Sunday, 21 February 2016

AFTER SPM – Couple part 1


Assalamualaikum.


Haaa.. tengok tajuk je korang mesti dah boleh tau pasal apa yang aku nak cerita kan ni. Okay.. kisah couple aku ni, sebenarnya.. hmm k aku tak suka cakap word couple ni. Macam bebudak sangat kan. okay aku namakan masa ni kisah silam aku. Masa aku kerja as waffle girl kat Kajang tu, aku ni jenis malu malu kucing and tak banyak cakap berbanding member aku lagi sorang tu, Zati. Rata-rata customer or kawan sekerja memang suka borak ngan Zati ni sebab dia ni pandai buat lawak. Aku pun suka kawan and borak dengan dia, mesti ada je menda yang dia cakap sampai aku rasa nak ketawa giler-giler.


Nak katakan. Tempat baru.. mestilah ramai kenalan baru kan. yeah, pakwe baru pun mestilah ada. Hahaha. Seyez laa aku tak rancang benda ni semua. Tapi ni lah orang kata pengalaman hidup mendewasakan kita. Aku kenal dengan sorang mamat ni, lets aku namakan dia as Helmi, bukan nama sebenar.


Helmi ni kerja kat outlet berhampiran dengan kiok aku and dia 2 tahun lebih tua dari aku. Dan dia jugalah salah sorang di antara orang orang sekeliling aku yang bagi pressure kat aku untuk tukar style aku tu. Kalau tak faham, sila baca entry sebelum ni pasa tukar style. Okay, kitorang bermula as kawan. Aku kenal dia kejap je and tetiba aku suka dia. Haa di sinilah silap aku. Aku cepat sangat suka kat orang yang aku baru kenal. Nak dikatakan, kitorang berkawan baik siap boleh share staff meal –  macam buat system barter gitu. Dan sampailah one day dimana aku and staff lain main satu permainan ni. True or dare namanya. Ye permainan ni lah punca segalanya!
Aku pilih dare sebab aku taknak buat true. So diorang cabar aku pergi outlet si helmi ni and cakap “helmi, I LOVE YOU!” depan staff dia and customer dia. Cilakanya aku pergi buat jugak sampai ada yang merakam. Si Helmi ni memang terkedu gila lah sebab aku buat macam tu kan. Pastu aku patah balik pergi kiosk aku.


Si Helmi ni mesej aku cakap, ‘apa semua ni? Apa yang kau cuba maksudkan?’

Aku cakap simple je, ‘aku main true or dare. Minta maaflah kacau and buat terkejut kau..’


‘Sampai hati kau buat aku macam ni. Ni ke kawan? Permainkan perasaan aku..’


Dari situlah , slow talk punya pasal. Aku pun tercouple lah dengan si helmi ni. Macam aku cakap, aku memang rasa suka kat dia dan salah aku ialah, cepat nau suka orang yang baru beberapa belas hari kenal. Beringatlah ye, kenal dulu betul-betul baru lah kau pergi next step. Patutnya masa ni aku cakap alangkah baiknya kalau kita jadi kawan lebih lama dulu.. tapi aku tak cakap! Haha. Salahnya disitu. Aku tak matang masa ni, aku hanya fikir yes! Aku dah couple! Maybe sebab aku dah lama menjanda hahahha. Last aku couple before ni masa form 1 dengan abang sedara aku sendiri. K ni citer lain. Aku taknak focus kat citer form 1 ni. Lain hari aku citer.


K bila dah beberapa hari aku couple ngan dia. Staff-staff lama ni dapat tau pasal aku dengan Helmi. Diorang tarik aku, tanya macam macam. ‘kau biar betul dengan helmi?’ ‘kau jaga-jaga sikit dengan helmi’ ‘kau serious ke dengan helmi?’ ‘sejak bila kau dengan helmi’ ‘helmi tu bukan budak baik tau, jaga-jaga’ ‘dia banyak buat masalah lah anis’


Dan semua ini aku rasa SHIT! Benda dah jadi past tense kot?! Asal tak warn awal awal huhu. Aku pun berhuhu lah masa ni. Nak teruskan ke tak. Ramai sangat kasi warn ni. Aku pun pasang niat, takpalah, kalau dia buruk, aku cuba untuk ubahkan dia. Tapi kat sini aku silap lagi! aku silap silap silap! Patutnya aku kena sangat berhati-hati dan carik point untuk putus! Sebab kenapa? Haa.. sebab dia.. mungkin ya, mungkin niat aku nak ubah kan dia tu elok, tapi..
1.     Kuat ke aku untuk ubah perangai seseorang?
2.     Penuh ilmu ke aku untuk ubah perangai, attitude, discipline seseorang?
3.     Kalau dia nak berubah, dia akan berusaha. Tapi aku tengok tak berusaha pun.
Sebelum couple. Aku dah cakap awal awal kat Helmi. Aku bukan jenis yang dia nak berfoya-foya,usap usap rambut, pegang tangan, duduk rapat rapat semua. Aku bukan macam perempuan perempuan lain yang dia pernah cerita kat aku before ni. Yang senang senang nak bagi itu ini. Dear KBB, aku tak sedar yang aku bermain dengan api. Dia pernah buat benda tak senonoh kot. Ni aku dengar dari member rapat dia. Kenapa aku still duduk dekat dengan api ni? Bodohnya aku. Dulu lah bodoh, sekarang tak lagi. no no no.


So dia terima aku. Aku terima dia. Sepanjang aku couple dengan dia, ada banyak benda terjadi. Salah satunya hampir jadi kes polis. Masa tu closing time, Mall pun dah sunyi dah, ada sikit je orang kat kiosk sebelah. Benda ni terjadi sebab … si Zati ni dengar si Helmi kata ‘aku nak game anis’. Zati bengang and tarik baju Helmi and bagi tamparan wanita sikit and cakap ‘kau jangan pernah nak game member aku’. Tapi aku percaya yang Zati punya tamparan tu tak kuat. Acah acah lembut gitu je. Tapi si Helmi ni tersengih and terus masuk outlet dia buat kerja. Malam tu, dia mesej aku kata nak jumpa Zati ada hal nak bincang. Aku tanya Zati nak aku temankan ke? Zati kata takyah dia boleh settle sendiri. Aku tunggu Zati dengan staff lain untuk punchcard balik. Tunggu punya tunggu Zati tak muncul-muncul. Aku mintak staff lain punchcard kan kami punya sementara aku call Zati and patah balik pergi kiosk kami. Aku call and dengar suara Zati macam tak jelas. And dia kata dia tengan menyorok. Aku ingat dia main nyorok nyorok then bila aku sampai kat kiosk sebelah aku tu, brader dalam tu suwit suwitt aku sambil tunjuk bawah dapur. Guess what? Zati tengah menyorok bawah dapur, dengan muka lebam lebam, hingus meleleh, air mata air liur semua leleh.
Aku rasa…. What the hell ! apa dah jadi!! Aku peluk Zati and dia cakap Helmi pukul dia. Dalam hati aku masa tu, cilaka punya jantan! Dayus!! Pukul member aku! Staff lain pun kumpul dah, kecoh. Aku call kakak si Zati minta datang. Kes ni ada saksi, adik owner kiosk sebelah tadi and dan dan dia polis. Dia kata kat aku, baik buat report. Once buat report, komfem malam ni Helmi tidur lokap sebab pukul budak bawah umur. Yes.. kami masih 17 lagi masa ni.


