assalamualaikum..
ha.. laporan hari ini..
aku kena cubit dengan cikgu JUNAIDAH.. sakit gila belakang aku.. hahaha.. padan muka aku.. sapa suruh tak bawak test pad untuk kelas tambahan math tadi.. huuuiiss
nak2 pastu, kitorang ada wat test.. test kena jawab soalan standard form dengan nombor bases kat buku past year questin spm... tak boleh tiru, kena buat sendiri.. dah nama pun test.. ahai! aku tak sedar untuk tahun 2006, ada 6 soalan.. aku tertinggal nak jawab! haha.. apa taknye, soalan 2005 ada 5 soalan je, 2007 pun sama 5 soalan je.. tup2 2006 aku tertinggal satu..
akibatnya.....
"siapa yang salah satu berdiri," cikgu junaidah cakap
kami pun berdiri.. ramai.. aku tanya, yang tertinggal satu soalan pun sama kena berdiri ke?? buatlah muka kesian kat cikgu tu.. dengan harapan yang menggunung supaya aku terlepas daripada denda yang bakal menjelang.. dan2 cikgu jawab "tertinggal pun kena berdiri.. siapa suruh tinggalkan.." kuang3x... aku pun berdiri sekali... slek soalan tu je.. aisshh.. nasib~
pastu cikgu suruh berdiri kat depan.. mau lebih 10 orang aku rasa berdiri kat depan..
"ketuk ketampi satu kali.. sorang jerit 'MATHS', kamu semua ketuk ketampi sambil jawab 'A PLUSSS'..." - cikgu junaidah
hahaha.. gila lah.. pastu, radzi kelam kabut angkat tangan..sukarela nak tolong jeritkan perkataan "MATHS" tu.. haha.. poyo gila.. ai cik abang.. mentang2 kau duduk, kami kena berdiri, saja kau kan!! siap kau RADZI!
dia pun jeritlah "MATHS!!!"
kami semua dengan tangan kat telinga terus mencangkung sambil jawab "A PLUSSS!!"
hahaha.. memang gila!
pastu cikgu tanya siapa salah 2 soalan.. ramai lagi makhluk2 5 amanah ni yang keluar.. aku ingat kitorang je tadi yang kena denda.. hahaha.. rupanya ada lagi... kali ni, dollah yang kena jerit MATH'S!! haha.. kelakar gila dia cakap.. macam bunyi mesin.. orang jerit maths, tapi dia meeeett.... hahahah
pastu giliran orang yang salah 4 soalan.. nak tahu sapa yang keluar??
RADZI... hahaha.. poyo gila tadi.. aku yo'o'o lah ingat dia betul semua tadi.. hahaha.. kau ni radzi.. memang suka buat lawak betullah.. aduiii~
hari ni.. aku baru tau, budak yang aku pernah minat tu ada blog juga.. aku check blog dia sekejap tadi.. dah lama tak update.. hmm.. biar je lah dia.. ~
ok.. setakat tu hari ni.. nanti aku update blog lagi..
semoga yang baik berterusan! wasalam..
No comments:
Post a Comment