Thursday 10 July 2014

abseiling day !


Assalamualaikum wbt...

BSMM SHAH ALAM & PUNCAK ALAM dengan kerjasama dari JPAM SHAH ALAM


Hari ni punya entry pasal abseiling. Waktu kejadian adalah pada… hmm.. aku lupa bila event ni diadakan tapi haha 2 minggu before final jugak lah. Apa yang specialnya pasal abseiling kali ni ialah we all bpc shah alam bergabung dengan bpc puncak alam or dengan nama glamour rayernyerr palam.. Oh ya lupa nak habaq mai ni program bpc and aku kali ni mainkan peranan as biro makanan. Event ni kitorang buat kat fakulti kejuruteraan. Fac yang bagi aku agak tinggi kat uitm shah alam ni.. iyeee fac engine yang tinggi menggiloss tu.. haha

ni muke berlaghhaakk berani hahaha
ni pakcik ni bekas polis bantuan uitm so dia lah bagi training kat kami
pengalaman dia toksah cerita.. dari tower 1 ke tower 2 fac engine tu dia pernah menyeberang
and turun kat tengah-tengah. haa salute beb! salute!


Okay. Cerita dia abseiling ni dia buat ascending and descending. Ascending ni dari ground floor sampai tingkat satu ke dua tak ingat dah. Dia rendah je tak macam descending hahaha. Descending ni kita buat turun dari tingkat 10. Yeahah !! Tingkat 10 until tingkat 4 sebab kat tingkat 4 tu macam ada tempat sesuai untuk landing laa.



Aku pada awalnya semangat jugak nak naik pastu lelama….. hallamak tinggi pulloks mak jaaaaaahh oii !
Tapi disebabkan dah berjanji dengan kak syikin (one of my senior yang aku rapat), aku terpaksa… wallaweeyyhh hahaha! Tapi bila lagi en nak merasa pengalaman baru right? Nanti bila orang Tanya pernah buat abseiling? Haa mase tu mendabik dada laa cakap dah ! tingkat 10 youuu.. haha tapi jangan aa cakap turun sampai tingkat 4 je. Selagi orang tak tanya jangan hebahkan ye dok? Hahaha


Aku buat cara normal abseiling. Tapi enn haha.. dupdapdupdap aaa aku ya Allah… once dah melangkah palang tu kan, kau kene bersedia! Sebab anytime kalau tak pegang kuat-kuat haha you maybe tergelincir and …. Haa taknak cakap lah. So aku orang last buat waktu sesi pertama tu. Macam-macam karenah aku haha, sampai budak jpam tu gelak-gelak. Hello? Kalau cuak opkoss berpeluh, then ini membuatkan cermin mata aku menyorot ke hidung. Dah macam nenek buat abseiling dah kalau gitu. Pastu hidung gatal lah apa lah. Haissh macam macam.

Dan dan nak menyorot badan kebelakang tu chett ! aku gila tak confident sebab glove yang aku pakai tu sangat keras and aku tak rasa yang aku genggam tali tu haha. When kau tak rasa kau genggam tali yang betul-betul support badan kau, confident ke kau nak turun? Bhaaii tak lalu bhaii tak lalu. Tapi aku berserah je masa tu, moga-moga takda la menda menda yang tak diingini terjadi amin.. haha

So then dah descending dengan jayanya..  even dua kali aku terstuck sebab orang atas main safety aku. Ishh kalau nak buat testimony pon jangan laaa time aku weyyhh! Stuck aku kat tengah-tengah kau ingat tak gayat?? Kasut pulak licin masa tu, slack salah pakai kasut. So friction aku kat dinding kurang menyebabkan aku tak melekat sangat kat dinding hikhok. Dah tu bila dah jejak tanah, wahhh aku tak sangka aku dapat buat. Unbelievable! Tingkat 10 tu wehh hahaha. And aku amat berbangga dengan diri sendiri dapat buat cabaran ni hahaha. Jejak je tanah aku terus rebah and jerit “I’m done !!!!!” haha tu spontaneous reaction dari aku.

haa ni aku aa ni. masa ni tengah stuck sebab orang atas main tali safety aku
gilosssss...




this one is cara descending spider. nampak tak kelapa dulu?
oii jadah kau kelapa -..- KEPALA. credit to farhan !
this girl was my roomate haha aiman. aku jelez tengok gambar dia
descending cantekknyaahh!
ni zikri kawan sepasukan aku haha, dia tengah buat ascending
seyezz talk ascending sangat memenatkan tapi aku tak buat haha
sebok jaga makanan mase ni


