yeah. ekceli sepanjang memanjang aku bergelar cutest blogger *alahaii sweet*, aku perasan laah ramai giler budak-budak kat malaysia ni 'menggoogle' pasal fac (faculty) aku yang tersayang ni.. haaaa.. then jengjengjeng diorang pi bukak entry entry aku yang pasal aku pegi temuduga and result upu aku tu.. haha. aku ada bukti !
sekarang anda boleh lihat perbezaan angkasa dan bumi di mana jumlah 'penggoogle' yang telah menggodam dan tergodam entry entry karangan A+ saya. hahahaha. and some of my friends sekarang (my classmates especially include iffa gemgem) mengenali aku melalui blog ku yang terchentaaa ini hahaha.. gudjob blog!
okey. secara officially, im willing to emm apa kata omputeh tu.. haaa introduce to you all lah, acano belajar jadik cikgu ni, best ke idok. apa subjek subjek yang kene belajar. macam mana sistem pembelajaran dia. pemarkahan. transportation. haaa pendek kata semualah jemah oii.. hahaha.
________________________________________________________________________
1. INTERVIEW
okey. jangan ingat nak jadik cikgu tu mudah yer, ada interview tauuu ate kome.... haha. bila dah apply kat sistem upu yang kita nak pendidikan, nanti kita kene cek email kita, pihak univerisiti akan mengadakan sesi temuduga. haaa time ni prepare laa apa apa yang patut. kene buat micro-teaching kat depan panel tu hehe. tapi aku dulu tak prepare apa pon. prepare sijil jep haha, isu isu semasa pon aku tak prepare. datang iv nanti kau tanya lah orang sebelah apa yang dia prepare. then suruh dia cerita siket kat kau. simple kan? haha. kalau ada handphone yang leh google tu bawak lah kalau dah terdesak sangat nak tau isu isu semasa yang naik kat yahoo tu. hahhaa
2. PENDAFTARAN
seingat kepala otak aku ni la, pendaftaran ada dua. first daftar kolej, second daftar fakulti. haaa daftar kolej ni deme buat masa hari pertama kita check in tu. after check in, kemas baju apa semua, fasi-fasi mintak kumpul and daftar ikut level. masa ni mak pak hang semua dah balik daaah .. hangpa daftar sendiri lorr. dah bosar kan.. hahaha. untuk daftar fakulti, diorang buat masa orentasi, masa ni memang tunggu lama gedabak la. dia buat kat DATC. hape DATC tu? hahaha.. tu dewan yang paling bosar la kat malaysia ni haha tengok teater best uhh. 3 tingkat. Dewan Agung Tuanku Canselor. if not mistaken lah nama dewan tu gini hahaha. aku sebot DATC je. DATC ni ada banyak tangga. pandai pandai lah menapak kat sana. aku dah serik dah nak memanjat masa orentasi dulu . masa ni, mana-mana minah misali yang pakai tudung tu, silalah jangan pakai tudung bewarna biru gelap. senang citer hangan pakai warne biru lah! nanti dia nak amik gambar untuk kad matrik, background dia warna biru. so pakailah warna yang terang-terang siket. jangan jadik cam aku, 4 tahun ni aku pakai kad matrik yang hanya semata mata nampak wajahku yang ayu sahaja. warna tudung dah sama dengan background T__T sob sob.
3. KOLEJ WARGA PENDIDIKAN
ha.. mengikut pengalaman aku, you ollz gegurlz semua akan duduk kat kolej mawar. kolej mawar ni bosaarr so campur campur la dengan minah minah fac lain macam APB (budak bahasa), engineering, adik adik asasi. mawar terdiri daripada 4 blok. 1A, 1B, 2A and 2B. semua blok ni bersambung di level 1. so kalau dari blok 1B nak ke blok 2A tengah tengah malam free hair pon boleh. lelaki tak dibenarkan masuk. tapi pandai-pandailah kan. better pakai lah becoz kadang kadang technician lelaki ada naik. aku dulu nak gi tandas depan bilik pun rase was-was sebab selalu sangat technician ni naik. mencurigakan betol -_- .. okey kolej mawar 1A and 1B 4 tingkat je, so takdak lift. but 2A and 2B entah berape puluh tingkat mencakar langit sampai ada lift. jelez kau tau sebab aku dulu tingkat 3 blok 1B. huh. kolej mawar paling dekat dengan pintu belakang uitm yang sememangnya macam dah jadi pintu utama haha. senang je nak pegi makan kat seksyen 7, jalan kaki pon boleh.
