Sunday, 8 April 2012

A'an Si Gadis Brutal -lasaktaksemestinyalelaki2-


Letih kakinya mendaki tangga untuk sampai ke destinasi yang dituju. Dihembusnya lelah nafas yang kuat sambil menggeliat ke kiri dan ke kanan kerana kelenguhan. "Praappp" Bunyi tulang-temulangnya. ergghh.. Terasa lega. Dia menghayunkan lagi kakinya supaya bergerak dengan lebih pantas apabila sudah ternampak kelibat-kelibat outlet tempat dirinya bekerja.

Dibukanya saja pintu kaca Arallae's Spa, kelihatan Deanna Ghazales sedang ternanti-nanti akan kelibatnya menghadirkan diri di spa tersebut. Gadis berumur 24 tahun berkelulusan luar negara itu merupakan pemilik spa A'an bekerja. Almaklumlah anak Tan Sri, masa umur 7 tahun pun boleh mintak kereta sport, inikan pula sudah menjangkau 24 tahun. Untunglaaahh!

"Sorry arh Miss Dean. Saya lambat..." senyum A'an sambil mengangkat tangan ke arah Deanna. Langsung tiada riak bersalah. Aksi berani mati betul! Matanya melilau melihat para pelanggan yang sedang duduk di ruang menunggu spa. Ada yang membaca, ada yang berbual dan ada juga yang memerhatikan konsep spa ini dihias.

Deanna duduk sambil menyilangkan kedua kakinya. Baju blouse biru muda yang dipakainya itu tampak sesuai  digayakan dengan seluar denim. Tambah-tambah lagi dengan kulitnya yang cerah. Fuhh... butalah, kalau ada yang pandangnya sekilas saja. "Masuk kali ni sudah kali ke berapa awak lewat, A'an?"

"Ermm.. alah Miss Dean.. Saya .....saya malam tadi tengok bola lah.. sengit gila woo..! Arsenal main gila ganas dengan Man City, nasib baik dia menang! Hahahah! Time last tu Arteta sepak........"

"Arteta bayar awak gaji ke, saya yang bayar awak gaji?" pintas Deanna. Kening kirinya terangkat sebelah. Ala-ala Ziana Zain gi tu.

A'an menggaru kepalanya walaupun tidak gatal. Dia akui memang salahnya stay di kedai mamak sampai jam 4 pagi, sedangkan dia tahu esok dia perlu bekerja dan dirinya juga sedar yang dia juga sepatutnya tidak patut mengambil kesempatan ke atas sifat kelembutan Deanna sebagai majikannya. Walaupun Deanna itu kelulusan luar negara dan anak orang berada, Deanna sama sekali tidak pernah berkasar dengan orang bawahannya. "Miss Dean... saya minta maaf.. saya tau, saya salah. Tak sepatutnya saya stay kat mamak malam tadi sampai lewat pagi," jawabnya.

"Bukan sekali dua awak terlambat, tapi dah nak dekat 5 kali. Sepatutnya awak opening hari ni, tapi awak sampai pukul berapa? Nasib baik saya ada bawak extra kunci, boleh jugak saya cover awak sebelum staf-staf yang lain sampai. Kalau tadi saya tertinggal kunci? Nak kena tunggu lunch time ke baru nak opening?" ujar Deanna lembut dalam tegas. Dia berdiri dan melangkah ke arah A'an. "Macam ni lah A'an..." sambungnya lagi.

A'an membuntangkan matanya. Dia terus melutut dan mendakap kaki Deanna seerat-eratnya. "Oh.. NO! NO! NO! Jangan pecat saya Miss Dean! Please...! Please..!! Please...!!! Haaaa.....!! OMG! OMG!" rayu A'an. Semua pelanggan di ruang menunggu memalingkan pandangan mereka ke arahnya, tetapi, A'an tidak pernah menghiraukan semua itu. Nama pun perangainya gila-gila. Memang tak terduga dia berani berbuat demikian.

Deanna terkejut dengan kelakuan A'an. Segan dan malu menampar wajahnya. "A'an... apa ni?? Malu lah customers tengok...! Bangun!" ujar Deanna dalam separa berbisik. Dia hanya dapat tersenyum kelat sambil memandang customers nya yang menahan gelak melihat aksi A'an.

"OOuuhh please Miss Dean.. dont do this to me! OHHH EMMJAAYY! I lost my job..!! sob ~ sob ~" ujarnya lagi. A'an terpandang air pancut mini disebelah Deanna. Dia kemudian membasahkan jari hantu dan jari telunjuknya dengan air tersebut lalu dicalitkan pula ke pipinya. ~ Menangislah konon!