  
Ade je antara budak-budak bpc ni yang buat style spider, gua salute sapa yang buat style ni hahaha. Sangat advanture sebab kepala yang turun dulu. Dia meniarap macam spiderman. Interesting right? Rasa macam nak cuba tapi hahaha. Dalam mimpi aaa… tunggu badan aku ringan dulu, baru aku berani buat haha
Habis je abseiling, perasaan puas, gembira and happy giler terpancar berseri-seri kat muka…. Aku. Ahahaha.. balik je dari abseiling, aku call mak aku.

Aku: maa.. best tadi, akak main abseiling.
Mama: oh yang kau cakap turun pakai tali tu eh?
Aku: ha’ah.. best turun tingkat 10.. mula-mula gayat tapi dah buat rasa puas hehe
Mama: hah? Tingkat 10? Kata main panjat panjat pakai tali??? Asal tinggi sangat?
Aku: eh.. laa mama dah salah paham ni. Tu rock climbing. Ni abseiling ni turun or naik bangunan pakai tali tu. Bukan yang panjat panjat dinding tu.
Mama: Ya Allah.. apa laah kau buat ni nis… kalau mama tau kau turun tingkat 10 memang mama tak bagi kau pergi.
Aku: hehe nasib baik akak tak cakap awal awal :P

Tapi bila call ayah aku.. lain pulak ceritanya..

Aku: yah.. akak main abseiling, turun tingkat 10.. hehehe
Ayah: owh.. dia ada keselamatan support system semua kan?
Aku: ha’ah mesti laa ada.. dia ada dua tali, satu control descending satu lagi as safety.
Ayah: haa ok lah tu. Asal ada safety.. pengalaman…


=..= lain tak respon mak ayah aku hahaha.. okay lah takat tu je cerita aku kali ni, so moral of the story… sekali-sekala cubalah menda baru. Especially yang agak adventure siket haha. Sebab once kau tak cuba, kau takkan dapat rasa and kau limited kan kebolehan diri kau sendiri. Pathetic laa hidup takda pengalaman haha. Yes I know ia agak merbahaya tapi as long as ada safety, why not kita patut cuba right? Cuma make sure your parents know about this, kalau korang tau yang parents korang memang tak bagi try menda menda macam ni, bagi lah tau selepas korang dah try hahahaha. K babaii !

wasalam 

Kem Latihan Bencana Alam

Assalamualaikum wbt

okay Latihan Bencana Alam (LBA) ni ekceli dah lama dah berlalu. tak silap aku waktu cuti 11-13 April gitu. LBA ni ekceli wajib untuk semua pelajar part 1 yang amik koko Badan Pertolongan Cemas (BPC). Oh yea.. lupa pulak I dah part 2 masa ni so this camp aku join sebab aku AJK BPC haha. So my role in this camp actually agak besar lah jugak sebab, mengikut flow chart bawah jawatan Kem Kom. Ada dua bigheads which is Adjutant and IO. I don’t know what IO stands for actually haha. So pada awalnya jawatan aku as Adjutant but aku tukar jadi IO since aku lebih suka berjaga malam. Padahal sepatutnya IO and Adjutant bekerjasama 24 hours dalam hal-hal berkaitan disiplin, masa dan keselamatan. Tapi masa ni dapat wrong information, so kami TERsplit tugas, Adjutant jaga dari 7am – 7pm whereas IO jaga dari 7pm – 7 am.

the superhero wanna be ! 


This big role of IO aku yang in charges. Aku ingat jawatan aku kecik je, tapi tak sangka pulak bawah kem kom tu ialah jawatan aku. Haha aku junior kot.. takut pule pegang jawatan besar-besar ni.. tapi ni la orang kata pengalaman hehe. Bebudak ni panggil aku Puan sebab ikut pangkat even diorang lebih tua dari aku. Tapi dah habis kem, lantak laa guna aku kau ke hape aku tak kesah..

Yess dalam kem ni aku rasa aku paling banyak kenakan pelatih-pelatih aku. Haha. Ada je aku denda or bagi tugasan kat diorang ikut suka aku >…< sori! Tapi aku tau, aku tak boleh layan diorang teruk-teruk. Diorang pon manusia. This just camp jerr.. Boleh marah kalau salah, tapi bahasa tu pun kena jugak jaga. Kita marah sebab kita nak didik bukan memaki.  Haa dengar cikgu cakap ni haha Its important to be TEGAS and GARANG but bertempat.

