Thursday 10 July 2014

abseiling day !


Assalamualaikum wbt...

BSMM SHAH ALAM & PUNCAK ALAM dengan kerjasama dari JPAM SHAH ALAM


Hari ni punya entry pasal abseiling. Waktu kejadian adalah pada… hmm.. aku lupa bila event ni diadakan tapi haha 2 minggu before final jugak lah. Apa yang specialnya pasal abseiling kali ni ialah we all bpc shah alam bergabung dengan bpc puncak alam or dengan nama glamour rayernyerr palam.. Oh ya lupa nak habaq mai ni program bpc and aku kali ni mainkan peranan as biro makanan. Event ni kitorang buat kat fakulti kejuruteraan. Fac yang bagi aku agak tinggi kat uitm shah alam ni.. iyeee fac engine yang tinggi menggiloss tu.. haha

ni muke berlaghhaakk berani hahaha
ni pakcik ni bekas polis bantuan uitm so dia lah bagi training kat kami
pengalaman dia toksah cerita.. dari tower 1 ke tower 2 fac engine tu dia pernah menyeberang
and turun kat tengah-tengah. haa salute beb! salute!


Okay. Cerita dia abseiling ni dia buat ascending and descending. Ascending ni dari ground floor sampai tingkat satu ke dua tak ingat dah. Dia rendah je tak macam descending hahaha. Descending ni kita buat turun dari tingkat 10. Yeahah !! Tingkat 10 until tingkat 4 sebab kat tingkat 4 tu macam ada tempat sesuai untuk landing laa.



Aku pada awalnya semangat jugak nak naik pastu lelama….. hallamak tinggi pulloks mak jaaaaaahh oii !
Tapi disebabkan dah berjanji dengan kak syikin (one of my senior yang aku rapat), aku terpaksa… wallaweeyyhh hahaha! Tapi bila lagi en nak merasa pengalaman baru right? Nanti bila orang Tanya pernah buat abseiling? Haa mase tu mendabik dada laa cakap dah ! tingkat 10 youuu.. haha tapi jangan aa cakap turun sampai tingkat 4 je. Selagi orang tak tanya jangan hebahkan ye dok? Hahaha


Aku buat cara normal abseiling. Tapi enn haha.. dupdapdupdap aaa aku ya Allah… once dah melangkah palang tu kan, kau kene bersedia! Sebab anytime kalau tak pegang kuat-kuat haha you maybe tergelincir and …. Haa taknak cakap lah. So aku orang last buat waktu sesi pertama tu. Macam-macam karenah aku haha, sampai budak jpam tu gelak-gelak. Hello? Kalau cuak opkoss berpeluh, then ini membuatkan cermin mata aku menyorot ke hidung. Dah macam nenek buat abseiling dah kalau gitu. Pastu hidung gatal lah apa lah. Haissh macam macam.

Dan dan nak menyorot badan kebelakang tu chett ! aku gila tak confident sebab glove yang aku pakai tu sangat keras and aku tak rasa yang aku genggam tali tu haha. When kau tak rasa kau genggam tali yang betul-betul support badan kau, confident ke kau nak turun? Bhaaii tak lalu bhaii tak lalu. Tapi aku berserah je masa tu, moga-moga takda la menda menda yang tak diingini terjadi amin.. haha

So then dah descending dengan jayanya..  even dua kali aku terstuck sebab orang atas main safety aku. Ishh kalau nak buat testimony pon jangan laaa time aku weyyhh! Stuck aku kat tengah-tengah kau ingat tak gayat?? Kasut pulak licin masa tu, slack salah pakai kasut. So friction aku kat dinding kurang menyebabkan aku tak melekat sangat kat dinding hikhok. Dah tu bila dah jejak tanah, wahhh aku tak sangka aku dapat buat. Unbelievable! Tingkat 10 tu wehh hahaha. And aku amat berbangga dengan diri sendiri dapat buat cabaran ni hahaha. Jejak je tanah aku terus rebah and jerit “I’m done !!!!!” haha tu spontaneous reaction dari aku.

haa ni aku aa ni. masa ni tengah stuck sebab orang atas main tali safety aku
gilosssss...




this one is cara descending spider. nampak tak kelapa dulu?
oii jadah kau kelapa -..- KEPALA. credit to farhan !
this girl was my roomate haha aiman. aku jelez tengok gambar dia
descending cantekknyaahh!
ni zikri kawan sepasukan aku haha, dia tengah buat ascending
seyezz talk ascending sangat memenatkan tapi aku tak buat haha
sebok jaga makanan mase ni


  
Ade je antara budak-budak bpc ni yang buat style spider, gua salute sapa yang buat style ni hahaha. Sangat advanture sebab kepala yang turun dulu. Dia meniarap macam spiderman. Interesting right? Rasa macam nak cuba tapi hahaha. Dalam mimpi aaa… tunggu badan aku ringan dulu, baru aku berani buat haha
Habis je abseiling, perasaan puas, gembira and happy giler terpancar berseri-seri kat muka…. Aku. Ahahaha.. balik je dari abseiling, aku call mak aku.

Aku: maa.. best tadi, akak main abseiling.
Mama: oh yang kau cakap turun pakai tali tu eh?
Aku: ha’ah.. best turun tingkat 10.. mula-mula gayat tapi dah buat rasa puas hehe
Mama: hah? Tingkat 10? Kata main panjat panjat pakai tali??? Asal tinggi sangat?
Aku: eh.. laa mama dah salah paham ni. Tu rock climbing. Ni abseiling ni turun or naik bangunan pakai tali tu. Bukan yang panjat panjat dinding tu.
Mama: Ya Allah.. apa laah kau buat ni nis… kalau mama tau kau turun tingkat 10 memang mama tak bagi kau pergi.
Aku: hehe nasib baik akak tak cakap awal awal :P

Tapi bila call ayah aku.. lain pulak ceritanya..

Aku: yah.. akak main abseiling, turun tingkat 10.. hehehe
Ayah: owh.. dia ada keselamatan support system semua kan?
Aku: ha’ah mesti laa ada.. dia ada dua tali, satu control descending satu lagi as safety.
Ayah: haa ok lah tu. Asal ada safety.. pengalaman…


=..= lain tak respon mak ayah aku hahaha.. okay lah takat tu je cerita aku kali ni, so moral of the story… sekali-sekala cubalah menda baru. Especially yang agak adventure siket haha. Sebab once kau tak cuba, kau takkan dapat rasa and kau limited kan kebolehan diri kau sendiri. Pathetic laa hidup takda pengalaman haha. Yes I know ia agak merbahaya tapi as long as ada safety, why not kita patut cuba right? Cuma make sure your parents know about this, kalau korang tau yang parents korang memang tak bagi try menda menda macam ni, bagi lah tau selepas korang dah try hahahaha. K babaii !

wasalam 

Kem Latihan Bencana Alam

Assalamualaikum wbt

okay Latihan Bencana Alam (LBA) ni ekceli dah lama dah berlalu. tak silap aku waktu cuti 11-13 April gitu. LBA ni ekceli wajib untuk semua pelajar part 1 yang amik koko Badan Pertolongan Cemas (BPC). Oh yea.. lupa pulak I dah part 2 masa ni so this camp aku join sebab aku AJK BPC haha. So my role in this camp actually agak besar lah jugak sebab, mengikut flow chart bawah jawatan Kem Kom. Ada dua bigheads which is Adjutant and IO. I don’t know what IO stands for actually haha. So pada awalnya jawatan aku as Adjutant but aku tukar jadi IO since aku lebih suka berjaga malam. Padahal sepatutnya IO and Adjutant bekerjasama 24 hours dalam hal-hal berkaitan disiplin, masa dan keselamatan. Tapi masa ni dapat wrong information, so kami TERsplit tugas, Adjutant jaga dari 7am – 7pm whereas IO jaga dari 7pm – 7 am.

the superhero wanna be ! 


This big role of IO aku yang in charges. Aku ingat jawatan aku kecik je, tapi tak sangka pulak bawah kem kom tu ialah jawatan aku. Haha aku junior kot.. takut pule pegang jawatan besar-besar ni.. tapi ni la orang kata pengalaman hehe. Bebudak ni panggil aku Puan sebab ikut pangkat even diorang lebih tua dari aku. Tapi dah habis kem, lantak laa guna aku kau ke hape aku tak kesah..

Yess dalam kem ni aku rasa aku paling banyak kenakan pelatih-pelatih aku. Haha. Ada je aku denda or bagi tugasan kat diorang ikut suka aku >…< sori! Tapi aku tau, aku tak boleh layan diorang teruk-teruk. Diorang pon manusia. This just camp jerr.. Boleh marah kalau salah, tapi bahasa tu pun kena jugak jaga. Kita marah sebab kita nak didik bukan memaki.  Haa dengar cikgu cakap ni haha Its important to be TEGAS and GARANG but bertempat.

