Monday 24 June 2013

FIRST kakak ipar opai !

Assalamualaikum wbt.

okeh orait. actually this post kan should be updateD tau. tapi nak Ya Allah hai, gue capek bangat tau. entah lah, bila off day kan, ade jer mak jemah ni merempat ke mana-mana entah. haa, aku lah mak jemah tu.

schedule aku...

- SABTU lepas, habis halfday pergi mines, ada appointment dengan london management tu la. aku dapat free 1 sesi. *woooww excited lah sangat for ladies ~* pompam pompam kat sana ha 2 kilo kau turun ! err. ok this is the first n last aku pegi. #coz the first was FREE and the second one have to spend moneyyyyy uweek

- AHAD lepas, ada kenduri kawen abang si fairus. hari tu buat belah bride now belah groom pulak.

- AHAD lepas (malam), dah ada date pulak dengan kezen2 aku. janji nak open table first gaji. KAROK!
  # penat giler pukol 2 pagi baru sampai umah aku rasa

- ISNIN kerja pagi ! uaarrggghh !

now balik kepada post sebenar yang should be updateD tu #perlu sangat ke capital D, hanis? ~.~



kakak K-Pop & kakak Chantek #uwwek


my bestie la, fairus aka opai opie jemput aku kat tempat kerja aku hari jumaat 31/05 hari tu.. yaiyaiayyaii  memang la opai yang jemput tapi yang drive abang dia..wiiuuu bestnyer orang hidup ramai abang ni. nak je aku cilok satu abang dia bawak balik umah jadi drebar aku . #abg die hensem ^.^

DAH !

then,  before balik rumah dia kat langat nun, kitorang pegi shopping barang make-up dulu kat Jusco Balakong. hahaha, actually barang make-up untuk opai je, aku mana ada gaji lagi mase tu nak beli barang. lagi pun aku tak pandai pakai make-up mascara, eye shadow blusher.. assschhooouu ! aku just tengok-tengok, usha-usha, pewwiit-powwot sana sini and jadi akauntan buat opai. kire congak bahagi darab, barang make up dah seratus lebih, kasut opai berapa puluh RM entah hahhaa.. biar laa dia nak merasa nikmat duit gaji dia. nanti aku leh tumpang sekaki pakai bedak yer dok? hehehe. #thanks aku tau opai baik!

and sepanjang 2 hari & 2.5 malam aku kat umah opai, memang best la ! sebab dah lama tak jumpa member aku ni and banyak gak bedtimestory kami. ehehehe. sedara sepupu sepapat dia memang ramai yang datang and sekejap je kami dah rapat. oh ohsem ! hehe


bersama sepupu de sepapat opai 



ade budak polak coz aku ajak bergambar banyak kali ngee ~


kat rumah opai, aku  yang diberi kuasa pisau serta sudip #chingchang #chingchang. telah diuji untuk menyiang, membasuh dan menggoreng ikan untuk lauk tetamu-tetamu yang datang.. cheeyywaaa ! kembang kempis hidung dapat pujian sebenarnya. #gembira semata2 kerana goreng ikan pass ! ~.~ aigo..

and the best moment is... sepanjang kat umah opai, kami dapat rehat kat bilik utama, the room of the groom hahaha ! sebenarnya tu bilik opai, thats why kene tidur bilik tu. cuma aku kene lah hati-hati, takut-takut la abang-ABANG dia dok senang terjah masuk bilik tu. #dah banyak kali dah terkena, nasib je aku pakai tudung sepanjang masa ~.~

tapi masa aku pergi bilik dia tak habis hias lagi, just katil je yang baru dan empuk! hahaha
bilik pengantin tak habis hias lagi sebab first kenduri kan sebelah bride, so groom tak payah buat lagi. kang buat awal awal kang, opai la yang selerakkan balik hahahah. #gurau. opai rajin tolong mak dia. almakluimlah dalam adik beradik dia, dia sorang je perempuan, abang ada 5 ketul, adik laki seketul. so, memang bekerja keras la opai opie siapkan itu ini. pelamin belah groom dia yang buat. warggh terbaik member aku ni!

