twitter. Dan itu adalah hak peribadi saya, saya nak tulis apa suka hati saya. Saya tak uar-uarkan pun or hashtag on duty dengan organisasi awak. Ketiga, saya nak awak tahu. Dalam bas ni, awak kena ingat bukan ada organisasi awak je, tapi ada 2 organisasi kat sini. Ada awak, ada BSMM. Kami menilai berdasarkan apa yang kami nampak. Awak tunjuk kan keburukan, dan kami nampak keburukan. Pendapat saya, ni nasihat lah eh heart to heart kat awak, kalau nak beli air, pergi beli sendiri, tak perlu nak mintak orang lain belikan. Dan bila salah beli, awak kata dia bodoh. Kalau nak beli sendiri okay?’


Nampak dengan panjang lebarnya dia dengar aku bebel kat dalam bas tu.


‘tapi kau kena tau, kami memang dididik macam ni! Dia ni ada paku, ni berpangkat lah bla bla bla…’

‘tapi awak student kan? student je kan’


Hmm dan conversation kami berakhir pasal paku dia tu. Tak kisah lah awak ada paku or takda. Nak marah budak bukan macam tu gayanya. Kau yang buat aku nilai kau macam tu. Student je pun, jangan rasa nak bangga sangat dengan paku kau. Tapi aku salah jugak lah, jangan nak mencarut sangat dalam twitter lain kali. Pengajaran buat aku jugak. Huhu. Dan disebabkan itu, kurang sudah aktiviti twitter aku, kekadang aku tweet kalau bosan je. Tweet menda menda kosong.


Okay. Totally sebenarnya tak terkira jumpa orang kurang hajauu ni selama aku dalam persatuan. Cuma aku kekadang tak teringat je kisah-kisahnya. Aku ingat top 2 ni je. Hahaha. Kes kedua paling tak dapat aku lupa. Entah apa kabau budak yang giler pangkat tu. Mengikut kata yang in-charge medic masa tu, aku terkena salah orang. Memang jenis nyentap kuat. Tapi takpa, biar dia kena buku dengan ruas. Kekadang jangan diam je bila tertindas. Kau kena strong pertahankan balik maruah kau. Aku tak usik orang kalau orang tak usik aku. My personality defines who I am, but my attitude defines who you are.


Okay jumpa lagi next post! AKU DAN PBSM – Part 4 (He vs She)

Waalaikumusalam wbt
Nurhanis Azhar