Saturday 19 November 2011

tidur dan ayat kursi

assalamualaikum...

('',)

maap ler dah lama tak post..
almaklumlah, SPM ni aku sibuk sikit.. hahaha..
tapi kan, aku ada penyakit pelik sikitlah semenjak SPM ni..
tak taulah dengan sapa aku terjangkit dek penyakit ni..
nak tau apa penyakitnya??
penyakit susah nak tidur...


haa.. ada satu hari tu, aku tidur pukul 8.30 pm..
mula2 tu saja2 je nak rehat2.. last2 tertidur..
pukul 12.30 am aku terbangun..
bila dah solat isyak tu aku terasa segar..
aku bukak buku english sebab pagi nanti aku ada paper english..
fuh.. dan2 sampai jawab exam english pagi tu lah aku tak tidur..

tu baru satu, ada lagi..
malam nak exam sejarah... biasanya aku akan tidur lepas maghrib,
and bangun malam untuk solat isyak and straight belajar sampai pagi..
sebab orang kata, pepagi tu otak fresh.. so, segala
input senang masuk dalam minda ni..
tapi malam tu aku tak tidur pon lepas maghrib..
aku terus belajar..

memang pelik cara aku belajar..
kalau orang lain yang tak kenal aku tengok aku belajar,
mesti diorang ingat aku ni ting tong sikit..
tetiba leh gelak sorang2..
 atau kedang aku bersoal jawab dengan seseorang
macam seorang guru menjawab segala pertanyaan
 anak muridnya..
padahal aku sesorang je kat situ...
hahahah..

kalau orang hidup dengan penuh berimaginasi,
memang gi tu lah jadinya..
ting tong!

ok! balik kepada cerita asal..
yang malam belajar sejarah tu kan..
aku tengok jam dah pukul 3.00 am..
bila dah habis gosok baju and packing barang,
aku set alarm sampai 4 kali...
set lagu "like a G6"..
hahaha.. dah lagu tu je yang paling bising and sakit telinga
sampai boleh buat aku terbangun dari tidur,,

pastu aku try tidur..
try,, try,, try..
still tak dapat..
aku takut aku bangun2 je hari dah terang benderang..
habislah paper aku nanti...
aku takut sangat nak tidur..
first time aku rasa takut nak tidur..



last2 aku doa banyak2..
baca ayat kursi...
moga2 Allah kejutkan aku pagi2 tu supaya segala 
pekerjaan aku dipermudahkan..
and lastly!
aku terbangun tepat pada waktunya..
alhamdulillah... doa aku dikabulkan..

ada satu kes hari tu aku tidur tengah hari.. penat sangat..
pastu bila aku terjaga je, aku tengok hari dah
 terang (memanglah terang sebab tengah hari kan) ..
aku mula kelam kabut, darah dah berderau naik kat muka..
dalam kepala otak ni pikir
habislah SPM sejarah aku, macam mana boleh terlambat bangun pagi
sampai dah terang macam ni.. subuh pon terlepas,
baju pulak tak gosok lagi..
asal mak aku tak kejutkan bangun pagi...
mana diorang ni semua??
waaaaa...

last2 bila tengok handphone,
 pukul 5.30 PM...
bila pikir2 balik, baru aku teringat..
aku tidur petang and bangun petang,
 bukannya tidur malam and bangun pagi..
asal aku kelam kabut sangat...?
periksa sejarah aku esok bukan hari ni..
aishshh... buat terkejut je..

the moral of the story..
tidur baca doa!
insyaallah syaitan tak ganggu..
tak adalah tidur sampai subuh pon terlepas..
kalau nak lebih afdhal..
baca ayat kursi..
memang syaitan tak masuk rumah dah..
sampailah esok paginya..

ni ada sedikit kelebihan ayat kursi yang boleh kita semua kongsi bersama..
tapi agak panjanglah post ni..
post ni aku copy paste dari blog
http://mufakirin.forumotion.net/t1345-kelebihan-ayat-kursi




Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa

 mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan 
dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan 
darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya
 serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak

50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, 
InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta 
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. 


Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan
 mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan 
serta hasutan syaitan. 


Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya.


 Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.


 Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir
 tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang 
yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 
juga Allah melimpahkan padanya rahmat.


 Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar 
rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, 
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla 
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah 
seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan 
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


renung2kan dan selamat beramal!
wasalam.