Bila aku in charges malam, aku banyak borak dengan pelatih-pelatih aku. Saja nak tau diorang ni fac mana, umur berapa. And whoops.. diorang ingat aku 24 years old. Hahaha.. no wonder laa dah habis kem pon bebudak ni panggil aku kakak even aku tau dia lebih tua dari aku. Aku? Haa angguk je laa enn senyum haha. And paling aku tak sangka, still ada panggil aku Puan even terserempak kat mana-mana. Siap tegur bertanya.. waah bagus sangat kau ni.. takpa aku tak kesah nak panggil Puan pun panggillah even diri ini masih berkahwin isk isk isk..


pelatih sem ni siket je kemasukannya. tak macam batch aku.. 80 orang haha

nah ni laa muke-muke yang selalu aku jumpa nak gi kelas, beli makanan tunggu bas.
well diorang budak baik, otak gila-gila jugak..

so ni lah barisan ajk yang bakal menjadi mangsa banjir lemas hahaha
one of the reason aku tak jadi resign dari ajk, sebab aku sayang diorang ni :)




Dalam LBA ni, aku tidur waktu siang but the last day tak tidur pon haha. Busy uruskan kem. And aku dapat duty and kene amik part as mangsa banjir lemas.. perhh sejuk kemain air sungai tu aku dok berendam seawall jam 8 pagi ! semata-mata berlakon jadi mangsa yang lemas.. bukan aku je, AJK-AJK lain ni pun sama. Beb segan kau jangan cakap aaa. Kau ingat kat kem tu persatuan kau je yang buat event? Ramai kott.. kau bayangkan kau kene jerit mintak tolong dalam air tu, menangis bagai nak rak semata-mata untuk menjayakan lakonan and make the situation to be the real one? Aku sedar waktu aku macam emosi tak setabil tu ramai orang tengah beratur beli makanan tengok aku. Bhaii segan bhai.. tapi disebabkan aku tak pakai spek waktu tu so keseganan aku tak melampau sangat. Haha.. Well .. dalam menjadi mangsa ni aku dapat la jugak menangis betul-betul hahaha syabazzz beteh! Kenapa kena menangis? Sebab konnonnya yang lemas tu bukan aku je, family aku pun sama. So kene aa meraung2 carik “adik-adik” aku yang lemas tu.. haha

Jenuh jugak diorang nak tenangkan aku.. hahaha saja je kan aku buat benda jadi complicated. Lantaklaaa aku berlakon takda skrip. Semua on the spot. Omputih kata acetibaiiii…

ha tu nengok.. aku baju biru tu. bayangkan aku kena berendam punye lama tunggu
bebudak ni tak sampai-sampai.. mau terkucil aku dibuatnya.. 


gagah deme dok ngangkat member aku ni haii.. untung aa ade orang angkat
pakai stretcher.. aku jalan jer ~

Then macam biasa dalam kem mesti ada barang amanah. So masa kat checkpoint 2, aku and abg mahfiz yang jaga checkpoint ni berjaya laa amik barang amanah yang berupa telur dari tangan pelatih kami ni.. hahaha. Dia percaya sangat kat aku, maybe muka aku muka orang yang boleh dipercayai KOTT haha. Nama telur tu SI CIPAN TEMBAM.  How cute isn’t it? Nak dikatakan, si cipan tembam sudah dirampas oleh aku dan aku berikan pada akak senior yang lain. Lalu akak senior tersebut lantas pergi ke dapur dan letak si cipan tembam di atas para. Maka, dengan tidak disengajakan ajk masakan kami iaitu saudara akram telah mengambil cipan tembam lalu dipecahkan lalu digorengkan lalu dimasakkan lalu dimakan oleh semua warga kem… begitulah akhirnya riwayat si cipan tembam. Diorang tak boleh nak tebus balik cipan tembam since cipan tembam memang dah takda kat dunia ni. So aku.. as IO haha. Dengan sesuka-sesuki aku pergi kat group yang pegang si cipan tembam tadi and suruh diorang buat satu short story about si cipan tembam and present kat depan..

Budak yang present kat depan tu nak dikatakan menangis…. Maybe sebab dia rasa dia and the group tak dapat menjaga amanah yang diberi.. so haha.. aku dah buat orang menangis… alamak! Tapi aku suka budak perempuan tu haha, at least dia ada rasa bertanggungjawab kat cipan tembam. Kbaii.

ni laa cerita pasal si cipan tembam.. hahaha


Then aku troll denda penghulu kem sebab dia nak pita lekat untuk tulis nama for entire anak2 buah dia. So bagi aku, nothing is free heheheheh *tanduk setan dah keluar. Aku suruh dia nyanyi lagu anuar zain sambil diselang-seli perkataan belon. Hehehe. Mintak maaf… aku memang suka kenakan orang. Senior2 aku pulak sokong je and kata aku creative dalam slot troll budak-budak hehe.

Even aku tau, dalam ramai-ramai AJK tu aku aa yang suka kena kan budak-budak ni.. tapi in the same time aku rasa serba salah. Ye laa marah-marah orang masa jadi mangsa banjir lemas tu, sian pelatih aku kene marah. Padahal aku… aku tak bersalahh haha. Emosi mangsa memang tak stabil so aku nak diorang faham keadaan tu.. and aku bersalah jugak masa jaga kat checkpoint 2 tu.. banyak kekejaman yang aku and abg mahfiz dah buat kat bebudak ni. Ada yang menangis. AGAIN MENANGIS?! Huuu tapi bukan aku yang buat dia menangis.. abg mahfiz yang buat. Aku tak bersalah. Hmm lagi, dengan habit troll bebudak tu.. aku rasa aku lahh mander yang dibenci masa tu. Tapi aku silap, haha diorang tak sebut pun nama aku waktu senior tanya siapa AJK perempuan yang paling tidak disukai. Aku target aku.. seyezz senior lain pun target aku hahaha.. tapi diorang sebut nama aiman. Ahahahha.. alaahai korang ni sebenarnya main sebut je nama, suka tak suka lain cerita kan.. haii macam tu pon boleh

sesi bridging haha.. aku banyak kali buat waktu kem komander dulu, well rakasakan
kesedapannya haha. masa ni bukan aku in charges. aku in charges malam hehe


Ok.. ape lagi? Aku rasa cukup tu je laa kot.. tapi overall junior aku tetap best ! diorang layan je aku enn, aku suruh buat tu, diorang buat. Aku suruh diorang buat ni, diorang buat..  sometimes bila jumpa balik junior-junior ni tengok laah .. aku biasanya akan angkat tangan say hi to them haha well its me… memang aku suka tegur orang kalau berjalan.. tak kesahlah either dia senior or junior… pakcik polis yang jaga gate uitm tu pon aku lambai2 gak tangan every time bas lalu pondok polis tu.. hihi
Ok lahh.. cau dulu… tunggu next post eh! Hehe babaii..


wasalam

GOODBYE FIRST YEAR !

Assalamualaikum wbt.

YEZZZAA! Aku sudah mencapai kemerdekaan bagi pelajar university buat kedua kalinya! Which means hehe, aku dah habis sem 2 aku kat uitm shah alam ni. Well good bye my dear first year and hehehe, welcome to mama second year! Haha. Wait awal lagi nak merasa second year. Enjoy dulu nikmat sem break haha ! fuhh seyezz sem break ni aku nak banyak-banyak bersukan aa, takut lak berat aku naik LAGI. Mintak simpang !

before apa-apa pun. syukur pada Allah segalanya dipermudahkan bagi kami dalam menjawab exam final moga2 kertas-kertas jawapan kami dicucuri rahmat. arwah baik orangnya. RiP sem 2 hihi. and terima kasih jugak buat mama and ayah yang tak putus2 berdoa semoga anaknya ini rajen bace buku, rajen ulang kaji,  rajen serajen rajennya, tak leka tengok hindustan aamir khan kajol bagai and dipermudahkan jawab exam. alhamdulillah. sesungguhnya berkat doa mama and ayah yang membuatkan aku tabah dan senang hati jawab final . alhamdulillah ya Allah :)

Nah wajah-wajah ceria riang ria wink wink dearest coursemate aku yang real sempoi susah senang hidup mati bersama. Ceywaaah .. 