"A'an.. saya tak cakap nak buang awak. Saya just nak cakap yang lepas ni awak amik shift closing je. Masuk pukul 12 tengah hari. Tak payah buat opening lagi. Rugilah saya kalau buang awak..." balas Deanna. Dia cepat-cepat menyuruh A'an berdiri. Segan.

Sejurus A'an berdiri dia lantas bertanya dengan bersemangat. "Rugi?? So, tak jadi nak "you fired, you fired" lah ni????"

Deanna menggeleng lembut sambil tersenyum. "Rugilah saya pecat pekerja yang pernah selamatkan spa saya dulu."

Terloncat-loncat A'an mendengarnya. "Woooohhoouuu!!! HAHHAHAHAH!! Saya dah agak dah Miss Dean komfem tak berani nak pecat saya.. hahhaha!! Yeahh!!! ohh yeaah!! ohh yeaahh!!" A'an membuat aksi shuffle tanpa segan-silu dan gelak sekali lagi. "I love you Miss Dean!!" A'an mencium pipi Deanna. Beberapa pelanggan yang berada di dalam spa berkenan sudah mula tergelak melihat aksi A'an.

"Awak ni.. selagi tak hilang tenaga tu, selagi tu lah nak terloncat-loncat sana-sini. Dah, dah.. segan saya dengan customer!!" ujar Deanna yang sudah merah pipinya.

A'an tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dia memandang segenap ruang spa tersebut dengan mengekalkan aksi tersengihnya. "Aaii! Ahhhaaa... Datin! Puan Sri! Tadi hanyalah lakonan semata-mata!! Please! Don't try this at home! But in shopping complex okey!" ujarnya sambil mengenyitkan mata. Dia tersenyum puas lalu menghilangkan diri ke dalam bilik spa.

Sememangnya Deanna amat terhutang budi dengan A'an kerana pernah menyelamatkan spa nya daripada dirompak beberapa hari yang lepas. Kejadian berlaku ketika closing time. Deanna sudah siap mengemas-ngemas dan beberapa pekerja sudah beransur pulang. Hanya tinggal dia, A'an dan Jie, pekerja lelakinya.

Sedang dia mengira-ngira jumlah kutipan seharian bekerja, tiba-tiba mereka diterjah oleh dua orang lelaki bersenjatakan pisau. Kedua-duanya lengkap bertopeng dan bersarung tangan. Pisau diacukan ke arah Deanna saat Deanna menjerit. Sejurus mendengar tempikan majikannya, A'an dan Jie yang berada di dapur berlari ke depan, di mana beradanya Deanna dan dua perompak itu.

"Hooii nyah! Kau nak apa hah? Jangan buat macam ni, nyahhh......." ujar Jie gelabah. Dia sudah seperti cacing kepanasan melihat pisau yang diacukan ke arah majikannya. Hendak dipanggil sesiapa di luar outlet spa, sangatlah  mustahil kerana dinding gelas mereka sudah ditutupi langsir. Almaklumlah waktu closing.

"Kau diam!! Jangan bising!!! Sekarang serahkan semua benda-benda berharga kat dalam nih..! Sekali aku dengar suara, mati perempuan ni...!" salah seorang perompak itu membalingkan sebuah beg hitam ke arah Deanna. Deanna kaget. Dalam fikirannya hanyalah serahkan wang.. wang dan wang...! Keselamatan lebih penting sekarang ini. Lagipun waktu-waktu macam ni, memang jarang ada orang lalu lalang di luar outlet dan spa mereka juga baru, tiada penjaga dan cctv.

Jie sudah tidak berani lagi bersuara apabila seorang daripada perompak itu dengan pantas menghampirinya dan meletakkan pisau di lehernya. "Engkau! Buat apa yang aku suruh! Masukkan duit dan semua barang-barang berharga dalam beg tu!!" jerkah lelaki itu pada A'an.

"Relax lah bro... benda boleh settle diam-diam... aku ...."

"Aku, aku aku apa?!!! Diam!! Buat apa yang aku suruh !! Banyak cakap pulak!" pintas lelaki tersebut.

"A'an! Bagi je apa yang dia nak!!" jerit Deanna.

A'an tidak kaget walau sedikit pun walaupun dia sudah nampak ada air bergenang dalam takungan mata Deanna. Ya! Deanna ketakutan. A'an perlahan-lahan menanggalkan jam tangan, cincin dan diletakkan di atas meja. Dompet dan handphonenya juga dikeluarkan. Dia juga perlahan-lahan menghampiri Jie dan menyeluk saku seluar Jie untuk mengambil handphone dan dompetnya. Sambil dia menyeluk, dia memandang wajah Jie dan mengenyitkan sebelah matanya ke arah Jie.

