RUMAH POKOK
[episod 7]
[episod 7]
“… dulu hari-hari ku berwarna-warni
kini kian mendung… ia tinggal satu memori…”
Enam belas tahun kemudian….
Sebuah Myvi hitam menyusur laju. Apabila sudah masuk ke simpang kawasan perkampungan, kereta itu mula mengurangkan kelajuannya. Pemandangan kampung yang indah itu ditatap. Ada banyak pengubahsuaian yang dilakukan di sekitar kawan tersebut. Tiang-tiang lampu sudah mula terpacak, rumah-rumah kedai sudah dirikan dan surau juga kelihatan baru!
Kereta Myvi itu kemudiannya berhenti di pinggir jalan. Enjinnya dimatikan. Farah yang kini kelihatan lebih dewasa dengan imej bertudung turun dari kereta tersebut. Dia cuba mengecam jalan-jalan di kampungnya. Jelas sekali, memang banyak perubahan yang sudah dilakukakn. Dia berjalan ke dalam hutan rimba yang terletak dipinggir jalan tersebut. Mencari-cari sesuatu yang tidak pasti. Masih wujud lagikah rumah pokok yang dibina bersama-sama Raizal dahulu?
Di dalam hutan tersebut, Farah melihat ke arah sebuah rumah pokok yang kelihatan lebih kemas dan cantik dari sebelumnya. Dahulu rumah pokok tersebut tidak dicat namun sekarang sudah berwarna merah jambu. Pasu-pasu kecil juga kelihatan tergantung dari luar jendela. Ya.. itulah rumah pokoknya dahulu, yang pernah menjadi saksi persahabatnnya dengan Raizal.
Tiba di bawah rumah pokoknya, Farah memanjat tangga kayu di situ dengan berhati-hati. Sampai saja dia di dalam rumah pokok, Farah terus duduk dan memerhatikan sekelilingnya. Rumah pokok itu juga sudah berubah! Di bahagian dalam telah dicatkan warna merah jambu. Para dan bekas alat-alat tulisnya masih ada seperti dahulu. Beberapa patung beruang, bantal, televisyen dan radio lama menjadi hiasan rumah pokoknya.
Pandangan Farah terhenti pada beberapa bingkai gambar yang tergantung di dinding rumah pokok itu. Bibirnya mengukir senyuman. Jari-jemarinya yang runcing menyentuh foto-foto yang berada di dalam bingkai gambar. Foto-foto itu merupakan rakaman memori indah dirinya dengan Raizal. Ada juga foto dirinya memakan mangga masam. Ah! Itu kenangan lucunya. Farah tertawa kecil.
Bersebelahan dengan bingkai-bingkai gambar tersebut, kelihatan satu bahagian dinding yang tidak diwarnakan dengan warna merah jambu. Dinding itu kekal dengan warna asalnya dalam bentuk ‘love’. Farah menghampiri dinding berkenaan. Terukir nama “Farah dan Raizal” di dalamnya. Farah berdebar-debar. Jika Raizallah yang mengecat dinding ini, pasti dia tahu bahawa Farah yang mengukir nama tersebut dalam bulatan berbentuk ‘love’ suatu ketika dahulu.
Di satu sudut rumah pokoknya itu terdapat satu peti surat yang diperbuat daripada kayu. Ada tertulis namanya di hadapan peti surat itu. Farah pelik! Jika tidak salah, peti surat tersebut rasanya tidak wujud langsung semasa dunia kanak-kanaknya. Jadi, mengapa namanya pula tertulis pada hadapan peti surat terbabit? Siapakah yang membuatnya?
“Ai cik kak, sedap-sedap masuk rumah orang?”
Farah menoleh. Seorang pemuda sedang berdiri di belakangnya sambil mencekak pinggang. Rambutnya kemas. Cermin mata tidak berbingkai membuatkan pemuda itu tampak begitu segak. Tangan kanannya memegang sebuah buku usang. Rasanya, Farah masih kenal buku tersebut.
“Raizal??” ujar Farah .
“Kau siapa?” soal Raizal kembali. Cermin matanya yang melurut itu ditongakkan ke atas.
“Kau Raizal?”
“Yes. I am Raizal. What can I help you Miss……?”
“Miss Farah Nazifa.”
“Eh, jap! Boleh awak ulang balik nama tadi,” pinta Raizal. Mukanya pelik. Dia pasti dia tidak salah dengar tadi. Gadis di hadapannya ini tadi menyebut nama Farah Nazifa.
