assalamualaikum wbt..
haii hoi hoi!
hahaha, hari ni aku dipanggil untuk ditemuduga di uitm shah alam ! ohh welcome to shah alam hanis !
aku apply course sarjana muda pendidikan biology so, no need medsi test for this, just terus pergi interview saja. hewhew ~
okeh my little bebeh ! FYI aku bangun pukul 5 pagi and bersiap2 tapi 6.40 pagi baru bertolak hahahah ! alah korang cam tak biasa, bangun memang laa 5 pagi, bodek sane bodek sini dah 5.30 pagi #tuala tak capai2 lagi huallamakk ~ sejuk + malas + ngantuk gilerzzz !
then, dah solat subuh semua, siap2 transfomers power rangers!! pakai stoking & kasut ...... BLAH !
hahaha, ayah tak dapat pergi coz dia kerja so my lovey-dovey-dotty mummy laa yang bawak pi shah alam nun.. mak aku dah mula cok cek cok cek kata dah lambat bagai, aii nak wat cammane madam rohani #dah saya pagi2 tu saket perut, tu pasai lambat adui ~
hermm.. toksah la citer an kalau dah sakit perut tu aku buat hapa..
oke lets go ! !
haah! aku sampai sana tepat jam 7.55 pagi. aku patut bangga dapat datang tepat pada masanya #walaupun kami sesat terlajak. =,=" ok, sampai2 sana, check nama aku kat bilik mana, panel mana.. blubbb blubbb blluubbbb ~ # menyelam dalam lautan candidates yang tengah serbu senarai nama.. ahaha fake giler, aku rasa 12 org je yang serbu tu..
dah nampak dah tu nama den ! nur hanis azhar !ok, now sign and memorize kat mana aku perlu pergi sekarang. ermm.. ye, mak aku ada beli kan sesuatu..... sesuatu yang tak disangka ...... #lagu# .... laa, kuih je punn dengan air soya.. hahahha juz for breakfast kehh... alhamdulillah but takde selera pulak #cishhh
masa nak sign kehadiran tadi, ade sorang mamat kacak haloba ni pi pijak kaki aku. HAISH! yes! terima kasih abg kachak haloba! kaki ni memang untuk dipijak pon ~ mentang2 kasut kulit bersinar2 kehitamannye, hermm, maaf pun takde yerh.. herhh,, siap kauu, jumpa nanti kat panel mana kau pi iv !! #dalam hati#
"mak, kat Tec 5 Panel 5" ujar abg kachak haloba tadi.
aku punye kening dah terangkat sebelah daa.. hamek ko! 1 panel dgn aku! siap ko, nanti aku pijak2 kaki ko... HERH!
ok, sekarang dah cium pipi mama kiri kanan, terus naik tingkat atas, panel5. hmm,, ramai gak orang, cari tempat kosong. ohh.. candidate2 lain tengah dok susun sijil2.. ambuihhh banyak sijil hang noh... heheh.. baguih3.. aku amik tempat duduk, usha kiri kanan, senyum sengeh2, AND ITS TIME TO START THE CONVERSATION between us.. tak syiokk ah duduk sengeh2 tak borak2.. dah la gemuruh jiwa semangat membara ni.. dari puncak ingin ke angkasa pulak tu.. #faizaltahir.. memandangkan aku sorang je dari selangor (yang lain rata2 dari kedah, kelantang, terengganu) so aku greeting la diorang, "SELAMAT DTG KE SELANGOR!" hahaha, in a few minute, kami dah mula borak2 macam member hwweehweee #angry bird
erm, candidate pertama masuk..
7-10 minit kemudian dia keluar. dengan confident and agak poyonya dia cakap "genetic & english testing" BAPAK KAUUU LAA.. aku genetic pun payauu mau ingat ! haishh... #kene buat micro-teaching
candidate lain masuk, then 7-10 minit gi tu dia keluar
"isu semasa"
continues.......
"plasma membrane"
"isu semasa"
"english test and bla bla"
"bla bla bla"
"hupp shaa lalalala lalalala"
and sekarang candidate ke-8. AKU LAH!
aku masuk, 7-10 minit sumting aku keluar.
and what the amazing is...... my micro-teaching was :
"ajar je mana2 tajuk yang awak suka"
KAHKAHKAHKAH ! ! mau tak syok nyer beb...
tang2 budak first tu panel tu suruh dia terangkan tajuk genetic, tang2 aku alhamdulillah diberi kesenangan abadi syurgawi untuk pilih mana2 tajuk yang aku rasa nak bentangkan kat panel. hahhaha..
ok, meh aku citer laa..
