Tuesday 28 June 2011

dugaan balik sekolah

assalamualaikum..

heeeeeeeeeerrrr... sedihnya aku hari ni... =( .. sakit hati jangan ceritalah.. tapi nak buat macam mana, benda dah jadi.. kalau nak marah-marah pun aku bukannya dapat apa... buat sakit kepala je.. mengenang nasib je lah aku lepas nih... TAPI, aku akan pastikan benda-benda macam ni takkan berlaku lagi...!!

nak aku cerita ke.?? hmm.. aku kongsi sikit kat sini....
tadi tepat jam 3.10 pm, aku dengan alynn berangkat dari sekolah... nak balik rumah..
alynn macam biasalah, mak dia jemput... aku jalan kaki.. huhu.. alynn ada ajak tumpang sekali, tapi aku seganlah.. tak nak lah selalu tumpang orang... aku tak suka sangat minta tolong kat orang SELAGI aku boleh lakukan sendiri sesuatu perkara tu.. haa.. itu prinsip aku.. insyaallah akan kekal selagi aku bernama NURHANIS...

nak dijadikan cerita, cuaca kejap redup kejap terik... aku bukan puteri lindungan awan.. komfom2 lah terik matahari tu membakar tubuh aku ni.. tak apa lah berpanaskan matahari dan berbasahkan peluh.. cuma tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum aku menginggalkan zaman persekolahan.. perjalanan aku untuk sampai ke rumah, makan masa 25-30 minit.. bukan tak ada jalan shortcut tapi mak aku tak bagi sebab jalan tu lalu kawasan kilang yang ada ramai mat bangla + endon + nepal ... aku pun takut jugak nak lalu situ, dahlah bersemak samun... tapi kalau penat aku dah sampai ke puncak dewata, aku tibai je jalan kat situ... lantaklah ada mat bangla ke nepal ke.. aku standby lah beberapa biji batu dalam beg aku.. selain dapat selamatkan diri dari anjing, aku boleh je kelar leher sesape nak cuba buat something tak baik kat aku memandangkan hujung batu tu tajam.. kasi penangan siku + tendangan maut aku baru tahu... len kali aku nak standby pisau lipat je dalam kocek aku.. senang! jangan pandang perempuan ni tak tau nak pertahankan diri sendiri.. sedap2 je nak kacau anak dara orang.. HEH..!!

sambung balik cerita tadi (dah ke mana2 melencongnya)...macam biasa, aku mesti amik kunci aku kat rumah jiran aku ni... bila dah sampai rumah dia aku tengok sliding door dia tutup.. selalunya makcik tu just kunci pagar dengan grill dia je, tapi kali ni sekali dengan sliding door.. aku ingat dia tak ada rumah... tapi, aku bagi je lah salam, kot2 ade pulakkan... "asslamualaikum!!" bagi punya bagi, tak ada siapa pun yang sahut.. aku terjerit panggil kat luar dengan panas teriknya, berpeluhnya, beg beratnya, tapi STILL tak ada sesiapa pun yang sahut....

takkan makcik tu keluar kan, sebab memang selalunya kunci tu ada kat dia... hati aku dah terbakar dah... setan mula meniup kemarahan menusuk hati aku nih.. tambah2 lagi cuaca memang terik ya rabbi time tu.. hadusss.. aku buntu sekejap.. nak buat macam mana? nak masuk pagar lepas lah, either aku panjat pagar atau tarik je selak bahagian pagar bawah tu, tapi grill rumah takkan nak kokak guna gigi kan? mesti kena guna kunci grill... sliding door pulak memang tak berkunci...

aku pun pergilah rumah baby sitter adik aku kira 150 meter dari rumah aku.. mana tahu kot2 kunci tu ada kat rumah baby sitter adik aku.. time jalan tu entah kenapa air mata aku menitis.. mungkin aku terfikir "siapalah yang sanggup buat aku macam ni.. tak faham ke, aku penat2 balik rumah jalan kaki tup2 kena patah balik pergi tumah baby sitter adik aku pulak..dah lah tekak aku kehausan.. badan pulak penat... perut pun sakit macam ada yang menekan2... hadusss"..

sampai2 kat sana, panggil punya panggil, PUN tak ada sapa yang sahut... haiisshh.. memang dugaan aku... aku mula marah2, tapi tak tahu marahkan sapa... aku patah balik 150 meter ke rumah aku.. pastu panggil jiran aku tu sekuat-kuat hati aku.. tapi still tak ada yang jawab.. nak kata tak dengar sebab sliding door tertutup, agak mustahil sebab tingkap slide dia terbuka luas and gegaran + wavefront + lamda suara aku straight boleh menerjah bilik tidur dia (kalau dia tengah tidur kat situ lah)... tak tahu lah pulak kalau telinga dia yang somethinng wrong kan..tu aku tak nak komen apa lah..

so, daripada kepanasan kat luar, aku pun masuk dalam kawasan rumah aku.. mula2 duduk kat lantai mengenang nasib dengan hati yang marah... pastu aku baring atas kereta (yang tempat enjin tu).. baring je kat situ, menatap siling... kruk kruk bunyi kereta aku tu setiap kali aku bergerak.. hati aku suruh sabar je dengan apa yang berlaku.. ni semua dugaan.. mungkin Allah nak uji tahap kesabaran aku.. dalam merenung siling aku lama2, entah macam mana aku boleh terlelap.. adalah dalam setengah jam.. maybe penat sangat.. aku terjaga balik bila muka aku terasa panas terik.. rupanya terik matahari yang menyimbah muka aku.. aku terus duduk atas kereta tu, menekur lantai pulak... time tu aku dapat rasa diri aku lebih tenang sikit dari tadi... kan tadi aku rasa berapi and marah2 kan.. memang itu pun aku selalu buat kalau aku tengah marah.. aku akan baring and tidur.. bila bangun masalah tu hilang...  aku jadi normal balik.. haha.. macam negative feedback.. budak bio tahu lah apa dia negative feedback tu..

pastu, aku pun sedar lah, yang sepatutnya aku kena sabar dengan benda2 macam ni... Allah sentiasa berada dengan orang yang sabar.. lain kali jangan buat lagi macam ni hanis!!! hmm... pastu, tetiba pulak aku dengar bunyi sliding door dibukak... aku apa lagi, pergilah menjenguk rumah jiran aku tu, kot2 pintu dia yang terbukak ke kan.. last2 BETUL!! memang dia yang bukak pintu tu sambil dok relax and chill depan pintu tu.. bila nampak aku, dia pun ambiklah kunci aku..