Well ekceli ni tak semua yang ada.. wait aku trace jap siapa yang takda.. okay geng 3 serangkai they are atiq, imah and azie takda.. yeap syahmee and malee pun takda.. rasanya 5 orang ni jep tiada dalam gambar. Haha. Ok perkenalkan nilaa kawan dunia akhirat aku kat uitm shah alam ni. Segala benda dilakukan bersama .. sob sob.. memang otak kami pon generate menda yang sama, gila-gila. Masing-masing sangat sarcastic haha, seyez korang takkan dapat budak-budak gila ni kat tempat lain. budak-budak gila ni just available kat faculty education jaaa haha.


Ok then dengan diorang jugak laaa aku stay up kat PTAR 3 memalam, if aku malas nak study bilik enn. Diorang jugak penemannya. Diorang jugak rajin pegi beli makanan sahur, sahur sesame. thanks chedah wawa fayyadh tolong belikan nescapee and roti canai untuk "sahur" aku hehe. My beloved geng mander pon haha, beli nasi bungkus kat hakim memalam bawak balik melati yeahh that was so ohsemm! Ape lagi? Haa berbuka sesame  kat seksyen 2 or gazebo mawar or gazebo melati. Main badminton sesame ramai-ramai habes berbuka sampai pakcik guard dah tutup lampu baru tergegeh balik kolej and rumah memasing. Esoknya semua sakit belakang haha. And stayback, lunch sesame kat fac.. opkoss my mander geng, memang tak pernah missed breakfast everyday kat cafe gagak haha. What else? Haa.. pergi trip bio-D kat Melaka, satu bus tu kita-kita jer haha. Sanggup korang tukar bas last-last minit bila realize takda budak-budak kita dalam bas satu lagi tu. Wawa, Chedah, Iffa, Atiqah, Rose, Zack, Mirra, Epull, Bush, Iwe, Fayyadh…. Thanks for being my friends :) oh special credit to chedah sebab menyelamatkan final paper aku hehe, exam jam 9 am start pukul 8.30 am baru bangun dengan berkain batiknya lagi.. thanks chedah jemput aku kat kolej, dengan kau2 sekali terlewat masuk exam ... may Allah bless you dear..

bio-D trip to zoo melaka 

science education society (SEEDS) family day 

iftar together-gether :)

eksesaisss bersama, bakar segala lemak tersimpul

intec library our second home 


Haaaa.. banyak sangat kenangan dengan diorang. Especially with my beloved group mander.. even kadang2 ada salah faham, kita gaduh siket-siket tapi masing-masing realize salah sendiri and kita tak tarik muka to each other. Cepat settlekan masalah because taknak salah faham yang berpanjangan. T_T Iffa, Rose, Zack and Atiqah. Haha.. nice dapat shopping pergi jalan TAR and Kenanga dengan korang. At least aku as selangorian dapat jugak la tunjuk korang jalan-jalan kat KL ni hehe..

this my mander group, iffa, rose and zack

cuci mata from shah alam - kl sentral - hang tuah - bandaraya - shah alam


So hari ni tanggal 10 Julai selesai sudah tanggung jawab aku jadi class rep untuk education bio selama setahun. Wahhh ! Lega bila duit claim untuk 54 kepala sudah aku agihkan… senang hati bila tanggungjawab pasal duit claim ni aku dapat galas dengan baik even sometimes leceh and merumitkan bila bekerja dengan pihak atasan. Bagus hanis! Congrates! You handle it by yourself! And terima kasih to athirah atas kesudian anda bekerjasama dengan saya pasal trip and claim bio-D …

Siapa lagi aku nak congrates? Haa.. yess to my lecturer of course.. dear madam Ernie, thanks madam banyak bagi tunjuk ajar and bersabar dengan karenah fac saya haha.. we love you madam! And tak lupa jugak buat sir akmal haha. Thanks sir ajar kami setahun ni dari calculus 1 sampai la calculus 2. Sir memang thoorrbaekk otak geliga batu delima ! thanks jugak buat sir Mubarak yang banyak beri tunjuk ajar dan nasihat2 berguna since kami part 1 sampai habis part 2 hehe. Mr black jugak, umpama abah kepada kami… thanks being nice lecturer yang always tolerate tangguh2kan test kami haha. Thanks to ustazah zahara yang sangat lemah lembut dalam penyampaian subjek sejarah Malaysia CTU, sangat keibuan dan sedikit sebanyak diselitkan unsur keagamaan yang begitu bernas.

Terima kasih seluruh warga fakulti haha bunyik macam aku dah habis final year kan? Releksss.. another 6 sem to go ! yehhehehe.

Wasalam




Friday 25 April 2014

perempuan gedik tapi laki cool ?

assalamualaikum and yesss hola hola !

haha. giler berhabuk blog aku ni wehh. puiih puihh *tiup *habuk terbang-ang.
hehehe.. wwaaaiii manyak mende wa mau citer sama lu olang ooh ohh.. tapi wa talak pasti aa semua citer tu tercerita atau tidak pule punn adoii ~

okey. jari jemari aku terpanggil untuk menari nari atas keyboard ni disebabkan gambar rajah di bawah ini ... *scroll down


abaikan segala mende tab tab di atas gamabr tersebut. haha. okey this entry was wrote by my bestie comot friend named Iffa gemgem.. haha, she wants my answer ekceli for those question on her blog.

iffa : hang dah baca blog aku ??
aku : belum. dah lama tak bukak blog, bz. awat?
iffa : ade entry baru. tajuk KENAPA. nanti hang balik hang baca.
aku : apa yang kenapa? hahaha.. ye nanti aku bukak.
iffa : nanti hang balas tau. jawab tau. ade banyak soalan kat situ. komen bawah pon takpe ~ ~
aku bermonolog dalaman : memang hidup aku keje untuk komen blog kau jaaa pahh oii.. HAHAHAH

*kidding hehe.

ok. aku nak jawab ni.. nak jawab ni...

  1. manusia suka laga2kan ulama?

    manusia bewarna-warni. ade kelabu macam kau, ade putih cam aku.. hehe. gurau2.. ade yang baik perangainya, ade yang buruk perangainya. manusia yang suka laga-lagakan ulama ni bagi aku dia ada something yang hendak dicapai sama ada untuk menjatuhkan Islam itu sendiri atau menjatuhkan maruah ulama itu sendiri. nauzubillahiminzalik. cuma tu lah.. orang yang rapuh pegangan agama dan ilmu je buat mende mende cenggini.
  2. manusia buat maksiat dah tahu akn dpt dosa?

    majoriti manusia tahu apa yang diorang buat itu maksiat dan boleh mendatangkan dosa. cuma mereka takda kesedaran dari hati yang benar-benar ikhlas untuk mengelakkan diri daripada dicemari dosa. manusia yang hati benar benar ikhlas terhadap Allah saje yang akan aplikasikan amal makruf nahi munkar :)
  3. kenapa perempuan zaman sekarang manja, tak taf?

    perempuan zaman dulu lagi manja beb! haha. zahirnya sifat perempuan or wanita itu adalah lembut. sometimes didikan awal yg membentuk diorang sebegitu. tapi tak semua perempuan sama. cam aku ni haa. aku tak lembut. LANGSUNG ! mak aku selalu marahkan aku ni coz kasar... ayah aku pulak gelakkan aku "kau jalan cam lelaki ke kak?" hmmm so nak wat cam mana. lain org lain personaliti. tapi major pompuan opkoss la lembut, kite ni je puak puak minoriti..... akak muscle katanya hahaha. but aku akan setuju kalau kau cakap kenapa perempuan zaman sekarang gedik? i nyampaaah dengan akak akak gedik youuu !!!!!!! lempangkan aje ~
  4. FB bulih buat ketagih?

    boleh. pada orang yang ramai kawan di fb dan suke syok sendiri bahawasanyaa post dan gambar2 dia ramai orang like. vegitu juga dengan tweeterrrrr ~ wow vegitu jugaa nyaaah ! #vegitu satu ikat tepi, kuah asing !
  5. perempuan sikit nak nangis

    Allah jadikan wanita itu kuat emosinya, perasaanya. menangis tu lumrah alam kalau seseorang tu sedih. dengan menangis, rasa geram kat hati tu dapat dikurangkan #psikologi. tapi kau jangan tak tau lak kalau lelaki pon ade je siket2 nak nangissss.. miahahhaa #evil laugh. just deme tak tunjuk jer depan orang. cool beb, baru macho.
  6. perempuan kalau classmet tak hebahkan apa2 info ckp clasmet tak ingt diorg

    lelaki pon ade gitu cuma tak sehavoc pompuan.. pompuan ni kan nafsunya lebih dari lelaki. nafsu die bercabang-cabang . nafsu shopping, nafsu makan, nafsu emosional etc. semua mende nak sentap. makan dalam. deep. wargghh tension aku kawan dengan orang yang suke sentap! monyet.
  7. perempuan childish