Aku bisik kat Zati. ‘buat ti! Buat! Kau jangan tak buat!’


Pastu dah kecoh, boss siap turun marah si Helmi. Pastu kakak si Zati ni datang and memang keadaan lagi bertambah kecoh. Memang aku rasa shit ni semua salah aku! Aku terperangkap. Kawan baik vs bf bangang aku ni. Si Helmi panggil aku mintak cakap kat Zati ‘jangan buat report, benda hal kicik je settle luar.’ Kepala bana dia! Memang tak la aku cakap macam tu. Tapi depan si Helmi ni aku tak berani nak lawan. Bangang! Tu la bangang! Aku bukan seorang yang outspoken lagi masa ni. Aku takut nak tentang benda yang salah depan depan. Aku takut.


Pastu dalam diam, Helmi bisik kat member aku sorang lagi yang memang ada kat situ, azmin. ‘kalau Zati buat report dan aku tidur lokap malam ni, keluar lokap memang Zati dulu aku carik.’


Dan … akhirnya. Zati tak buat report sebab takut Helmi carik dia balik. Apa yang Helmi cakap kat Azmin aku rasa Zati tak tau sebab Azmin pesan kat aku after incident ni berlaku. Dan.. after incident ini juga, aku masih tak putus-putus lagi dengan mamat keparat ni. Aku takut nak putus. Aku takut aku pulak kena penyepak. Aku takut Zati kena pukul lagi. Bodohnya aku. Sampai sekarang aku menyesal kenapa aku tak pandai nak decide sendiri keputusan yang sewajarnya aku amik. Member baik vs boyfriend, OPKOS LAAAAAAAAA SOKONG MEMBER BAIK!! TAK PAYAH PIKIR PIKIR LAGI! boyfriend boleh carik kot, member baik mana nak dapat? Tapi masa ni, aku dapat rasa aku tak waras. Rasa takut, rasa celaru semua ada. Hmm..


Okay my dear KBB. Jumpa next post. AFTER SPM – Couple part 2


Wassalamualaikum wbt
Nurhanis Azhar


AFTER SPM – tukar style


Assalamualaikum.

Hai KBB! Seperti yang aku janjikan pada entry yang lepas, aku nak ceritakan perkara-perkara yang pernah terjadi kat aku yang aku sorokkan or yang aku malas nak cerita kat umum sebelum ni. First of all, aku harap apa yang aku ceritakan ni jangan dikecam hahaha. Ni cerita lama dan amiklah iktibar dari pengalaman aku.

Okay. Aku tak tau nak start dari mana ni sebenarnya. Hahaha. Hmm k..

Bermula awal kisah, aku habis SPM. Aku punya semangat nak carik kerja tu memang membara gila-gila. Aku sanggup kot berjalan panas-panas sensorang tanpa henfon semata-mata nak carik kerja. Pergi area rumah tak dapat, aku pergi sampai ke pekan semenyih pun tak dapat. Last last aku naik bas pergi Kajang, sebab kat sana ada banyak kedai  kan, kot kot rezeki aku kat sana. So aku pergi, dan dan nampak iklan orang carik kerja, aku pun tanyalah itu ini itu ini. Kerja kedai makan. Habis interview, akak tu cakap boleh start bulan depan. Aku kira-kira ada la lagi 2-3 minggu nak ke bulan depan kan. So aku on je.


Nak jadikan cerita. Member baik aku, Zati, nak kerja sekali dengan aku. So dia pun pergi interview and dapat kerja sekali. Kitorang happy kemain. Lagi-lagi bila kitorang dapat kiosk yang sama as ‘gadis waffle’ hahaha. Masa aku apply and kerja situ, aku perasan ramai panggil aku akak, acik and ada jugak yang ingat aku dah kawin. Heart broken giler bila aku yang baru habis SPM ni orang dok tanya dah kawin ke? Anak berapa? Cilaka gila aku rasa.. aku balik, macam ternangis laa kat mama. Mama dapat tau cerita aku, mama terus belikan aku baju labuh yang elok elok sikit, kasi nampak remaja. Mama kesian kot tengok aku masa tu. Opps lupa aku nak cakap yang aku masa ni, bertudung labuh and gaya aku satu pesen je. Baju besar, tudung pashmina besar, spek mata takda bingkai and opkos laa aku tak pandai nak bermekap sana sini.


So kawan aku si Zati ni pun kesian kat aku. Dia pun try untuk tolong aku keluar dari comfort zone aku. And one day, aku datang kerja pakai baju yang agak remaja, tudung pashmina yg berwarna sikit and kasut yang bertutup kemas sampai member aku si Zati ni pun terkejut cakap “Eh! Hanis kau ke tu??”


Yes. Aku lah tu. Aku mendapat tekanan dari kawan sekerja, customer, orang orang sekeliling aku. Jadi aku amik keputusan untuk ubah sikit style aku tu. Sebab itu jugaklah, kalau ada yang bertanya, eh hanis kenapa tak bertudung labuh lagi? aku kekadang tak tau nak jawab apa.