NURHANIS AZHAR. #nama dipanggil.
ok. masuk, wat senyuman manis tapi tidak menggodakan, bagi dokumen and duduk.
TEST BEGIN . . . . .
panel 1 (lelaki sabah) & panel 2 (perempuan melayu) senyum.
aku pun senyum .. =)
panel 1: nurhanis awak dari mana?
aku : saya dari semenyih.
panel 1: lepasan matrik?
aku: ya, matrikulasi johor.
panel 1: jam berapa awak sampai sini?
aku : erm, tak silap area 7.55 tadi saya dah sampi dah. hehe
panel 1: tak sesakkah?
aku : sesak tu tak, tapi sesat tu ye. ha, saya boleh terlajak sampai kilang panasonic sana nun.
panel 1: kilang panasonic? belakang sana tu?
aku: a'ah nasib baik ada kawan kat intec ni, saya telefon dia, dia kata fakulti pendidikan ni dalam kawasan intec jugak. so saya cari intec. saya tak ternampak pulak ada signboard temuduga tu. hehe
panel 1: ohhh.. ok, nurhanis sila kenalkan diri awak.
aku: ok, assalamualaikum. saya nurhanis azhar dari semenyih, lepasan matrikulasi johor. saya mempunyai 4orang adik beradik dan saya yang sulung. bawah saya adik lelaki, lagi 2 orang tu adik perempuan. sementara ni, saya buat kerja part time di syarikat SW plaster ceiling &construction sebagai kerani. ermm, saya masih punya mak&ayah dimana mak saya bekerja di syarikat penerbitan berhad di chan sow lin, dan ayah saya bekerja di chorus hotel area2 KLCC sebagai chef.
panel 1: awak berpidato ke kat sekolah?
aku : [aii aku terangkan tadi ala2 orang menang pidato ker?] tak, saya tak pernah masuk pun pidato.
panel 2: jawatan di sekolah dulu ?
aku: erm, saya librarian sejak form2 hingga form 4 setengah, pastu pindah sekolah, biasalah tempat baru naik form 5 saya dapat jadi penolong kelas je.
panel 1: owh bapa awak chef.. mesti bapa awak masak sedap kan?
aku : haha, tapi saya rasa mak saya masak lagi sedap ~
[1 bilik berdekah.]
panel 1: ayah awak berulang alik pergi KL ke semenyih?
aku: a'ah... dia naik motor ulang alik.
panel 1: kenapa awak pilih profession sebagai seorang guru?
[soalan famous dah keluar daaa]
aku: owh.. panjang ceritanya....
panel 1: eh takpe, pendekkan ceritanya.
aku: ok, erm.... masa saya sekolah dulu, saya tak faham pun subjek biology yg cikgu saya ajarkan disekolah. bila saya tanya dia, dia suruh balik nanti baca sendiri. saya sbg seorang pelajar sgt2 lah sakit hati bila ada guru yg ckp mcm tu. sampai lah saya pindah sekolah, masuk form5, saya berjumpa dgn seorang guru ni yang memang mengajar kami 1 kelas sampai kami semua faham. dia mengajar dengan sepenuh hati dia. dia takkan biarkan kami tak faham. dia ialah guru kelas saya.
panel 1: siapa nama guru kamu itu?
aku: pn sarina hasyim.. hmm, saya nak jadi seperti dia. dimana mengajar anak2 murid sampai faham. masa saya bergelar pelajar sekolah, saya dapati ramai antara guru2 yg mengajar hanya kerana nak menghabiskan baki2 silibus yang tak abis tapi tak ambil peduli jika pelajar itu faham ataupun tidak dgn apa yang dia ajarkan. saya juga nak menyebarkan ilmu dan bimbing anak2 bangsa saya
[jawapan poyo budget giler mase nih kahkah3]
panel 2: dalam subjek biology awak minat topik yang mana?
aku: erm, saya minat topik mitosis, cell, darah, jantung etc..
panel 2: eh, kenapa tak nak jadi doktor?
aku: mula2 memang minat nak jadi doktor tapi lama2 saya sedar saya tak kuat nak jadi doktor. i means, spiritual saya tak kuat nak jadi doktor.
panel 1: ok, hanis. sekarang kami mau kamu mengajar ya di whiteboard depan. anggapla kami ni murid2 kamu. bermula dari pintu sana ya.