"lama sampai? kenapa tak panggil?" -dia tanya
"tak.. baru je.." - aku tipu, malas nak panjang2 cerita.. kang dia lak tak sedap hati..
"mana beg?" - dia tanya lagi
"ada kat rumah.. hantar beg dulu" - helah aku, memang beg aku ada kat rumah time tu and memang aku hantar beg aku dulu sebab tadi aku panggil melolong depan rumah dia, dia tak sahut2..
"oh... kau tak bawak payung, nis.. panas2 macam ni.." - dia cakap
aku tersenyum je lah.. takkan nak buat muka masam...

hmm.. setelah duduk luar rumah satu jam, baru aku dapat masuk.. teguk segelas air teh pun dah cukup menyegarkan tekak aku yang kering time tu... aku haraplah benda2 nia tak berulang lagi.. lepas ni, aku nak minta kunci rumah aku sendiri.. tak payah nak minta tolong kat orang lain suruh pegangkan...

so.. moral of the story hari ni >>
-sentiasa sabar dengan apa yang berlaku
-jangan senang nak marah2
-cari jalan keluar supaya benda2 ni tak berlaku lagi
-kalau rasa marah, segeralah duduk.. tapi kalau masih  juga marah, segeralah berbaring.. =)

moga yang baik sentiasa berterusan.. ! wasalam

Monday 27 June 2011

celoteh terbaru

assalamualaikum...

hmm.. penat... capek... tired... semua ada.. balik jalan kaki, tengah hari terik, membakar diri aku, sampai tinggal kulit dengan tulang... ayoyo..!
hari ni banyak keja pulak kena siapkan..

-project add math
-peka kimia
-karangan
-latihan add math
-nota bio
-baca literature chp 1

waduh2... bertindan-tindan keja kena buat.. tak pe, tak pe.. tarik nafasss.... hembusss.. huss..
kena kasi settle one by one.. dont kelam kabut.. kang satu hapak tak jalan.. otak jem.. DING!
erkk.. perut lapar la pulak... ade nasi kat dapur tu tapi tak de selera lak nak makan nasi.. aku kalau lapar, mesti nak tibai biskut atau roti.. hmm.. roti pulak tak de.. biskut tak tau lah.. rasanya tak de.. tapi biskut tu kalau cicah kopi panas pun sedap jugak.. hihihi.. memang fav aku, minum kopi panas..! sedap!!

tu lah manusia.. ada je nak minta benda yang tak ada kat depan mata.. elok2 ada nasi, mintak roti pulak.. aishh.. jangan contohi aku! ingat tuh..

ahai.. hari jumaat amik report kad.. aku tak tahu lah apa yang cikgu nak report kat mak aku nanti... harap2 cikgu cakap macam ni.........
 "hanis ni baik dalam kelas.. dok diam je tak banyak cakap... comel2 je dok tepi tingkap tu.."
hahahahaha.... ingat ada ke cikgu nak komen camtu... kalau ada pun, mak aku akan putarkan balik kenyataan cikgu aku tadi.....
"oh hanis kat rumah garang.. tak pernah duduk diam ada je yang tak kena... tak comel pun anak saya ni, tapi kiut tu ada sikit..."
 hahahahahaha.... memandai je aku ni... memang tak de keje... ! merepek meraban kat blog ni sekali sekala tak mengapa kot.. hehe... tapi memang serious aku cakap, perangai aku kat rumah sebijik macam kak ros kat dalam cerita upin ipin tu.. hahaha... sampai adik2 aku kat rumah pun panggil aku kak ros.. aduii~~ memang patut pun kena panggil macam tu sebab mak aku pun mengiyakan kenyataan nih.. haha.. so, kepada sesiapa yang nak cari pasal dengan aku, aku sekeh kepala dia macam mana kak ros sekeh kapala upin ipin tu.. hahaha

kat sini aku nak share sikit... aku dapat rasakan hidup aku better than yesterday-yesterday... haha.. aku happy sikit lah semenjak bermenjak-menjak ni... apa yang aku inginkan selama ni, termakbul jua akhirnya.. tapi aku tak pasti, adakah kebahagian yang aku kecapi ni bertahan sehingga akhir hayat aku ataupun cuma bayang yang tak pasti saja... hmm... tak apa lah.. just wait and see... apa akan berlaku selepas nih... senyum je... jangan sesekali tarik muka... itu yang penting..

dah lah.. cerita ni kita simpan dulu.. tengok keputusannya apa nanti.. baru boleh cerita balik.... tak nak sedih2 kat sini.. aku buat blog ni untuk senyum2, bukan masam2 yek! ok.. senyum balik  =) ! haaa..gitu dong ah...

okey! nak cau dulu.. sebelum tu, ada pantun...

anak jenap tangkap ikan,
ikan terlepas melompat tinggi,
terlajak bahasa harap dimaafkan,
lain kiriman jumpa lagi...!

wasalam......