Ekceli. Aku ubah style pun, bukan ke arah keburukan. Aku cuma cuba ikut perkembangan. Aku tak buang agama aku walaupun orang nak kata aku culture shock kerja. Persilakan, cakaplah apa yang awak nak cakap. Aku masih jaga aurat aku, tudung aku masih aku pakai dan masih menutup paras dada. Ya memang aku pakai mekap sekarang tapi aku tak obvious nak bermekap. Cukup sekadar krim muka dan lipstick supaya aku tampak kemas dimata orang. Takda nak bershadow blusher bagai sebab susah nanti nak bersiap untuk solat. Aku cuba untuk tampil kemas, itu aje. Tak bergaya sangat pun takpa, asal jangan selekeh. Jadi pada sesiapa yang baru nak mencuba gaya baru, usah takut. Cuba je, selagi awak tak pakai, awak memang takkan rasa baju tu sesuai dengan awak. Apa yang penting, ikut garis panduan agama kita. Kalau nak senang, pakailah baju yang boleh terus bawak solat. Tak yah guna telekung. Baju yang macam mana? Baju yang menutup aurat, tidak jarang dan tidak ketat seperti baju kurung, jubah, tshirt sukan with seluar sukan and so on :) islam itu mudah, jadi jangan menyusahkan diri.


Okay ada faham? Hehe. Ada lagi aku nak cerita tapi bukan kat entry ni. Entry lain ye. jumpa lagi.


Wassalamualaikum wbt

Nurhanis Azhar

Thursday, 18 February 2016

Hi KBB, I'm back!

Assalamualaikum!

Hai my dear KBB :)
Last post aku kat KBB ni rasanya 7/10/14 and now dah 19/2/16. Masha Allah lamanya aku tinggalkan dunia blogger ni. Bila review balik post-post aku yang lama-lama tu rasa rindu sangat nak jadi blogger balik! Haha, Harap korang boleh abaikan post post lama aku tu sebab tuan punya blog nak mula kisah hidup baru :)

Yes! Hanis yang dulu sangatlah bebudak hingusan.. mula-mula aku start jadi blogger masa umur aku 16 tahun, sekarang umur dah 22 tahun. Aku buat khas untuk kawan-kawan asrama aku yang nak tahu perkembangan aku kat sekolah baru. Ye lah aku kan pindah sekolah masa pertengahan form 4. So aku create blog ni untuk diorang lah tapi tak sangka pulak bertahan sampai aku masuk UiTM ni. Bila tengok review aku dah cecah angka puluh ribu, sayang pulak nak diminish cenggitu je. Jadi.. aku akan start menulis balik! sebab ada banyak kisah tauladan yang aku nak kongsi. rasanya aku dah sedia kot nak cerita kisah-kisah lama aku. yang aku rasa certain orang je tahu cerita ni. yang ni aku akan sambung next post ye, so tunggu... haha

Okay. since aku pernah postkan pasal kisah interview aku untuk course education yang aku ambil sekarang, aku rasa kisah tu sangat menarik minat bakal-bakal junior course education, especially yg apply kat UiTM. Yes, ramai je yang tak dapat respond dari aku kat ruangan komen KBB, mintak maap bebanyak, sis dah lama giler tak bukak KBB ni. Jadi yang tak putus asa tu, diorang akan add fb aku and tanya apa yang nak bawak masa iv, nak sediakan apa an so on. Well done adik adik ! Syabazz! anda berada di saluran yang betul. Sis tak kisah, berapa banyak soalan awak nak tanya, asalkan soalan tu tak berulang ulang hahaha. Ada je yang dah dapat tawaran degree edu ni yang still contact sis, cakap tengkiu semua, and still ada yg sis bagi buku-buku, nota-nota sis kat diorang. Takda hal lah dik.. do contact me kalau perlukan apa-apa :) InshaAllah sis bantu.

Rasanya tu je kot. oh by the way. ada certain lecturer aku macam dah tau je asal kewujudan KBB ni. hallamak! hahaha. kantoi sudah. Tapi takpalah, saya tak pernah kutuk lecturer kat sini, malah saya memuji hehehe *nak markah lebih boleh? HAHAHA okay. okay. joke. to my lecturer, selamat datang ke KBB,  hanya cerita kosong disini, nothing special pun. tapi nak baca pun tak salah hehe, tinggikan lagi jumlah review saya :D

Okay, itu je. jumpa next post!

Wassalamualaikum wbt,
Nurhanis Azhar

Thursday, 10 July 2014

abseiling day !


Assalamualaikum wbt...

BSMM SHAH ALAM & PUNCAK ALAM dengan kerjasama dari JPAM SHAH ALAM


Hari ni punya entry pasal abseiling. Waktu kejadian adalah pada… hmm.. aku lupa bila event ni diadakan tapi haha 2 minggu before final jugak lah. Apa yang specialnya pasal abseiling kali ni ialah we all bpc shah alam bergabung dengan bpc puncak alam or dengan nama glamour rayernyerr palam.. Oh ya lupa nak habaq mai ni program bpc and aku kali ni mainkan peranan as biro makanan. Event ni kitorang buat kat fakulti kejuruteraan. Fac yang bagi aku agak tinggi kat uitm shah alam ni.. iyeee fac engine yang tinggi menggiloss tu.. haha

ni muke berlaghhaakk berani hahaha
ni pakcik ni bekas polis bantuan uitm so dia lah bagi training kat kami
pengalaman dia toksah cerita.. dari tower 1 ke tower 2 fac engine tu dia pernah menyeberang
and turun kat tengah-tengah. haa salute beb! salute!


Okay. Cerita dia abseiling ni dia buat ascending and descending. Ascending ni dari ground floor sampai tingkat satu ke dua tak ingat dah. Dia rendah je tak macam descending hahaha. Descending ni kita buat turun dari tingkat 10. Yeahah !! Tingkat 10 until tingkat 4 sebab kat tingkat 4 tu macam ada tempat sesuai untuk landing laa.



Aku pada awalnya semangat jugak nak naik pastu lelama….. hallamak tinggi pulloks mak jaaaaaahh oii !
Tapi disebabkan dah berjanji dengan kak syikin (one of my senior yang aku rapat), aku terpaksa… wallaweeyyhh hahaha! Tapi bila lagi en nak merasa pengalaman baru right? Nanti bila orang Tanya pernah buat abseiling? Haa mase tu mendabik dada laa cakap dah ! tingkat 10 youuu.. haha tapi jangan aa cakap turun sampai tingkat 4 je. Selagi orang tak tanya jangan hebahkan ye dok? Hahaha


Aku buat cara normal abseiling. Tapi enn haha.. dupdapdupdap aaa aku ya Allah… once dah melangkah palang tu kan, kau kene bersedia! Sebab anytime kalau tak pegang kuat-kuat haha you maybe tergelincir and …. Haa taknak cakap lah. So aku orang last buat waktu sesi pertama tu. Macam-macam karenah aku haha, sampai budak jpam tu gelak-gelak. Hello? Kalau cuak opkoss berpeluh, then ini membuatkan cermin mata aku menyorot ke hidung. Dah macam nenek buat abseiling dah kalau gitu. Pastu hidung gatal lah apa lah. Haissh macam macam.

