Saturday, 19 November 2011

tidur dan ayat kursi

assalamualaikum...

('',)

maap ler dah lama tak post..
almaklumlah, SPM ni aku sibuk sikit.. hahaha..
tapi kan, aku ada penyakit pelik sikitlah semenjak SPM ni..
tak taulah dengan sapa aku terjangkit dek penyakit ni..
nak tau apa penyakitnya??
penyakit susah nak tidur...


haa.. ada satu hari tu, aku tidur pukul 8.30 pm..
mula2 tu saja2 je nak rehat2.. last2 tertidur..
pukul 12.30 am aku terbangun..
bila dah solat isyak tu aku terasa segar..
aku bukak buku english sebab pagi nanti aku ada paper english..
fuh.. dan2 sampai jawab exam english pagi tu lah aku tak tidur..

tu baru satu, ada lagi..
malam nak exam sejarah... biasanya aku akan tidur lepas maghrib,
and bangun malam untuk solat isyak and straight belajar sampai pagi..
sebab orang kata, pepagi tu otak fresh.. so, segala
input senang masuk dalam minda ni..
tapi malam tu aku tak tidur pon lepas maghrib..
aku terus belajar..

memang pelik cara aku belajar..
kalau orang lain yang tak kenal aku tengok aku belajar,
mesti diorang ingat aku ni ting tong sikit..
tetiba leh gelak sorang2..
 atau kedang aku bersoal jawab dengan seseorang
macam seorang guru menjawab segala pertanyaan
 anak muridnya..
padahal aku sesorang je kat situ...
hahahah..

kalau orang hidup dengan penuh berimaginasi,
memang gi tu lah jadinya..
ting tong!

ok! balik kepada cerita asal..
yang malam belajar sejarah tu kan..
aku tengok jam dah pukul 3.00 am..
bila dah habis gosok baju and packing barang,
aku set alarm sampai 4 kali...
set lagu "like a G6"..
hahaha.. dah lagu tu je yang paling bising and sakit telinga
sampai boleh buat aku terbangun dari tidur,,

pastu aku try tidur..
try,, try,, try..
still tak dapat..
aku takut aku bangun2 je hari dah terang benderang..
habislah paper aku nanti...
aku takut sangat nak tidur..
first time aku rasa takut nak tidur..



last2 aku doa banyak2..
baca ayat kursi...
moga2 Allah kejutkan aku pagi2 tu supaya segala 
pekerjaan aku dipermudahkan..
and lastly!
aku terbangun tepat pada waktunya..
alhamdulillah... doa aku dikabulkan..

ada satu kes hari tu aku tidur tengah hari.. penat sangat..
pastu bila aku terjaga je, aku tengok hari dah
 terang (memanglah terang sebab tengah hari kan) ..
aku mula kelam kabut, darah dah berderau naik kat muka..
dalam kepala otak ni pikir
habislah SPM sejarah aku, macam mana boleh terlambat bangun pagi
sampai dah terang macam ni.. subuh pon terlepas,
baju pulak tak gosok lagi..
asal mak aku tak kejutkan bangun pagi...
mana diorang ni semua??
waaaaa...

last2 bila tengok handphone,
 pukul 5.30 PM...
bila pikir2 balik, baru aku teringat..
aku tidur petang and bangun petang,
 bukannya tidur malam and bangun pagi..
asal aku kelam kabut sangat...?
periksa sejarah aku esok bukan hari ni..
aishshh... buat terkejut je..

the moral of the story..
tidur baca doa!
insyaallah syaitan tak ganggu..
tak adalah tidur sampai subuh pon terlepas..
kalau nak lebih afdhal..
baca ayat kursi..
memang syaitan tak masuk rumah dah..
sampailah esok paginya..

ni ada sedikit kelebihan ayat kursi yang boleh kita semua kongsi bersama..
tapi agak panjanglah post ni..
post ni aku copy paste dari blog
http://mufakirin.forumotion.net/t1345-kelebihan-ayat-kursi




Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa

 mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan 
dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan 
darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya
 serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak

50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, 
InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta 
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. 


Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan
 mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan 
serta hasutan syaitan. 


Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya.


 Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.


 Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir
 tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang 
yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 
juga Allah melimpahkan padanya rahmat.


 Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar 
rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, 
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla 
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah 
seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan 
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


renung2kan dan selamat beramal!
wasalam.




No comments:

Post a Comment