assalamualaikum..
hmm.. cuti2 semester ni, aku rasa badan ni macam letih je nak sentuh buku.. nasib baik ada tuisyen.. kalau tak, langsung tak sentuh lah buku2 aku.. kerja sekolah pulak, ada lah dalam 40% yang dah siap... tengah fikir projek add math ni ha.. aduhh... macam susah je.. aku ni mana lah reti kira2 ni.. bab2 teori aku boleh lah.. kira2 ni aku KURENG sikit.. hmm.. bukan sikit, tapi banyak rasanya.. hahaha... almaklumlah, aku memang tak suka kira2 ni.. kira duit aku sukalah.. hehe
semalam kemas2 rumah.. habis satu rumah aku vacuum (padahal ruang tamu je).. tak cukup lantai, dengan dinding2 sekali aku vacuum.. tak cukup dinding, dengan siling2 rumah aku sekali aku vacuum.. hahah.. ni baru mengemas namanya.. habis aku punggah semua cd and buku2 kat perabot tv aku tu.. apa tak nya, semak je aku tengok.. kalau boleh nak clear je kat situ.. biar ada astro punye decoder je... yang lain, mana aku rasa tak perlu nak simpan2 lagi, aku buang je terus.. kebanyakannya aku buang cd yang dah bercalar-balar and tak ada pasangan tu.. buku2 (kebanyakannya majalah masak ayah aku) aku simpan dalam beg adik aku... hikhikhik.. then, simpan kat dalam bilik adik aku.. haha.. jahat betul aku ni.. lantaklah.. adik aku dah tak guna pun beg tu.. akhirnya, habis berhempas pulas aku bergelut dengan habuk kat perabot tu, dapatlah aku mandi walaupun dah mandi pepagi tu.. rimas pulak bila dah berpeluh-peluh ni.. kalau dapat mandi air bukit macam kat rumah fairus tu best la jugak.. dah lah tengah panaskan, dapat pulak mandi air bukit... fuh! ni tak.. masuk je bilik air, mula2 air tu memang lah sejuk.. pastu jadi panas pulak... aishh.. nak rebus telur dalam bilik air aku pun boleh aku rasa.. hahaha
belah petang, ada kawan mak aku dari kedah datang.. tumpang tidur sini.. hehe.. dulu time kami pergi kedah, kami tumpang rumah dia.. sekarang diorang datang sini, tidur kt rumah kami... hmm.. malam tu ajak diorang makan sate.. yeah!! sate kajang haji samuri.. fuh...! aku rasakan, ni lah kali pertama aku akan sate sikit.. mula2 aku tahan makan 5 batang je.. maybe sebab kenyang kot rasanya sebab petang tu aku dah tibai nasi ayam kat tesco.. hahaha... dah mak aku nak belanja, pergi je lah kan.. apa orang kata, rezeki jangan ditolakkan.. hehe.. last2 sate tu aku dapat up kan lagi 2 batang je, so semuanya 7 batang.. jadi ler.. tapi tak silap aku, paling maksimum seumur hidup aku, aku pernah makan 11-15 gi tu lah... haha.. aku rasa time tu aku kelaparan kot.. tu yang tibai banyak tu.. hehe
semalam sementara tunggu isyak tu, aku tengok air crash investigation kat discovery.. memang dahsyat lah kapal terbang tu.. cerita dia macam ni.. ehem2...
American Airlines Flight 965, Boeing 757 yang dijadualkan terbang (waktu malam) dari Miami International Airport, Miami ke satu lapangan terbang di Cali, Colombia dilaporkan kemalangan akibat daripada terlanggar banjaran gunung di Buga, Colombia pada tanggal 20 disember 1995.. (masa ni umur aku baru setahun..) Air crash ni telah menyebabkan kematian seramai 151 orang penumpang dan 8 orang crew2 kapal yang lain.. walaubagaimanapun, dalam ramai2 manusia yang terlibat dalam kemalangan tersebut hanya 4 orang saja yang dilaporkan terselamat.. 4 orang yang bernasib baik ini duduk dalam kedudukan satu row yang sama dalam flight 757 yang terdiri daripada seorang kanak2 perempuan dan bapanya, seorang gadis dan seorang pelajar kolej lelaki....
menurut kefahaman aku.... pengawal di terminal Cali tidak mempunyai sistem radar yang boleh mengawal pergerakan boeing 757 sepanjang perjalanan menuju ke terminal di Cali.. mereka menggunakan alat radio beacon untuk membimbing perjalanan boeing 757 hingga ke terminal dengan selamat.. hal ini kerana kedudukan terminal yang terletak di kawasan lembah, di mana terdapat dua banjaran gunung (kiri dan kanan) yang panjang sepanjang perjalanan untuk menuju ke terminal Cali.. (maksudnya terminal tu terletak di tengah2 kawasan dimana kiri dan kanannya terdapat 2 banjaran yang panjang.. so semua flight kena lalu kat kawasan tengah2 tu je).. jadi, pengawal terminal perlu membimbing boeing 757 dengan berhati-hati sama ada mereka perlu belok ke kiri atau kanan, menaikkan atau menurunkan lagi ketinggian pesawat dari permukaan tanah agar flight ni tak TERmelencong ke banjaran tu...