Dan dan nak menyorot badan kebelakang tu chett ! aku gila tak confident sebab glove yang aku pakai tu sangat keras and aku tak rasa yang aku genggam tali tu haha. When kau tak rasa kau genggam tali yang betul-betul support badan kau, confident ke kau nak turun? Bhaaii tak lalu bhaii tak lalu. Tapi aku berserah je masa tu, moga-moga takda la menda menda yang tak diingini terjadi amin.. haha

So then dah descending dengan jayanya..  even dua kali aku terstuck sebab orang atas main safety aku. Ishh kalau nak buat testimony pon jangan laaa time aku weyyhh! Stuck aku kat tengah-tengah kau ingat tak gayat?? Kasut pulak licin masa tu, slack salah pakai kasut. So friction aku kat dinding kurang menyebabkan aku tak melekat sangat kat dinding hikhok. Dah tu bila dah jejak tanah, wahhh aku tak sangka aku dapat buat. Unbelievable! Tingkat 10 tu wehh hahaha. And aku amat berbangga dengan diri sendiri dapat buat cabaran ni hahaha. Jejak je tanah aku terus rebah and jerit “I’m done !!!!!” haha tu spontaneous reaction dari aku.

haa ni aku aa ni. masa ni tengah stuck sebab orang atas main tali safety aku
gilosssss...




this one is cara descending spider. nampak tak kelapa dulu?
oii jadah kau kelapa -..- KEPALA. credit to farhan !
this girl was my roomate haha aiman. aku jelez tengok gambar dia
descending cantekknyaahh!
ni zikri kawan sepasukan aku haha, dia tengah buat ascending
seyezz talk ascending sangat memenatkan tapi aku tak buat haha
sebok jaga makanan mase ni


  
Ade je antara budak-budak bpc ni yang buat style spider, gua salute sapa yang buat style ni hahaha. Sangat advanture sebab kepala yang turun dulu. Dia meniarap macam spiderman. Interesting right? Rasa macam nak cuba tapi hahaha. Dalam mimpi aaa… tunggu badan aku ringan dulu, baru aku berani buat haha
Habis je abseiling, perasaan puas, gembira and happy giler terpancar berseri-seri kat muka…. Aku. Ahahaha.. balik je dari abseiling, aku call mak aku.

Aku: maa.. best tadi, akak main abseiling.
Mama: oh yang kau cakap turun pakai tali tu eh?
Aku: ha’ah.. best turun tingkat 10.. mula-mula gayat tapi dah buat rasa puas hehe
Mama: hah? Tingkat 10? Kata main panjat panjat pakai tali??? Asal tinggi sangat?
Aku: eh.. laa mama dah salah paham ni. Tu rock climbing. Ni abseiling ni turun or naik bangunan pakai tali tu. Bukan yang panjat panjat dinding tu.
Mama: Ya Allah.. apa laah kau buat ni nis… kalau mama tau kau turun tingkat 10 memang mama tak bagi kau pergi.
Aku: hehe nasib baik akak tak cakap awal awal :P

Tapi bila call ayah aku.. lain pulak ceritanya..

Aku: yah.. akak main abseiling, turun tingkat 10.. hehehe
Ayah: owh.. dia ada keselamatan support system semua kan?
Aku: ha’ah mesti laa ada.. dia ada dua tali, satu control descending satu lagi as safety.
Ayah: haa ok lah tu. Asal ada safety.. pengalaman…


=..= lain tak respon mak ayah aku hahaha.. okay lah takat tu je cerita aku kali ni, so moral of the story… sekali-sekala cubalah menda baru. Especially yang agak adventure siket haha. Sebab once kau tak cuba, kau takkan dapat rasa and kau limited kan kebolehan diri kau sendiri. Pathetic laa hidup takda pengalaman haha. Yes I know ia agak merbahaya tapi as long as ada safety, why not kita patut cuba right? Cuma make sure your parents know about this, kalau korang tau yang parents korang memang tak bagi try menda menda macam ni, bagi lah tau selepas korang dah try hahahaha. K babaii !

wasalam 

Kem Latihan Bencana Alam

Assalamualaikum wbt

okay Latihan Bencana Alam (LBA) ni ekceli dah lama dah berlalu. tak silap aku waktu cuti 11-13 April gitu. LBA ni ekceli wajib untuk semua pelajar part 1 yang amik koko Badan Pertolongan Cemas (BPC). Oh yea.. lupa pulak I dah part 2 masa ni so this camp aku join sebab aku AJK BPC haha. So my role in this camp actually agak besar lah jugak sebab, mengikut flow chart bawah jawatan Kem Kom. Ada dua bigheads which is Adjutant and IO. I don’t know what IO stands for actually haha. So pada awalnya jawatan aku as Adjutant but aku tukar jadi IO since aku lebih suka berjaga malam. Padahal sepatutnya IO and Adjutant bekerjasama 24 hours dalam hal-hal berkaitan disiplin, masa dan keselamatan. Tapi masa ni dapat wrong information, so kami TERsplit tugas, Adjutant jaga dari 7am – 7pm whereas IO jaga dari 7pm – 7 am.

the superhero wanna be ! 


This big role of IO aku yang in charges. Aku ingat jawatan aku kecik je, tapi tak sangka pulak bawah kem kom tu ialah jawatan aku. Haha aku junior kot.. takut pule pegang jawatan besar-besar ni.. tapi ni la orang kata pengalaman hehe. Bebudak ni panggil aku Puan sebab ikut pangkat even diorang lebih tua dari aku. Tapi dah habis kem, lantak laa guna aku kau ke hape aku tak kesah..

Yess dalam kem ni aku rasa aku paling banyak kenakan pelatih-pelatih aku. Haha. Ada je aku denda or bagi tugasan kat diorang ikut suka aku >…< sori! Tapi aku tau, aku tak boleh layan diorang teruk-teruk. Diorang pon manusia. This just camp jerr.. Boleh marah kalau salah, tapi bahasa tu pun kena jugak jaga. Kita marah sebab kita nak didik bukan memaki.  Haa dengar cikgu cakap ni haha Its important to be TEGAS and GARANG but bertempat.