    TAK SETUJU ! tu sifat individu. bukan perempuan. perempuan itu matang pemikirannya. only certain people jer yang childish. and apa yang kau tengok selalu childish tu mesti budak perempuan kan? haha. thats why kau kata gitu sebab kau berada dalam puak puak perempuan, kawan lelaki kau minoriti. cube try masuk dengan puak lelaki. ade je yang childish cuma kau belum jumpa lagi sebab tak ramai.
  8. perempuan suka merungut?

    yep. tapi laki pon suke gak. eh kau ni steretaip ke hape hah tang pompuan tu banyak pulak masalahnya hahahah.. die camni. kau ramai kawan perempuan thats why apa yang kau nampaknya semua ada pada perempuan but kau tak kenal how's men behave like as long as kau tak terjun dalam puak diorang. aku ramai kawan perempuan, lelaki minor. tapi antara deme ada gak masalah kepincangan yang berlaku cuma diorang tak sehavoc pompuan yang dok cakap sana sini. conversation diorang tak lain tak bukan adalah mengenai bola, gadget, game, lepak and yang alim2 gitu opkoss perihal agama. pompuan lak conversationnya bahan orang, ngumpat, esaimen, cerita mende2 past tense, cerita movie, cerita pasal makan, baju murah, tudung kain lembut, guy hensem, sakit hati, luahan perasaan. ade citer pasal game? bola? takde derr.. cam tu laa laki. vice versa.
  9. perempuan suka shopping

    AKU SOKONG. tapi kalau shopping pompuan akan pilih mana yang lebih murah, kalau lelaki akan pilih mana yang lebih berkualiti. hal ini dibuktikan apabila aku berjalan shopping dengan bapaku bukan bapamu.

    di down town
    aku: nak beli jam loorrhhh....
    bapaku bukan bapamu: bukan kat sini, kat ampang sana ada kedai jam..
    aku: jam sini muraaahhh.. tu ha *muncung ke apek jual jam. rm15 jaa
    bapaku bukan bapamu: beli rosak. beli yang mahal takpa asal tahan lama. ni jam ayah ni dah bertahun dah, elok je. nanti pergi ampang sana ada kedai jam.
    aku : terkedu. deep ~

    di kedai kasut XXXXX
    aku: kasut ni cantik. muraaah!
    bapaku bukan bapamu: beli kat kedai BATA la..
    aku: mahal~ ni haaa murahh..
    bapaku bukan bapamu: tak tahan ni. *geleng kepala
    aku: BATA design tak lawa ooohhh
    bapaku bukan bapamu : tapi dia tahan lama. tahan lasak. ayah dulu kasut beli sekali je tau. koyak jahit balik. koyak tampal balik.
    aku: deep. krik kriikkk ~
  10. batteri smartfon cepat habis. kata SMART

    SETUJU. aku takda power bank, dok heret charger fon merata-rata. pernah aa aku gi pwtc tergegeh-gehe cari plug power supply semata-mata nak charge. puiihh.
  11. ada some guy yg suka merokok sedangkan tahu merokok bahaya

    as long as tak nampak akibat dia kat diri sendiri its ok lah nak hisap berkepuk-kepuk asap rokok pon. tunggu paru paru dah hitam kering haa masa tu kunyah laa rokok tu.
  12. then some guy akan jawab: kenapa perempuan suka shopping sedangkan tahu shopping membazirkan wang

    err.. aku rasa kalau nak di compare kan dengan rokok korang tu lagi membazir hang tau dak? at least laaa pompuan shopping something like her own stuff, clothes or someone else punya barang.. kalau rokok? bak sini rm10 aku gi bakar, nah kau hisap. apa faedah? duit hilang gitu je bro. at least kalau shopping, ada gak mende yang deme bawak balik and boleh diguna pakai. hang hisap rokok habuk yang jatuh jatuh tu leh buat pakai ka? otak ada?

    kalau kau tak merokok bagus bro. shopping tu perlu dan istilah membazir tu hanya digunapakai untuk sesapa yang membeli barang2 yang tak perlu.
  13. then aku pun mcm nk tnya: kenapa perempuan suka sgt shopping? aku tak paham walaupun aku perempuan

    bergaya. cantik. look like marrying someone who are rich ! hahahah. entah laa aku bukan kaki shopping. aku keluar beli makanan je.
  14. perempuan cepat tacing?

    sudut negatif: emo lebih. gedik lebih. mintak simpati. mintak orang pandang. mintak perhatian. kurang kasih sayang.

    sudut positif: normal women being. oppuchaa oppuchaa ~.~
  15. awek suka kikis duit

    sape suruh carik awek bangang gitu. serve you right !
  16. perempuan tak sempoi

    certain je yang sempoi.. majoriti tak..
  17. perempuan sikit2 merajuk?

    dah jawab tadi soklan ni. eh kau suke tanye mende yang sama berulang kali eh? hahahaha..

    sudut negatif: emo lebih. gedik lebih. mintak simpati. mintak orang pandang. mintak perhatian. kurang kasih sayang.

    sudut positif: normal women being. oppuchaa oppuchaa ~.~
  18. perempuan suka makan, tanak exercise, tapi nak kurus

    perli aku ke hah? hahaha. tu gedixx alam namanya. memang lemak tu akan dehydrate sendiri melalui kentut kentut seharian -.- pegi laa jogging ! pemalasnya ya rabbi ... lompang kang.

    nakkurus ? puasa laaaa.. lagi banyak faedah dunia akhirat kau dapat.
  19. perempuan suka lelaki tahu kelemahan dia

    err.. im not that type sorry no comment. haha
  20. lelaki malas belajar, tapi pandai *mcm budak mechy* tetibaa

    budak mechy bace entry kau ni habes kau pahh haha sedap2 kata deme malas belajar. cerite dia gini.. lelaki otak deme ni cerdik. more creative. just diorang ni tak suke frust belajar. so make it cool je ~ masa belajar is belajarlah. lepas belajar gi main game. takkan masa main game dok ingat esaimen? haha. ni.. kuliah jangan tido, tu cerita dia hahaha !
  21. lelaki cool?

    ade je yg gabra. haha nerd. tapi mostly cool. jaga air muka. kentut pun sanggup tahan.
  22. lelaki relax?

    yeap. wat pe kusut kusut kepala mikir mende tak berkenaan dengan deme.
  23. aku cepat angin bila tengok kawan2 perempuan aku yg manja dan lembik?????~ tolong la jawab yg ni (sama ada terlebih jantan atau diorg yang tak cukup taf)

    kau kene paham beb. lain orang lain attitude and behave dia.. tak samua macam kau pah oi akak taf, akak muscle semua kau sapu hahaa. kita tak leh expect semua orang leh terima sesuatu keadaan macam kita leh terima keadaan tu. macam ade la member aku ni nama dia iffazainal, dia sangat memilih soal makanan. and sanggup tak makan kalau makanan tu tak kena pada tekak dia. ok can you describe this situation pada aku yang agak angin pada orang yang suka pilih2 makanan ni? "terima je laa rezeki apa yang ada tu. orang lain takda makanan tau dakk.." can you describe this hehehhee..
  24. perepuan tak suka camping?

    mostly. sebab leceh. kau bayangkan laa kalau kondisi biasa cam kat rumah kelas. sehari berapa banyak baju yang pompuan kene pakai (include lah anak2 baju bagai tu) kalau nak dibezakan dengan lelaki. tambah2 lagi kalau tengah datang bulan. bape banyak pampers dia nak bawak. telekung lagi. kalau ada masalah keputihan acano nak tukar2 banyak kali panty liner kat hutan tu setiap kali nak solat. hahahha.. and pompuan major tak suka minyak2, peluh2, bau2 hapak ketiak masam tu... er.. tapi aku suka masuk hutan :)
  25. lelaki bila pegi kem, mesti bawak barang sikit ja. perempuan kalau p kem, rice cooker pun dia nk bawak gamaknya. tak lupa iron board plus kasut 3 pat pasang

    bongok la sapa yang bawak rice cooker tu. memang kat hutan tu ade power resource pon. or aku je yang ketinggalan zaman bahawa sekarang power bank dah leh gune untuk rice cooker. haha. cam aku cakap bebel2 tadi. bape banyak barang pompuan ni nak kene bawak barang. kalau yg jenis simple and sempoi bese2 je, kalau tang yang akak gedixx masuk hutan uh.. ergghh. complicated aaa pemikiran die sampai celak lipstick pun nak kene bawak masuk hutan. apa function celak lipstick dalam hutan? haaa memang celak n lipstick tu boleh nyalakan api ponn ~
tolonglah jawab. aku dh start rimas kenapa aku tak suka awek2 lembik ni. #

daahh jawab daaah mander! hahhahaha..

ok sampai sini jer. iffaa kalau aku rude sori ekk hehehhehe tata wasalam






Saturday 29 March 2014

first duty !!