okey for boboyyot hahaha .. boboii semua duduk kolej meranti (masa batch aku semua duduk meranti). meranti kat seksyen 2. haa kat sini ada ABC fredo yang agak femess kat shah alam tu, kononnya hahahha. tak dinafikan aku suka makan abc kat situ. port paling baik untuk makan pon kat seksyen 2, nasik campur. fotostat murah pon kat seksyen 2. tapi ade certain budak2 edu (education) lelaki mana yang tak cukop tilam katil tu otomatik tercampak kat kolej jati. alah , seberang menyeberang je jati dengan meranti ni. tapi mostly yang duduk jati ni budak budak engine lelaki yang berkaliber *kaliber lah sangadd* . member aku selalu mengusha budak budak engine ni hahaha.. tak dinafikan aku pun turut serta berjemaah. haaa tu salah satu faktor mengapa aku and member2 aku selalu maii seksyen 2 =D joking beb!
4. FAKULTI PENDIDIKAN
as you know lah, kolej kat dalam induk tapi fac pendidikan kat luar induk. haaa inilah fac paling jauh bagi siswa siswi uitm shah alam. keluasan induk merangkumi seksyen 1, seksyen 2, seksyen 7 and entah berapa banyak ketui punya seksyen lagi, tapi fac bagi budak budak education terletak di seksyen 17i. so round la berapa pusing satu uitm ni, kau takkan jumpa fakulti pendidikan muahaha. fac kami, kami panggil intec sebab fac education bergambung dengan pelajar pelajar intec (budak foundation yang nak fly). ekceli bergambung dengan budak2 muzik jugak. kadang2 nampak la deme ni bawak gitar, viola, piano kehulu kehilir. hahaha, propa je piano tu. mostly budak2 intec la ramai, then baru budak budak education, budak budak muzik and lastly foundation TESL.
fakulti pendidikan ada library sendiri. kami panggil library intec. haha. buku bio, maths, novel semua terletak di tingkat atas sekali. port paling sunyi dan sepi. port yang aku and member aku paling suka lepak ialah bilik komputer and port surat khabar hehe.
kafe.. tempat untuk mengunyah dan menghadam. takat yang aku tau, intec ni ada 3 kafe dan masing2 terletak di bahagian utara, timu dan barat. sangat jauh antara satu sama lain. aku and member aku dah merasai ketiga-tiga jenis kafe ni since kami kuat merayau dalam intec. hehe. ekspesyially aku.
5. TRANSPORTATION
memandangkan intec ni jauh gedabak, so pihak uitm ada menyediakan bas untuk kitorang berulang-alik dari fac ke induk ke fac semula dan begitulah seterusnya. ekceli, uitm ada banyak bas yang main pusing pusing dalam uitm tu sendiri tapi bas khas untuk warga edu, muzik and asasi tesl ada 3 or 4 (aku tak hengat) dan bertanda huruf E.
first trip pukul 7.30am, second 7.45am, third 8.00am. kadang kadang yang second tu takda, so terus datang yang third haha. waktu bas hmm.. tak jamin. setakat yang aku tau, selang setengah jam. tapi hahaha. pernah je aku tunggu sejam setengah bus tak sampai sampai. tengah hari, jam 12.30pm-2.00pm bus takda. rehat katanya -_- yang aku ingat kalau petang jam 6.00pm, 6.30pm and last 8.30pm. so agak-agak dah petang tu cepat cepat lah kumpul kat bus stop BEFORE 6.30pm. kalau tak, kau semayang lah maghrib kat bus stop tu hahaha. gurau je, kalau dah tertinggal kau masuk lah fac balik, semayang kat fac. nanti pukul 8.30pm bus last sekali datang la. haa yang ni kalau tertinggal jugak alamatnya kau tido lah kat fac hahaha. podaahh! ade teksi, naik laa teksi.