Bila aku in charges malam, aku banyak borak dengan pelatih-pelatih aku. Saja nak tau diorang ni fac mana, umur berapa. And whoops.. diorang ingat aku 24 years old. Hahaha.. no wonder laa dah habis kem pon bebudak ni panggil aku kakak even aku tau dia lebih tua dari aku. Aku? Haa angguk je laa enn senyum haha. And paling aku tak sangka, still ada panggil aku Puan even terserempak kat mana-mana. Siap tegur bertanya.. waah bagus sangat kau ni.. takpa aku tak kesah nak panggil Puan pun panggillah even diri ini masih berkahwin isk isk isk..


pelatih sem ni siket je kemasukannya. tak macam batch aku.. 80 orang haha

nah ni laa muke-muke yang selalu aku jumpa nak gi kelas, beli makanan tunggu bas.
well diorang budak baik, otak gila-gila jugak..

so ni lah barisan ajk yang bakal menjadi mangsa banjir lemas hahaha
one of the reason aku tak jadi resign dari ajk, sebab aku sayang diorang ni :)




Dalam LBA ni, aku tidur waktu siang but the last day tak tidur pon haha. Busy uruskan kem. And aku dapat duty and kene amik part as mangsa banjir lemas.. perhh sejuk kemain air sungai tu aku dok berendam seawall jam 8 pagi ! semata-mata berlakon jadi mangsa yang lemas.. bukan aku je, AJK-AJK lain ni pun sama. Beb segan kau jangan cakap aaa. Kau ingat kat kem tu persatuan kau je yang buat event? Ramai kott.. kau bayangkan kau kene jerit mintak tolong dalam air tu, menangis bagai nak rak semata-mata untuk menjayakan lakonan and make the situation to be the real one? Aku sedar waktu aku macam emosi tak setabil tu ramai orang tengah beratur beli makanan tengok aku. Bhaii segan bhai.. tapi disebabkan aku tak pakai spek waktu tu so keseganan aku tak melampau sangat. Haha.. Well .. dalam menjadi mangsa ni aku dapat la jugak menangis betul-betul hahaha syabazzz beteh! Kenapa kena menangis? Sebab konnonnya yang lemas tu bukan aku je, family aku pun sama. So kene aa meraung2 carik “adik-adik” aku yang lemas tu.. haha

Jenuh jugak diorang nak tenangkan aku.. hahaha saja je kan aku buat benda jadi complicated. Lantaklaaa aku berlakon takda skrip. Semua on the spot. Omputih kata acetibaiiii…

ha tu nengok.. aku baju biru tu. bayangkan aku kena berendam punye lama tunggu
bebudak ni tak sampai-sampai.. mau terkucil aku dibuatnya.. 


gagah deme dok ngangkat member aku ni haii.. untung aa ade orang angkat
pakai stretcher.. aku jalan jer ~

Then macam biasa dalam kem mesti ada barang amanah. So masa kat checkpoint 2, aku and abg mahfiz yang jaga checkpoint ni berjaya laa amik barang amanah yang berupa telur dari tangan pelatih kami ni.. hahaha. Dia percaya sangat kat aku, maybe muka aku muka orang yang boleh dipercayai KOTT haha. Nama telur tu SI CIPAN TEMBAM.  How cute isn’t it? Nak dikatakan, si cipan tembam sudah dirampas oleh aku dan aku berikan pada akak senior yang lain. Lalu akak senior tersebut lantas pergi ke dapur dan letak si cipan tembam di atas para. Maka, dengan tidak disengajakan ajk masakan kami iaitu saudara akram telah mengambil cipan tembam lalu dipecahkan lalu digorengkan lalu dimasakkan lalu dimakan oleh semua warga kem… begitulah akhirnya riwayat si cipan tembam. Diorang tak boleh nak tebus balik cipan tembam since cipan tembam memang dah takda kat dunia ni. So aku.. as IO haha. Dengan sesuka-sesuki aku pergi kat group yang pegang si cipan tembam tadi and suruh diorang buat satu short story about si cipan tembam and present kat depan..

Budak yang present kat depan tu nak dikatakan menangis…. Maybe sebab dia rasa dia and the group tak dapat menjaga amanah yang diberi.. so haha.. aku dah buat orang menangis… alamak! Tapi aku suka budak perempuan tu haha, at least dia ada rasa bertanggungjawab kat cipan tembam. Kbaii.

ni laa cerita pasal si cipan tembam.. hahaha


Then aku troll denda penghulu kem sebab dia nak pita lekat untuk tulis nama for entire anak2 buah dia. So bagi aku, nothing is free heheheheh *tanduk setan dah keluar. Aku suruh dia nyanyi lagu anuar zain sambil diselang-seli perkataan belon. Hehehe. Mintak maaf… aku memang suka kenakan orang. Senior2 aku pulak sokong je and kata aku creative dalam slot troll budak-budak hehe.

Even aku tau, dalam ramai-ramai AJK tu aku aa yang suka kena kan budak-budak ni.. tapi in the same time aku rasa serba salah. Ye laa marah-marah orang masa jadi mangsa banjir lemas tu, sian pelatih aku kene marah. Padahal aku… aku tak bersalahh haha. Emosi mangsa memang tak stabil so aku nak diorang faham keadaan tu.. and aku bersalah jugak masa jaga kat checkpoint 2 tu.. banyak kekejaman yang aku and abg mahfiz dah buat kat bebudak ni. Ada yang menangis. AGAIN MENANGIS?! Huuu tapi bukan aku yang buat dia menangis.. abg mahfiz yang buat. Aku tak bersalah. Hmm lagi, dengan habit troll bebudak tu.. aku rasa aku lahh mander yang dibenci masa tu. Tapi aku silap, haha diorang tak sebut pun nama aku waktu senior tanya siapa AJK perempuan yang paling tidak disukai. Aku target aku.. seyezz senior lain pun target aku hahaha.. tapi diorang sebut nama aiman. Ahahahha.. alaahai korang ni sebenarnya main sebut je nama, suka tak suka lain cerita kan.. haii macam tu pon boleh

sesi bridging haha.. aku banyak kali buat waktu kem komander dulu, well rakasakan
kesedapannya haha. masa ni bukan aku in charges. aku in charges malam hehe


Ok.. ape lagi? Aku rasa cukup tu je laa kot.. tapi overall junior aku tetap best ! diorang layan je aku enn, aku suruh buat tu, diorang buat. Aku suruh diorang buat ni, diorang buat..  sometimes bila jumpa balik junior-junior ni tengok laah .. aku biasanya akan angkat tangan say hi to them haha well its me… memang aku suka tegur orang kalau berjalan.. tak kesahlah either dia senior or junior… pakcik polis yang jaga gate uitm tu pon aku lambai2 gak tangan every time bas lalu pondok polis tu.. hihi
Ok lahh.. cau dulu… tunggu next post eh! Hehe babaii..


wasalam

GOODBYE FIRST YEAR !