Friday 24 June 2011

cita-cita + impian aku...

assalamualaikum...
trial nak dekat.. aku tengok kat internet dia tulis 5 sept ni... tapi cikgu kelas aku cakap bulan 10..
aisshhh.. pape pon aku kena lah prepare awal2.. buat masa sekarang ni, aku try focus on subjek chemistry and add math.. tu paling penting, sebab, add math kalau tak lulus tak boleh masuk maktab/matrix... chemistry pulak sebab, sunjek ni boleh stand by itself lah.. kalau focus on bio, bio je yang dapat gempak, mustahil sikit lah untuk ambik coarse sebab bio kena seiring dengan kimia.. kimia lak, tak payah seiring dengan bio pon tak apa.. fizik jangan cerita lah.. memang tak dapat masuk otak aku punye...

aku ni lemah kira2 sikit.. sebab tu fizik aku faham teori je.. kalau ada kira2 mesti aku tinggalkan dulu..
hmm... takut lah pulak nak treial ni.. aku ingat nak tampal countdown lah kat bilik ni.. bior roh and semangat spm tu datang.. haha...

kalau orang tanya pasal cita2 aku.. aku akan terdiam dan berfikir...
"nak jawab yang mana satu ek?"
hehe... aku mula2 target nak jadi doktor sebab aku minat gila bab2 perubatan nih..
tapi bila pikior2 balik, aku sebenarnya takut nak bedah orang ni.. setakat bagi enjet ke, cek2 demam ke, aku boleh lagi tapi kalau dapat kes kebakaran, kemalangan.. aku tak sanggup tengok..!
perasaan kesian bertimpal2 kat hati aku ni.. aku takut nak rawat orang macam tu padahal aku tahu kalau aku rawat dia, insyaallah aku dapat selamatkan dia.. tapi, aku rasa macam tak sanggup nak dengar diorang rintih sakit...

so, aku pilih untuk jadi pegawai farmasi.. tapi kimia aku pulak tak mencapai sasaran...
dulu pernah 2 kali je dapat A pastu dah tak dapat dah... sedih.. isk isk isk..
memang susah untuk senang tapi memang senang untuk susah... tu FAKTA !
aku kena berusaha lebih and banyak2 doa.. aku tau kalau aku berusaha, aku akan dapat juga ganjarannya nanti.. sebab Allah tak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.. itu prinsip aku... hehe..
kalau usaha, mesti kita dapat juga ganjarannya tak kira cepat atau lambat...
and.. janga sesekali rasa bongkak and takbur bila berada di atas... pengajaran buat aku juga.. hehe
siapalah kita... Allah boleh tarik balik ganjaran yang kita dapat tu kalau kita bongkak dan takbur...
macam slogan SBRB... sombong, bongkak, riak dan berlagak.. STEADY AKU!! haha.. lawak pulak kalau teringat cerita geg surau punya slogan ni...

sekarang.. kalau ada org tanya aku nak jadi apa...
dua je jawapan aku...
CIKGU atau PORT KULINARI.... haha

jauh kan bezaya... tapi aku kalaui jadi port kulinari ni, aku akan buka restoran/bakeri aku sendiri.. buat share dengan kawan aku, fatin shahirah.. dah planing awal2 dah... hehe.. lagi satu, selain dapat income dari jualan restoran/bakeri aku, aku boleh buat kelas masak.. tapi sebelum tu aku kena amik ijazah dalam kulinari dulu.. baru boleh buat kelas masak, kalau tak siapa nak berlajar dengan kita kan?? haa... tapi, mak aku pulak yang tak bagi amik kulinari nih.. nanti aku jadi macam ayah aku.. keje pakai shift.. kadang2 sampai malam.. tak sesuai untuk perempuan yang dah berumah tangga.. nanti kita ke mana, anak pulak ke mana.. benda2 ni kena fikir panjang.. tengoklah dulu... apa yang sesuai nanti aku masuk je lah..

tapi kalau jadi cikgu... lagi best! sebab aku memang suka mengajar.. hehe.. aku nak jadi cikgu dalam bidang sains... ajar biology ke .. haha.. aku nampak kerja cikgu ni memang menarik.. tambah2 lagi cikgu ni jutawan akhirat kan.. cikgu mencurah ilmu kepada anak bangsanya agar menjadi insan yang cemerlang satu hari nanti... kalau tanya doktor, pilot, engineer, macam mana diorang boleh sampai ke tahap tu? diorang akan jawab, tanpa ajaran daripada guru saya takkan ke tahap ni... maksudnya, cikgu tu hanya insan biasa... tapi dia boleh melahirkan insan yang luar biasa dengan ilmu yang diajarnya.... am I right??

lagi pun sekarang ni.... apa yang aku nampak, ada segelintir cikgu2 yang tak pandai nak mengajar tapi marah budak2 tak paham apa yang dia ajar.. ada jugak orang macam ni.. masuk lift tekan sendiri... harap2 aku tak lah jadi macam ni.. aku nak jadi macam cikgu sarina, cikgu biology aku.. ajar budak2 sampai faham... yeah!
setakat ni... cikgu the best pernah ajar aku :

biology- pn sarina & cikgu pjk tahun lepas aku
kimia- pn jaga
fizik- cikgu sajali
add math- pn siti norrin
math- pn junaidah & cikgu airil
bm- pn norlela & cik norzila
bi- pn suraya, madam subha, pn rita, pn rosnani
sejarah- pn salbiah & pn jasemah
agama- ustaz amri & ustazah mariah muda

tu lah guru2 the best aku! sporting gile and pandai nak conduct and ajar kami yang nakal2 nih...
cikgu yang pandai psiko kami, PUAN SALBIAH. yg ajar sejarah time aku form 3...
gila lah... disebabkan dia yang pandai psiko kami, aku yang dulu tak pernah2 dapat sejarah A,  terus dapat!
aku gila tak percaya masa midterm tu.. 90%.. pastu turun cam bese.. haha... nseb baik pmr dapat A..
terima kasih cikgu, denda kami duduk bawah meja.. haha.. bayangkan badan besar badak kena duduk bawah meja.. hahahaha.. mana nak muat!!! aku hanya mampu gelak je, sebab satu kelas kena buat macam tu... hahaha... tak de sesiapa yang terkecuali... prinsip cikgu salbiah ni lain sikit, dia akan tanya secara random kat orang2 yang dia rasa nak tanya, dan orang yang dia pilih tu mesti kena pass soalan tu.. maksudnya, kena jawab sehabis baik, dan kalau salah, semua budak2 kelas kena denda.. nasib kelas bergantung pada orang yang dipilih cikgu salbiah.. so, semua orang kena faham dan kuasai tajuk2 sejarah tu... and yang bestnya, kalau budak tu tak dapat jawab and mood cikgu tu baik, cikgu akan bagi talian hayat lah.. kawan karib budak tu boleh tolong.. time nih, nak selamatkan nasib kelas punya pasal, sesiapa yang haal penuh tu kena mengakulah yang budak kena pilih tadi tun kawan diorang (padahal cakap pun sekali sekala) hahahaha... memang nak gelak kalau diingatkan balik!