Assalamualaikum wbt
yeah. my first duty was quite awesome ! haha. fyi, I got invitation as 'medic' to attend the event conducted by students from Accountancy Faculty. so nak dijadikan ceritanya, this is my FIRST duty. cuak. berdebar. tak sangka. tak dijangka, tak de kene mengene. huh macam macam perasaan bercampur baur dan dibaur-baurkan dalam hati yang berkeladak ni. refreshment apa pon tak buat just attend bawak fisrt aid box and bersedia dari hati dan nurani je la masa tu. then try to refresh and remind all of my previous lessons masa kelas KO semester 1 dulu.

hehe.. nampak tak muke aku? nampak tak? nampak tak? hahaha. 


yess muke berpeluh. hasil berlari dari court ke court untuk dapatkan ais, plaster dan merayauu rayauu
                            
well berselfie sambil berduty. haha . ekceli masa ni dah nak habes duty.. so berjimbaaa !
#mukeminyak #she'snotmypartner


HARD CORE! kitorang total 8 orang. there are many courts to handle with. so we have to split by mini group/partner. i have something tak kena lah dengan my partner duty haha. takda apa pon ekceli. cuma i have to cooperate with someone yang bagi aku agak herrrrgh. still remember dia cakap "saya berpengalaman. dia tak berpengalaman. so takleh tinggalkan dia sorang-sorang". yeah im know that yang you are well experienced than me but awak kene lah jaga air muka partner awak yang chomell ni.. toksah lah hang dok habaq kat urusetia yang aku ni tak berpengalaman, cukup lah memadai cakap yang "its okay kitorang boleh conduct dua-dua courts (since urusetia suruh kami jaga 1 court sorang). tak yah split pon takpa.." -..-  

tau tak why aku kata jangan bagi tau urusetia or sesapa lah (either patient ke peserta ke) yang member kau ni tak berpengalaman? yes i have various sebab dan aku boleh nyatakan.
  1. its all about mindset. once you said that yang your partner ni tak berpengalaman, orang akan expect yang owhhh partner dia ni budak baru. takda pengalaman lagi.... hmm.. so this contributes to lack of confidence apabila your partner ni merawat diorang. "boleh ke minah chomel ni bagi rawatan?"

  2. bukan kantoi yang bpc hantar "skuad fresh" tapi macam tak berapa sedap lah untuk didengar yang amik duty to kebanyakannya budak-budak fresh...

  3. air muka your partner tu sendiri kene jaga. apa perasaan dia bila kau cakap kat depan ramai orang yang dia takda pengalaman lagi untuk conduct rawatan cemas.
here.. meh aku berceloteh siket haha. dear my partner, kalau awak sedar apa yang awak cakapkan tu agak meruntun jiwa dan sanubariku ini sob sob iskk iskk its okey aku tak kesah dan sudi memaafkan mu sebab KITA SAMA-SAMA JUNIOR. even umur tak sama tapi kita satu batch and experience awak pun taklah banyak mana pun compare to our senior yang lain right? hehe. bukan nak memperlekehkan awak tapi the way yang awak cakap tu macam awak dah jaga lebih 5 events padahal baru 1 event je awak jaga. can you feel what im feel? haha. tenkiu dear :)

AND... ni nasihat untuk semua orang including me :D in this case,

even aku tak berpengalaman, tak semestinya aku tak pandai bagi first aid kat orang okay.. tu kene pahat dalam kepala. haha. aku just tak berpengalaman, tapi ilmu tu dah ada. cuma nak praktikkan je. so cara yang terbaik nak deal dengan orang cenggini hahaha.. bersihkan niat je. biarlah dia cenggitu. jangan kita buat kat orang lain sudah. kita datang situ sebab duty. tanggungjawab. jalankan tugas sebaiknya. layan je my partner ni. kadang kadang kita pon ada wat salah kat orang tapi kita tak sedar. maybe dia terlepas cakap lah tu. kau layan jer. kau layan jer..

owraiittt tu baru dengan my partner. haha habeslaa if my partner nih baca blog aku.. wey aku bukan nak ngumpat-ngumpat kau kat sini tapi aku nak share how i must to cooperate with someone yang maybe menggurisi hati kita ni hihi. haha. the past is past. let gone by gone. takda sapa kenal kau kat sini ok bebeh?


then..... nak cerita pulak pengalaman aku berduty.. well. since aku BPC. takde sapa pernah panggil aku dengan panggilan "medic". yang agak vangang and lampinya aku, aku expect orang panggil aku BPC sedangkan kalau ada kecemasan orang akan panggil kau medic, bukan BPC. even diorang pon tak tau BPC tu hape ekceli -..-

member ni mula-mula dia dok panggil aku "medicc! medicc! saya injuredd ~"
sumpah cam main2. aku balas laa.. "tiupp tiupp kasi sembuh"
last2 betul2 dia mintak spray haha. aku ingat main2, muke tak serious langsung. sory!


so haha. kebanyakannya budak-budak pompuan ni main memang la agak ghanashh.. tapi its normal lah kalau main rebut-rebut bola tu leh terkehel sana sini, jatuh gedebak gedebuk. tapi yang aku tak faham, ada gak yang belum sempat nak main dah injured. hahahaha.. hadoii.. hyperaktif betul ek korang nih? haha. selalunya kalau dah terseliuh and bengkak, kita akan tuam ais and tak benarkan diorang teruskan bermain untuk mengelakkan kecederaan yang lebih dan yang tak disangka-sangka . huhu. sian3 .. 

malam tu kitorang duty dari maghrib area 7.45pm lepas solat tu sampailaahhhh jam 12 malam. perh nyaris nyaris pintu mawar nak ditutup! kalau dah terkunci perhhhh jaoh giler beb nak pusing.. mau sentap jiwa raga. naseb la masa palcik polis tu nak kunci aku sempat jerit. hahaha dari jauh aku sempat lagi haa panggil polis tu "PAKCIIKKKKK.. JANGAN TUTOOOPPP!" hahaha . sampai kat depan pakcik tu, bhai muke masam bhaii.. hahaha.. nak je aku tenyeh plaster kat mulut dia kasi senyum. haha penat lah tu. alahai, naik motor je pun, takkan dah penat. aku ni berlari sana sini leh lagi tersenyum sambil jalan kaki dengan mengendong beg and peti first aid tu. huhu. apela pakcik ni... 

tempat lepakinggg before masuk baris kelas KO ^_^

keesokan harinya masa menunggu kelas KO masing masing penat and tumbang kat library hahaha


well. aku sempat lagi buat wish #prayforMH370.
dear MH370 i still hoping that you are safe - hanis

okey laa.. hehe thats all my first duty experience :D moga memberi pengalaman pada aku di kemudian hari aminnn.. hehe.. to my partner, aku tau.... budak yang kau usha tu hensem.. aku tak nafikan, memang hensem, tinggi, smart with spectacle.. but ketahuilah sesungguhnya.. sehensem-hensem mana pun dia, dia tetap seorang PEREMPUAN bahhahaha... aku straight and normal okey, my partner ! jangan hasut aku. haha. tata wasalam :D

Monday 24 March 2014

I'M NOT PROUD TO BE A LEADER !

assalamualaikum wbt

yeah.. IM NOT PROUD TO BE A LEADER. haha. seems like komander komander semua punya moto proud to be a leader, so.. for me personally.. seyez takdak apa pon yang nak dibanggakan untuk menjadi seorang leader tapi tak FANDAI nak buat kerja. fandai fandai fandai ~ haha.. #nottypo

jadi leader takda apa yang patut dibanggakan pon ekceli. tak guna jadi leader tapi tak pandai nak mentadbir.  kenapa aku berani cakap gini? if you think that yang aku bermusuh dengan certain people and luahkan kat blog dengan cara gini, hahahaa, aku mampu gelak je la if anda-anda semua berandaian begitu. firmly im not make any confess here okay. haha. this is just my opinion..

mengikut kata-kata guru silat aku. sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. so, based on this. aku rasa you should not be proud to be a leader tapi tak ada memberi apa-apa manfaat kepada orang lain. ada je manusia-manusia ni yang jadi leader tapi langsung tak memberi manfaat kepada orang lain malahan ada jugak yang bertambah-tambah menyusahkan orang. haha. and tak semestinya  kalau kau nak beri manfaat kat orang lain tu, kau kene jadi leader. haaa.. kene faham konsep tu dulu...