Assalamualaikum wbt.

YEZZZAA! Aku sudah mencapai kemerdekaan bagi pelajar university buat kedua kalinya! Which means hehe, aku dah habis sem 2 aku kat uitm shah alam ni. Well good bye my dear first year and hehehe, welcome to mama second year! Haha. Wait awal lagi nak merasa second year. Enjoy dulu nikmat sem break haha ! fuhh seyezz sem break ni aku nak banyak-banyak bersukan aa, takut lak berat aku naik LAGI. Mintak simpang !

before apa-apa pun. syukur pada Allah segalanya dipermudahkan bagi kami dalam menjawab exam final moga2 kertas-kertas jawapan kami dicucuri rahmat. arwah baik orangnya. RiP sem 2 hihi. and terima kasih jugak buat mama and ayah yang tak putus2 berdoa semoga anaknya ini rajen bace buku, rajen ulang kaji,  rajen serajen rajennya, tak leka tengok hindustan aamir khan kajol bagai and dipermudahkan jawab exam. alhamdulillah. sesungguhnya berkat doa mama and ayah yang membuatkan aku tabah dan senang hati jawab final . alhamdulillah ya Allah :)

Nah wajah-wajah ceria riang ria wink wink dearest coursemate aku yang real sempoi susah senang hidup mati bersama. Ceywaaah .. 





Well ekceli ni tak semua yang ada.. wait aku trace jap siapa yang takda.. okay geng 3 serangkai they are atiq, imah and azie takda.. yeap syahmee and malee pun takda.. rasanya 5 orang ni jep tiada dalam gambar. Haha. Ok perkenalkan nilaa kawan dunia akhirat aku kat uitm shah alam ni. Segala benda dilakukan bersama .. sob sob.. memang otak kami pon generate menda yang sama, gila-gila. Masing-masing sangat sarcastic haha, seyez korang takkan dapat budak-budak gila ni kat tempat lain. budak-budak gila ni just available kat faculty education jaaa haha.


Ok then dengan diorang jugak laaa aku stay up kat PTAR 3 memalam, if aku malas nak study bilik enn. Diorang jugak penemannya. Diorang jugak rajin pegi beli makanan sahur, sahur sesame. thanks chedah wawa fayyadh tolong belikan nescapee and roti canai untuk "sahur" aku hehe. My beloved geng mander pon haha, beli nasi bungkus kat hakim memalam bawak balik melati yeahh that was so ohsemm! Ape lagi? Haa berbuka sesame  kat seksyen 2 or gazebo mawar or gazebo melati. Main badminton sesame ramai-ramai habes berbuka sampai pakcik guard dah tutup lampu baru tergegeh balik kolej and rumah memasing. Esoknya semua sakit belakang haha. And stayback, lunch sesame kat fac.. opkoss my mander geng, memang tak pernah missed breakfast everyday kat cafe gagak haha. What else? Haa.. pergi trip bio-D kat Melaka, satu bus tu kita-kita jer haha. Sanggup korang tukar bas last-last minit bila realize takda budak-budak kita dalam bas satu lagi tu. Wawa, Chedah, Iffa, Atiqah, Rose, Zack, Mirra, Epull, Bush, Iwe, Fayyadh…. Thanks for being my friends :) oh special credit to chedah sebab menyelamatkan final paper aku hehe, exam jam 9 am start pukul 8.30 am baru bangun dengan berkain batiknya lagi.. thanks chedah jemput aku kat kolej, dengan kau2 sekali terlewat masuk exam ... may Allah bless you dear..

bio-D trip to zoo melaka 

science education society (SEEDS) family day 

iftar together-gether :)

eksesaisss bersama, bakar segala lemak tersimpul

intec library our second home 


Haaaa.. banyak sangat kenangan dengan diorang. Especially with my beloved group mander.. even kadang2 ada salah faham, kita gaduh siket-siket tapi masing-masing realize salah sendiri and kita tak tarik muka to each other. Cepat settlekan masalah because taknak salah faham yang berpanjangan. T_T Iffa, Rose, Zack and Atiqah. Haha.. nice dapat shopping pergi jalan TAR and Kenanga dengan korang. At least aku as selangorian dapat jugak la tunjuk korang jalan-jalan kat KL ni hehe..

this my mander group, iffa, rose and zack

cuci mata from shah alam - kl sentral - hang tuah - bandaraya - shah alam


So hari ni tanggal 10 Julai selesai sudah tanggung jawab aku jadi class rep untuk education bio selama setahun. Wahhh ! Lega bila duit claim untuk 54 kepala sudah aku agihkan… senang hati bila tanggungjawab pasal duit claim ni aku dapat galas dengan baik even sometimes leceh and merumitkan bila bekerja dengan pihak atasan. Bagus hanis! Congrates! You handle it by yourself! And terima kasih to athirah atas kesudian anda bekerjasama dengan saya pasal trip and claim bio-D …

Siapa lagi aku nak congrates? Haa.. yess to my lecturer of course.. dear madam Ernie, thanks madam banyak bagi tunjuk ajar and bersabar dengan karenah fac saya haha.. we love you madam! And tak lupa jugak buat sir akmal haha. Thanks sir ajar kami setahun ni dari calculus 1 sampai la calculus 2. Sir memang thoorrbaekk otak geliga batu delima ! thanks jugak buat sir Mubarak yang banyak beri tunjuk ajar dan nasihat2 berguna since kami part 1 sampai habis part 2 hehe. Mr black jugak, umpama abah kepada kami… thanks being nice lecturer yang always tolerate tangguh2kan test kami haha. Thanks to ustazah zahara yang sangat lemah lembut dalam penyampaian subjek sejarah Malaysia CTU, sangat keibuan dan sedikit sebanyak diselitkan unsur keagamaan yang begitu bernas.

Terima kasih seluruh warga fakulti haha bunyik macam aku dah habis final year kan? Releksss.. another 6 sem to go ! yehhehehe.

