RUMAH POKOK
[episod 1]
[episod 1]
“… dulu hari-hari ku berwarna-warni
kini kian mendung… ia tinggal satu memori…”
“Raizal… buku ni aku baru beli tau. Aku nak buku ni jadi diari kita berdua. Nama dia, FIFI! Semua masalah kita, kita tulis kat dalam ni,” ujar Farah sambil tersenyum. Dia membelek-belek buku berkulit tebal yang baru dibelinya tadi sambil duduk di atas batu besar. Beg galasnya digantungkan pada dahan pokok di situ.
Raizal yang hanya berseluar pendek itu duduk mencangkung di hadapan Farah . Dia mencungkil-cungkil tanah di hadapannya dengan menggunakan batang kayu patah. “Aku mana pandai menulis, Farah . Membaca pun tak pandai,” ujarnya.
Farah mencebik. Dia lantas bangun dari duduknya lalu membersihkan sedikit kotoran yang terdapat pada seluar merah paras betisnya. Beg galasnya juga diambil semula. Ah! Kedua-dua anak kecil yang baru menjangkau ke usia enam tahun ini amat akrab sekali. Sudah lama juga mereka berkawan. Ada kalanya mereka seperti adik-beradik dan ada kalanya kalah taufan daripada ribut.
“Nanti aku akan ajarkan kau. Tapi sekarang ini apa yang penting, FIFI mesti diletakkan di dalam rumah pokok sana,” balas Farah sambil menunjukkan sebuah rumah pokok yang terletak di atas sebatang pokok rendang tidak jauh dari situ.
Mereka berdua berjalan beriringan ke arah tempat yang dimaksudkan tadi. Petang itu bayu bertiup lembut menyebabkan rambut Farah yang lurus itu turut tertiup. Farah menyelitkan sedikit rambutnya di celah telinga. Mereka berdua mula memanjat satu persatu kayu-kayu yang berfungsi sebagai tangga pada batang pokok tersebut.
Di dalam rumah pokok itu, Farah duduk bersila lalu meletakkan diari mereka di atas lantai. Raizal membuka tingkap rumah pokok seluas-luasnya. Cahaya petang mula menerobos menerangi ruang rumah pokok mereka.
Farah kemudian mengambil gam yang terletak di atas para. Ada banyak lagi alat tulis milik mereka terletak di atas para tersebut. Alat-alat tulis tersebut digunakan untuk mereka melukis, mewarna dan ada kalanya untuk membuat origami.
Raizal hanya melihat saja tingkah laku Farah yang sedang menampal sekeping foto pada awal muka surat FIFI. “Eh, ni gambar yang kita tangkap minggu lepaskan?” soal Raizal. Dia memegang FIFI.
Farah mengangguk sambil tersenyum. “Aku minta ayah aku ke pekan untuk cuci gambar ni. Ada banyak lagi, kau nak tengok?”ujar Farah . Dia mengeluarkan beberapa keping foto di dalam beg galasnya.
Raizal dan Farah melihat gambar-gambar yang diambil mereka pada minggu lepas. Senyuman mereka bersilih dengan tawa riang apabila melihat aksi-aksi melucukan di dalam foto tersebut. Ada aksi mereka memanjat pokok, bermain di lereng bukit dan tidak kurang juga berbaring di atas rumput sambil memegang bunga.
“Kelakar!” ujar Raizal. Dia tergelak melihat memek muka Farah dalam salah satu foto-foto yang ditunjukkan kepadanya. Foto itu menunjukkan memek muka Farah yang sedang makan mangga masam. Mukanya sungguh kelat.
“Dah!! Bagi balik!!” jerit Farah . Segan.
Raizal ketawa kuat. Dia mengusik Farah dengan enggan memberikan foto tersebut kepadanya. Farah berusaha juga untuk mengambil foto itu daripada tangan Raizal. Raizal mengalah. Diberinya juga foto itu kepada Farah semula.
“Aku tendang kau keluar dari tingkap rumah pokok ni baru kau tahu,” ujar Farah . Merajuk.
“Alaahh, Farah . Aku gurau je tadi. Sorry!” balas Raizal. Bimbang juga kalau Farah tidak mahu berkawan dengannya lagi.
Farah bangun lalu memanjat dinding rumah pokoknya. Dia kemudian menyelit foto-foto tersebut di celah-celah dinding kayu rumah pokok. Farah tahu, Raizal tidak akan mengambilnya. Bukan kerana Raizal tidak sampai untuk mengambil foto tersebut tapi di celah-celah dinding itu terdapat sawang labah-labah. Raizal gelikan labah-labah.
Farah melompat ke lantai. Dia mengesat habuk pada bajunya. Raizal mengambil semula FIFI. “Farah … nanti kalau kau dah mula tulis dalam diari ni, kau ajarkanlah aku pula untuk menulis,” pinta Raizal.
“Boleh.. tapi satu syarat!” ujar Farah .
“Apa dia?”
“Buku ni hanya untuk kita saja! Orang lain tak boleh tulis mahupun membaca isinya,” balas Farah .
Raizal tersenyum. “Okey! No hal…!!”
>> will be continued.... =)
No comments:
Post a Comment