Assalamualaikum.
Hai KBB. Okay kali ni sambung lagi eh. Masa Part 3, aku
dipilih menjadi KP (Ketua Program) untuk event Family Day. Tapi disebabkan ada
satu event berwajib yang setiap tahun ada hanya sekali dalam BSMM ni terlupa
untuk disenaraikan masa pemilihan KP, program Family Day terpaksa dibatalkan
dan digantikan dengan Program Extra 2.0. Program yang sangat dinanti-nantikan
oleh warga BSMM. Program ni takda kat tempat lain, hanya setahun sekali dan
dibawah naungan BSMM C UiTM Shah Alam.
Extra 2.0 bermaksud Excellence Skills Training Siri Ke-2. Sebenarnya
dah banyak siri dah tapi diberi wajah dan nama baru. Program ni untuk
tingkatkan soft skill AJK-AJK baru dalam persatuan. Since masa Part 1 aku tak
join Siri Pertama, aku tak boleh jadi fasi, even though aku KP. Yeah! Cabaran! Aku
kena handle program ni tapi aku tak boleh tau detail program macam mana since
aku peserta. So aku hanya handle pengurusan LO, Borang C, Unit PKP, Unit
Bendahari, pihak resort dan update semasa biro-biro bertugas. Mengenai detail
program – aturcara program etc. TKP (Timb. KP) yang akan amik alih.
Okay, nak cerita betapa payahnya aku nak buat progam ni. Aku
kekadang terpaksa ponteng kelas, kena jumpa penasihat program kat Canselori,
jumpa penaung persatuan untuk amik tanda tangan kat PK (Pusat Kesihatan), jumpa
bendahari dalaman kat Fakulti Dentist, meeting and jumpa pegawai Unit PKP lagi
kat menara. Sakit beb seyez sakit. Nak urusakan program Extra 2.0 ni punya
pasal, aku sampai demam-demam and penat sangat sebab kena jelajah 1 UiTM. Tu baru
uruskan yang dalaman. Belum lagi nak deal dengan pihak resort. Nak kena
berhemah dengan pegawai resort tu untuk match kan quotation dia dengan kelulusan
bajet and baru boleh apply LO. Tunggu LO keluar lagi lah lama.. hmm
Menangis? Banyak kali.
Siapa pujuk? Roomate pujuk, kengkawan pujuk.
Aku lagi sedih sebab bukan Extra 2.0 je yang aku kena handle.
Aku pun kena jadi biro-biro dalam program-program yang lain. Setiap sem, BSMM
ada 3 modul berwajib pada pelatih Part 1 – Part 3. Dan aku pulak terlibat dalam
ketiga-tiga modul tersebut. Termasuk Dinner Amal yang kami buat masa sem tu,
aku jadi Biro Makanan. Dan … masa ni aku masih Penolong Pegawai Latihan yang
perlu menjalankan tanggungjawabnya setiap weekend. Okay, sini aku salah. Aku sebenarnya
kena tolak dalam jawatan as biro-biro bagi program lain. Aku kena tengok
kemampuan aku kat mana, bukan main terjah je, pi bantai semua. Aku tak sedar
masa ni, yang aku tau, nama aku tersenarai as biro so aku buat je kerja. Aku tak
fikir yang benda ni akan effect study aku, performance aku dalam kelas. So,
beringat ye, amaran keras! Galas tanggungjawab awak mengikut kemampuan awak! Awak
berhak untuk mengatakan tidak! Jangan kasi orang lain bagi semua kerja kat awak
sebab awak pandai buat kerja. No! Itu salah ! Ada lagi budak lain yang dapat
jadi biro dalam 1-2 program je. Bincang dengan KP untuk bagi jawatan biro tu
pada orang lain budak yang takda kerja, yang tak busy macam awak.
So, apa jadi dengan pointer aku?
Aku dapat rendah beb. Rendah giler. 2.55 je, tapi
alhamdulillah aku tak da repeat paper. Lulus semua. Berkat doa mama.
Aku menyesal atau tidak?
Menyesal sebab tak tolak jawatan as biro-biro tu je. TAPI
TIDAK MENYESAL DALAM MENYANDANG TUGAS AS KP BAGI PROGRAM EXTRA 2.0! Sungguh aku
tak menyesal! Sebab Extra 2.0 banyak ajar aku macam mana nak uruskan program, hadir
meeting dengan pegawai Universiti, bincang dengan pihak resort untuk buat
program, handle senior-senior dan kawan-kawan se-batch as biro-biro aku, jumpa
dengan pegawai dan penaung BSMM lagi. Itu semua sangat mengasah soft skill aku.
Even pointer aku jatuh merudum, tapi soft skill aku bertambah tajam! Aku cemerlang
dalam persatuan. Komitmen aku dalam persatuan dapat pujian daripada
senior-senior termasuk Pengerusi persatuan aku yang dulu. Dan takda siapa lagi
sampai sekarang yang boleh pecah rekod Extra 2.0, bajet terbesar yang BSMM
pernah dapat daripada pihak atasan dan first program yang dapat sambutan dan
dirasmikan oleh TNC (Timb. Naib Canselor) , Dato Abdullah, aka Dato Dollah. Even
dah ada Extra 3.0 pun orang masih bercakap mengenai Extra 2.0. ‘Extra 3.0 tak
dapat tandingi Extra 2.0’ itu yang aku dengar dari mulut moderator Extra.
Macam yang aku cakap, aku cerita ni bukan untuk mendabik
dada. Serious.
Apa yang aku cuba sampaikan. Untuk mencapai kejayaan tu,
bukan mudah. Hati aku ni penuh kesan calar, parut, pedih sebab Extra 2.0. Aku
menangis banyak kali. Banyak kali.. atas banyak sebab.
Aku tak dapat datang kelas.
Aku tak dapat score test.
Aku mengantuk tertidur dalam kelas.
Dan aku jugak ada masalah-masalah yang melanda dalam program.
Tapi aku cuba dan aku yakin Allah akan tolong sebab aku buat
benda baik. Aku dah usaha, dan bila ada masalah. Aku yakinkan hati aku, Allah
ada, Allah akan tolong, Allah tak kejam. Dan aku berjaya!! Aku berjaya naikkan
nama persatuan aku dengan Extra 2.0. Tapi ingin aku sampaikan, aku takkan
cemerlang tanpa doa mama, tanpa support dari BSMM FAMILIA. Aku juga takkan
berjaya, kalau awal-awal hari tu aku dah give up.
Terima kasih.. terima kasih BSMM !
Jumpa next post ye! AKU DAN PBSM – Part 3 (Me vs Somebody Rude)
Wassalamualaikum wbt.
Nurhanis Azhar.
No comments:
Post a Comment