Friday, 7 February 2014

12 hari kem komander LIBK

assalamualaikum wbt

hai ! hei .. hoi ! haha. okey, ekceli aku baru je lepas balik dari kem LIBK. hemm.. baru lah sangadd kan! dah 3 hari dah aku memerdekakan diri dari kem tu hahaha! mende jadah LIBK tu eh? korang mesti wondering gilerz en. hmm .. ok LIBK stands for Latihan Intensif Bakal Komander. yesss yesss.. Bakal Komander.. Bakal Komander.. Bakal Komander.. perhhh terngiang-ngiang seyh.. nightmare betol.

mesti korang tertanya-tanya kan acano aku leh terjebak dalam kem ni? bhaiii.. aku tau aku brutal, kasar, tapi seyez aku memang tak minat komander-komander ni, abang komander aku minat lah hahaha! joking. ok sejujurnya, bukan bidang aku la untuk ada perasaan minat dalam dunia komander ni. sekasar-kasar aku, aku layan silat.. kungfu.. ninja.. samurai.. hehe. ekceli silat je. poyo je lebeh mak limah ni..

but kenapa aku leh masuk LIBK sedangkan aku tak minat? hahaha.. tu diaaa.. ni sebak ni bila bukak cerita balik.. ekceli... aku terjebak! aku terjebak! huhu. semuanya bermula sebab hari sabtu tu.. aku saje je test2 nasib pergi interview untuk jadik ajk BPC (Badan Pertolongan Cemas) next sem. hmm.. aku pikir kalau tak pergi means aku memang dah block rezeki aku daripada untuk jadi ajk next sem. memang tak ada tempat untuk aku kat situ. tapi if aku pergi, berkemungkinan ada rezeki aku kat situ sebenarnya. dan dan pergi, tup tup aku dapat, last last dapat mesej. "tahniah .... bla bla bla.. free kolej next sem bla bla.. tersenarai dalam LIBK bla blaa.."

aku tercengang campur tercungap, naseb tak terkentut je beb.. hanyir tau tak. LIBK tu la member member aku dok kejar-kejar kan.. hmm disebabkan ini, aku terpaksa melepaskan rumah sewa aku, sebab dapat kolej free. aku nak komfemkan lagi.. aku call tuan punya nombor yang hantar mesej tadi. "wajib ke pergi LIBK?" suara dicorong telefonku membalas, "ye, semua ajk baru wajib pergi LIBK" ..

bhaiii.. dia kata wajib pergi tapi suruh aku sah kan kehadiran either dapat pergi ke tak. okey... aku dapat rasakan yang kem ni ekceli its up to you if you want to go or not. hati aku berkata-kata lagi, dia letak perkatan "al wajibul ghunnah" tu sebab maybe diorang tak dapat sambutan dari pihak ahli persatuan sendiri and deme tak cukop orang nak hantar jadi wakil so deme heret kitorang ajk ajk baru. hehe, hebat tak teori aku? hahhahaha. tu hypothesis je kesahihannya wallahualam.. and then aku buat-buat macam lembu kene tusuk hidung, "Ohh yeke.. okey okey hehe tenkiu..!" nampak tak keikhlasannya tu.. hahaha hampeh la hanis oiii ! tapi takpa, yang penting ilmu yang ada dalam kem tu.. azab dia, pandai pandai la aku tahan nanti..

okey, just make it short and simple. aku pun pergi la kem LIBK ni. perh hari ke 3 kaki kiri aku dah melecet, kuku kaki kanan (telunjuk) dah warna ungu. ni semua sebab salah pakai kasut pua chu kang uh.. haiyaa.. aku pi amek saiz 9, padahal saiz yang ideal untuk aku bagi kasut tu saiz 7. mane la aku tau bab bab saiz kasut ni. normally aku pegi beli kasut, memanga ku amik saiz 9. tapi tak sangka pulak saiz kasut pua chua kang ni cutting besar. and aku gi letak pad kat bahagian jari kaki tu. tu pasai kuku aku lebam... hematoma kata MA yang jaga kitorang hari tu haha. aduii..

