Wednesday, 15 May 2013

excident ~

assalamualaikum wbt..

ai member2 blog ku sekalian.... up-to-date my latest news..

aku.... kemalangan. pagi semalam.

yeah baru sekarang aku tau betapa sedapnye kemalangan itu! choii ~

nak dikatakan. semalam hari kedua aku bekerja di syarikat SW Plaster Ceiling & Construction. mak aku dah amanahkan abglong (my cousin) untuk hantarkan aku pergi kerja sbb dia lalu tempat tu. *tapi mak aku pun lalu jugak, saje taknak hantar aku letuuw =,="*

hmm.. nak dikatakan pagi tu. seperti pagi yang sebelumnya aku and abglong pi keje sesama. memandangkan kami naik motor, kami still boleh lalu celah2 kete or gune jalan tepi walaupun jalan jam right. peak hour la kata kan mase ni. ok then, aku nampak kak wani (my cousin jugak) naik motor. kire selisih lah kat jalan. pastu aku nampak mak aku, pun bawak motor. aku tata tata je kat diorang haha. before nampak diorang, aku punye instinct tak sedap tau pagi tu. entah kenapalah aku asek pikir excident la, mati la apa la. so dalam diam2 abglong bawak motor tu, aku mengucap panjang, takut kalau2 lah terjadi at least aku dah mengucap awal2 hehe. and aku punye helmet macam kene tiup angin tau, so kepala aku mcm tertarik ke belakang gi tu. dan baru aku sedar yang helmet aku tak ketat ikatannya. so cepat2 aku ikat kuat2.

sedang2 menikmati panorama pagi melihat2 - pakcik hantar anak gi sekolah, lori bawak barang, cikgu nak pi sekolah, akak2 comel manis anggun nak pi keja, abang2 macho hensem kacak lagi bergaya bawak motor kapcai tak ketinggalan juge yang bawak kawasaki. pewwitt~

then, aku pun toleh laa kehadapan. this time la aku rasa aku pegang handbag aku and bag galas abglong je. tak pegang besi motor or pape pon. then aku nampak motor lain, mcm seakan2 melintas depan motor kami. and aku dengar abglong menjerit "ALLAH!!!" aku terkejut, and PAAMM!!! aku rasa ade satu hentakan yang kuat dari depan and aku rasa aku seakan2 terbang melayang *sambil nampak motor abglong bersepai* #dalam hati kata ok sekarang excident sdg berlaku hanis!# and aku terjatuh, terseret lebih ke hadapan daripada abglong and motor. aku memang perasan giler2 yang aku melayang, jatuh and terseret sebab aku dgr helmet belah kanan aku terhentak kuat *mase tu aku dizzy* and bunyi helmet aku terseret kat jalan tar "zzzrrrr". yes, aku terseret mengereng ke kanan. aku sedar2 bukak mata, aku bukan kat hospial but masih di tempat kejadian. hahaha

mase tu, aku teringat member aku  pernah pesan "kalau jatuh, jangan duduk lama2 kat jalan tu, bangun terus bangun ke tepi!" aku pun apa lagi gagahkan diri utk bangun dengan kepala dizzy giler and agak terhuyung hayang gak la siket *aku rase sebab kaki aku menggeletar mase tu*. aku terus ke tepi duduk pandang tanah. aku pandang abglong berdiri dah cabut helmetnya, dia marah org bwk motor tu "bang! mcm mana bang bwk motor tak pandang kiri kanan ke?!" hushh.. aku mase tu, dalam hati, istighfar banyak2. alhamdulillah, aku masih bernyawa! that's was what i'm think about! and alhamdulillah takda apa2 jadi kat aku and abglong. Ya Allah, aku tak dapat bayangkan kalau helmet aku tak ketat tadi and aku tak sempat nak betulkan. Ya Allah, alhamdulillah....

motor abglong kesian seyh, depan tu rosak and kunci patah dalam.. hussshh,,

mase tu, nasib baik! mak and akak sedara aku tadi still belum ke depan lagi. so diorang nampak la aku and abglong bangun berdiri  lepas jatuh tu. haish, diorang terus park tepi. tanya aku and abglong ok tak. that time la, aku rasa lenguh2 kat badan sebelah kanan. tangan ada luka sikit, kaki pun ada. nasib la aku pakai kod tebal masa naik motor tu so cedera ringan2 je la. abglong alhamdulillah la ok, takde apa2 teruk rasanya.. dia juz ckp along tak apa2, risaukan anis tu je. hmm, hahaha.. rase disayangi pulenye pun aduii ~ apa taknya, masa langgar tu, dia kan bawak motor, so dia pegang handle motor.. yang aku ni tak pegang apa2, mmg sah2lah konsep fizik semua dtg menerpa ~ inertia, momentum, time impact, projectile motion, work done, Newton Force Law #

hohoho, dah2 tu aku nampak dedek and abgdaus (my cousin also) pulak lalu and berhenti.. haa amek ko! ramai tak konco2 aku?? hahaha.. naseb baik ramai backup! ~mama, kak wani, dedek n abgdaus.. hoh! berani kau taknak bayar? kau punye salah tau?! dah tau situ double line mcm mana kau boleh cross?! nak ikot shortcut jer ~ memangla ko nampak kereta byk berhenti sbb jam, tapi ko pikir tak waktu jam motor mana de berhenti!ade nampak ke waktu jam motor and kereta dua2 ikut berhenti??? kereta yela berhenti motor jalan je, yang kau dari opposite road tibe2 nak cross double line masuk simpang apehal?! haiiyyaaa. tau pun taknak settle kat balai tapi cooperate la dah salah kau!