nanti kalau aku jadi cikgu aku nak psiko anak murid aku macam tu jugak.. hehe.. tapi aku tak suruh duduk bawah meja.. aku up sikit.. berdiri atas kipas.... hahahaha .. KEJAM!!

ok ok ok... out dulu..! haha.. wasalam

Thursday 23 June 2011

terbaru selepas beberapa minggu

assalamualaikum....!
fuh... gila lama bangat aku tak update blog... sori ya kerana mengecawakan kamu para peminat gue yang sudi2 menunggu blog ni diupdatekan.. haha.. apa taknya, ari tu sibuk dapat result midyear sampai nak bukak facebook pon tak ada masa.. dah lah aku online setiap ahad je.. chatting lak every jumaat.. aku sekarang ni kena susun jadual aku.. haha..

cerita pasal midyear.. waduh! ada naik, ada turun.. A baru empat dapat.. tak nak lah cerita.. sedih aku! wawawa... tak apa.. tak apa.. masih punya masa lagi.. aku nak struggle macam PMR dulu...!!  YEAH!
gitu dong ah.. haha.. nak kena beli buku revision lagi.... buat bebanyak revision, paksa cikgu stay sekali dengan aku kat sekolah.. hihihi.. kojam!

kojam? aishh.. dah lamo tak cakap bahaso langat ni ha.. dio kono ado geng langat baru boleh.. haha
dalam minggu ni, jadual aku gila pack! aku kena hasilkan 2 cerpen yang berlainan tema.. hehe.. cerpen tu untuk pertandingan menulis cerpen remaja sekolah menengah.. aku try2 nasib saja... hehe
aku minta tolong dengan kawan aku ni ha.. aku bagi dia cerpen tu through email, pastu suruh dia komen.... haha.. memang gila lah.. sogan aku dengar komen dia.. tatabahasa terabur sikit.. ayat tak bombastik.. haha.... then, dia betulkan cerpen aku.. bila aku baca, muka aku jadi merah pulak.. ayat dia lagi sedap didengar berbanding ayat aku.. segan tahap dewata! tapi, pape pon, terima kasih ye Fakhrul sebab sudi mengedit2 cerpen tu! sori ek curi masa Fakhrul... memang itu hobi saya, curi masa orang... =) haha

sekarang ni kan, sejujurnya, aku rindu gila nak tengok hindustan... aku rasa dah dekat seminggu lebih aku tak tengok hindustan.. memang pecah rekod aku tahun ni! husss.. nak buat macam mana, kalau aku straight melangok depan B4U tu, alamatnya, tak belajarlah aku.. so, aku ada buat perjanjian dengan diri aku untuk tengok tv ni.. haha... entah pape entah cara aku mendisplinkan diri aku..

kalau diikutkan, demi SPM aku tahun ni, dah macam2 aku buat untuk elakkan diri daripada terus lalai..
  1.  tak guna handphone
  2. buka fecbook hanya hari ahad
  3. buka ym hanya hari jumaat
  4. bebas tengok tv hanya hari jumaat
  5. boleh tengok tv kalau ada cerita juvana, boys over flower, maharaja lawak dn beberapa movie yang gila jarang ditayangkan kat astro macam cerita mulan ke, ketika cinta bertasbih ke... haa,,
hmm.. memang macam budakssss... ah! lantaklah apa kome nak pikior.. bior je awok ni yang menguruskan diri awok.. kome nak gelok, pi lantok kome le... janji kome bahagie.. usoh ganggu hidup orang udoh le ye..
ish.. udah lame awok tak cakap bahasa perak.. almaklumlah, udoh lame idok balik malim nawar.. hikhikss

woraittt! nak kena cau dulu.. rehat2lah diri ye! usoh ganggu orang lain,, aku nak tidur jap..
you take your time, i take my time. haha.. gila berterabur english....haai.. okeyh! wasalam

Tuesday 7 June 2011

ahaiii... lagi 4 hari sebelum bukak sekolah...

assalamualaikum...
hmmm... malam tadi aku ingat nak update blog untuk share cerita yang aku tengok ni.. tapi, cerita tu habis pukul 12.30 am lah.. malas aku nak stay sampai pukul 1.. tu yang aku nak cerita sekarang ni... haaa... "cer citer.. cer citer" bak kata usop.. hahaha

LAJJA atau ertinya MALU (shame)

cerita hindustan ni memang unik bagi aku.. filem ni menggandingan para pelakon yang sememangnya hebat dalam industri perfileman INDIA.. cerita ni agak lama.. selalunya cerita hindustan dia ambil masa 3 jam kan.. tapi dia lebih 3 jam setengah.. aku rasa berbaloi lah aku stay sampai 12.30 pagi dengan adik-adik aku tengok cerita ni.. watak-watak dia memang lepas dendam, tak ada yang simpan-simpan dalam hati..

okey.. meh aku describe kan sikit 'hal ehwal' cerita ni... haa.. sebelum tu aku nak bagi tau dulu pelakon2 dia.. watak utama dalam cerita ni ialah heroin cerita MANN iaitu MANISHA KOIRALA, MADHURI DIXIT, REKHA, MAHIMA CHAUDHARY, JACKIE SHROFF, ANIL KAPOOR ,AJAY DEVGAN, RAZAK KHAN, JOHNNY LEVER and FARIDA JALAL...