citer pasal MA, aku one of the skuad saket kat kem ni. disebabkan melecet tanpa air berdiameter 2cm setengah, aku tak leh lari sangat and join aktiviti aktiviti yang melibatkan kaki. lagi-lagi bila kaki aku yang melecet tadi terkene bisul. perhh.. bisul beb! bisul ! kaki aku kene bisul kat kem.. acano leh kene tu? haaa.. its all about infection la jemah oi.. bila dah lecet, kau jangan la pi gatal gatal koyakkan kulit tu walaupun dah kering. bior kan aje.. kulit tu la yang akan jaga kulit baru nak tumbuh tu.. haa aku ni, takda pengalaman. main ikut je apa orang cakap. aku koyakkan kulit terkopek tu. ala tak saket pon sebab dah kering. tapi ekceli JANGAN KOPEK! haaa.. last last dapat infection, bernanah kat situ. tak pasal pasal, malam malam waktu budak budak lain dengar ceramah, komander bertugas panggil nama aku, ajak gi klinik. tapi last last bukan klinik bhaii.. hospital klang bhaii.. hehe sebab klinik swasta tak mampu, hospital shah alam tak bukak, pusat kesihatan uitm tutup hari sabtu. so malam tu menghirup udara luar laa aku dengan menaiki van uitm. bangga seyh!

sampai je kat hospital, doktor cakap kene buat minor surgery. aku kene sign surat kebenaran bius bagai.. and doktor kata jangan pakai kasut sebab bisul aku ni kat pangkal tumit. hehehahhahahha.... memang tak leh kawad la aku, passing out untuk kem tak dapat nak buat sebab waktu raptai tak dapat join.. waktu raptai orang pakai half-U, aku berselipar. menangis aku.. seyez aku menangis masa komander cakap kalau doktor dah cakap macam tu memang diorang tak boleh nak halang. aku kene duduk dalam skuad saket. seyez beb, bile pakai selipar aku dapat jalan normal. leh main tali skipping lagi, kalau ade la tali skipping kat situ/ cuma bila aku berkasut, aku akan jalan macam zombiehhhh... hencot hencot !

and aku ada gelaran dikalangan komander-komander. hmmm antaranya "kaki ekzos" "kaki lobang".. haha. acano leh dapat nama nama tu? sebab bile dah buang bisul kat kaki tu, opkos laa meninggalkan lobang dikaki. nanah dalam bisul tu dah pecah siket masa aku nak buang tu, and nanah dia keras. so MA tu terpaksa korek siket laa bidul tu hahaa. kalau berair senang, kau picit terpancut la nanah tu tapi ni keras. so kene berusaha siket untuk digging! hahhaa.. saket? sikit laa.. thennn aku kene dressing luka tiap tiap hari, naseb laa masa kene tu 2-3 hari je lagi nak habes kem. cakap pasal dressing luka, again aku rasa menyusahkan orang sebab kene hantar aku pi dressing luka. dressing kene guna povidon pulak tu, kalau takat air biasa leh je mintak komander medic buatkan.. itu pon kalau diorang lalu tengok kaki aku yang berlobang tu laa hahhaa...

pasal kuku lebam tu, naseb la En Farhan bagi rawatan kat aku. kalau tak.... hmmm menanggung laa azab kuku tercabut nanti.. ok En Farhan ialah MA yang first cakap kaki aku kene bisul and keluarkan darah terkumpul bawah kuku kaki ku.. haha.. beliau duty waktu kitorang latihan kawad. kau tau acane dia keluarkan darah tu? hehhe meh aku citer.. dia amik jarum. letak atas kuku aku, and drill secara halus kat kuku aku tu sampai aku rasa ngilu or sakit siket. haha.. dia buat 2x drill kat kuku aku.. aku picit plus tekan2 kuku aku tu sampai darah2 bawah kuku tu keluar. habes je dia rawat aku tu, aku tersenyum puas nengok kuku aku yang dulunya ungu pekat, sekarang dah jadik warna asal balik. peace yawww! tenkiu En Farhan haha.. aku sempat nyempat lagi tanya dia macam2 ilmu rawatan. "ni internal bleeding ke?" "kalau hidung berdarah apa nak buat?" "iodine boleh pakai untuk luka apa?" haha. mostly beliau akan tergelak sebab soklan soklan aku agak macam budak baru nak belajar.. almaklumlah I ni kan BPC yang belum ditauliahkan lagi.. aka junior.. hahaha.. masa beliau cakap perkataan hematoma.. aku lagak cam tau je "oowhh hematoma!!" then aku separuh berbisik "macam pernah dengar..." hehehhehehhehe.. beliau tanya lagi "ada belajar kan?" aku jawab "err.. ada! rasanya.. hehe. belajar sebab nak exam... ngeee~" haaa. tu laaa typical student!! belajar sebab nak exam! memang kene gelak laaa aku.. segan beb..


ni la skuad aku. yang sentiasa jadi penguat aku and support aku untuk terus kuat kat kem ni
yang bile aku dah kenyang, diorang la yang akan makan siket makanan2 aku kasi habes
yang bile aku nak jatuh, diorang akan tarik aku balik.
yang bile aku kata sakit, diorang suruh aku keluar baris
saket buat cars saket beb, kang kau pengsan ingat kau kocik nak orang lain angkat kau?
hahahha.. takde laa. diorang tak cakap camtu..
diorang cakap "come on hanis, you can do it! kau boleh buat!"

