hmmm... malam tadi aku ingat nak update blog untuk share cerita yang aku tengok ni.. tapi, cerita tu habis pukul 12.30 am lah.. malas aku nak stay sampai pukul 1.. tu yang aku nak cerita sekarang ni... haaa... "cer citer.. cer citer" bak kata usop.. hahaha
LAJJA atau ertinya MALU (shame)
cerita hindustan ni memang unik bagi aku.. filem ni menggandingan para pelakon yang sememangnya hebat dalam industri perfileman INDIA.. cerita ni agak lama.. selalunya cerita hindustan dia ambil masa 3 jam kan.. tapi dia lebih 3 jam setengah.. aku rasa berbaloi lah aku stay sampai 12.30 pagi dengan adik-adik aku tengok cerita ni.. watak-watak dia memang lepas dendam, tak ada yang simpan-simpan dalam hati..
okey.. meh aku describe kan sikit 'hal ehwal' cerita ni... haa.. sebelum tu aku nak bagi tau dulu pelakon2 dia.. watak utama dalam cerita ni ialah heroin cerita MANN iaitu MANISHA KOIRALA, MADHURI DIXIT, REKHA, MAHIMA CHAUDHARY, JACKIE SHROFF, ANIL KAPOOR ,AJAY DEVGAN, RAZAK KHAN, JOHNNY LEVER and FARIDA JALAL...
filem arahan RAJKUMAR SANTOSHI ni berkisahkan tentang plight of woman kat india..
dalam cerita ni, Veidehi (manisha koirala) melarikan diri daripada husband dia, Raghu ( jackie shroff) selepas mendapat tahu daripada doktor peribadinya yang husband dia ni ada niat jahat kat dia. Veidehi ni tengah mengandung tetapi malangnya, hubby dia terlibat dalam satu accident yang menyebabkan hubby dia ni mandul. satu2nya waris yang dia ada ialah anak dalam kandungan Veidehi ni. so dia dengan bapak dia cadang nak ambil anak tu dan bunuh Veidehi sebab kalau dia bercerai pun, undang2 akan menyebelahi si ibu untuk mendapatkan hak penjagaan. sebab tu diorang nak bunuh Veidehi ni..
Veidehi ni pun larikan diri dan tumpang sebuah lori.. nak dijadikan cerita, lori yang dia naik ni ditahan oleh orang2 hubby dia.. then, dia ni diselamatkan oleh Raju (anil kapoor) yang merupakan seorang pencuri.. Raju ni walaupun pencuri, dia berhati perut dan baik orangnya.. dia bagi sikit duit dia kat Veidehi ni.. untuk sembunyikan diri daripada orang2 hubby dia, dia pergi sebuah majlis perkahwinan kat tempat tu..
kat majlis perkahwinan tu, dia kenal dengan seorang pengantin perempuan ni yang bernama Maithili (mahima chaudhary).. Maithili ni bakal berkahwin dengan budak kolej dia sendiri.. tapi, keluarga budak kolej ni orang kaya2.. so diorang mintak wang hantaran daripada pihak pengantin perempuan sebanyak 5 juta rupee.. bapak Maithili ni ada 4.5 juta je.. so, keluarga lelaki tu ugut time majlis pertunangan, kalau tak cukup duit hantaran, diorang akan batalkan majlis perkahwinan.. tempoh masa puntak diberikan.. Raju yang perompak tadi tu pergi curi 50,000 rupee and letak duit tu kat dalam beg duit hantaran Maithili tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Veidehi.. niat dia nak menolong Maithili.. lepas tu, bila keluarga lelaki tu mintak duit hantaran, bapak Maithili ni pergilah bagi beg tadi.. bila kira2, duit tu memang cukup tapi orang tukang kira tu claim yang duit 50,000 tu duit dia yang kena rompak tadi.. sebagai bukti, setiap helai duit tu ada tanda merah yang dah dibuat terlebih dahulu..