Thursday 10 November 2011

RA-ONE the best!

assalamualaikum..

hai! korang dah tengok movie RA-ONE ??
yang cerita shahrukh khan jadi macam superman tu...
haaaa... cerita tu lah.. 
aku baru abes tengok semalam.. 
sedih + kelakar + gempak = superb movie!


cerita sains fiksyen ni mengisahkan shekhar subramanium (shahrukh khan)
 seorang bapa kepada kanak2 yang bernama
  prateek (aarman verma) dan suami kepada sonia (kareena kapoor).

shekhar ni bekerja kat sebuah syarikat yang mencipta
 satu teknologi yang membolehkan objek dari dunia digital dibawa ke
dunia realiti. memandangkan shekhar ni bekerja dengan syarikat
 berteknologi tinggi, di atas permintaan anaknya, dia telah mencipta
satu video game di mana si penjahat takkan kalah.


the villain never lose!
 penjahat tu dinamakan ra-one.
watak baik pulak dinamakan g-one.

yang bestnya, shekhar cipta watak g-one yang dalam game tu
sebijik macam muka dia sendiri. hahah.. ni yang buatkan anak dia
 rasa kagum dengan dia. disebabkan rasa teruja dengan game yang
 ayah dia sendiri cipta, prateek minta akashi (kawan sekerja shekhar)
 untuk membenarkan dia bermain game ra-one ni. biasalah budak2,
 teruja nampak benda baru..

ni lah budak prateek.. comel kan??

nama nickname prateek as g-one dia letak "lucifer".
entah macam mana, bila dah syok main game tu prateek tak
dapat nak habiskan sampai level 3. so, permainan tu tergantung.
akashi sedar game tu ada kesilapan teknikal sikit. so, dia panggil shekhar
untuk stay dengan dia kat makmal untuk selesaikan masalah 
teknikal yang ada dalam game tu.

nak dijadikan cerita, watak jahat ra-one ni terkeluar daripada dunia
digital ke dunia realiti. dia masuk dalam sut promotion game ra-one.
tujuan ra-one keluar daripada dunia digital sebab nak cari "lucifer",
 si prateek tadi untuk dibunuh. sebab apa? sebab untuk habiskan
 permainan yang tergantung tadi, ra-one kena bunuh "lucifer",
 baru permainan tu over. watak ra-one ni keistimewaannya,
 dia boleh bertukar2 rupa. so, dia menyamar jadi
 akashi and bunuh akashi.

shekhar nampak lab dia dah pecah2 and wayar terurai2 sana-sini. 
tak silap aku dia nampak ra-one berukar jadi akashi.
 so, dia tak sedap hati and terus balik. on the way dia balik,
  ra-one tahan dia. ra-one tanya, siapa "lucifer". dia teragak2 nak jawab.
 dia mula terpikir yang lucifer tu anak dia. 
naluri kebapaan dia mengatakan yang anak dia dalam bahaya and
 tanpa lengah2 lagi dia terus mengaku yang dialah lucifer.
ra-one ni kan dari dunia digital, dia scan shekhar melalui mata dia.
pastu dia nampak yang shekhar ada pakai name tag yang tertulis 
nama shekhar subramanium. maknanya itu bukanlah orang yang dia cari.

 ra-one jadi marah and campak shekhar sekuat2 hati.
badan shekhar terhantuk kuat atas cermin kereta yang pecah berderai. 
tak cukup tu, dia bagi kuasa merah yang menyebabkan kereta shekhar, dengan shekhar2 
tu sekali terpelanting and masuk dalam tasik.

shekhar mati.
sedihh.. sob sob sob..
aku rasa yang paling sedih, kompom2 lah anak dia.
menangis gak aku tengok ayah dia mati..

so, sekarang misi ra-one adalah untuk mencari siapakah "lucifer"
 yang sebenarnya. lepas ni korang akan tengok macam mana prateek
 larikan diri daripada ra-one yang berlari laju mengejar dia dengan mak dia.
memang best! smart gila cerita dia..
pastu korang akan tengok macam mana anak dia buat watak
  g-one tu keluar daripada dunia digital ke dunia realiti untuk
 bunuh ra-one.

yang kelakarnya cerita ni, korang akan tengok macam mana
shahrukh khan bawak watak shekhar as lelaki tamil yang clumsy sebab apa2
yang dia buat mesti jadi perkara yang entah apa2.
hahhaha.. kejap "ayooyo" sana, kejap "ayyoooyo" sini..
dengan rambut kerinting dia..
dengan slang tamil cakap bahasa inggeris...
semuanya kelakar.. tapi sayang, watak shekhar tak lama.
watak shahrukh khan as shekhar diganti dengan watak g-one...

hhmm.. korang dah tengok nanti baru korang paham lah...
and bagi aku uniknya cerita ni, lagu yang berjudul "chammak challo" yang ditayangkan 
dalam movie ni dinyanyikan oleh AKON.. hahaha..



memang sedap akon nyanyi lagu hindustan.. hahhahah...
ok lah.. jangan lupa tengok kalau ra-one kalau ada masa lapang..
wasalam..