memberi manfaat kepada orang lain seperti berdakwah. tak semestinya kalau kau nak berdakwah, kau kene naik pangkat jadi leader dulu baru leh berdakwah. right?

contoh lain... friendship. memberi manfaat kepada kawan-kawan kau. such as, saling ingat mengingati, support each other, bantu-membantu. haa tak semestinya kene jadi leader dulu baru boleh beri manfaat pada orang lain..

banyak natijahnya yang korang boleh dapat kalau menjadi manusia yang berguna pada orang lain. ada satu hadis ni bermaksud :

Dari Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda :

“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim



those yang dimaksudkan dalam hadis tu lah mereka-mereka yang memberi manfaat pada orang lain. sesiapa yang mempermudahkan urusan saudaranya, Allah akan mempermudahkan urusannya semula. besar ganjaran natijahnya tu... think bout it :)

so... as conclusion. tak kisahlah siapa kita. either guru, anak murid, komander, pelatih, ibu bapa, anak-anak, kawan-kawan and semua jenis lapisan hierarki manusia di muka bumi ni... you should proud to be a human yang memberi manfaat kepada orang lain. bukan proud to be a leader. hehe. potpet3 kan aku ni? haha well takpa, tazkirah ringkas..

tujuan menjadi salah seorang ajk sukarelawan badan pertolongan cemas,
bukan kita nak pangkat tapi kita nakkan pengalaman supaya dapat digunakan di masa hadapan.

here it is my entire ajk dan merangkap sukarelawan badan pertolongan cemas,
mentadbir dan membina pengalaman serta ukhuwah ! even certain of us berstatuskan komander (including me),
apa yang penting ialah... tak guna ada title komander tapi tak FANDAI buat kejaa hahaha..
#kalautakFANDAIkaubelajarlah

title will remain as title. no changes. but your experience, talent and benefit will grows and help other people to live.. kindly post from nurhanis azhar. assalamualaikum warahmatullah :D ngeee ~

Friday 21 March 2014

life as 'mander'... kanaaaann pusing !

assalamualaikum wbt.

hehe yeahhah.. life as mander. mende mander tu? huk alohh.. haha. mander is a shortcut to form a komander word. hahaha. seyezly, even though dah jadi komander aku tetap merasakan hidup aku diselubungi kebusanan an an an.. haha maybe sebab jadi komander bpc tak sepayah komander-komander dari company lain.

throwback masa last day kem komander. senyuman yang begitu indah dan puas dan tak sabar sabar nak balik rumah untuk qada' tidur-tidurku yang tergendala ! with my father ^_^

such as my friends la.. iffa, zack, ain and atiqah, memang jelas muke penat sangap nak tido every time masuk kelas. tapi yang weird nya, deme ni time makan, sesi bergelak ketawa mengenakan orang lain segar je... hahaha! aku rasa nak bagi tabik spring je kat diorang sebab sangat pandai menghabiskan leisure time diorang dengan dengkuran. miahahaha. even dalam bas 5 minit pon diorang leh terlelap, statik pulak tu tak gerak-gerak. hey ! bukan budak-budak komander la kalau tak pandai nak tidur duduk secara statik. aku sendiri pon pernah tidur berdiri masa kem komander. hahaha. tu pun nyaris tumbang kebelakang ok!   hehe. sometimes jadi part of my job urut-urutkan diorang kasi sedar dalam lecture or kejutkan diorang bila dah sampai station bas.. ini yang dikatakan support kawan ! haha. belum pernah lagi aku turun bas dengan meninggalkan diorang terlelap dalam bas dan bas pon jalaaann. hmm coming soon maybe?? cadangan yang bernas. NGEEE :D

hmm, for those yang aku cakap pasal member-member aku tu is normal as mander junior. first time badan terima segala jadah aktiviti physical, nanti lama-lama leh la adapt. kadang-kadang kesian gak kat diorang sebab penat sangat. hari ni iffa tak sehat, esok dia ada refreshment pulak. hope you will get well soon gemgem !

in the bus, during lab and of course... studying at library ! i love my friends mumuahhh


memandangkan semua kawan kawan aku ni duduk kolej melati, (aku sorang je kat mawar sebab aku ahli BPC, tak tergolong dengan golongan kesatria), aku sentiasa bosann bosann bosaannnn kat bilik. rumatez aku ada 3 orang.. 2 orang tu budak sport yang baru aku kenal masa first time bukak pintu bilik. dua2 suka jenjalan or kadang-kadang tidur bilik kawan kat kolej teratai.. sorang lagi aiman nama dia, ajk bpc tapi beliau selalu keluar jenjalan dengan kawan-kawan beliau or sometimes dengan kakak beliau yang stay kat klang. hamaigaaddd. YA ALLAH.. kesunyiannya aku kat bilik... dulu masa sem 1, even aku tidur pon member2 aku datang dok melepak kat bilik. sekarang? pandang kiri pandang kanan pejam celik pejam celik alih alih aku sorang. T__T sobb sobb. DISEBABKAN ITU ! hehehe

aku selalu lepak library. library intec, library kat menara saas uitm, library fac engine.. semua aku tibai.. mana yang sempat la aku pegi.. kalau kelas kat menara, aku gi kat library menara as known as PTAR 1. if aku kat bilik especially waktu malam, aku akan pergi PTAR 4 kat fac engine sebab kolej aku dekat dengan fac engine. and kalau aku kat intec, opkosss la pegi library intec..

aku lebih rela aaarr duduk dalam library compared to duduk dalam bilik. kalau dalam bilik, nak berlajar pon takdak mood. huahuahua.. ottokeyy? takdak kawan punya pasall.. aku tak pernah la rasa sesunyi gini sepanjang aku bergelar student. huhu..

sometimes we need to think....... apa yang perlu aku buat lepas abes kelas?
jawapan yang terbaik adalah PERGI MAKAN.


apa yang aku buat kalau lepak library? hehe, buat revision, belek belek buku campbell gedabak tu, belek belek novel, buat nota, siapkan esaimen, berfesbuk, berblogger... haaaaa.. aku duduk library pon sesorang. pegi beli makan kat dc pon sesorang, makan dalam bilik sesorang... T_T dulu makan ramai2 dengan rumatez dulu... dok sama2, bace doa, ngap ngap ngap sambil tengok movie.. selalunya tengok runningman sebab rumate aku dulu peminat antarabangsa runningman tu. kalau dengar dia gelak, sumpah macam orang mati anak. ngeri dan seram. hahaha... itulah bahana runningman.

ei ei.. aku rasa sangat bosan lah sekarang ni. hari ni hari jumaat. jam menunjukkan pukul 4.11pm. kelas terakhir hari ini adalah kelas calculus yang dah habes pada jam 10.30am tadi. abis je calculus si iffa, zack and ain balik. aku stay. diorang nak study untuk refreshment. huh again keseorangan.. esok sabtu, ada koko pada jam 8 pagi hingga 10.30am. then aku tak tau nak buat apa.. maybe lepak PTAR 4 kot.. sampai petang.... seyez ke ni petang? ahhahaa...

dear my mommy... mama, akak rindu mama. rasa nak bagi hug, cium + pelok hahaha macam 100 tahun tak jumpa.. padahal baru 5 hari lepas aku ada balik rumah.. huhu... rindunya adik2 aku.. si maira yang nakal.. rindu nak buli diorang kemas rumah.. ahahha.. adoii... budak kecik tu aku sekeh sekali dia pi sekeh aku balik. bagus! brutal macam aku hahahha.. and aku rindu gak nak gaduh2 dengan ayah aku. hehee.... lets bergustiiii... sama dengan haziq and hadirah..

nampak sangatkan yang aku tengah boring? hahaha.. semua mende keluar. okay la okay laa. aku nak sambung menelaah campbell.. pada sapa-sapa yang mengenali diri ini,  maafkan aku andai ada buat salah silap :D ngeee! hidop malaysia! malaysia bolehh ! babaiiii

wasalam

Thursday 6 March 2014

ape cerite awal sem ni ??

assalamualaikum

haii kisahbungabiru... haha.. ekceli ramai tanya kenapa kisah bunga biru ek nama blog aku nih? haaaa. the complete and firm answer for this question, masa aku buat blog ni aku kebuntuan idea nak letak nama apa.. and kebetulan dalam bilik aku masa tu ada 3 kuntum bunga warna biru.. so hmm dengan memvavi vutanyaaa! hahaha aku tulis kisah bunga biru... so ini lah blog aku... aku kira2 blog aku dah berusia 3 tahun kot.. hmm.. gudjob !