Bila aku in charges malam, aku banyak borak dengan pelatih-pelatih aku. Saja nak tau diorang ni fac mana, umur berapa. And whoops.. diorang ingat aku 24 years old. Hahaha.. no wonder laa dah habis kem pon bebudak ni panggil aku kakak even aku tau dia lebih tua dari aku. Aku? Haa angguk je laa enn senyum haha. And paling aku tak sangka, still ada panggil aku Puan even terserempak kat mana-mana. Siap tegur bertanya.. waah bagus sangat kau ni.. takpa aku tak kesah nak panggil Puan pun panggillah even diri ini masih berkahwin isk isk isk..


pelatih sem ni siket je kemasukannya. tak macam batch aku.. 80 orang haha

nah ni laa muke-muke yang selalu aku jumpa nak gi kelas, beli makanan tunggu bas.
well diorang budak baik, otak gila-gila jugak..

so ni lah barisan ajk yang bakal menjadi mangsa banjir lemas hahaha
one of the reason aku tak jadi resign dari ajk, sebab aku sayang diorang ni :)




Dalam LBA ni, aku tidur waktu siang but the last day tak tidur pon haha. Busy uruskan kem. And aku dapat duty and kene amik part as mangsa banjir lemas.. perhh sejuk kemain air sungai tu aku dok berendam seawall jam 8 pagi ! semata-mata berlakon jadi mangsa yang lemas.. bukan aku je, AJK-AJK lain ni pun sama. Beb segan kau jangan cakap aaa. Kau ingat kat kem tu persatuan kau je yang buat event? Ramai kott.. kau bayangkan kau kene jerit mintak tolong dalam air tu, menangis bagai nak rak semata-mata untuk menjayakan lakonan and make the situation to be the real one? Aku sedar waktu aku macam emosi tak setabil tu ramai orang tengah beratur beli makanan tengok aku. Bhaii segan bhai.. tapi disebabkan aku tak pakai spek waktu tu so keseganan aku tak melampau sangat. Haha.. Well .. dalam menjadi mangsa ni aku dapat la jugak menangis betul-betul hahaha syabazzz beteh! Kenapa kena menangis? Sebab konnonnya yang lemas tu bukan aku je, family aku pun sama. So kene aa meraung2 carik “adik-adik” aku yang lemas tu.. haha

Jenuh jugak diorang nak tenangkan aku.. hahaha saja je kan aku buat benda jadi complicated. Lantaklaaa aku berlakon takda skrip. Semua on the spot. Omputih kata acetibaiiii…

ha tu nengok.. aku baju biru tu. bayangkan aku kena berendam punye lama tunggu
bebudak ni tak sampai-sampai.. mau terkucil aku dibuatnya.. 


gagah deme dok ngangkat member aku ni haii.. untung aa ade orang angkat
pakai stretcher.. aku jalan jer ~

Then macam biasa dalam kem mesti ada barang amanah. So masa kat checkpoint 2, aku and abg mahfiz yang jaga checkpoint ni berjaya laa amik barang amanah yang berupa telur dari tangan pelatih kami ni.. hahaha. Dia percaya sangat kat aku, maybe muka aku muka orang yang boleh dipercayai KOTT haha. Nama telur tu SI CIPAN TEMBAM.  How cute isn’t it? Nak dikatakan, si cipan tembam sudah dirampas oleh aku dan aku berikan pada akak senior yang lain. Lalu akak senior tersebut lantas pergi ke dapur dan letak si cipan tembam di atas para. Maka, dengan tidak disengajakan ajk masakan kami iaitu saudara akram telah mengambil cipan tembam lalu dipecahkan lalu digorengkan lalu dimasakkan lalu dimakan oleh semua warga kem… begitulah akhirnya riwayat si cipan tembam. Diorang tak boleh nak tebus balik cipan tembam since cipan tembam memang dah takda kat dunia ni. So aku.. as IO haha. Dengan sesuka-sesuki aku pergi kat group yang pegang si cipan tembam tadi and suruh diorang buat satu short story about si cipan tembam and present kat depan..