filem arahan RAJKUMAR SANTOSHI ni berkisahkan tentang plight of woman kat india..
dalam cerita ni, Veidehi (manisha koirala) melarikan diri daripada husband dia, Raghu ( jackie shroff) selepas mendapat tahu daripada doktor peribadinya yang husband dia ni ada niat jahat kat dia. Veidehi ni tengah mengandung tetapi malangnya, hubby dia terlibat dalam satu accident yang menyebabkan hubby dia ni mandul. satu2nya waris yang dia ada ialah anak dalam kandungan Veidehi ni. so dia dengan bapak dia cadang nak ambil anak tu dan bunuh Veidehi sebab kalau dia bercerai pun, undang2 akan menyebelahi si ibu untuk mendapatkan hak penjagaan. sebab tu diorang nak bunuh Veidehi ni..
Veidehi ni pun larikan diri dan tumpang sebuah lori.. nak dijadikan cerita, lori yang dia naik ni ditahan oleh orang2 hubby dia.. then, dia ni diselamatkan oleh Raju (anil kapoor) yang merupakan seorang pencuri.. Raju ni walaupun pencuri, dia berhati perut dan baik orangnya.. dia bagi sikit duit dia kat Veidehi ni.. untuk sembunyikan diri daripada orang2 hubby dia, dia pergi sebuah majlis perkahwinan kat tempat tu..

kat majlis perkahwinan tu, dia kenal dengan seorang pengantin perempuan ni yang bernama Maithili (mahima chaudhary).. Maithili ni bakal berkahwin dengan budak kolej dia sendiri.. tapi, keluarga budak kolej ni orang kaya2.. so diorang mintak wang hantaran daripada pihak pengantin perempuan sebanyak 5 juta rupee.. bapak Maithili ni ada 4.5 juta je.. so, keluarga lelaki tu ugut time majlis pertunangan, kalau tak cukup duit hantaran, diorang akan batalkan majlis perkahwinan.. tempoh masa puntak diberikan.. Raju yang perompak tadi tu pergi curi 50,000 rupee and letak duit tu kat dalam beg duit hantaran Maithili tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Veidehi.. niat dia nak menolong Maithili.. lepas tu, bila keluarga lelaki tu mintak duit hantaran, bapak Maithili ni pergilah bagi beg tadi.. bila kira2, duit tu memang cukup tapi orang tukang kira tu claim yang duit 50,000 tu duit dia yang kena rompak tadi.. sebagai bukti, setiap helai duit tu ada tanda merah yang dah dibuat terlebih dahulu..

bapak pengantin lelaki ni yang pada awalnya menyuruh tok sami agar memulakan upacara perkahwinan anaknya, menyuruh sami tu berhentikan upacara dengan segera.. dalam masa yang sama, ada sorang lelaki ni mendakwa dia nampak Raju ada kat dalam bilik Maithili selama 1 jam sebelum majlis start.. dekat sini, bapak pengantin lelaki dah membuat andaian yang Raju tu dok buat apa kat dalam bilik Maithili sampai dia boleh letak 50,000 rupee kat dalam beg hantaran Maithili.. dia anggap Maithili ni dah tak suci.. tapi, dia kata dia still boleh terima Maithili ni untuk jadi menantu dia asalkan bapak dia dapat up kan lagi duit dari 50,000 rupee jadi 1 juta rupee untuk menggantikan kesucian Maithili.. kurang ajar kan?? si Maithili ni dengan slumbernya suruh bapak dia terima saja apa yang pihak lelaki nak.. dia kata kenapa tidak, kalau dia boleh dapatkan 50,000 rupee dengan seorang lelaki dalam bilik dia, dia pun boleh dapatkan 1 juta rupee dengan adanya 2 orang lelaki yang akan duduk dalam bilik dia.. bapak Maithili ni dah naik malu dengan apa yang anak dia cakap..
last2 Maithili ni bangun, bukak tudung yang tutup muka dia dengan mata yang berair2, marah bapak pengantin lelaki tu.. aku tengok cerita ni aku jadi puas tau sebab dia tak pendam2 rasa marah dia.. memang teruklah pihak lelaki tu kena hamun.. mak pengantin lelaki tu lagi lah.. kena kutuk habis.. memang marah betul Maithili tu dekat pihak lelaki sebab lukakan hati bapak dengan mak dia.. bakal suami dia marah Maithili and suruh dia jaga sikit mulut time cakap dengan parents dia.. last2 dengan si lelaki tu sekali kena marah dengan  Maithili tu.. hahahaha.. padan muka dia.. aku ingat lagi dialog Maithili tu.. "kau!! kau yang selalu ikut cakap bapak kau kan..!! apa lagi yang kau duduk kat situ!!! pergi bawa keluarga berambus dari sini.!!! berambus semua!!!"
FUHH...!! so pihak lelaki memang dah kena telanjang habis lah.. diorang pun kena halau pihak perempuan.. beg hantaran yang ada duit tu pun pihak lelaki tu bawak sama.. kurang ajar gila kan.. nasib baik Raju tu sempat amik beg tu dari tangan bapak lelaki tu sebelum sempat dia keluar rumah.. CEHHH!
 
cerita ni kalau diikutkan panjang.. penatlah aku kalau nak describekan satu2 cerita sebab si Veidehi ni nanti akan menjengah dari satu cerita ke satu cerita yang lain.. sepanjang perjalanan dia untuk sembunyikan diri dari orang2 hubby dia, kat sini lah dia jumpa dengan Janki (madhuri dixit), Ramdulaari (rekha) and Bhulva (ajay devgan).. akhir cerita ni, dia baik2 balik dengan suami dia.. suami dia betul2 menyesal and diorang hidup bahagia dengan baby girl diorang.. =)

dalam cerita ni, aku suka tengok muka Jackie Shroff tu.. nampak muda dan berkarisma.. padahal umur dah tua tu.. hahaha.. watak perempuan pulak aku suka tengok Madhuri Dixit.. dia ni memang lawa.. aku suka tengok dia senyum.. memang lawa! haha..

dalam ramai2 pelakon hindustan lah kan.. dari segi lakonan (lelaki) aku minat
shah rukh khan, hrithik roshan and amir khan..
diorang ni kalau berlakon memang memberi kesan..
expically port2 sedih tu.. memang diorang pandai masuk watak..

kalau perempuan.. aku minat
kajol, manisha koirala, mahima chaudhary,
madhuri dixit and ashwarya rai...

pelakon veteran diorang.. semestinya aku minat
rekha and amitabh bachan...

ni lah dia kalau dah jadi hantu hindustan.. tapi dalam reramai ni, pemenangnya sudah tentu SRK dengan KAJOL.. hehehehe..
 peace no war okey!