ni member baik aku hehe. classmates untuk sem 1 ni. ekcelin ada 2 ketul lagi classmates
aku tapi maybe deme pegi makan kot.. cer tengok muke kami.. gelap tak?
hahah.. aku paling cerahkan? asal hah?
sebab aku tak mausk perbarisan terakhir yang tersadai bawah matahari tu..
skuad saket la katekan... acano? ensem tak member2 aku ni ahahhaha!

yeah! hari kebebasan mutlak!
penyarungan pangkat KRM (Komander Rendah Muda) oleh my lovely father
hehhee.. now im not Bakal Komander anymore.. i am Komander Hanis.
and dont worry, aku takkan treat budak budak aku macam mana treat yang aku dapat
sepanjang kem ni.. insyaAllah, aku akan ikut nasihat jurulatih aku..
"jangan menggunakan kata2 kesat ketika kamu melatih skuad kamu. itu melanggar ciri-ciri sebagai
seorang komander" cikgu! hormat, hormat ke hadapan .... hormat!!


okey.. haha. menjela kan? well ekceli ada je lagi aku nak share tapi kalau dah menjela sangat orang naik bosan baca.. tapi tu laa. sepanjang aku kat kem, aku menangis 2x. first sebab aku rasa aku tak mampu untuk buat denda yang dikenakan sebab kitorang didenda atas kesalahan orang lain yang kami sendiri tak tau siapa yang buat.. (lagi sebak bila dengar ada komander cakap dalam separa berbisik awak ikut je flow ni, jangan peduli apa dia cakap. ikut je) second aku nangis sebab aku tak leh masuk perbarisan akhir which is passing out sebab aku tak dibenarkan untuk pakai kasut.. hmm.. and yang paling aku bersyukorrr sangat2 ialah, nasib baik lutut aku tak buat hal. as yang korang tau, aku ada masalah lutut since matrik. doktor kata kurangkan berat badan, but aku rasa berat aku dah dikurangkan tapi effect still sama. so aku bergantung pada susu untuk tulang kuat hehehe.. tapi aku tak bawak susu pegi kem! so alhamdulillah lutut aku just lenguh2 biasa hehe. tak kronik mane pon.. and paling best, aku tak cakap pon kat komander yang aku ada masalah lutut ngee ~ . sebab aku taknak diorang pikir aku budak berpenyakit. saiz kasut beza lah, lecet lah, kuku hitam lah, bisul lah, semua penyakit muke aku nak sapu... ~..~"

mende lain yang pernah aku buat masa kem ialah tido berdiri.. haaa ni aku teror, aku leh terlelap waktu komandder aku dok potpet2 kat depan. banyak makan tongkeng ayam letuww .. penat aku dengar sampai aku leh tertido.. hmm.. lagi, aku belajar acaner nak gune suara perut. aku belajar nak rawat budak budak melecet. aku belajar hidup takde handphone. aku lah antara insan2 yang paling rajin terima maki dari komander2. maybe sebab aku tak pro dalam kawad and selalu salah faham dengan hukuman yang diberi. bahasa2 kawad tu memang aku out. aku pernah terlambat 30 minit bangun pagi, memang pagi uh tak mandi laa kalau dah lambat. tapi segala apa yang diberi pada aku, denda, maki, aku tak telan.. aku buat dia masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. sebab bila telan, perit. so better biarkan bagai angin lalu. just amik pengajaran je. tak semua komander tu teruk, ade yang baik. and tak semua yang kita nampak garang tu teruk, ekceli diroang pon manusia, ada sebab kenapa diorang buat gitu. cuma kalau ada yang teruk pon tak ramai, sorang dua je.. tu memang takde insurans la punya mulut. naseb je aku silat tak masuk peringkat tamat lagi, kalau tak memang aku dah bagi dah buah silat pertama sampai buah ke-20 kat dia.. hmmm.. rasanya tu je kott.. silattt !!!!!!! rindu kauuu....

okey laa aku rasa cukop sampai sini.. aku nak tido! dah malam nih.. night night... wasalam :)












3 comments:

  1. hi.. sy akan pergi libk bulan 10 nanti.. lepas bace pengalaman awak, rasa cam warghhh seramnye libk T_T
    doakan sy boleh bertahan ye..btw sy ade soalan, memang yg pergi libk tu akan jadi komander eh ? and memang last nanti parents datang untuk penyarungan pangkat KRM ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. now ape macam life mander? hahaha. semua tu pengalaman. tak semua boleh dapat pengalaman tu. so grab it!!

      Delete
  2. kalau takde pengalaman kawad boleh ke jadi komander?

    ReplyDelete