panel 2: kamu ajar saja tajuk mana2 yang kamu minat ? :)
[dalam hati aku dah berdekah giler2 time nih hahahhaa]
aku pun dengan gaya & cara tersendiri no copy paste dari sesapa pon terangkan tajuk mitosis. PMAT (pakmat) Prophase, Metaphase, Anaphase, Telophase. terangkan chromosome tu dari berserabut kat Prophase sampai lah membentuk cleavage kat Telophase and lastly produce 2 daughter cells. #untung giler aku masih ingat subjek form5 aku ni padahal aku datang tak prepare apa2 pon
panel 1: ok, awak boleh duduk. baiklah hanis, kami mau test bahasa inggeris kamu ya. jadi harus dijawab dengan bahasa inggeris. alright hanis, what is your favourite food?
aku :[ha?? food?! hahahhaha! alhamdulillah Ya Allah~] my favourite food is malaysian food. malaysian food ya, not malays food. malaysian food as we know that indian's dish like curry, chinese food like nasi ayam, and malays food like nasi lemak. i love all of that.
panel 1: whats food that you really2 like?
aku: erm, nasi lemak
[sebenarnya tak pon! alah bukan dia tahu aku minat apa, taram saja laa]
panel 1: why?
aku: because it is a complete dish. it have carbohydrate, vegetables n else.
[jawapan immediately, aku hantam pakai jawapan berkonsepkan biology nutrition]
panel 1: so you dont like mi goreng?
aku: no i dont like it. if i go to breakfast/lunch at outside, it was my last choice.
panel 1: eh, why?
aku: err.. [apalaah aku nak jawab] erm! it is not a complete dish if compared to nasi lemak!
[kahkahkahkha.. lantak ar tibai saje....]
panel 1: so you also dont like mihun sup?
aku: yes yes.. i didnt like it.
[padahal kat marik, mi bandung laaa pilihan utama aku#]
panel 1: so you love to eat rice? why?
aku: yes. erm i think it just a mind set because as we know asian culture that our people like to eat rice. they do not "kenyang" as long as they dont took the rice as their dish. hehehe
[ade pulak tertepek kenyang kat situ sambil wat muke kambing kene sembelit]
dua2 panel tu tersenyum dengar perkataan kenyang tu hehhehe.
panel 1: include breakfast you eat rice?
[dia buat muke terkejut, ala brader relek3. standard la org m'sia makan nasi]
aku: er, nope! i eat cereal for my breakfast because i have to cover up my body weight hehehe..
panel2 tersengeh2 lagi.
panel 1: ok now who is our prime minister?
aku: ermm.. {sape eh? HAHAHHA! bengong, abang najib kau tu laaa] ha, Dato Sri Najib bin Tan eh.. Tun Abdul Razak. kehkehkeh
panel 1: who is our agong now?
aku:[uisshh! chisss.. aku ingat sultan mizan yang hensem tu je tapi dah tukar baru tahun lepas.. ermm sape eh?] erm, i knew that he is the new agong but i didnt remember for his name. hehehe
panel 1: are you remember which state that he is come from?
aku: ermm [pejam mata ingat balik, abg daus ada pernah cakap hari tu, sultan agong kali ni kali kedua jadi agong.. ermm KEDAH!!] yeah.. he is from Kedah.
panel 1: are you sure Kedah? not Johor??? -sambil menyepetkan matanya-
[alaaaii nak kompiuskan aku letuww..]
aku: hahahaha #bangga.. nope, he is not. i'm from johor matriculation so i know that sultan johor is not an agong right now.
KAHKAHKAH..
panel 2 dah tergelak sambil tepuk panel 1. panel 1 pun tergelak coz kantoi la yang dia saje nak kompiuskan aku.
panel 1:haha, ok hanis. now is there is anything that you want ask for?
so aku pun tanya laa soklan2 yang aku pon sebenarnya dah tau jawapan2 tu.. saje jer nak borak2 ngan panel ni.. hahaha.. takde keje ke? well ~ bilik tu ade aircond, tu yang malas nak keluar.
ok, now dah keluar. erm.. pi carik mama, dok lepak borak2 ngan makcik2 lain yang tengah tunggu anak depa tak abeh2 lagi temuduge then chaaaww.. times for makan abc shah alam! hahhaa.. alang2 dah sampai shah alam, rugi la tak makan abc diorang kat seksyen 2 nun.... huiii
pastu dah habes semua, amik my siblings kat rumah and pergi jemputan kawen kak lin [drebar bas aku dulu]
so ni excited dapat keluar !
ok laa aku rase dah berjela, kang jadi artifak tamadun hindus plak..
alright see you nest time for the next post !
tata wasalam ~
#yang burok harap dimaafkan yang baik harap diteruskan :)