hmm tapi itu semua dalam hati aku je laa hahaha! aku bia kan je org2 yg lebih dewasa uruskan. aku paling mude di situ so better diam. org tua2 bincang jgn sebok nak menyampuk keyh! ~walaupun hati and badanku sakit!

pastu ade plak atok cine ni dtg kat aku tanya, anak berape?? sula kawen  aa?? itu sapa? suami aa?

aii ~ ade gak kes makan penumbok jap lagi atok ni.. apa kene mengena aku dah kawen blom, anak ade berapa!!!!!!! kalau betollah kami ni kawen sekalipun, apa kes pulak nak tanya anak la apa laa.. naseb baik mama aku dtg backup! huh. nasi baik laa atok tue, kalau baye2 aku dah lama lompang laju makan dier!gk

hmmm.. sian tgk abglong menung kosong bekal yang dia bwk utk makan tengah hari nanti.. pecahh... ish~
aku punye bekal alhamdulillah tak pecah or apa2.. cume maggie aku laa terus hancur and terkoyak pek dia.. i sue you! i sue you! see you in court la deyy, you make my maggie renyok! xD ahhaha... adoiii... ~ redo je laaa maggie tu da renyuk n koyak...

so masa berlalu, aku still pi keje tapi kak wani yang hantar. aku tak pi klinik lagi, sebab aku rase sengal2 badan ni sebab muscle effect kot. maybe ade muscle tissue yg koyak, patah2 tkde la kott ~ rasenye#

dalam pukul 10 lebih kot. abglong call. tanya ok tak, nak pi klinik tak, kalau nak dia hantarkn. amboi risau benor la tu. dia amik mc hari tu #tapi tak cedera ape pon rasenye# hmm.. and aku ckp takde pape pon , cume tangan aku takleh straight and bengkok! T_T

yeah! mase tu aku memang ingat patah or else sebab ade bengkak and lebam. nak tulis pun tak leh. haiyya. Ya Allah, nak sujud pun tak leh terpaksa sembahyang duduk. #sebab tangan aku takleh lipat. angkat takbir pun sebelah je tangan. #dugaan hidup Ya Allah...

segala aktiviti yang memerlukan pergerakkan dua tangan aku takleh buat. aku hanya gune tangan kiri saje. so makan pun tangan kiri. pagi2 nak pi keje, pergerakkan aku agak terbatas. pakai tudung sarung je senang, tudung bawal kene pin kiri kanan #tak mampu nak buat. stoking pun mak aku yang pakaikan. tenkiu mama luv u so so so muchh! muah! haha #nak wat camner pergerakkan aku terbatas. aku dapat gune tangan kiri je, kanan tak leh straight or bend pun. sedih ye mmg sedih sebab SAKIT.

tapi aku pernah baca, sakit tu untuk mengurangkan dosa2 kita.. humm, alhamdulillah jugak, kurang dose2 hehehe so redha la apa yg dah jadi. kun fayakun. dah tertulis aku and abglong terkena pagi tu, so itu yang terjadi.

this was the first time excident case yang aku and abglong alami. hahha, bertuah giler. dua2 baru dpt rase excident uh.. ade ke abglong ckp "best tak??" kepale mu laa best! hahaha xD

now bile dah urut2 sikit, tangan kanan aku ni dah leh gerak dah. hari tu pergi klinik doktor kate takde apa2 cume muscle bengkak alhamdulillah.. but, angan aku still tak leh bend and straight la. dia boleh bend 90 darjah sampai 20 darjah je huhu. tangan kanan aku still tak leh sentuh bahu kanan.

hmm.. tragedi second day berkerja 14/5/2013 Semenyih ~ memang tak dapat mak lupekan nyaahhh oiii!

masih terbayang2 gak excident tu.. masih boleh dengar cm mana abglong jerit before hentam satu lagi motor tu.. humm.. trauma ke?? hahhaa.. ada la siket... sebab aku perasan everytime naik motor lepas tu, aku jadi takut tiap kali break ditekan so pagi tadi memang tangan kiri aku genggam kuat2 beg galas abglong uh.. ahh lantak lah abglong pk beg galas dia nak terputus ke hapa ke, yang penting.... yang penting aku ade benda nak pegang! hahhaa...

ok laaa nak upload gambar takde usb.. so nnt2 la aku upload.
nanti aku update post ni balik..
hehehe daa! wasalam. =)







No comments:

Post a Comment