rapid T529 and bas mini pun ada lalu. tapi bas mini, ramai anney anney dari nepal semua tu. haaa hensem kau jah! so gegurl semua hati hati yer. alah rapid pun ada gak warga2 "polena" (foreigner) ni tapi tak seramai bas mini. rm 1 je naik hehe. nanti bas2 ni stop kat seksyen 2. kalau seksyen 2, boboii dah sampai la room sweet room. kalau gegurlz tunggula bas uitm lain yang ada huruf D or rapid T603 yang sememangnya round masuk ke uitm balik dari seksyen 2. if naik teksi, hmm agak2 dalam rm13 tu la duit tambangnya. kalau korang kene sampai rm20, kau bidas je teksi uh. memang kat shah ala ni ramai budak kene tipu dengan harga tambang teksi. aku one of them T__T
6. SUBJECTS
okey, masuk pasal course pulak. memandangkan aku baru je tamat part 1, aku cerita pengalaman aku je lah yer.. hehe.. okay. aku major biology and minor maths.
BIO. so masa semester 1 kitorang belajar pasal bio cell tapi fyi kelas bio tak ada kat intec, tapi kat induk. hahaaa. terletaknya di dewan gamma FSG (fakulti sains gunaan) area tepi menara. naik bas uitm berhenti kat depan kolej seroja. untuk first time, sila berjalan seperti kanak kanak tadika buat rombongan yer sebab tak mustahil anda boleh tersesat di sana hahaha. hang ingat uitm ni ladang getak mak pak hang ke ? sekali pergi dah leh hafal selok belok? aku dah nak habeh sem duduk sana pon baru tau ada lift nak ke FSG -_- . and... jangan terkejut kalau korang kene berulang alik kolej-intec-fsg-intec-kolej dalam satu hari, yeahh tu rutin aku and kawan2 yang lain
MATHS. ok ni belajar pasal calculus. soalan soalan exam memang tak sama dengan eksesaisss2 yang hangpa semua buat dalam kelas.. opkoss double triple punya susah hahah. member aku ada yang nangehh masa final sebab soalan susah. tapi aku percaya kalau korang rajen buat pastyear and score tests yang diberikan oleh lovely pensyarah, bukan takat maths je, subjek2 lain pun korang leh score dekan. haha. buku leh oder kat lecturer (kalau lecturer korang take oder lahh) and harga buku area rm80. murahkan?? haaa jahh! apa definisi murah bagi orang seperti aku ni? hahhaha. duit makan habis kat buku je beb. nak gune bukan sampai final year pon.. huhu. then, kelas maths kat intec, so no worries :)
COUNSELLING. yeah as a teacher-to-be, korang akan familiar dengan istilah2 dan definition2 counselling seperti psychoanalytic, psychology, psychotherapy, encapsulated counsellor bla bla bla etc.. hehe buku? entah. takda pulak lecturer aku gune buku. aku belajar pakai nota je. tu yang tak dapat A tu hahaha. aku dapat B. sebab tak pulun kat carry mark. so rajen2 lah pergi menyelongkar kat library intec tu buku2 counselling.
HISTORY. haa. hape? korang ingat korang dah boleh happy tinggalkan sejarah? hahaha. mesti terkjut dan terkentot kan? haha.. tak senonoh ar korang nih adoii.. history and development of education.. subjek ni 60% carry mark tauu.. so, masa present, project paper and test silalahh pulun!! kalau present, bayangkan anda seorang guru, jangan takut2 and baca slides.. make something new and something yang boleh tarik orang minat dengan apa yang kita cakap kat depan. yess! history ni memang bosann.. aku mengiyakan.. tapi kalau kene pada cara present, seyezzz subject ni memang best :) present sejarah in english ek cik kak tata!