Jie tidak mengerti. Apa A'an mahu bergurau-senda dengannya di saat-saat genting ini?

A'an melangkah kembali ke meja lalu meletakkan barangan Jie di atasnya. Dia memandang Deanna dan perompak disebelah Deanna. "Apa pandang-pandang??! Masukkan semua duit dengan barang-barang tu dalam beg tadi!" ujar perompak itu.

A'an berdiri kaku. Dirinya merenung lantai.

"Oii!! Pekak ke?! Cepat!! Aku kelar leher perempuan ni karang!!" jerkah perompak yang berada di sebelah Deanna.

A'an masih berdiri kaku dan pandangannya masih menyorot ke lantai.

"Kau jangan mencabar kami!! CEPATT!!!" sergah perompak yang mengacukan pisau di leher Jie. Semakin lama, semakin rapat pisau itu ke lehernya.

"A'an!! Cepatlah nyahh.. kau nak tengok aku mati ke nyahhh....!" ujar Jie.

"Diam!!!" jerit perompak disebelahnya. "Awww....!" Jie menjerit. Telinganya bingit disergah suara garau perompak itu.

"A'an.... buat apa yang diorang mintak. SEKARANG!" ujar Deanna dalam nada marah. Air matanya mengalir deras dengan hidung kemerah-merahan.

A'an masih terpaku.

"Sekarang A'an!! Sekarang!! Awak nak tengok saya dengan Jie mati baru nak bergerak ke??!" marah Deanna.

A'an diam.

"A'aaaann!!!" jerit Deanna sambil teresak. Dia ketakutan melihat pisau yang diacukan kepada Jie sudah mengena lehernya. Tidak mampu dia melihat ada darah yang tertumpah di hadapan matanya.

A'an bergoyang ke kiri dan kanan perlahan-lahan bagai dihembus angin lembut. Pandangannya masih menyorot ke bawah. Tiba-tiba dia berpaling ganas wajahnya ke arah Jie dengan mata yang mengerikan. Bebola matanya putih! Anak matanya tidak kelihatan langsung! Mulutnya sedikit terlopong. Memang menyeramkan.

Jie yang melihat wajah A'an sudah lemah gemalai. Dia langsung pengsan!

Perompak di sebelahnya mula turut terkejut dan cuak. Dia mengacukan pisau ke arah A'an.

A'an menggeliat-geliatkan kepalanya perlahan-lahan. Dia kemudian terlentik-lentik bagai menari tarian tradisional thailand. Jari-jemarinya halus menari bagai mengikut rentak irama gamelan. Setiap langkah bagai dijaga. Tetapi apabila memandang wajahnya, sungguh menyeramkan! Wajahnya yang kaku memandang ke arah satu tempat dengan  bebola mata yang putih itu langsung tiada senyuman.

Deanna tidak terkata. Dia terkejut melihat A'an gadis brutal yang dia kenali dahulu kini sangat lembut menari tarian siam. Perompak di sebelahnya juga terdiam tanpa kata.

"Kau jangan nak main-main dengan kami! Kau ingat kami takut???!!" sergah perompak di sebelah Deanna.

A'an yang tadi hanya menari lembut kini terdiam. Dia berpusing-pusing 360 darjah beberapa kali dengan kadar kelajuan yang tinggi dan berhenti dengan terduduk. Duduk bersila yang amat ganjil sekali --seperti bomoph siam. Dia memandang bawah.

"Oii!! Kau bangun sekarang!!" sergah perompak itu.

Sejurus itu, A'an dengan lantang memalingkan mukanya ke arah suara perompak tersebut. Matanya masih putih tidak berwarna. "Khun pen khir...?!" ujar A'an dengan kedua tangannya menepuk lantai. Suaranya kedengaran garau.

Perompak di belakang A'an mula meliarkan matanya. "Zaq! Dia cakap apa, Zaq??" ujarnya perlahan.

"Aku... Aku tak paham!" balas perompak yang bernama Zaq.

"Withi thi khun kla kwan luk hlan!" ujar A'an kini dengan lebih beremosi. Keningnya berkerut-kerut.

"Zaq,, aku rasa... kita patut blah sekarang!" ujar perompak tadi. Dia sudah mula ketakutan.

"Khun ok cak thi ni..! Meuo khun me khey yung keiyw tha khun tongkar luk hlan luk hlan khun plodphay!"