bapak pengantin lelaki ni yang pada awalnya menyuruh tok sami agar memulakan upacara perkahwinan anaknya, menyuruh sami tu berhentikan upacara dengan segera.. dalam masa yang sama, ada sorang lelaki ni mendakwa dia nampak Raju ada kat dalam bilik Maithili selama 1 jam sebelum majlis start.. dekat sini, bapak pengantin lelaki dah membuat andaian yang Raju tu dok buat apa kat dalam bilik Maithili sampai dia boleh letak 50,000 rupee kat dalam beg hantaran Maithili.. dia anggap Maithili ni dah tak suci.. tapi, dia kata dia still boleh terima Maithili ni untuk jadi menantu dia asalkan bapak dia dapat up kan lagi duit dari 50,000 rupee jadi 1 juta rupee untuk menggantikan kesucian Maithili.. kurang ajar kan?? si Maithili ni dengan slumbernya suruh bapak dia terima saja apa yang pihak lelaki nak.. dia kata kenapa tidak, kalau dia boleh dapatkan 50,000 rupee dengan seorang lelaki dalam bilik dia, dia pun boleh dapatkan 1 juta rupee dengan adanya 2 orang lelaki yang akan duduk dalam bilik dia.. bapak Maithili ni dah naik malu dengan apa yang anak dia cakap..
last2 Maithili ni bangun, bukak tudung yang tutup muka dia dengan mata yang berair2, marah bapak pengantin lelaki tu.. aku tengok cerita ni aku jadi puas tau sebab dia tak pendam2 rasa marah dia.. memang teruklah pihak lelaki tu kena hamun.. mak pengantin lelaki tu lagi lah.. kena kutuk habis.. memang marah betul Maithili tu dekat pihak lelaki sebab lukakan hati bapak dengan mak dia.. bakal suami dia marah Maithili and suruh dia jaga sikit mulut time cakap dengan parents dia.. last2 dengan si lelaki tu sekali kena marah dengan Maithili tu.. hahahaha.. padan muka dia.. aku ingat lagi dialog Maithili tu.. "kau!! kau yang selalu ikut cakap bapak kau kan..!! apa lagi yang kau duduk kat situ!!! pergi bawa keluarga berambus dari sini.!!! berambus semua!!!"
FUHH...!! so pihak lelaki memang dah kena telanjang habis lah.. diorang pun kena halau pihak perempuan.. beg hantaran yang ada duit tu pun pihak lelaki tu bawak sama.. kurang ajar gila kan.. nasib baik Raju tu sempat amik beg tu dari tangan bapak lelaki tu sebelum sempat dia keluar rumah.. CEHHH!
cerita ni kalau diikutkan panjang.. penatlah aku kalau nak describekan satu2 cerita sebab si Veidehi ni nanti akan menjengah dari satu cerita ke satu cerita yang lain.. sepanjang perjalanan dia untuk sembunyikan diri dari orang2 hubby dia, kat sini lah dia jumpa dengan Janki (madhuri dixit), Ramdulaari (rekha) and Bhulva (ajay devgan).. akhir cerita ni, dia baik2 balik dengan suami dia.. suami dia betul2 menyesal and diorang hidup bahagia dengan baby girl diorang.. =)
dalam cerita ni, aku suka tengok muka Jackie Shroff tu.. nampak muda dan berkarisma.. padahal umur dah tua tu.. hahaha.. watak perempuan pulak aku suka tengok Madhuri Dixit.. dia ni memang lawa.. aku suka tengok dia senyum.. memang lawa! haha..
dalam ramai2 pelakon hindustan lah kan.. dari segi lakonan (lelaki) aku minat
shah rukh khan, hrithik roshan and amir khan..
diorang ni kalau berlakon memang memberi kesan..
expically port2 sedih tu.. memang diorang pandai masuk watak..
kalau perempuan.. aku minat
kajol, manisha koirala, mahima chaudhary,
madhuri dixit and ashwarya rai...
pelakon veteran diorang.. semestinya aku minat
rekha and amitabh bachan...
ni lah dia kalau dah jadi hantu hindustan.. tapi dalam reramai ni, pemenangnya sudah tentu SRK dengan KAJOL.. hehehehe..
peace no war okey!
yup..naik meremang bila Maithili (mahima chaudhary) memaki pihak pengantin lelaki tu..hahaha terbaekkk....
ReplyDeleteyeahh.. hahaha cerita dia memang best.. mahima chaudhary memang superb laa dalam cerita ni :D
Delete