Sunday 5 June 2011

bisik2 cuti....

assalamualaikum..
hmm.. cuti2 semester ni, aku rasa badan ni macam letih je nak sentuh buku.. nasib baik ada tuisyen.. kalau tak, langsung tak sentuh lah buku2 aku.. kerja sekolah pulak, ada lah dalam 40% yang dah siap... tengah fikir projek add math ni ha.. aduhh... macam susah je.. aku ni mana lah reti kira2 ni.. bab2 teori aku boleh lah.. kira2 ni aku KURENG sikit.. hmm.. bukan sikit, tapi banyak rasanya.. hahaha... almaklumlah, aku memang tak suka kira2 ni.. kira duit aku sukalah.. hehe

semalam kemas2 rumah.. habis satu rumah aku vacuum (padahal ruang tamu je).. tak cukup lantai, dengan dinding2 sekali aku vacuum.. tak cukup dinding, dengan siling2 rumah aku sekali aku vacuum.. hahah.. ni baru mengemas namanya.. habis aku punggah semua cd and buku2 kat perabot tv aku tu.. apa tak nya, semak je aku tengok.. kalau boleh nak clear je kat situ.. biar ada astro punye decoder je... yang lain, mana aku rasa tak perlu nak simpan2 lagi, aku buang je terus.. kebanyakannya aku buang cd yang dah bercalar-balar and tak ada pasangan tu.. buku2 (kebanyakannya majalah masak ayah aku) aku simpan dalam beg adik aku... hikhikhik.. then, simpan kat dalam bilik adik aku.. haha.. jahat betul aku ni..  lantaklah.. adik aku dah tak guna pun beg tu.. akhirnya, habis berhempas pulas aku bergelut dengan habuk kat perabot tu, dapatlah aku mandi walaupun dah mandi pepagi tu.. rimas pulak bila dah berpeluh-peluh ni.. kalau dapat mandi air bukit macam kat rumah fairus tu best la jugak..  dah lah tengah panaskan, dapat pulak mandi air bukit... fuh! ni tak.. masuk je bilik air, mula2 air tu memang lah sejuk.. pastu jadi panas pulak... aishh.. nak rebus telur dalam bilik air aku pun boleh aku rasa.. hahaha

belah petang, ada kawan mak aku dari kedah datang.. tumpang tidur sini.. hehe.. dulu time kami pergi kedah, kami tumpang rumah dia.. sekarang diorang datang sini, tidur kt rumah kami... hmm.. malam tu ajak diorang makan sate.. yeah!! sate kajang haji samuri.. fuh...! aku rasakan, ni lah kali pertama aku akan sate sikit.. mula2 aku tahan makan 5 batang je.. maybe sebab kenyang kot rasanya sebab petang tu aku dah tibai nasi ayam kat tesco..  hahaha... dah mak aku nak belanja, pergi je lah kan.. apa orang kata, rezeki jangan ditolakkan.. hehe.. last2 sate tu aku dapat up kan lagi 2 batang je, so semuanya 7 batang.. jadi ler.. tapi tak silap aku, paling maksimum seumur hidup aku, aku pernah makan 11-15 gi tu lah... haha.. aku rasa time tu aku kelaparan kot.. tu yang  tibai banyak tu.. hehe

semalam sementara tunggu isyak tu, aku tengok air crash investigation kat discovery.. memang dahsyat lah kapal terbang tu.. cerita dia macam ni.. ehem2...

American Airlines Flight 965, Boeing 757 yang dijadualkan terbang (waktu malam) dari Miami International Airport, Miami ke satu lapangan terbang di Cali, Colombia dilaporkan kemalangan akibat daripada terlanggar banjaran gunung di Buga, Colombia pada tanggal 20 disember 1995.. (masa ni umur aku baru setahun..) Air crash ni telah menyebabkan kematian seramai 151 orang penumpang dan 8 orang crew2 kapal yang lain.. walaubagaimanapun, dalam ramai2 manusia yang terlibat dalam kemalangan tersebut hanya 4 orang saja yang  dilaporkan terselamat.. 4 orang yang bernasib baik ini duduk dalam kedudukan satu row yang sama dalam flight 757 yang terdiri daripada seorang kanak2 perempuan dan bapanya, seorang gadis dan seorang pelajar kolej lelaki....

menurut kefahaman aku.... pengawal di terminal Cali tidak mempunyai sistem radar yang boleh mengawal pergerakan boeing 757 sepanjang perjalanan menuju ke terminal di Cali.. mereka menggunakan alat radio beacon untuk membimbing perjalanan boeing 757 hingga ke terminal dengan selamat.. hal ini kerana kedudukan terminal yang terletak di kawasan lembah, di mana terdapat dua banjaran gunung (kiri dan kanan) yang panjang sepanjang perjalanan untuk menuju ke terminal Cali.. (maksudnya terminal tu terletak di tengah2 kawasan dimana kiri dan kanannya terdapat 2 banjaran yang panjang.. so semua flight kena lalu kat kawasan tengah2 tu je).. jadi, pengawal terminal perlu membimbing boeing 757 dengan berhati-hati sama ada mereka perlu belok ke kiri atau kanan, menaikkan atau menurunkan lagi ketinggian pesawat dari permukaan tanah agar flight ni tak TERmelencong ke banjaran tu...