kesalahan yang dibuat oleh pilot boeing 757 adalah dengan membuang data jarak antara pesawat dengan waypoint pertama (point sebelum tiba di sesuatu terminal) iaitu di Tulua dari data computer mereka.. apabila pengawal di terminal menanyakan jarak mereka dengan waypoint pertama, ia tidak lagi diprogramkan di dalam computer dan ini menyebabkan pilot2 perlu menyemaknya semula berkenaan kedudukan sebenar mereka pada peta.. dalam masa yang sama, mereka memperlahankan kadar kelajuan boeing 757 dan mempercepatkan kadar penurunan pesawat.. ketika mereka sudah menjumpai koordinat antara boeing 757 dengan waypoint Tulua, mereka telah pun melintasi waypoint Tulua tersebut.. menyedari hal itu, pilot boeing 757 berusaha memprogramkan koordinat waypoint berikutnya iaitu waypoint Razo pada data navigation computer mereka.. Razo telah dikenal pasti sebagai "R" pada graf mereka, tetapi Columbia telah 'menduplicatekan' "R" sebagai Romeo NDB (waypoint yang lain yang ada kat tempat lain), dan senarai waypoint yang keluar di dalam komputer tidak mengklasifikasikan Razo NDB sebagai "R" tetapi diklasifikasikan di bawah nama penuhnya sendiri iaitu "RAZO".. pilot boeing 757 tidak menyedari akan nama RAZO yang tersenarai pada senarai komputernya dan menyebabkan dia memilih untuk merekodkan "R" sebagai waypoint kedua.. hal ini menyebabkan pesawat autopilot tersebut membelok ke timur dalam anggaran selebar 180 darjah untuk memulakan perjalanannya ke Romeo NDB di Bogota (melencong ke tempat lain iaitu ke arah banjaran).. para pilot telah mengenal pasti kesalahan mereka apabila boeing 757 bergerak ke timur dalam keadaan utara dan selatan berkedudukan selari.. masa ni, pesawat 757 sedang berlegar2 di atas pergunungan dan para pilot telah memprogramkan jarak antara pesawat dengan tanah gunung ialah ketinggian 3000 meter..
pilot2 ni tak sedar yang boeing 757 ni tengah menuju straight ke satu kawasan tanah tinggi (gunung) sebab waktu ni kan malam dan jarak antara pesawat dengan tanah makin lama makin rendah (bukan disebabkan pesawat ni menjunam, tetapi tanah yang makin lama, makin tinggi).. diorang sedar bila Ground Proximity Warning System berbunyi menandakan jarak antara pesawat dengan tanah adalah di bawah daripada kadar yang telah direkodkan iaitu less than 3000 meter.. dengan pantasnya, pilot ni menekan brek pesawat dan menyebabkan turunnya kadar kelajuan pesawat.. dalam masa yang sama, mereka cuba untuk melepasi gunung di hadapan mereka ini dengan memandu pesawat agar naik terus ke atas untuk melepasi puncak gunung ni.. (faham tak?? diorang dah tak ada pilihan lain selainkena melepasi puncak gunung tu kalau nak selamat).. tetapi disebabkan penurunan kadar kelajuan pesawat akibat oleh penekanan brek yang dibuat oleh pilot tadi, mereka tidak sempat untuk melepasi puncak gunung dan menyebabkan boeing 757 ini merempuh gunung tersebut..
pasukan penyelamat datang selepas 8 jam kemalangan ini berlaku.. kenapa lambat sangat?? ye lah.. pesawat tu rempuh gunung kat banjaran tau bukan kat lautan yang luas.. mestilah susah nak cari sebab hutan tebal, tak ada sistem komunikasi, tak ada sistem jalan raya..
Gonzalo Dussan, seorang bapa kepada 2 orang kanak2 Michelle Dussan dan Gonzalito Dussan terselamat daripada nahas tersebut.. dia yang cedera parah itu berusaha untuk merangkak keluar daripada pesawat menerusi celahan2 rekahan pesawat.. sebelum itu, dia mendengar suara anak gadisnya yang berusia 7 tahun (kot) masih hidup tapi tersangkut dan tidak dapat bergerak.. dia juga mendengar suara anak lelakinya meminta tolong tapi dia tidak dapat mengesan di mana suara anaknya itu.. kalau boleh, dia nak cari anak lelaki dia tapi keadaan dia yang parah menyebabkan dia hanya tersandar diluar pesawat.. seorang gadis yang terselamat daripada nahas ini juga berjaya merangkak keluar dari pesawat tersebut setelah mendengar suara seorang pelajar kolej lelaki dari luar pesawat yang menyuruhnya merangkak keluar.. mereka menunggu kehadiran penyelamat dalam keadaan sejuk kerana suhu di kawasan pergunungan sangat sejuk (tapi tak adalah bersalji)..
setelah diorang terdengar bunyi kipas helikopter penyelamat, diorang mengibas2 selimut dari bawah bagi memudahkan pasukan penyelamat mengenal pasti kedudukan diorang.. mangsa pertama yang di bawa keluar dari kawasan pergunungan tersebut ialah gadis yang merangkak keluar dari pesawat tadi., dan mangsa terakhir yang dapat dikeluarkan dalam keadaan hidup ialah Michelle Dussan.. walaubagaimanapun abangnya, Gonzalito Dussan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan dalaman yang teruk.. dia tersangkut kat dahan pokok dalam jangka masa yang panjang.. maybe hentakan yang kuat tu menyebabkan tulang2 dia patah dan mencederakan organ dalaman yang lain...
begitulah kisah yang aku ingin kongsikan... maut memang tak dapat dihidu.. siapa sangka percutian untuk meraikan krismas bertukar menjadi kemalangan ngeri.. tak siapa sangka...... ini dapat dijadikan sebagai satu iktibar kepada kita agar sentiasa bersedia dengan maut.... maut tak mengenal usia.....
No comments:
Post a Comment