Wasalam




Friday, 25 April 2014

perempuan gedik tapi laki cool ?

assalamualaikum and yesss hola hola !

haha. giler berhabuk blog aku ni wehh. puiih puihh *tiup *habuk terbang-ang.
hehehe.. wwaaaiii manyak mende wa mau citer sama lu olang ooh ohh.. tapi wa talak pasti aa semua citer tu tercerita atau tidak pule punn adoii ~

okey. jari jemari aku terpanggil untuk menari nari atas keyboard ni disebabkan gambar rajah di bawah ini ... *scroll down


abaikan segala mende tab tab di atas gamabr tersebut. haha. okey this entry was wrote by my bestie comot friend named Iffa gemgem.. haha, she wants my answer ekceli for those question on her blog.

iffa : hang dah baca blog aku ??
aku : belum. dah lama tak bukak blog, bz. awat?
iffa : ade entry baru. tajuk KENAPA. nanti hang balik hang baca.
aku : apa yang kenapa? hahaha.. ye nanti aku bukak.
iffa : nanti hang balas tau. jawab tau. ade banyak soalan kat situ. komen bawah pon takpe ~ ~
aku bermonolog dalaman : memang hidup aku keje untuk komen blog kau jaaa pahh oii.. HAHAHAH

*kidding hehe.

ok. aku nak jawab ni.. nak jawab ni...

  1. manusia suka laga2kan ulama?

    manusia bewarna-warni. ade kelabu macam kau, ade putih cam aku.. hehe. gurau2.. ade yang baik perangainya, ade yang buruk perangainya. manusia yang suka laga-lagakan ulama ni bagi aku dia ada something yang hendak dicapai sama ada untuk menjatuhkan Islam itu sendiri atau menjatuhkan maruah ulama itu sendiri. nauzubillahiminzalik. cuma tu lah.. orang yang rapuh pegangan agama dan ilmu je buat mende mende cenggini.
  2. manusia buat maksiat dah tahu akn dpt dosa?

    majoriti manusia tahu apa yang diorang buat itu maksiat dan boleh mendatangkan dosa. cuma mereka takda kesedaran dari hati yang benar-benar ikhlas untuk mengelakkan diri daripada dicemari dosa. manusia yang hati benar benar ikhlas terhadap Allah saje yang akan aplikasikan amal makruf nahi munkar :)
  3. kenapa perempuan zaman sekarang manja, tak taf?

    perempuan zaman dulu lagi manja beb! haha. zahirnya sifat perempuan or wanita itu adalah lembut. sometimes didikan awal yg membentuk diorang sebegitu. tapi tak semua perempuan sama. cam aku ni haa. aku tak lembut. LANGSUNG ! mak aku selalu marahkan aku ni coz kasar... ayah aku pulak gelakkan aku "kau jalan cam lelaki ke kak?" hmmm so nak wat cam mana. lain org lain personaliti. tapi major pompuan opkoss la lembut, kite ni je puak puak minoriti..... akak muscle katanya hahaha. but aku akan setuju kalau kau cakap kenapa perempuan zaman sekarang gedik? i nyampaaah dengan akak akak gedik youuu !!!!!!! lempangkan aje ~
  4. FB bulih buat ketagih?

    boleh. pada orang yang ramai kawan di fb dan suke syok sendiri bahawasanyaa post dan gambar2 dia ramai orang like. vegitu juga dengan tweeterrrrr ~ wow vegitu jugaa nyaaah ! #vegitu satu ikat tepi, kuah asing !
  5. perempuan sikit nak nangis

    Allah jadikan wanita itu kuat emosinya, perasaanya. menangis tu lumrah alam kalau seseorang tu sedih. dengan menangis, rasa geram kat hati tu dapat dikurangkan #psikologi. tapi kau jangan tak tau lak kalau lelaki pon ade je siket2 nak nangissss.. miahahhaa #evil laugh. just deme tak tunjuk jer depan orang. cool beb, baru macho.
  6. perempuan kalau classmet tak hebahkan apa2 info ckp clasmet tak ingt diorg

    lelaki pon ade gitu cuma tak sehavoc pompuan.. pompuan ni kan nafsunya lebih dari lelaki. nafsu die bercabang-cabang . nafsu shopping, nafsu makan, nafsu emosional etc. semua mende nak sentap. makan dalam. deep. wargghh tension aku kawan dengan orang yang suke sentap! monyet.
  7. perempuan childish

    TAK SETUJU ! tu sifat individu. bukan perempuan. perempuan itu matang pemikirannya. only certain people jer yang childish. and apa yang kau tengok selalu childish tu mesti budak perempuan kan? haha. thats why kau kata gitu sebab kau berada dalam puak puak perempuan, kawan lelaki kau minoriti. cube try masuk dengan puak lelaki. ade je yang childish cuma kau belum jumpa lagi sebab tak ramai.
  8. perempuan suka merungut?

    yep. tapi laki pon suke gak. eh kau ni steretaip ke hape hah tang pompuan tu banyak pulak masalahnya hahahah.. die camni. kau ramai kawan perempuan thats why apa yang kau nampaknya semua ada pada perempuan but kau tak kenal how's men behave like as long as kau tak terjun dalam puak diorang. aku ramai kawan perempuan, lelaki minor. tapi antara deme ada gak masalah kepincangan yang berlaku cuma diorang tak sehavoc pompuan yang dok cakap sana sini. conversation diorang tak lain tak bukan adalah mengenai bola, gadget, game, lepak and yang alim2 gitu opkoss perihal agama. pompuan lak conversationnya bahan orang, ngumpat, esaimen, cerita mende2 past tense, cerita movie, cerita pasal makan, baju murah, tudung kain lembut, guy hensem, sakit hati, luahan perasaan. ade citer pasal game? bola? takde derr.. cam tu laa laki. vice versa.
  9. perempuan suka shopping

    AKU SOKONG. tapi kalau shopping pompuan akan pilih mana yang lebih murah, kalau lelaki akan pilih mana yang lebih berkualiti. hal ini dibuktikan apabila aku berjalan shopping dengan bapaku bukan bapamu.

    di down town
    aku: nak beli jam loorrhhh....
    bapaku bukan bapamu: bukan kat sini, kat ampang sana ada kedai jam..
    aku: jam sini muraaahhh.. tu ha *muncung ke apek jual jam. rm15 jaa
    bapaku bukan bapamu: beli rosak. beli yang mahal takpa asal tahan lama. ni jam ayah ni dah bertahun dah, elok je. nanti pergi ampang sana ada kedai jam.
    aku : terkedu. deep ~

    di kedai kasut XXXXX
    aku: kasut ni cantik. muraaah!
    bapaku bukan bapamu: beli kat kedai BATA la..
    aku: mahal~ ni haaa murahh..
    bapaku bukan bapamu: tak tahan ni. *geleng kepala
    aku: BATA design tak lawa ooohhh
    bapaku bukan bapamu : tapi dia tahan lama. tahan lasak. ayah dulu kasut beli sekali je tau. koyak jahit balik. koyak tampal balik.
    aku: deep. krik kriikkk ~
  10. batteri smartfon cepat habis. kata SMART