kesalahan yang dibuat oleh pilot boeing 757 adalah dengan membuang data jarak antara pesawat dengan waypoint pertama (point sebelum tiba di sesuatu terminal) iaitu di Tulua dari data computer mereka.. apabila pengawal di terminal menanyakan jarak mereka dengan waypoint pertama, ia tidak lagi diprogramkan di dalam computer dan ini menyebabkan pilot2 perlu menyemaknya semula berkenaan kedudukan sebenar mereka pada peta.. dalam masa yang sama, mereka memperlahankan kadar kelajuan boeing 757 dan  mempercepatkan kadar penurunan pesawat.. ketika mereka sudah menjumpai koordinat antara boeing 757 dengan waypoint Tulua, mereka telah pun melintasi waypoint Tulua tersebut.. menyedari hal itu, pilot boeing 757 berusaha memprogramkan koordinat waypoint berikutnya iaitu waypoint Razo pada data navigation computer mereka.. Razo telah dikenal pasti sebagai "R" pada graf mereka, tetapi Columbia telah 'menduplicatekan' "R" sebagai Romeo NDB (waypoint yang lain yang ada kat tempat lain), dan senarai waypoint yang keluar di dalam komputer tidak mengklasifikasikan Razo NDB sebagai "R" tetapi diklasifikasikan di bawah nama penuhnya sendiri iaitu "RAZO".. pilot boeing 757 tidak menyedari akan nama RAZO yang tersenarai pada senarai komputernya dan menyebabkan dia memilih untuk merekodkan "R" sebagai waypoint kedua.. hal ini menyebabkan pesawat autopilot tersebut membelok ke timur dalam anggaran selebar 180 darjah untuk memulakan perjalanannya ke Romeo NDB di Bogota (melencong ke tempat lain iaitu ke arah banjaran).. para pilot telah mengenal pasti kesalahan mereka apabila boeing 757 bergerak ke timur dalam keadaan utara dan selatan berkedudukan selari.. masa ni, pesawat 757 sedang berlegar2 di atas pergunungan dan para pilot telah memprogramkan jarak antara pesawat dengan tanah gunung ialah ketinggian 3000 meter..

pilot2 ni tak sedar yang boeing 757 ni tengah menuju straight ke satu kawasan tanah tinggi (gunung) sebab waktu ni kan malam dan jarak antara pesawat dengan tanah makin lama makin rendah (bukan disebabkan pesawat ni menjunam, tetapi tanah yang makin lama, makin tinggi).. diorang sedar bila Ground Proximity Warning System berbunyi menandakan jarak antara pesawat dengan tanah adalah di bawah daripada kadar yang telah direkodkan iaitu less than 3000 meter.. dengan pantasnya, pilot ni menekan brek pesawat dan menyebabkan turunnya kadar kelajuan pesawat.. dalam masa yang sama, mereka cuba untuk melepasi gunung di hadapan mereka ini dengan memandu pesawat agar naik terus ke atas untuk melepasi puncak gunung ni.. (faham tak?? diorang dah tak ada pilihan lain selainkena melepasi puncak gunung tu kalau nak selamat).. tetapi disebabkan penurunan kadar kelajuan pesawat akibat oleh penekanan brek yang dibuat oleh pilot tadi, mereka tidak sempat untuk melepasi puncak gunung dan menyebabkan boeing 757 ini merempuh gunung tersebut..

pasukan penyelamat datang selepas 8 jam kemalangan ini berlaku.. kenapa lambat sangat?? ye lah.. pesawat tu rempuh gunung kat banjaran tau bukan kat lautan yang luas.. mestilah susah nak cari sebab hutan tebal, tak ada sistem komunikasi, tak ada sistem jalan raya..

Gonzalo Dussan, seorang bapa kepada 2 orang kanak2 Michelle Dussan dan Gonzalito Dussan terselamat daripada nahas tersebut.. dia yang cedera parah itu berusaha untuk merangkak keluar daripada pesawat menerusi celahan2 rekahan pesawat.. sebelum itu, dia mendengar suara anak gadisnya yang berusia 7 tahun (kot) masih hidup tapi tersangkut dan tidak dapat bergerak.. dia juga mendengar suara anak lelakinya meminta tolong tapi dia tidak dapat mengesan di mana suara anaknya itu.. kalau boleh, dia nak cari anak lelaki dia tapi keadaan dia yang parah menyebabkan dia hanya tersandar diluar pesawat.. seorang gadis yang terselamat daripada nahas ini juga berjaya merangkak keluar dari pesawat tersebut setelah mendengar suara seorang pelajar kolej lelaki dari luar pesawat yang menyuruhnya merangkak keluar.. mereka menunggu kehadiran penyelamat dalam keadaan sejuk kerana suhu di kawasan pergunungan sangat sejuk (tapi tak adalah bersalji)..

setelah diorang terdengar bunyi kipas helikopter penyelamat, diorang mengibas2 selimut dari bawah bagi memudahkan pasukan penyelamat mengenal pasti kedudukan diorang.. mangsa pertama yang di bawa keluar dari kawasan pergunungan tersebut ialah gadis yang merangkak keluar dari pesawat tadi., dan mangsa terakhir yang dapat dikeluarkan dalam keadaan hidup ialah Michelle Dussan.. walaubagaimanapun abangnya, Gonzalito Dussan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan dalaman yang teruk.. dia tersangkut kat dahan pokok dalam jangka masa yang panjang.. maybe hentakan yang kuat tu menyebabkan tulang2 dia patah dan mencederakan organ dalaman yang lain...

begitulah kisah yang aku ingin kongsikan... maut memang tak dapat dihidu.. siapa sangka percutian untuk meraikan krismas bertukar menjadi kemalangan ngeri.. tak siapa sangka...... ini dapat dijadikan sebagai satu iktibar kepada kita agar sentiasa bersedia dengan maut.... maut tak mengenal usia.....