"Dino,,,, dia cakap siam!!" ujar Zaq.

Saat itu A'an bangun dan membongkok. " Phm kha khun! Phm kha khun! Phm kha khun!!" Kepala A'an menggeliat-geliat sambil mengulang ayat yang sama. Sangat menyeramkan.

Dino yang ketakutan perlahan-lahan melangkah ke arah Zaq. Zaq juga kelihatan takut-takut tapi dia cuba memberanikan diri. Deanna yang dari tadi berdiam diri langsung tidak berani bersuara. Masing-masing memandang A'an yang seperti dirasuk hantu.

A'an memandang ke lantai semula. Dia berpusing 360 darjah berkali-kali dengan gaya menari tradisional itu lagi. Lama-kelamaan langkah pusingannya mara ke pintu utama. Dia mendongak kepalanya ke siling. "Tiada siapa dapat kembali. Jika mahu selamat keturunanmu, ikuti segala perintah aku," ujart A'an. Kini suaranya lebih halus daripada sebelumnya, malah lebih halus daripada suranya sendiri.

Dino dan Zaq berpandangan. Mereka tidak faham. Tadi bertutur siam kini melayu asli?

"Apa??! Kau siapa?" soal Zaq dengan tangannya yang masih utuh menggenggam pisau.

"Kamu telah mengganggu keturunanku! Aku akan ganggu keturunanmu!" balas A'an.

"Siapa keturunan kau?!" ujar Dino

"Jasad dan nyawa tidak mungkin dapat kembali bersatu." ujar A'an dengan nada sedih.

"Apabila sudah digelar mati..." sambungnya perlahan namun masih dapat didengari oleh Dino, Zaq dan Deanna. A'an mengangkat tangannya perlahan-lahan lalu menunjukkan pisau di tangan Dino.

Dino mula berasa seram sejuk. Dia merampas pisau dari tangan Zaq lalu mencampak pisau tersebut ke lantai dan diikuti pisaunya sendiri. Zaq terkejut dengan tindakan Dino. Dia memarahi Dino kerana kelakuannya akan merisikokan keselamatan mereka pula. Dino membalas dengan cacian kerana dia tidak mahu roh yang merasuk tubuh A'an mengikutnya balik dan mengacau anak kecilnya di rumah.

A'an ketawa mengilai. Matanya memutih kembali. "Khun mi kheaci kha phud khong chan?!"

Kini Dino dan Zaq sedar bahawa A'an berada di belakang mereka sambil tersenyum. Sejak bila?

Dengan pantasnya kedua belah tangan A'an menetak kedua-dua tengkuk Dino dan Zaq dengan kuat sekali. Hentakan yang padu itu tepat mengena bahagian medulla oblongata mereka berdua yang seterusnya menyebabkan mereka pengsan tidak sedarkan diri.

Saat itu barulah Deanna sedar yang A'an hanyalah berpura-pura dirasuk hantu siam. Dia saja mahu "madah berhelah" dengan kedua-dua perompak itu. "Saya tak sangka awak pandai cakap siam, A'an. Meanari pun pandai!" puji Deanna gembira.

A'an tergelak. "Arwah Tok Nek saya orang siam. Masa dia nyanyuk dulu dia selalu merepek-repek cakap benda-benda ni lah. Menari tu sebab saya kasi taram saja," gelak A'an lagi. Dia segera mengejutkan Jie yang dari tadi berpura-pura pengsan juga.

"Awak pun sama Jie? Dah tau dia berlakon kena rasuk?" soal Deanna lagi. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Dah tau lama nyahh. Hahahha! Tapi yang mak tak sangka nyah, boleh jugak kau buat mata putih tu.. waaahh! terbaik lah nyahhh.. !" ujar Jie lagi. Terserlah jua sifat kelembutannya. ~walaupun dirinya lelaki.

"Bapak sakit buat mata tu! Sebab tu aku kejap-kejap pandang bawah, kejap-kejap pandang bawah.. Nak adjust mata punya pasal!! Hahahaha!!" gelak A'an lagi kuat. Mereka lantas melaporkan kedua penjenayah itu kepada pihak polis. Mereka berdua ditahan di bawah seksyen entah apa ke benda. Tapi seksyen jenayah lah.

Deanna tersenyum mengenangkan kembali peristiwa itu. Mahu pecah perut juga jika diingatkan. Dia lantas menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Kalau dilayankan sangat perasaannya, alamatnya banyaklah kerja tertunggak. Dia tersenyum sekali lagi.























No comments:

Post a Comment