Thursday, 10 July 2014

abseiling day !


Assalamualaikum wbt...

BSMM SHAH ALAM & PUNCAK ALAM dengan kerjasama dari JPAM SHAH ALAM


Hari ni punya entry pasal abseiling. Waktu kejadian adalah pada… hmm.. aku lupa bila event ni diadakan tapi haha 2 minggu before final jugak lah. Apa yang specialnya pasal abseiling kali ni ialah we all bpc shah alam bergabung dengan bpc puncak alam or dengan nama glamour rayernyerr palam.. Oh ya lupa nak habaq mai ni program bpc and aku kali ni mainkan peranan as biro makanan. Event ni kitorang buat kat fakulti kejuruteraan. Fac yang bagi aku agak tinggi kat uitm shah alam ni.. iyeee fac engine yang tinggi menggiloss tu.. haha

ni muke berlaghhaakk berani hahaha
ni pakcik ni bekas polis bantuan uitm so dia lah bagi training kat kami
pengalaman dia toksah cerita.. dari tower 1 ke tower 2 fac engine tu dia pernah menyeberang
and turun kat tengah-tengah. haa salute beb! salute!


Okay. Cerita dia abseiling ni dia buat ascending and descending. Ascending ni dari ground floor sampai tingkat satu ke dua tak ingat dah. Dia rendah je tak macam descending hahaha. Descending ni kita buat turun dari tingkat 10. Yeahah !! Tingkat 10 until tingkat 4 sebab kat tingkat 4 tu macam ada tempat sesuai untuk landing laa.



Aku pada awalnya semangat jugak nak naik pastu lelama….. hallamak tinggi pulloks mak jaaaaaahh oii !
Tapi disebabkan dah berjanji dengan kak syikin (one of my senior yang aku rapat), aku terpaksa… wallaweeyyhh hahaha! Tapi bila lagi en nak merasa pengalaman baru right? Nanti bila orang Tanya pernah buat abseiling? Haa mase tu mendabik dada laa cakap dah ! tingkat 10 youuu.. haha tapi jangan aa cakap turun sampai tingkat 4 je. Selagi orang tak tanya jangan hebahkan ye dok? Hahaha


Aku buat cara normal abseiling. Tapi enn haha.. dupdapdupdap aaa aku ya Allah… once dah melangkah palang tu kan, kau kene bersedia! Sebab anytime kalau tak pegang kuat-kuat haha you maybe tergelincir and …. Haa taknak cakap lah. So aku orang last buat waktu sesi pertama tu. Macam-macam karenah aku haha, sampai budak jpam tu gelak-gelak. Hello? Kalau cuak opkoss berpeluh, then ini membuatkan cermin mata aku menyorot ke hidung. Dah macam nenek buat abseiling dah kalau gitu. Pastu hidung gatal lah apa lah. Haissh macam macam.

Dan dan nak menyorot badan kebelakang tu chett ! aku gila tak confident sebab glove yang aku pakai tu sangat keras and aku tak rasa yang aku genggam tali tu haha. When kau tak rasa kau genggam tali yang betul-betul support badan kau, confident ke kau nak turun? Bhaaii tak lalu bhaii tak lalu. Tapi aku berserah je masa tu, moga-moga takda la menda menda yang tak diingini terjadi amin.. haha

So then dah descending dengan jayanya..  even dua kali aku terstuck sebab orang atas main safety aku. Ishh kalau nak buat testimony pon jangan laaa time aku weyyhh! Stuck aku kat tengah-tengah kau ingat tak gayat?? Kasut pulak licin masa tu, slack salah pakai kasut. So friction aku kat dinding kurang menyebabkan aku tak melekat sangat kat dinding hikhok. Dah tu bila dah jejak tanah, wahhh aku tak sangka aku dapat buat. Unbelievable! Tingkat 10 tu wehh hahaha. And aku amat berbangga dengan diri sendiri dapat buat cabaran ni hahaha. Jejak je tanah aku terus rebah and jerit “I’m done !!!!!” haha tu spontaneous reaction dari aku.

haa ni aku aa ni. masa ni tengah stuck sebab orang atas main tali safety aku
gilosssss...




this one is cara descending spider. nampak tak kelapa dulu?
oii jadah kau kelapa -..- KEPALA. credit to farhan !
this girl was my roomate haha aiman. aku jelez tengok gambar dia
descending cantekknyaahh!
ni zikri kawan sepasukan aku haha, dia tengah buat ascending
seyezz talk ascending sangat memenatkan tapi aku tak buat haha
sebok jaga makanan mase ni


  
Ade je antara budak-budak bpc ni yang buat style spider, gua salute sapa yang buat style ni hahaha. Sangat advanture sebab kepala yang turun dulu. Dia meniarap macam spiderman. Interesting right? Rasa macam nak cuba tapi hahaha. Dalam mimpi aaa… tunggu badan aku ringan dulu, baru aku berani buat haha
Habis je abseiling, perasaan puas, gembira and happy giler terpancar berseri-seri kat muka…. Aku. Ahahaha.. balik je dari abseiling, aku call mak aku.

Aku: maa.. best tadi, akak main abseiling.
Mama: oh yang kau cakap turun pakai tali tu eh?
Aku: ha’ah.. best turun tingkat 10.. mula-mula gayat tapi dah buat rasa puas hehe
Mama: hah? Tingkat 10? Kata main panjat panjat pakai tali??? Asal tinggi sangat?
Aku: eh.. laa mama dah salah paham ni. Tu rock climbing. Ni abseiling ni turun or naik bangunan pakai tali tu. Bukan yang panjat panjat dinding tu.
Mama: Ya Allah.. apa laah kau buat ni nis… kalau mama tau kau turun tingkat 10 memang mama tak bagi kau pergi.
Aku: hehe nasib baik akak tak cakap awal awal :P

Tapi bila call ayah aku.. lain pulak ceritanya..

Aku: yah.. akak main abseiling, turun tingkat 10.. hehehe
Ayah: owh.. dia ada keselamatan support system semua kan?
Aku: ha’ah mesti laa ada.. dia ada dua tali, satu control descending satu lagi as safety.
Ayah: haa ok lah tu. Asal ada safety.. pengalaman…


=..= lain tak respon mak ayah aku hahaha.. okay lah takat tu je cerita aku kali ni, so moral of the story… sekali-sekala cubalah menda baru. Especially yang agak adventure siket haha. Sebab once kau tak cuba, kau takkan dapat rasa and kau limited kan kebolehan diri kau sendiri. Pathetic laa hidup takda pengalaman haha. Yes I know ia agak merbahaya tapi as long as ada safety, why not kita patut cuba right? Cuma make sure your parents know about this, kalau korang tau yang parents korang memang tak bagi try menda menda macam ni, bagi lah tau selepas korang dah try hahahaha. K babaii !

wasalam 

No comments:

Post a Comment