Saturday, 9 July 2011

aku dekat, Engaku dekat....

assalamualaikum...

aku curi sikit masa pagi sabtu ni untuk share sikit ilmu yang aku dapat semalam kat sekolah...
alhamdulillah,.. aku dan kawan2 yang lain terpilih untuk mendengar satu ceramah agama di sekolah oleh USTAZ ABDUL HAKAM BIN ABDUL MAJID... tajuk ceramah beliau  "ISRAK MIKRAJ"..

walaupun tajuk ceramahnya israk mikraj, mesej yang disampaikan ustaz abdul hakam buka setakat mengenai israk mikraj, tapi banyak... aku sempat catit apa yang beliau sampaikan supaya aku dapat share kat blog ni dengan korang semua selain untuk memperingatkan diri aku juga.... =)

ISRAK MIKRAJ


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).



kalau ada yang masih samar2 ingatan sirah mengenai peristiwa agung ini, jangan risau.. aku akan terangkan sikit mengenainya di sini...

israk mikraj yang berlaku pada 27 rejab ini merupakan perjalanan Rasulullah saw dari masjidil haram ke masjidil aqsa dan dari masjidil aqsa ke langit pada waktu malam untuk bertemu dengan Allah.

ketika baginda sampai ke langit, ada banyak perkara yang baginda temui.... antaranya

-wanginya kubur MASYITAH...
siapakah wanita mulia ini?? dia merupakan seorang dayang firaun yang dahulunya pernah menyisir rambut permaisuri firaun..

-sekumpulan manusia yang mengambil batu memecahkan kepala mereka sendiri dengan batu tersebut...
ini adalah balasan kepada sesiapa yang melambat2kan solatnya ketika hidup di dunia.. (tu baru yang lambat2kan solat... kalau yang tak solat langsung?? nauzubillah...)

-sekumpulan wanita yang bertelanjang bulat dan digantungkan rambutnya
ini adalah seksaan yang bakal diterima oleh para wanita yang tidak menjaga aurat mereka sepanjang kehidupannya.... walaupun memakai tudung tapi seluar dan bajunya ketat, serupalah mereka dengan wanita yang dimaksudkan oleh Rasullah... ".....mereka berbaju tapi sebenarnya bertelanjang...."

-sungai yang bertebingkan emas, berdasarkan permata, penyeduk sebanyak bintang di langit
ini adalah telaga Kautsar... sesiapa yang dapat meminum airnya, maka akan hilang seluruh dahaganya selama2nya..  orang yang murtad, akan dihalau daripada meminum air ini di akhirat nanti... air ini TIDAK LAYAK bagi mereka...

setakat itu yang boleh aku kongsikan sedikit sebanyak.....yang lain, ustaz tu pun ada nyatakan....

- neraka yang paling ringan adalah neraka ABU TALIB (bapa saudara nabi yang sentiasa menjaga dan melindungi nabi tapi meninggal dalam keadaan kafir).. neraka abu talib ini, ialah neraka yang apabila dipakaikan selipar, maka akan bergelegak otaknya... (ni baru neraka yang paling rigan dah bergelegak otak)

-akidah kita, merupakan kunci ke syurga... akidah kita, mengucap dua kalimah syahadah... berpegang teguh pada kalimah syahadah... baca dengan mendalami maksudnya...

-siapa yang murtad, maka terbakarlah segala amalannya... (kalau semua dah terbakar, apa lagi yang kita ada? nauzubillah...)

-ayat kursi, ayat teragung... baca dengan makhraj dan tajwid yang  betul... syaitan takut dengan ayat kursi ni.. jadikan ayat kursi sebagai pedinding diri.. amalkan...

-wanita... paling senang masuk syurga, dan paling senang masuk neraka.... oleh itu, wanita.. sentiasalah menjaga solatnya, auratnya, maruahnya dan mendengar kata2 suaminya...

-ketawa... ada 3 jenis.. 1 > senyum.. 2 >  ketawa.. 3 > KAHKAHKAH.. ingat, lagi banyak ketawa, lagi keras hati..

-setiap apa yang kita ada di muka bumi ini merupakan milik Allah.. segala makan, minum, penglihatan, pergerakan, rasa, perasaan, ibu bapa, harta, tubuh badan kita, jantung, tangan, kuku, kaki dan seluruhnya... banyakkan?? langsung tak terkira.. tapi pernah kita 'berterima kasih' kepada Dia? apa yang kita tahu, keseronokan duniawi... lalai daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita... dan kita terus tinggal di muka bumi milik Allah...

betapa pemurahnya Allah yang masih memberi kita waktu untuk sedar dan terus tinggal di bumiNya... betapa penyayangnya Allah yang masih memberi kita ruang untuk mencari hidayahnya supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi... tapi kita?? langsung tidak sedar dengan segala nikmat yang telah dikurniakan.. betapa biadabnya kita.... derhakanya kita... nauzubillahiminzaliq...

apa yang aku masukkan dalam post kali ni, bukan sahaja untuk mengingati korang2 yang view blog aku ni, tapi untuk mengingati diri aku juga.... aku pun tak sempurna.. dan kita sebagai manusia, haruslah ingat mengingati antara satu sama lain....

okey lah... setakat tu saja post aku kali ni.. lain kali aku post lagi... terima kasih sebab sudi baca post aku! =)

semoga yang baik sentiasa berterusan..  wasalam

No comments:

Post a Comment