Thursday, 10 November 2011

RA-ONE the best!

assalamualaikum..

hai! korang dah tengok movie RA-ONE ??
yang cerita shahrukh khan jadi macam superman tu...
haaaa... cerita tu lah.. 
aku baru abes tengok semalam.. 
sedih + kelakar + gempak = superb movie!


cerita sains fiksyen ni mengisahkan shekhar subramanium (shahrukh khan)
 seorang bapa kepada kanak2 yang bernama
  prateek (aarman verma) dan suami kepada sonia (kareena kapoor).

shekhar ni bekerja kat sebuah syarikat yang mencipta
 satu teknologi yang membolehkan objek dari dunia digital dibawa ke
dunia realiti. memandangkan shekhar ni bekerja dengan syarikat
 berteknologi tinggi, di atas permintaan anaknya, dia telah mencipta
satu video game di mana si penjahat takkan kalah.


the villain never lose!
 penjahat tu dinamakan ra-one.
watak baik pulak dinamakan g-one.

yang bestnya, shekhar cipta watak g-one yang dalam game tu
sebijik macam muka dia sendiri. hahah.. ni yang buatkan anak dia
 rasa kagum dengan dia. disebabkan rasa teruja dengan game yang
 ayah dia sendiri cipta, prateek minta akashi (kawan sekerja shekhar)
 untuk membenarkan dia bermain game ra-one ni. biasalah budak2,
 teruja nampak benda baru..

ni lah budak prateek.. comel kan??

nama nickname prateek as g-one dia letak "lucifer".
entah macam mana, bila dah syok main game tu prateek tak
dapat nak habiskan sampai level 3. so, permainan tu tergantung.
akashi sedar game tu ada kesilapan teknikal sikit. so, dia panggil shekhar
untuk stay dengan dia kat makmal untuk selesaikan masalah 
teknikal yang ada dalam game tu.

nak dijadikan cerita, watak jahat ra-one ni terkeluar daripada dunia
digital ke dunia realiti. dia masuk dalam sut promotion game ra-one.
tujuan ra-one keluar daripada dunia digital sebab nak cari "lucifer",
 si prateek tadi untuk dibunuh. sebab apa? sebab untuk habiskan
 permainan yang tergantung tadi, ra-one kena bunuh "lucifer",
 baru permainan tu over. watak ra-one ni keistimewaannya,
 dia boleh bertukar2 rupa. so, dia menyamar jadi
 akashi and bunuh akashi.

shekhar nampak lab dia dah pecah2 and wayar terurai2 sana-sini. 
tak silap aku dia nampak ra-one berukar jadi akashi.
 so, dia tak sedap hati and terus balik. on the way dia balik,
  ra-one tahan dia. ra-one tanya, siapa "lucifer". dia teragak2 nak jawab.
 dia mula terpikir yang lucifer tu anak dia. 
naluri kebapaan dia mengatakan yang anak dia dalam bahaya and
 tanpa lengah2 lagi dia terus mengaku yang dialah lucifer.
ra-one ni kan dari dunia digital, dia scan shekhar melalui mata dia.
pastu dia nampak yang shekhar ada pakai name tag yang tertulis 
nama shekhar subramanium. maknanya itu bukanlah orang yang dia cari.

 ra-one jadi marah and campak shekhar sekuat2 hati.
badan shekhar terhantuk kuat atas cermin kereta yang pecah berderai. 
tak cukup tu, dia bagi kuasa merah yang menyebabkan kereta shekhar, dengan shekhar2 
tu sekali terpelanting and masuk dalam tasik.

shekhar mati.
sedihh.. sob sob sob..
aku rasa yang paling sedih, kompom2 lah anak dia.
menangis gak aku tengok ayah dia mati..

so, sekarang misi ra-one adalah untuk mencari siapakah "lucifer"
 yang sebenarnya. lepas ni korang akan tengok macam mana prateek
 larikan diri daripada ra-one yang berlari laju mengejar dia dengan mak dia.
memang best! smart gila cerita dia..
pastu korang akan tengok macam mana anak dia buat watak
  g-one tu keluar daripada dunia digital ke dunia realiti untuk
 bunuh ra-one.

yang kelakarnya cerita ni, korang akan tengok macam mana
shahrukh khan bawak watak shekhar as lelaki tamil yang clumsy sebab apa2
yang dia buat mesti jadi perkara yang entah apa2.
hahhaha.. kejap "ayooyo" sana, kejap "ayyoooyo" sini..
dengan rambut kerinting dia..
dengan slang tamil cakap bahasa inggeris...
semuanya kelakar.. tapi sayang, watak shekhar tak lama.
watak shahrukh khan as shekhar diganti dengan watak g-one...

hhmm.. korang dah tengok nanti baru korang paham lah...
and bagi aku uniknya cerita ni, lagu yang berjudul "chammak challo" yang ditayangkan 
dalam movie ni dinyanyikan oleh AKON.. hahaha..



memang sedap akon nyanyi lagu hindustan.. hahhahah...
ok lah.. jangan lupa tengok kalau ra-one kalau ada masa lapang..
wasalam..


No comments:

Post a Comment