Monday 7 November 2011

gaya tudung ala paderi kristian?

assalamualaikum..

hai.. sekarang ni aku banyak dengor cite yang ada certain2
gaya tudung yang kita tak boleh pakai..
kononnya ala2 sister kristian gi tu..
tapi aku tak naklah komen bebanyak pasal bab2 ni..
sebab ilmu agama aku tak tinggi..
nanti kalau aku cakap macam2 kang orang cakap apa pulak..
so better just zippp my mouth..

setakat ni aku kalau keluar pon pakai tudung biasa je lah..
kalau nak ekspress sangat aku pakai tudung sarung..
asal labuh dari dada, labuh dari bahu, aku pakailah kan..
tapi tak de lah aku pakai yang pendek dari dada,
 kan tak menepati syarat bertudung dalam islam..

aku pernah jugak kenakan tudung macam kat gambar bawah ni...
korang kenalkan aku yang mana satu?
hahaha.. budget famous je aku ni, mcm sume orang kenal aku... hahaha
aku yang hujung sekali bertudung hitam coklat..


haa...
ada orang cakap cara aku pakai macam firaun...
aku tak taulah betul ke tak macam firaun tu sebab aku tak tahu
 menahu fasion dulu2 cam mana kan..
wallahualam..

ni.. ada sedikit sisipan yang aku dapat dari youtube..
aku tak nak komen apa2 tapi aku just nak share dengan korang je..
so, korang dengar je lah ek...


ok... dah dengar dah??
kelakarkan ustaz ni??
hahhaa.. sebenarnya, tak kisahlah dia kelakar ke tak,
kita just nak dengar apa yang dia dakwahkan saja..
inilah yang aku nak share dengan korang..
sekarang ni, banyak betul pendapat yang dikemukakan oleh orang kat luar sana..

kalau korang tanya pendapat aku,,,
 aku rasa, buatlah selagi kita yakin benda tu tak salah...
dan selagi benda tu tak menentang hukum syarak yang telah ditetapkan..
tapi jangan buat, kalau dah tau benda tu salah..
haaa... itu yang salah...
dah tahu salah, buat lagi benda yang salah, memanglah salah..
hahhahaha..

eh, yang aku cakap salah2 ni tak ada kena mengena dengan isu tudung kita ye..
aku cakap merangkumi semua perkara..
sebab ramai di antara  kita yang dah tahu dan sudah diberi
petunjuk bahawa apa yang kita lakukan itu salah..
tapi diorang still buat lagi...
peringatan ni bukan saja ditujukan kepada para viewers aku,
tapi kat aku jugak..
aku pon manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan..

nasihat saling menasihati kan elok.. =)
"sharing is caring" bak kata kumpulan boboi maharaja lawak mega..

hahhaha.. apa cerita pulak nih,,
tadi kita cakap pasal tudung kan??
asal melalut sampai maharaja lawak mega pulak??
hadddooii.. korang lah ni bua aku melalut...
hahahhahhaa....

ok2... nanti2 kita borak lagi..
kang pepanjang post ni kang, lagi melalut dibuatnya...

keep smile ok!!
wasalam..

nasihat percuma to all SPM's candidates..

assalamualaikum..

hai.. dah lama tak upload rasanya..
sibuk gila...!! dah nak dekat SPM nih..
adalah lagi 5 hari kan..
tipulah kalau aku cakap aku tak tension kan..
kengkawan aku ramai yang tension...
tapi nasib baik cikgu sarina ada nasihat kan kami..
dia cakap...

"saya tahu dah nak dekat2 SPM ni kamu semua diambang ketensionan..
subjek ni tak baca lagi, subjek tu tak baca lagi..
bukak buku ni teringat pulak buku lain pulak tak bukak lagi...
so, saya pesan kat awak semua..
JANGAN TENSION2..
biarkan je hari2 berlalu maca hari2 biasa, tapi dalam masa yang
sama kamu kenalah jugak buat revision..
sekarang ni bukan lagi masa untuk awak baca2 buku..
sekarang ni hanya masa untuk jawab soalan sebanyak mungkin..
kalau awak baca buku, nanti awak semua akan terasa macam 
banyak lagi subtopik yang tak baca lagi..
yakinlah dengan sudah apa yang kamu semua baca and 
ulangkaji sebelum ni dan yakinlah dengan doa2 kamu and ibubapa kamu..
ok! ingat.. banyakkan jawab soalan2..
jangan tension2.."

ha.. itulah pesanan keramat cikgu kesayangan aku..
hahahhaha....
aku try buang segala tension aku sedaya mungkin...
dan banyakkan jawab soalan....

ok! to all SPM's candidates semoga anda semua berjaya,
dan dipermudahkan untuk menjawab soalan2 masa periksa nanti.
saat2 akhir ni, aku rasa lebih elok, kita meminta maaf kepada sesapa yang
mengenali kita kan..tak rugi pon kalau kita minta maaf
 kat orang di sekelilig kita kan.. mana tahu selama ni kita semua
 ada buat salah kat sesapa tanpa kita sedari lebih2 lagi kat parents kita..
"keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapanya.."

itulah pesan ustazah yang aku dengar dalam radio..

aku mengambil kesempatan kat sini untuk minta maaf
kat sesapa yang mengenali aku terutama sekali kat kengkawan 
aku kat sekolah jalil and bandar rinching ni...
mungkin aku ada wat silap kat korang tanpa aku sedarikan..
aku harap korang sudi2 memaafkannya... 
aku hanyalah manusia biasa yang tak lepas melakukan kesalahan..

=)  keep smile!
  wasalam