Budak yang present kat depan tu nak dikatakan menangis…. Maybe sebab dia rasa dia and the group tak dapat menjaga amanah yang diberi.. so haha.. aku dah buat orang menangis… alamak! Tapi aku suka budak perempuan tu haha, at least dia ada rasa bertanggungjawab kat cipan tembam. Kbaii.

ni laa cerita pasal si cipan tembam.. hahaha


Then aku troll denda penghulu kem sebab dia nak pita lekat untuk tulis nama for entire anak2 buah dia. So bagi aku, nothing is free heheheheh *tanduk setan dah keluar. Aku suruh dia nyanyi lagu anuar zain sambil diselang-seli perkataan belon. Hehehe. Mintak maaf… aku memang suka kenakan orang. Senior2 aku pulak sokong je and kata aku creative dalam slot troll budak-budak hehe.

Even aku tau, dalam ramai-ramai AJK tu aku aa yang suka kena kan budak-budak ni.. tapi in the same time aku rasa serba salah. Ye laa marah-marah orang masa jadi mangsa banjir lemas tu, sian pelatih aku kene marah. Padahal aku… aku tak bersalahh haha. Emosi mangsa memang tak stabil so aku nak diorang faham keadaan tu.. and aku bersalah jugak masa jaga kat checkpoint 2 tu.. banyak kekejaman yang aku and abg mahfiz dah buat kat bebudak ni. Ada yang menangis. AGAIN MENANGIS?! Huuu tapi bukan aku yang buat dia menangis.. abg mahfiz yang buat. Aku tak bersalah. Hmm lagi, dengan habit troll bebudak tu.. aku rasa aku lahh mander yang dibenci masa tu. Tapi aku silap, haha diorang tak sebut pun nama aku waktu senior tanya siapa AJK perempuan yang paling tidak disukai. Aku target aku.. seyezz senior lain pun target aku hahaha.. tapi diorang sebut nama aiman. Ahahahha.. alaahai korang ni sebenarnya main sebut je nama, suka tak suka lain cerita kan.. haii macam tu pon boleh

sesi bridging haha.. aku banyak kali buat waktu kem komander dulu, well rakasakan
kesedapannya haha. masa ni bukan aku in charges. aku in charges malam hehe


Ok.. ape lagi? Aku rasa cukup tu je laa kot.. tapi overall junior aku tetap best ! diorang layan je aku enn, aku suruh buat tu, diorang buat. Aku suruh diorang buat ni, diorang buat..  sometimes bila jumpa balik junior-junior ni tengok laah .. aku biasanya akan angkat tangan say hi to them haha well its me… memang aku suka tegur orang kalau berjalan.. tak kesahlah either dia senior or junior… pakcik polis yang jaga gate uitm tu pon aku lambai2 gak tangan every time bas lalu pondok polis tu.. hihi
Ok lahh.. cau dulu… tunggu next post eh! Hehe babaii..


wasalam

GOODBYE FIRST YEAR !

Assalamualaikum wbt.

YEZZZAA! Aku sudah mencapai kemerdekaan bagi pelajar university buat kedua kalinya! Which means hehe, aku dah habis sem 2 aku kat uitm shah alam ni. Well good bye my dear first year and hehehe, welcome to mama second year! Haha. Wait awal lagi nak merasa second year. Enjoy dulu nikmat sem break haha ! fuhh seyezz sem break ni aku nak banyak-banyak bersukan aa, takut lak berat aku naik LAGI. Mintak simpang !

before apa-apa pun. syukur pada Allah segalanya dipermudahkan bagi kami dalam menjawab exam final moga2 kertas-kertas jawapan kami dicucuri rahmat. arwah baik orangnya. RiP sem 2 hihi. and terima kasih jugak buat mama and ayah yang tak putus2 berdoa semoga anaknya ini rajen bace buku, rajen ulang kaji,  rajen serajen rajennya, tak leka tengok hindustan aamir khan kajol bagai and dipermudahkan jawab exam. alhamdulillah. sesungguhnya berkat doa mama and ayah yang membuatkan aku tabah dan senang hati jawab final . alhamdulillah ya Allah :)

Nah wajah-wajah ceria riang ria wink wink dearest coursemate aku yang real sempoi susah senang hidup mati bersama. Ceywaaah .. 