TITAS (CTU). okay. ni subjek the only one dalam bahasa melayu and wajib bagi semua fac and kalau korang nak tau, sungguh lancar lidah aku and member2 aku ni masa present titas hahaha. takdo putar belit lidah sebut english yang entah pape tu.. titas ni sejarah tamadun islam dan asia. haaaa see? another one sejarah! hahahhaa . alah releks laa.. seyezz best belajar pasal tamadun. tamadun china, tamadun india, tamadun islam..
SCIENCE SOCIAL (SCE). oraiiit, subject ni the best! sebab the only one subject yang takda final tapi pecah kepala nak buat project paper hahha, tapi takpa, apa guna kawan kan? suruh ler deme yang buatkan project paper korang.. hahahaa.. okey markah untuk sce ni dia amik 100% daripada presentation, project paper, dan segala jenis project yang ditetapkan oleh pensyarah. bernasib baik batch aku, ada certain project yang dicancelkan. subject ni mostly pasal science and technology. kadang2 ada project suruh buat kapal dengan tenaga solar bagai. and lecturer dia sangat ohsemmm! aku taknak puji melangit tapi beliau-beliau memang banyak ilmu.. korang tak leh arrr nak 'kencing mengencing' lecturer korang dengan teori science korang sendiri. kalau tak buat preparation dengan detail, toksah lah korang bercakap pasal topik tu hahahha.. silap silap, kene sumpit dengan lecturer ahhaha.
KOKO. haaa. ni 1 jam kredit jep haha. tapi still penting. kalau aku, aku masuk red crescent. now dimurahkan rezeki alhamdulillah dapat jadik AJK BPC (badan pertolongan cemas) uitm shah alam. tu yang sampai termasuk kem komander libk tu. huhu.. ekceli ada banyak je lagi unit uniform yang lain. koko wajib untuk 3 sem. tapi kalau dari diploma masuk degree, takyah dah amik koko sebab dah amik masa diploma. kalau pernah join plkn, leh skip 1 sem koko so join koko 2 sem je lah.. begitu juga pada mereka yang amik kawad kaki masa kat matrik dulu.. skip 1 sem koko.
_________________________________________________________________
haaaaa.. cer korang scroll up balik. menjela tak karangan A+ aku? hahaha. tu hanyalah pengalaman aku batch september 2013 part 1. so sebarang pertukaran, thats non of my business laa buweekk =P then nasihat aku to adik adik yang nak amik course pendidikan ni. pikir laa dulu before masuk. boleh tak awak bercakap publicly? nak ke belajar mende mende yang bosan bosan ni semua? esspesyially yang macam aku ni, otak science.. education ni under sastera, leh ke masuk dengan dunia sastera? nak ke belajar counseling and history segala jadah tu? hahaha. kalau tak mampu, kalau nak belajar pasal science je semata2 baik tak yah sebab subject yang relay on science semata-semata kebanyakannya under dentist, medic, MA, pharmacist etc. mostly science under FSG, fakulti sains gunaan.
okey laaa. hope ni semua membantu la pade mana mana yang blur blur pasal nak pilih apa kat upu tu..buat la istikharah.. doa banyak banyak. ada lah jalan tu... hehe . okey laaa den ciaaooo dulu. tata
wasalam
Panjang entry. 3hari punya karang ni. Btw good info. Actually I searching for alam medic image.
ReplyDeletehahahaha. jauhnya alam medic image dengan education >.<
Deletesaya student master kat situ ( fakulti pendidikan )..baru daftar..tak tahu apa cerita lagi..rumah pun tak der lagi...lagi haruuuuu
ReplyDeletenow dah bln 6, mesti dah survive kan live master hahah chaiyyok!
Deletethanks for this entry :)
ReplyDelete