    SETUJU. aku takda power bank, dok heret charger fon merata-rata. pernah aa aku gi pwtc tergegeh-gehe cari plug power supply semata-mata nak charge. puiihh.
  11. ada some guy yg suka merokok sedangkan tahu merokok bahaya

    as long as tak nampak akibat dia kat diri sendiri its ok lah nak hisap berkepuk-kepuk asap rokok pon. tunggu paru paru dah hitam kering haa masa tu kunyah laa rokok tu.
  12. then some guy akan jawab: kenapa perempuan suka shopping sedangkan tahu shopping membazirkan wang

    err.. aku rasa kalau nak di compare kan dengan rokok korang tu lagi membazir hang tau dak? at least laaa pompuan shopping something like her own stuff, clothes or someone else punya barang.. kalau rokok? bak sini rm10 aku gi bakar, nah kau hisap. apa faedah? duit hilang gitu je bro. at least kalau shopping, ada gak mende yang deme bawak balik and boleh diguna pakai. hang hisap rokok habuk yang jatuh jatuh tu leh buat pakai ka? otak ada?

    kalau kau tak merokok bagus bro. shopping tu perlu dan istilah membazir tu hanya digunapakai untuk sesapa yang membeli barang2 yang tak perlu.
  13. then aku pun mcm nk tnya: kenapa perempuan suka sgt shopping? aku tak paham walaupun aku perempuan

    bergaya. cantik. look like marrying someone who are rich ! hahahah. entah laa aku bukan kaki shopping. aku keluar beli makanan je.
  14. perempuan cepat tacing?

    sudut negatif: emo lebih. gedik lebih. mintak simpati. mintak orang pandang. mintak perhatian. kurang kasih sayang.

    sudut positif: normal women being. oppuchaa oppuchaa ~.~
  15. awek suka kikis duit

    sape suruh carik awek bangang gitu. serve you right !
  16. perempuan tak sempoi

    certain je yang sempoi.. majoriti tak..
  17. perempuan sikit2 merajuk?

    dah jawab tadi soklan ni. eh kau suke tanye mende yang sama berulang kali eh? hahahaha..

    sudut negatif: emo lebih. gedik lebih. mintak simpati. mintak orang pandang. mintak perhatian. kurang kasih sayang.

    sudut positif: normal women being. oppuchaa oppuchaa ~.~
  18. perempuan suka makan, tanak exercise, tapi nak kurus

    perli aku ke hah? hahaha. tu gedixx alam namanya. memang lemak tu akan dehydrate sendiri melalui kentut kentut seharian -.- pegi laa jogging ! pemalasnya ya rabbi ... lompang kang.

    nakkurus ? puasa laaaa.. lagi banyak faedah dunia akhirat kau dapat.
  19. perempuan suka lelaki tahu kelemahan dia

    err.. im not that type sorry no comment. haha
  20. lelaki malas belajar, tapi pandai *mcm budak mechy* tetibaa

    budak mechy bace entry kau ni habes kau pahh haha sedap2 kata deme malas belajar. cerite dia gini.. lelaki otak deme ni cerdik. more creative. just diorang ni tak suke frust belajar. so make it cool je ~ masa belajar is belajarlah. lepas belajar gi main game. takkan masa main game dok ingat esaimen? haha. ni.. kuliah jangan tido, tu cerita dia hahaha !
  21. lelaki cool?

    ade je yg gabra. haha nerd. tapi mostly cool. jaga air muka. kentut pun sanggup tahan.
  22. lelaki relax?

    yeap. wat pe kusut kusut kepala mikir mende tak berkenaan dengan deme.
  23. aku cepat angin bila tengok kawan2 perempuan aku yg manja dan lembik?????~ tolong la jawab yg ni (sama ada terlebih jantan atau diorg yang tak cukup taf)

    kau kene paham beb. lain orang lain attitude and behave dia.. tak samua macam kau pah oi akak taf, akak muscle semua kau sapu hahaa. kita tak leh expect semua orang leh terima sesuatu keadaan macam kita leh terima keadaan tu. macam ade la member aku ni nama dia iffazainal, dia sangat memilih soal makanan. and sanggup tak makan kalau makanan tu tak kena pada tekak dia. ok can you describe this situation pada aku yang agak angin pada orang yang suka pilih2 makanan ni? "terima je laa rezeki apa yang ada tu. orang lain takda makanan tau dakk.." can you describe this hehehhee..
  24. perepuan tak suka camping?

    mostly. sebab leceh. kau bayangkan laa kalau kondisi biasa cam kat rumah kelas. sehari berapa banyak baju yang pompuan kene pakai (include lah anak2 baju bagai tu) kalau nak dibezakan dengan lelaki. tambah2 lagi kalau tengah datang bulan. bape banyak pampers dia nak bawak. telekung lagi. kalau ada masalah keputihan acano nak tukar2 banyak kali panty liner kat hutan tu setiap kali nak solat. hahahha.. and pompuan major tak suka minyak2, peluh2, bau2 hapak ketiak masam tu... er.. tapi aku suka masuk hutan :)
  25. lelaki bila pegi kem, mesti bawak barang sikit ja. perempuan kalau p kem, rice cooker pun dia nk bawak gamaknya. tak lupa iron board plus kasut 3 pat pasang

    bongok la sapa yang bawak rice cooker tu. memang kat hutan tu ade power resource pon. or aku je yang ketinggalan zaman bahawa sekarang power bank dah leh gune untuk rice cooker. haha. cam aku cakap bebel2 tadi. bape banyak barang pompuan ni nak kene bawak barang. kalau yg jenis simple and sempoi bese2 je, kalau tang yang akak gedixx masuk hutan uh.. ergghh. complicated aaa pemikiran die sampai celak lipstick pun nak kene bawak masuk hutan. apa function celak lipstick dalam hutan? haaa memang celak n lipstick tu boleh nyalakan api ponn ~
tolonglah jawab. aku dh start rimas kenapa aku tak suka awek2 lembik ni. #

daahh jawab daaah mander! hahhahaha..

ok sampai sini jer. iffaa kalau aku rude sori ekk hehehhehe tata wasalam