Tuesday, 7 August 2012

semarakkan semangat!! semangat!!

assalamualaikum..

ahchai chenchai bonchaai! hehehehe,, sedar tak sedar, dah 2 bulan lebih aku kat bumi johor ni.. ohoiii!! minggu ni minggu exam makcik oiiii... aiiyoma aiiyopa... = =".. persediaan nak exam?? hmm,, honestly aku cakap.. aku takut nak amik exam ni..

pikir2 balik.. ramainya di antara student2 kat matrik johor ni dari sekolah2 sains, MRSM, kluster, bestari.. dan2 sampai aku je... sekolah menengah harian biasa. =DD ngeeee ~ ramainya student kat sini result gempak2.... aku terfikir.... diorang datang sini dengan ilmu yang penuh di dada, kawan2 dari sekolah lama yang berbondong2 ramainya, puak2 diorang je dah ramai, dengan cara pergaulan dan cara berjenaka diorang yang berbeza aku jadi.. grreerrr... cammana aku nak adapt diri aku dicelah2 diorang ni.. er lantak lah,, aku tetap jadi diri aku... sape tak suka cara aku rasanya dia ada masalah pergaulan sebab perangai aku takdelah menyusahkan orang lain rasanya... tapi nasib baik ada jugak segelintir daripada diorang ni semua boleh adapt cara budak2 selangor ni berlawak.... *pengalaman sob~ sob~ sob~*

balik cerita tadi.... yang budak2 sekolah high class ni kalau nak dicomparekan dengan aku... memang jauh beza la kan.. cer tengok, apa bekalan yang aku bawak kat marik ni dengan result spm hanya mencapai 3A? kadang2 tu agak seganlah nak mengaku result spm aku kat budak2 lain... tapi aku tebalkan je muke niii =DD ngeee~ kalau orang tanya aku... apa bekalan yang aku bawa kat matrik ni? aku akan jawab >> aku datang dengan pengalaman hidup dan berkat doa mak aku....

aku bukan pelajar yang pandai mana, tapi aku percaya dengan doa seorang ibu and berkat usaha aku sepanjang hari kat matrik ni, insyaAllah aku boleh harung segala kesukaran kat matrik ni.. aku genggam betul2 sifat Allah Maha Adil Maha Mendengar.. tapi kalau aku still tak dapat jugak apa yang aku hendakkan, aku anggap memang aku takda rezeki kat situ, BUT  ada rezeki kat tempat lain yang lebih comfortable dengan aku... Allah tu Maha Adil, once kita tak dapat kat sini, kita dapat kat sana nanti... Allah takkan mengsia2kan usaha kita and doa kita hajatkan selama ni... eh, aku tulis ni untuk bagi motivasi kat korang gak tau! jangan cepat putus asa sebab once kita usahakan sesuatu tu kita akan dapat jugak ganjarannya walau sebesar zarah sekalipun... nasihat untuk diri sendiri and pembaca semua okeh!

cuma kena ingat satu je..
ni kawan aku yang cakap kat aku...
"nis, kalau kau niat kerana Allah, Allah memang akan tolong..."
thanks Sheera! =DDD kau menyemarakkan semangat aku
sayang kau lebih!!!

wasalam

No comments:

Post a Comment