Thursday 2 June 2011

Maaf, Ini Adalah YangTerbaik

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya... All the best in everything you do... Jaga diri & iman baik-baik yea~...
-Amin, UK-"
***********
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni... Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah ....? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ....
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.
Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku...
Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm... Islamik sket la pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.
Erk... Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!
"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya..." Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.Tq..." balasnya pula.
Keesokannya, aku menanti awal dia online.
'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam...
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah... baik2 juga... iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni... tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...
Amin: welcome... tak balik. byk kerja sket tahun ni... lagi pun saya nak try bekerja... cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya...
Amin: hurm...
Wani: apa dia? tanya la... sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye... hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh... macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'... tak lebih daripada tu... tp, special sket... tiada couple-couple mcm org lain... declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la...
Amin: hurm...
.....
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj... yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya...
Wani: jadi...
Amin: saya rasa kita harus stop... stop untuk berpisah...
Amin: sbb......
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru...
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai... zina hati akan banyak berlaku...
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'...
Amin: huh...
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai... tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat...
Amin: kononya Islamik...
Amin: saya rasa cara ni tak betul... kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam... then, org nampak Islamik...
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..
Amin: hurm.....
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah...
Amin: demi menjaga diri...& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi...
Amin: sorry... sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat...
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya...
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan...
Astaghfirullahalazim... Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi... Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi...
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa...
Cinta hakiki hanyalah pada Allah...
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.
Aku terus menjawab ringkas....
Wani: thanks & sorry too... saya terima... Alhamdulillah...
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya... Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi... Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
"Sayang... Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
"Ya bang, Wani turun..."
Alhamdulillah... Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

www.iluvislam.com
Oleh:Nuur57
Editor: NuurZaffan

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.



couple... boleh atau tidak??

kat sini.. aku ada dapat artikal, datang dari web iluvislam rasanya.. penerangan kat sini, macam ada kena mengena dengan masalah remaja sekarang... almaklumlah, aku pun remaja jugak.. banyak perkara perlu dipelajari bermula dari sekarang.. harap2 artikal ni dapat membantu kita semua serba sikit dalam kehidupan seharian kita... =)

couple..ingin penerangan?
berkata tntg soal ni..saye ingin berkongsi ilmu yang saye ada.. mudahan dapat mmbantu korang..KEINGINAN untuk mencintai orang lain dan rasa dicintai...

mmg la naluri setiap antara kita. Ia akan tetap begitu... lelaki akan tertarik pada perempuan dan perempuan pun sama. Sama ada orang tu dah lama kite kenal, atau baru je jumpa, naluri tu tetap ada. mgkn atas pelbagai sbb : dia baik, lawa, pemurah, periang, peramah dan macam2 lagi..takkan adenye yang tak rase perasaan ni.. mustahil! sbb dah menjadi fitrah manusia... jgn cube menafikannye tapi yang perlu adalah
mengawalnya
.

SALAH ke kalo suke kat seseorang?

tak ada la.. mana ada salahnya.. dah rase cinta tu Allah yang bagi. tak salah menikmatinya. Kalau tak, takkan adanya yang bernikah dan berkahwin untuk elak maksiat atau menyempurnakan separuh agamanya. tak salah kite suka, sayang kat seseorang... tapi, kesalahan2 yang dilakukan semasa bercinta yang salah tuh! kesalahan camner? korang pun leh pk.. berangan2kan orang tu lebih dari Allah.. satu cara je nak jamin kita tak buat kesalahan.. camner? bercinta lepas kahwin la, kgkwn! (susah2 gak..tapi, kalo korang tak nak buat kesalahan dan dapat kemurkaan Allah..kite mesti sanggup tunggu) kite sanggup buat apa2 saja demi dia.. tapi ingat, Allah paling penting dalam hidup kita.. nak buat papa, Allah mesti kite consider. walaupun terpaksa berpisah dgn kekasih kita. mane lebih penting..? cinta kita pada kekasih kita yang amat kita sayangi atau cinta kita pada Tuhan kita (Allah) yang amat menyayangi dan memaafkan kita?

TAPI...aku sayang sangat kat die.......

satu hadis mengatakan...

"jika seseorang hamba Allah menahan keinginannye dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

tula... nak tahan rasa kasih tu mmg la susah. tapi, korang bacala hadis ni and renunglah... pasti korang takkan ragu2 untuk memutuskan cinta (pada kekasih) untuk CINTA (pada Allah). Allah tak pernah dan tak akan mungkir janji. pernah dgr kisah pada zaman dahulu tntg seorang ayah yang berpihak pada Islam dan seorang anak yang berpihak pada musuh islam?

camni.. dalam perang badar, Saydina Abu Bakar r.a. yang berpihak Islam berperang dgn musuh Islam termasuklah anaknya yang pade ketika tu tak masuk islam lagi. waktu perang sedang berlaku, anaknya selalu elak dari bertembung dgn ayahnya. takut2, die terpaksa bertaruh dgnnya.
lepas beberape thn berlaku perang tu,
anak Abu Bakar ni telah peluk Islam dan luahkan isi hati die "ayah, waktu perang badar, anakanda selalu elak dari bertembung dgn ayahanda sebab anakanda sayang ayah walaupun beza kenyakinan"
ape yang Abu Bakar jawab?
"demi Allah, kalau ayah bertemu dgn kamu, pasti ayah tak teragak2 untuk pancung kepalamu"
tu la CINTA Abu Bakar pade Allah...sampai sanggup bunuh anaknya sebab anaknya tak percaya pada Allah dan menyekutukanNya.
kgkwn... untuk dapat CINTA, kite kene korbankan cinta. percayalah, setiap perbuatan korang untuk mengelak dari yang tak baik (couple terutamenya), Allah takkan sia2kan pengorbanan dan ketaatan korang.

dalam ayat Al-Quran...

"sesungguhnye semua kebaikan dapat menghapuskan kesalahan2 kamu.." [11:114]

"sesungguhnya nafsu itu selalu dorong kepada kejahatan" [12:53]

itu sajala yang dpt saya kongsi buat kali ni..kalau ada mase lagi, saya akan tulis lagi.
saya harap, dgn apa yang saya tulis ni sebagai peringatan bagi saya dan pengajaran bagi yang lain.

kat sini aku tambah sikit... sikit je, tak banyak.. =)
cintakan seseorang kerana kepandaiannya, itu bukan cinta.. itu KAGUM..
cintakan seseorang kerana wajahnya, itu bukan cinta.. itu NAFSU..
cintakan seseorang kerana ibadatnya, itu barulah CINTA kerana ALLAH.. =)
hati2 memilih jodoh diluar sana ye!