Assalamualaikum.
Hai KBB! Okay. Hari ni aku nak cerita mengenai persatuan yang
aku join selama 5 semester di UiTM Shah Alam ni. Majoriti kenalan aku semua tau
betapa relate nya PBSM dengan aku sepanjang aku kat U ni. Ada jugak lecturer
yang kekadang aim aku dalam kelas and sengaja mention ‘Dalam kelas ni ada PBSM
kan?’ ‘Okay Hanis kalau awak nak rawat orang sakit macam mana awak nak tanya
kesakitan yang dia alami?’ Macam mana lecturer tersebut tau aku PBSM entah…
IDK. Maybe aku pernah tersebut pada beliau hahaha.
Alkisahnya masa semester 1 dulu aku tak suka PBSM ni punya
aktiviti. Baris pagi pun selalu ponteng, kena marah dengan pegawai, kena denda
masa baris pagi, tertinggal kad matrik kat bilik lah, semua ada. End up,
persatuan ni lah yang buat aku rasa sayang sangat nak pindah. Banyak kot
kenangan and perkara yang aku belajar dalam persatuan. Dan banyak juga
sumbangan aku dalam menaikkan nama persatuan. Haha. Mintak maaflah aku bukan nak
mendabik dada, tapi as student dan AJK persatuan, aku rasa bangga jugak dengan
pencapaian aku dalam persatuan ni.
Mula-mula masa nak masuk tu, aku main-main apply je. Pergi interview
apa semua, dan dan terpilih and kena hantar pergi kem Latihan Intensif Bakal
Komander Siri Ke-48 selama 2 minggu, end up jadi Penolong Pegawai Latihan. Aku
salah seorang yang menguruskan perjalanan kelas-kelas pelajar Part 1 – Part 3.
Takda life giler waktu weekend, asik nak pantau orang je. Pantau kelas bukak ke
idok. Pantau jurulatih lambat ke, mai ke tak mai ke. Post kat FB kata kelas
batal ke tak.
Aku and member aku pun bertambah stress sebab nak pantau AJK
yang jaga kelas lagi. AJK yang jaga kelas semua senior, kekadang ada yang skip
jaga kelas semua tu yang buat kami bengang. Balik rumahlah, ada lab lah, malam
tadi stay up lah tak dapat tidur. Habis kami takda rumah nak balik? Hello. Lab
bukak jam 9 pagi, kelas pukul 7.45 am. And ingat aku takda esaimen yang buat
aku tak tidur malam? Bertimbang rasalah. Kami uruskan tanggungjawab kami, awak
uruskan tanggungjawab awak. Masing-masing ada tanggungjawab sendiri kan.
Lainlah kalua urgent.
So. Aku je lah yang tegur diorang ni since member aku yang menyandang
tugas yang sama tu tak nak tegur and lebih rela pendam perasaan je. Haha, sorry
beb I’m not like that. Yes diorang tu senior kita, kita patut hormat diorang,
tapi kalau diorang buat salah and tak jalankan tugas, kita kena tegur. Kalau
aku tegur depan-depan tu tak jalan, aku tegur masa meeting terus. Kalau kita
boleh hormat mereka sebagai senior, kenapa mereka tak boleh hormat kita sebagai
orang atasan diorang?
Semua ni kena berani bercakap dan berani kerana benar je. Benda
ni aku rasa bukan ada di dunia persatuan je, malah di dunia pekerjaan pun ada
orang orang cenggini. Mama pun ada cerita kat aku perangai orang orang kat
tempat kerja dia, and mama jugalah yang selalu ajar aku untuk berani bersuara.
Seperti dia. Hahaha.
Tapi walau apa pun, kalau hal kerja hal persatuan, gaduh
dalam meeting, please.. janganlah bawak keluar. Itulah yang kami terapkan dalam
persatuan kami. Yes kau salah dalam program A, bila orang tegur, kau perbaiki
kesalahan kau and jangan buat perkara yang sama bila nak handle progam B. After
postmortem or meeting, semua tak amik hati, kita gelak balik bilik sesama. Sebab
kita FAMILY. FAMILY BSMM C UITM SHAH ALAM (Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang
UiTM Shah Alam). Malah kami pernah menangis sama-sama dalam handle program.
Program kawan ada masalah, sama-sama duduk lepak dalam 1 bilik and fikir macam
mana nak bantu program ni supaya berjalan lancar nanti. Blood is thicker than
water.
Aku tak pernah anggap senior aku tu sebagai senior. Akrab
kami umpama kakak-abang-adik. Sangat best! Bila aku punya junior, aku sangat sayang
kan diorang macam mana senior aku sayangkan aku dulu. Aku tak pernah anggap
diorang junior, aku anggap diorang adik adik aku. Kumpul dalam satu bilik, makan
ramai-ramai semua. Bonding sangat! Kat sinilah aku punya family kedua. Tapi tak
semua persatuan amalkan sikap macam ni. Tak semua. Majoriti semua suka amalkan
sikap Hierarchy – Seniority yang suka buli budak baru. Dan aku sangat bersyukur
sebab tergolong dalam BSMM FAMILIA !
Jumpa next post ye. AKU DAN PBSM – Part 2 (Persatuan vs
Pointer vs Soft Skill)
Wassalamualaikum wbt
Nurhanis Azhar
No comments:
Post a Comment