assalamualaikum...
hai korang! hari ni aku sedikit happy sebab aku dah dapat kerja and start 1hb ni!! hahaha... kerja kat mana?? adalah.... hehehe... aku dapat sama tempat dengan kawan aku, Izzati.. so, pape hal senanglah sebab kita dah ada geng! hahaha... macam nak pergi merompak je nak kena ada geng berbagai....
ok.. topik hari ni aku nak menyentuh sedikit soal hati.. ceehhh! aku dah pandai bercerita pasal benda2 ni?? oppss ada apa2 ke? hahahhaha... tak ada apalah.. saja je aku nak menyentuh pasal ni... just nak bagi motivate sikit kepada sesiapa yang tengah kemaruk bercinta ni... ~macam pandai sangatkan nak bagi motivate kat orang~ hahahaha
first of all...
actually, tak salah kalau kita punya perasaan pada seseorang.. it is normal for the normal human.. yang salahnya punya perasaan pada seseorang yang sama jenis dengan kita... hahahhaha... atau nama lainnya homoseksual.. itu memang tak normal.. TAK NORMAL.. nauzubillahiminzalik.. ok?? jangan ikut ye jejak langkah terpesong ni.. then, bila kita ada perasaan pada seseorang kita kena pastikan atas sebab apa kita suka dia...
- sebab rupa?? itu bukan cinta yang sejati TAPI itu nafsu....
- sebab kepandaian?? itu bukan cinta sejati TAPI itu kagum....
- sebab agama?? itu baru cinta yang sejati beb... =)
ok.... huuurrmmm... aku tahu, bila kita sukakan seseorang tu, kita mesti mengharapkan seseorang itu pun punya perasaan yang sama dengan kita.. aku gerenti hundred percent! tak ada siapa pun yang sanggup hanya bertepuk sebelah tangan kan? aku pun tak suka... hahhahaha
and then, kita pulak dapat tahu seseorang yang kita suka tu minat orang yang macam tu, orang yang macam ni.. ataupun senang cerita, ciri-ciri gadis/lelaki idaman dia tak ada pada kita lah.. faham?? atau nak aku bagi contoh..?
ok macam ni.. aku ni jenis perempuan yang agak brutal sikitlah... kalau aku bercakap jarang aku cakap lemah-lembut.. tapi tak adalah aku cakap kasar2 kan.. cuma aku kurang kelembutan je.. lepas tu aku minat sorang lelaki ni.. dia ni pulak suka perempuan yang jenis lemah-lembut, suka kucing, suka tedy bear lah, kuruslah, korealah... ciri-ciri yang sangat bertentangan dengan diri aku.. aku tak lembut, aku tak adalah suka kucing sesangat, tak suka tedy2 bear bebagai, tak kurus pun and the most important is aku tak minat korea! aku minat hindustan okeh ~ hahhahaha...
dah faham dah kan?? so, kalau kita suka seseorang tu, janganlah kita ubah diri kita ni supaya kita diterima oleh si dia... biar dia suka pada originality kita.. macam aku tadi... aku tak perlu nak ubah diri aku daripada tak suka kucing, terus kena bela kucing.. daripada tak minat korea, terus hari2 tengok cerita korea.. hindustan aku nak campak mana weh..?
tapi berlainan pulak kalau dia minat perempuan yang pandai masak, pandai mengaji.. haaa... itu kita memang kena berubah! sebab ianya menambah kebaikan di masa akan datang... daripada tak tahu goreng telur, sekarang dah pandai buat kek.. daripada makhraj tak betul dalam mengaji sekarang dah boleh bukak kelas mengaji... BUT!! part2 agama ni, berubahlah kerana ALLAH ye, bukan kerana orang lain... ingat tu...!
one more thing! kalau korang agak2 dia macam still wat "dont know" je dengan kehadiran korang dalam hidup dia selama ni... please,, just stop di situ and jangan tertunggu2 dia lagi.. eii brader! bunga bukan sekuntum brader.. hello sis! kumbang pun bukan seekor je.. kawan aku pernah pesan kat aku.... "jangan beri harapan pada seseorang yang kita sendiri tak pasti either kita boleh terima dia atau tak DAN jangan menaruh harapan pada seseorang yang langsung tak memberi apa2 harapan pada kita...." thanks fakhrul for the quotes..!
one more thing! kalau korang agak2 dia macam still wat "dont know" je dengan kehadiran korang dalam hidup dia selama ni... please,, just stop di situ and jangan tertunggu2 dia lagi.. eii brader! bunga bukan sekuntum brader.. hello sis! kumbang pun bukan seekor je.. kawan aku pernah pesan kat aku.... "jangan beri harapan pada seseorang yang kita sendiri tak pasti either kita boleh terima dia atau tak DAN jangan menaruh harapan pada seseorang yang langsung tak memberi apa2 harapan pada kita...." thanks fakhrul for the quotes..!
ok..?? hmmm... sekarang ni aku nampak ada banyak artikal2 yang tulis pasal "cara2 memikat gadis idaman anda!" atau "ketahui rahsia hati lelaki!" .. uiihhh... banyak betul kan? especially kat majalah.. tapi bagi aku.. tak perlu lah nak baca artikal2 ni.. you all sebenarnya just kena guna logik akal je.. semua orang suka pada orang yang baik.. tak ada siapa suka perangai yang suka menyakitkan hati orang.. so, awak jadilah orang yang baik yee.. ingat pesan mak ni... janganlah jadi perangai macam nauzubillahiminasyaitonnirrajim!!
such as lah... cukup solat, hormat orang tua, jaga maruah, tak keluar berfoya-foya, tak suka cakap berlakang, bukan mulut tempayan, berfikir dahulu sebelum bertindak... tu semua sifat2 mahmudah...
cuba kita bandingkan dengan sifat2 mazmumah pulak.. solat tak cukup, dengan orang tua cakap macam bercakap dengan orang baya2 dia je, tak ada batas dalam pergaulan, keluar sampai lewat malam, suka cakap berlakang, potpet2 duk sibuk cerita pasal benda yang tak patut dibualkan (mengumpat lah tu), tak pandai jaga rahsia orang lain, bertindak melulu tanpa memikirkan akibatnya...
haa... kalau korang lah kan, mesti korang nak pasangan yang mempunyai sifat2 mahmudah right...? tapi macam mana nak punya teman hidup yang macam tu.. dengar ni,, orang yang punya sifat mahmudah punya akal yang bijak.. dia akan pilih orang yang punya sifat mahmudah juga sebagai teman hidup dia.. tak ada sapa yang suka orang yang buat jahat untuk dijadikan teman hidup, melainkan seseorang itu sudah bertaubat... Allah pun pernah berfirman... "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.."
so,, the conclusion is... untuk mendapat teman hidup yang baik, kita kena ubah diri kita ke arah kebaikan dahulu... baru boleh dapat jodoh yang baikk... hehehe... ok??? janganlah kita menanam harapan yang tinggi untuk memiliki seseorang yang begitu sempurna di mata kita sedangkan diri kita sendiri punya banyak perkara yang perlu diperbetulkan...
ookk... dah dah dah....!!banyak benor aku ni membebel, rasanya cukuplah sampai di sini ek.. perut pun dah mintak untuk diisi.. aku cau dulu!! wasalam...
ookk... dah dah dah....!!banyak benor aku ni membebel, rasanya cukuplah sampai di sini ek.. perut pun dah mintak untuk diisi.. aku cau dulu!! wasalam...
No comments:
Post a Comment