Well ekceli ni tak semua yang ada.. wait aku trace jap siapa yang takda.. okay geng 3 serangkai they are atiq, imah and azie takda.. yeap syahmee and malee pun takda.. rasanya 5 orang ni jep tiada dalam gambar. Haha. Ok perkenalkan nilaa kawan dunia akhirat aku kat uitm shah alam ni. Segala benda dilakukan bersama .. sob sob.. memang otak kami pon generate menda yang sama, gila-gila. Masing-masing sangat sarcastic haha, seyez korang takkan dapat budak-budak gila ni kat tempat lain. budak-budak gila ni just available kat faculty education jaaa haha.


Ok then dengan diorang jugak laaa aku stay up kat PTAR 3 memalam, if aku malas nak study bilik enn. Diorang jugak penemannya. Diorang jugak rajin pegi beli makanan sahur, sahur sesame. thanks chedah wawa fayyadh tolong belikan nescapee and roti canai untuk "sahur" aku hehe. My beloved geng mander pon haha, beli nasi bungkus kat hakim memalam bawak balik melati yeahh that was so ohsemm! Ape lagi? Haa berbuka sesame  kat seksyen 2 or gazebo mawar or gazebo melati. Main badminton sesame ramai-ramai habes berbuka sampai pakcik guard dah tutup lampu baru tergegeh balik kolej and rumah memasing. Esoknya semua sakit belakang haha. And stayback, lunch sesame kat fac.. opkoss my mander geng, memang tak pernah missed breakfast everyday kat cafe gagak haha. What else? Haa.. pergi trip bio-D kat Melaka, satu bus tu kita-kita jer haha. Sanggup korang tukar bas last-last minit bila realize takda budak-budak kita dalam bas satu lagi tu. Wawa, Chedah, Iffa, Atiqah, Rose, Zack, Mirra, Epull, Bush, Iwe, Fayyadh…. Thanks for being my friends :) oh special credit to chedah sebab menyelamatkan final paper aku hehe, exam jam 9 am start pukul 8.30 am baru bangun dengan berkain batiknya lagi.. thanks chedah jemput aku kat kolej, dengan kau2 sekali terlewat masuk exam ... may Allah bless you dear..

bio-D trip to zoo melaka 

science education society (SEEDS) family day 

iftar together-gether :)

eksesaisss bersama, bakar segala lemak tersimpul

intec library our second home 


Haaaa.. banyak sangat kenangan dengan diorang. Especially with my beloved group mander.. even kadang2 ada salah faham, kita gaduh siket-siket tapi masing-masing realize salah sendiri and kita tak tarik muka to each other. Cepat settlekan masalah because taknak salah faham yang berpanjangan. T_T Iffa, Rose, Zack and Atiqah. Haha.. nice dapat shopping pergi jalan TAR and Kenanga dengan korang. At least aku as selangorian dapat jugak la tunjuk korang jalan-jalan kat KL ni hehe..

this my mander group, iffa, rose and zack

cuci mata from shah alam - kl sentral - hang tuah - bandaraya - shah alam


So hari ni tanggal 10 Julai selesai sudah tanggung jawab aku jadi class rep untuk education bio selama setahun. Wahhh ! Lega bila duit claim untuk 54 kepala sudah aku agihkan… senang hati bila tanggungjawab pasal duit claim ni aku dapat galas dengan baik even sometimes leceh and merumitkan bila bekerja dengan pihak atasan. Bagus hanis! Congrates! You handle it by yourself! And terima kasih to athirah atas kesudian anda bekerjasama dengan saya pasal trip and claim bio-D …

Siapa lagi aku nak congrates? Haa.. yess to my lecturer of course.. dear madam Ernie, thanks madam banyak bagi tunjuk ajar and bersabar dengan karenah fac saya haha.. we love you madam! And tak lupa jugak buat sir akmal haha. Thanks sir ajar kami setahun ni dari calculus 1 sampai la calculus 2. Sir memang thoorrbaekk otak geliga batu delima ! thanks jugak buat sir Mubarak yang banyak beri tunjuk ajar dan nasihat2 berguna since kami part 1 sampai habis part 2 hehe. Mr black jugak, umpama abah kepada kami… thanks being nice lecturer yang always tolerate tangguh2kan test kami haha. Thanks to ustazah zahara yang sangat lemah lembut dalam penyampaian subjek sejarah Malaysia CTU, sangat keibuan dan sedikit sebanyak diselitkan unsur keagamaan yang begitu bernas.

Terima kasih seluruh warga fakulti haha bunyik macam aku dah habis final year kan? Releksss.. another 6 sem to go ! yehhehehe.

Wasalam