okay, menjengah ke semester 2 ni.. aku dapat rasa lah kehambarannya.. hmm .. seyez! awat sunyi benor kolej mawar nih? wehh dulu kitorang bising, meriah and sangat unite kot satu aras.. hmm maybe kebanyakan budak 1 aras dengan aku tu budak budak education jugak kot and maybe jugak ramai yang kenal aku sebab aku buat bisnes printer hahaha..

but now aku duduk bercampur dengan budak budak fac lain.. budak education sorang je yang aku kenal, haha tu pon sebab dia member aku.. aku dapat kolej free semester ni sebab jadi ajk unit BPC (badan pertolongan cemas). member2 aku yang lain mostly duduk melati.. komander lah katakann.. well aku pun komander kesatria jugak tetapi memandangkan aku di bawah unit BPC so hahha aku terselamat lah dari duduk kat melati tu.. aku duduk dengan skuad BPC jek..

and ... haaa what the amazing is.. hahaha. aku dapat lecturer aku yang lama balik hahha .. happy sangat ! sebab lecturer lecturer tersebut sangat pandai mengajar and agak sempoi lahh.. tak fussy and kami dah biasa dengan beliau beliau.. haha 

and ... sem ni aku dah dapat rasa kehidupan bz bakal menjelma tak lama lagi. bz dengan duty BPC, meeting BPC, silat, kelas-kelas yang mencecah 20 jam kridit.. sabtu ni ada taklimat koko, ahad ada ijazah silat. senin dah start kelas.. so bile exactly term of weekend bagi aku ni? hahaha. haiyaaa ottokeyy?? aigoo.. astaghfirullahalazimmmm
semua bahasa nak keluar .. hameekk kau..

okay laa. aku pun nak gerak gi kelas ni.. sejuk gak kat library... saja mengisi masa lapang kat library sementara tunggu the next class :) haha.. ok babaii... wasalam

Monday 24 February 2014

budak education uitm shah alam

assalamualaikum

yeah. ekceli sepanjang memanjang aku bergelar cutest blogger *alahaii sweet*, aku perasan laah ramai giler budak-budak kat malaysia ni 'menggoogle' pasal fac (faculty) aku yang tersayang ni.. haaaa.. then jengjengjeng diorang pi bukak entry entry aku yang pasal aku pegi temuduga and result upu aku tu.. haha. aku ada bukti ! 


sekarang anda boleh lihat perbezaan angkasa dan bumi di mana jumlah 'penggoogle' yang telah menggodam dan tergodam entry entry karangan A+ saya. hahahaha. and some of my friends sekarang (my classmates especially include iffa gemgem) mengenali aku melalui blog ku yang terchentaaa ini hahaha.. gudjob blog! 

okey. secara officially, im willing to emm apa kata omputeh tu.. haaa introduce to you all lah, acano belajar  jadik cikgu ni, best ke idok. apa subjek subjek yang kene belajar. macam mana sistem pembelajaran dia. pemarkahan. transportation. haaa pendek kata semualah jemah oii.. hahaha. 

________________________________________________________________________

1. INTERVIEW

okey. jangan ingat nak jadik cikgu tu mudah yer, ada interview tauuu ate kome.... haha. bila dah apply kat sistem upu yang kita nak pendidikan, nanti kita kene cek email kita, pihak univerisiti akan mengadakan sesi temuduga. haaa time ni prepare laa apa apa yang patut. kene buat micro-teaching kat depan panel tu hehe. tapi aku dulu tak prepare apa pon. prepare sijil jep haha, isu isu semasa pon aku tak prepare. datang iv nanti kau tanya lah orang sebelah apa yang dia prepare. then suruh dia cerita siket kat kau. simple kan? haha. kalau ada handphone yang leh google tu bawak lah kalau dah terdesak sangat nak tau isu isu semasa yang naik kat yahoo tu. hahhaa

2. PENDAFTARAN
seingat kepala otak aku ni la, pendaftaran ada dua. first daftar kolej, second daftar fakulti. haaa daftar kolej ni deme buat masa hari pertama kita check in tu. after check in, kemas baju apa semua, fasi-fasi mintak kumpul and daftar ikut level. masa ni mak pak hang semua dah balik daaah .. hangpa daftar sendiri lorr. dah bosar kan.. hahaha. untuk daftar fakulti, diorang buat masa orentasi, masa ni memang tunggu lama gedabak la. dia buat kat DATC. hape DATC tu? hahaha.. tu dewan yang paling bosar la kat malaysia ni haha tengok teater best uhh. 3 tingkat. Dewan Agung Tuanku Canselor. if not mistaken lah nama dewan tu gini hahaha. aku sebot DATC je. DATC ni ada banyak tangga. pandai pandai lah menapak kat sana. aku dah serik dah nak memanjat masa orentasi dulu . masa ni, mana-mana minah misali yang pakai tudung tu, silalah jangan pakai tudung bewarna biru gelap. senang citer hangan pakai warne biru lah! nanti dia nak amik gambar untuk kad matrik, background dia warna biru. so pakailah warna yang terang-terang siket. jangan jadik cam aku, 4 tahun ni aku pakai kad matrik yang hanya semata mata nampak wajahku yang ayu sahaja. warna tudung dah sama dengan background T__T sob sob.

3. KOLEJ WARGA PENDIDIKAN

ha.. mengikut pengalaman aku, you ollz gegurlz semua akan duduk kat kolej mawar. kolej mawar ni bosaarr so campur campur la dengan minah minah fac lain macam APB (budak bahasa), engineering, adik adik asasi. mawar terdiri daripada 4 blok. 1A, 1B, 2A and 2B. semua blok ni bersambung di level 1. so kalau dari blok 1B nak ke blok 2A tengah tengah malam free hair pon boleh. lelaki tak dibenarkan masuk. tapi pandai-pandailah kan. better pakai lah becoz kadang kadang technician lelaki ada naik. aku dulu nak gi tandas depan bilik pun rase was-was sebab selalu sangat technician ni naik. mencurigakan betol -_- .. okey kolej mawar 1A and 1B 4 tingkat je, so takdak lift. but 2A and 2B entah berape puluh tingkat mencakar langit sampai ada lift. jelez kau tau sebab aku dulu tingkat 3 blok 1B. huh. kolej mawar paling dekat dengan pintu belakang uitm yang sememangnya macam dah jadi pintu utama haha. senang je nak pegi makan kat seksyen 7, jalan kaki pon boleh.

okey for boboyyot hahaha .. boboii semua duduk kolej meranti (masa batch aku semua duduk meranti). meranti kat seksyen 2. haa kat sini ada ABC fredo yang agak femess kat shah alam tu, kononnya hahahha. tak dinafikan aku suka makan abc kat situ. port paling baik untuk makan pon kat seksyen 2, nasik campur. fotostat murah pon kat seksyen 2. tapi ade certain budak2 edu (education) lelaki mana yang tak cukop tilam katil tu otomatik tercampak kat kolej jati. alah , seberang menyeberang je jati dengan meranti ni. tapi mostly yang duduk jati ni budak budak engine lelaki yang berkaliber *kaliber lah sangadd* . member aku selalu mengusha budak budak engine ni hahaha.. tak dinafikan aku pun turut serta berjemaah. haaa tu salah satu faktor mengapa aku and member2 aku selalu maii seksyen 2 =D joking beb!

4. FAKULTI PENDIDIKAN

as you know lah, kolej kat dalam induk tapi fac pendidikan kat luar induk. haaa inilah fac paling jauh bagi siswa siswi uitm shah alam. keluasan induk merangkumi seksyen 1, seksyen 2, seksyen 7 and entah berapa banyak ketui punya seksyen lagi, tapi fac bagi budak budak education terletak di seksyen 17i. so round la berapa pusing satu uitm ni, kau takkan jumpa fakulti pendidikan muahaha. fac kami, kami panggil intec sebab fac education bergambung dengan pelajar pelajar intec (budak foundation yang nak fly). ekceli bergambung dengan budak2 muzik jugak. kadang2 nampak la deme ni bawak gitar, viola, piano kehulu kehilir. hahaha, propa je piano tu. mostly budak2 intec la ramai, then baru budak budak education, budak budak muzik and lastly  foundation TESL. 

fakulti pendidikan ada library sendiri. kami panggil library intec. haha. buku bio, maths, novel semua terletak di tingkat atas sekali. port paling sunyi dan sepi. port yang aku and member aku paling suka lepak ialah bilik komputer and port surat khabar hehe. 

kafe.. tempat untuk mengunyah dan menghadam. takat yang aku tau, intec ni ada 3 kafe dan masing2 terletak di bahagian utara, timu dan barat. sangat jauh antara satu sama lain. aku and member aku dah merasai ketiga-tiga jenis kafe ni since kami kuat merayau dalam intec. hehe. ekspesyially aku. 