“Tak perlu ulang rasanya. Itu FIFI aku kan?” soal Farah . Dia menjeling ke arah diari usangnya itu.
“Farah Nazifa ke kau cakap tadi? Betul ke ni? Aku… aku tak bermimpi ke?” soal Raizal. Ada riak kegembiraan diwajahnya. Saat itu Farah dapat menyaksikan senyuman Raizal yang paling dirinduinya dahulu.
“Kau nak aku tendang kau dari tingkap ni baru kau nak percaya ke?” ujar Farah sambil tersenyum. Dia sudah menjadi seperti dirinya dahulu.
“Ya!! Kau memang Farah yang aku kenal dulu! Alhamdulillah..!! Balik juga kau akhirnya!! Tendang luar tingkap ya? Heh! Kau tahu, dah berbelas tahun aku tunggu kau, baru sekarang kau ingat nak datang sini? Kau tengok semua ni…. Aku dengan Yasmin upgradekan tempat ni. Tak kesian kat kami ke upgrade kan tempat ni berdua saja? Kau bukannya nak balik, tolong sekali.” bebel Raizal.
“Yasmin?” soal Farah . Itulah nama yang paling tidak disukainya dahulu.
“Ai… cik kak jealous ke?” soal Raizal kembali sambil tersenyum. Anak matanya menjeling ke arah Farah .
“Ah! Tak kuasa aku!” balas Farah .
“Ohh… tak kuasa.. Tu.. nama Farah dan Raizal tu apa ke bendanya?” soal Raizal sambil menunjukkan ke arah nama mereka yang terukir di dalam bentuk ‘love’ tadi.
Farah menjadi malu. Mukanya merah. “Mana ada… dah lah! Aku nak turun!” ujar Farah . Dia terus turun dari rumah pokok tersebut.
Di bawah kelihatan seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan empat tahun sedang menanti Raizal turun dari rumah pokok. Farah tidak kenal kanak-kanak tersebut, namun iras wajahnya sebiji seperti Yasmin suatu ketika dahulu. Sejurus Raizal turun dari rumah pokok tersebut, kanak-kanak itu terus mendakap Raizal.
“Anak kau?” soal Farah.
Raizal tersenyum. Dia mendukung kanak-kanak tersebut lalu menciumnya. “Anak Yasmin. Dia selalu bermain dengan aku. Kau jangan risau, aku masih single and available,” ujar Raizal sambil tersenyum.
“Yasmin dah kahwin?”
“Dah! Dia kahwin masa menuntut kat Universiti lagi. Alah, suami banyak duit, bolehlah kahwin
awal-awal. Eh, tidur sinilah malam ni. Banyak benda yang hendak diborakkan.”
“Tak apalah.. aku singgah kejap saja. Lagi pun kain baju aku tak bawa.”
“Kau tidur saja kat rumah mak aku. Kain baju pinjam kakak aku punya. Lagi pun mak aku dah lama tak jumpa kau. Mesti dia suka bila jumpa kau nanti. Aku dah ada rumah sendiri kat sekolah menengah
baru simpang depan sana tu, so aku rasa tak payahlah segan sebab rumah mak aku tu tak ada orang lelaki pun.”
“Kau kerja sanakah?”
“Aku warden sekolah menengah tu,” balas Raizal. “Kau pula kerja apa sekarang?” sambung Raizal lagi.
“Aku?? Aku buka bakeri,” balas Farah .
“Oh.. orang berniagalah ya? Okey lah tu.. Aku cikgu akaun, kau pula orang berniaga. Macam dijodohkan pulak. Hahaha.. dah jom! Jumpa mak aku..!” ujar Raizal. Dia tersenyum lebar. Gembira rasanya dapat berjumpa dengan kawan lama. Kalau dahulu mereka comot saja, kini mereka sudah pandai menguruskan diri sendiri.
Mereka berdua berjalan ke arah kereta Farah sambil bersembang mengenai perkembangan diri masing-masing. Anak kecil Yasmin masih berada di dalam dukungan Raizal. Raizal memberikan FIFI kepada Farah .
“Aku harap, kita boleh sambung FIFI untuk jilid kedua,” ujar Raizal.
“Hahaha.. boleh saja,” balas Farah sambil mengambil FIFI dari pegangan Raizal.
“Jilid kedua……..” bisik hati Farah . Dia tersenyum sendiri
No comments:
Post a Comment