5. TRANSPORTATION

memandangkan intec ni jauh gedabak, so pihak uitm ada menyediakan bas untuk kitorang berulang-alik dari fac ke induk ke fac semula dan begitulah seterusnya. ekceli, uitm ada banyak bas yang main pusing pusing dalam uitm tu sendiri tapi bas khas untuk warga edu, muzik and asasi tesl ada 3 or 4 (aku tak hengat) dan bertanda huruf E.

first trip pukul 7.30am, second 7.45am, third 8.00am. kadang kadang yang second tu takda, so terus datang yang third haha. waktu bas hmm.. tak jamin. setakat yang aku tau, selang setengah jam. tapi hahaha. pernah je aku tunggu sejam setengah bus tak sampai sampai. tengah hari, jam 12.30pm-2.00pm bus takda. rehat katanya -_- yang aku ingat kalau petang jam 6.00pm, 6.30pm and last 8.30pm. so agak-agak dah petang tu cepat cepat lah kumpul kat bus stop BEFORE 6.30pm. kalau tak, kau semayang lah maghrib kat bus stop tu hahaha. gurau je, kalau dah tertinggal kau masuk lah fac balik, semayang kat fac. nanti pukul 8.30pm bus last sekali datang la. haa yang ni kalau tertinggal jugak alamatnya kau tido lah kat fac hahaha. podaahh! ade teksi, naik laa teksi.

rapid T529 and bas mini pun ada lalu. tapi bas mini, ramai anney anney dari nepal semua tu. haaa hensem kau jah! so gegurl semua hati hati yer. alah rapid pun ada gak warga2 "polena" (foreigner) ni tapi tak seramai bas mini. rm 1 je naik hehe. nanti bas2 ni stop kat seksyen 2. kalau seksyen 2, boboii dah sampai la room sweet room. kalau gegurlz tunggula bas uitm lain yang ada huruf D or rapid T603 yang sememangnya round masuk ke uitm balik dari seksyen 2. if naik teksi, hmm agak2 dalam rm13 tu la duit tambangnya. kalau korang kene sampai rm20, kau bidas je teksi uh. memang kat shah ala ni ramai budak kene tipu dengan harga tambang teksi. aku one of them T__T

6. SUBJECTS

okey, masuk pasal course pulak. memandangkan aku baru je tamat part 1, aku cerita pengalaman aku je lah yer.. hehe.. okay. aku major biology and minor maths. 

BIO. so masa semester 1 kitorang belajar pasal bio cell tapi fyi kelas bio tak ada kat intec, tapi kat induk.  hahaaa. terletaknya di dewan gamma FSG (fakulti sains gunaan) area tepi menara. naik bas uitm berhenti kat depan kolej seroja. untuk first time, sila berjalan seperti kanak kanak tadika buat rombongan yer sebab tak mustahil anda boleh tersesat di sana hahaha. hang ingat uitm ni ladang getak mak pak hang ke ? sekali pergi dah leh hafal selok belok? aku dah nak habeh sem duduk sana pon baru tau ada lift nak ke FSG -_- . and... jangan terkejut kalau korang kene berulang alik kolej-intec-fsg-intec-kolej dalam satu hari, yeahh tu rutin aku and kawan2 yang lain 

MATHS. ok ni belajar pasal calculus. soalan soalan exam memang tak sama dengan eksesaisss2 yang hangpa semua buat dalam kelas.. opkoss double triple punya susah hahah. member aku ada yang nangehh masa final sebab soalan susah. tapi aku percaya kalau korang rajen buat pastyear and score tests yang diberikan oleh lovely pensyarah, bukan takat maths je, subjek2 lain pun korang leh score dekan. haha. buku leh oder kat lecturer (kalau lecturer korang take oder lahh) and harga buku area rm80. murahkan?? haaa jahh! apa definisi murah bagi orang seperti aku ni? hahhaha. duit makan habis kat buku je beb. nak gune bukan sampai final year pon.. huhu. then, kelas maths kat intec, so no worries :)

COUNSELLING. yeah as a teacher-to-be, korang akan familiar dengan istilah2 dan definition2 counselling seperti psychoanalytic, psychology, psychotherapy, encapsulated counsellor bla bla bla etc.. hehe buku? entah. takda pulak lecturer aku gune buku. aku belajar pakai nota je. tu yang tak dapat A tu hahaha. aku dapat B. sebab tak pulun kat carry mark. so rajen2 lah pergi menyelongkar kat library intec tu buku2 counselling.

HISTORY. haa. hape? korang ingat korang dah boleh happy tinggalkan sejarah? hahaha. mesti terkjut dan terkentot kan? haha.. tak senonoh ar korang nih adoii.. history and development of education.. subjek ni 60% carry mark tauu.. so, masa present, project paper and test silalahh pulun!! kalau present, bayangkan anda seorang guru, jangan takut2 and baca slides.. make something new and something yang boleh tarik orang minat dengan apa yang kita cakap kat depan. yess! history ni memang bosann.. aku mengiyakan.. tapi kalau kene pada cara present, seyezzz subject ni memang best :) present sejarah in english ek cik kak tata!

TITAS (CTU). okay. ni subjek the only one dalam bahasa melayu and wajib bagi semua fac and kalau korang nak tau, sungguh lancar lidah aku and member2 aku ni masa present titas hahaha. takdo putar belit lidah sebut english yang entah pape tu.. titas ni sejarah tamadun islam dan asia. haaaa see? another one sejarah! hahahhaa . alah releks laa.. seyezz best belajar pasal tamadun. tamadun china, tamadun india, tamadun islam.. 

SCIENCE SOCIAL (SCE). oraiiit, subject ni the best! sebab the only one subject yang takda final tapi pecah kepala nak buat project paper hahha, tapi takpa, apa guna kawan kan? suruh ler deme yang buatkan project paper korang.. hahahaa.. okey markah untuk sce ni dia amik 100% daripada presentation, project paper, dan segala jenis project yang ditetapkan oleh pensyarah. bernasib baik batch aku, ada certain project yang dicancelkan. subject ni mostly pasal science and technology. kadang2 ada project suruh buat kapal dengan tenaga solar bagai. and lecturer dia sangat ohsemmm! aku taknak puji melangit tapi beliau-beliau memang banyak ilmu.. korang tak leh arrr nak 'kencing mengencing' lecturer korang dengan teori science korang sendiri. kalau tak buat preparation dengan detail, toksah lah korang bercakap pasal topik tu hahahha.. silap silap, kene sumpit dengan lecturer ahhaha. 

KOKO. haaa. ni 1 jam kredit jep haha. tapi still penting. kalau aku, aku masuk red crescent. now dimurahkan rezeki alhamdulillah dapat jadik AJK BPC (badan pertolongan cemas) uitm shah alam. tu yang sampai termasuk kem komander libk tu. huhu.. ekceli ada banyak je lagi unit uniform yang lain. koko wajib untuk 3 sem. tapi kalau dari diploma masuk degree, takyah dah amik koko sebab dah amik masa diploma. kalau pernah join plkn, leh skip 1 sem koko so join koko 2 sem je lah.. begitu juga pada mereka yang amik kawad kaki masa kat matrik dulu.. skip 1 sem koko. 

_________________________________________________________________

haaaaa.. cer korang scroll up balik. menjela tak karangan A+ aku? hahaha. tu hanyalah pengalaman aku batch september 2013 part 1. so sebarang pertukaran, thats non of my business laa buweekk =P then nasihat aku to adik adik yang nak amik course pendidikan ni. pikir laa dulu before masuk. boleh tak awak bercakap publicly? nak ke belajar mende mende yang bosan bosan ni semua? esspesyially yang macam aku ni, otak science.. education ni under sastera, leh ke masuk dengan dunia sastera? nak ke belajar counseling and history segala jadah tu? hahaha. kalau tak mampu, kalau nak belajar pasal science je semata2 baik tak yah sebab subject yang relay on science semata-semata kebanyakannya under dentist, medic, MA, pharmacist etc. mostly science under FSG, fakulti sains gunaan.

okey laaa. hope ni semua membantu la pade mana mana yang blur blur pasal nak pilih apa kat upu tu..buat la istikharah.. doa banyak banyak. ada lah jalan tu... hehe . okey laaa den ciaaooo dulu. tata

wasalam