~ sesi foto syokk sendiri lalalalala 



ni semua barang hantaran yang belah bride balas. so, aku dapat pegang dulang buah and gula&coklat .
hahahha, kenapa aku dapat pegang 2 dulang? sebab masa dalam kereta nak balik rumah opai,
aku dah pegang dulang gulagula tu, tibatiba opai suruh bukak pintu kereta sebab abang dia hulur dulang
buahbuah pulak.. ahahha ada anggur! memang kami la yang habiskan! yuuumm sllrrppp =9



sesi foto syokk sendiri lalalalala ~



both husband & wife look so handsome n beautiful =)

best la opai opie dapat kakak cantik.... ^ ^ > wuu!
belah bride tema warna oren, sangat chantek!

alhamdulillah, selepas beberapa kali lafaz #hahaaha,
akhirnya saudara Farid menjadi suami yang sah buat saudari Farah..
may Allah bless both of you !
selamat menjejaki ke alam perkahwinan

moga dapat membina sebuah keluar sakinah =)
sebuah yer, bukan berbuah-buah! xD

first time si fairus dapat kakak ipar, excited sungguh dia.
huuushh tu baru sorang,
abang dia yang tak kahwin ada lagi 4 rasanya..
opai, simpan tenaga kau untuk excited 4 kali lagi ehh!

dan seterusnya sudah tiba untuk aku balik ke rumahku.
pada hari ahad jam 12 tengah MALAM!
~.~ mak aku kata jam dari kampung.
so buat tebal muka la dok umah opai sampai tengah malam.

okay, thats all my post..
have a good day !
waalaikumsalam warahmatullah .



Tuesday 18 June 2013

unpredictably interview di upsi

Assalamualaikum wbt...


hoi! hoiyyahoi!

hasshh PENAT is the most suitable word for describing iv semalam. hahaha.. mau kau nyah tak penat? kali ni terpaksa bangun 4.45 am siap mandi sarung baju kurung selendang stoking kasut etc dush dushh kebam kebambam bunbunchit dah siap! BLAH!

kali ni aku pergi iv dengan ayah aku, ohh awesome ! asal lah aku tengok hari ni ayah aku ada iras2 shah rukh khan ! kahkahkah3... ayah aku pakai baju sejuk ala2 shah rukh khan dlm cerita mohabbatein tu omg ! aku akan pastikan baju itu akan ku miliki jua ! MUAHAHA #gelak merampas kuasa



e'hhemm. DAH ! dia aku punya ~  ok then kami bertolak tepat pukul 5.25 arr cenggitu la. and subuh dekat masjid kajang. otw pi sana tu ha.. gelap gelita gelana larr.. nak baca buku pun tak boleh so aku bukak lagu korea hahhaa2.. opss! aku bukan peminat k-pop ok.. aku bukak sebab rindu rumatez2 aku yang sememangnya hantu k-pop. #tak sangka selama ni sebilik dengan hantu.

lepas tu bila dah nampak cahaya matahari sudah mula memancari alam #karangan standard SPM
aku pun bukak buku fizik SPM and try to understand BALIK tajuk2 momentum, inertia, newton's law.. sambil2 tu aku bebel2 kat ayah aku terangkan apa yang aku baca.

reaksi ayah aku?

"Ha... Yer... Yer.. Ye lah kak oiiiii . . . . "

bila aku paling belakang tengok dua orang adik kecik aku yang pada awalnya sedar terus terlentok. hatiku berdesis, "ai, aku terangkan konsep fizik dengan dashboard rupanya?"

ok, dah sampai upsi pukul 8 lebih, terus cari bilik nombor 14, cek nama oppss aku orang yang ke 13?
asal lama sangat nih?? SAKAI.

aku duduk, kenal2 dengan calon2 lain.. tiba BAHAHAHAHAA! #actually takda apa2 pun saje nak gelak. hehhe.. aku rase dalam banyak-banyak bilik yang kene temuduga, bilik kami la yang paling awesome sebab berdekah kuat sembang bercerita bagai. macam kawan lama tak jumpa. hahaha3

budak2 lain siap usha2 lai.. ai why u olzz usha2 kami eh? suke ati la nak gelak ~
depa yang lain wat dok muka stress bagai, oh kesian ~
#jangan stress2, ni iv semata2

ok bila nama aku dah dipanggil..

mak aihh terpempan tak sudah! apa yang aku baca pasai physics semua tak ditanya!
baik inertia, elastic collision, time impact, Newton's Law, Pressure ! semua tak ditanya !

tapi apa yang dia tanya aku???




"boleh awak terangkan mengenai jantung di hadapan?"

mak engkau meletup ! #melatah

jantung?? ketaq lutut cekk!
abes laa aku.. aorta entah ke mana aku lukis, pulmonary vein entah ke mana berselirat..!
eisshh ini semue poyo !!!
takpe biar salah ! asalkan kondifen yang tinggi itu ada! HUH!
#confident!
nasib baik bab jantung aku expert siket, walaupun ingat2 lupe ~.~
bertuah punye penemuduga!

lagi doktor tu tanya pasal kadar kardiovaskular lah, sukan lah, pendapat pelajar lah..

urrghhh! soalan2 yang aku rasa macam nak haiihhh..

"bagaimanakah sukan dapat meningkatkan jati diri seorang pelajar?"

erk. jati diri? apa tu? #otak lembap

erhh. lantak laaa! jangan sesekali memperlihatkan kebongokkan ku !
lebih lebih lagi ada abang hensem kat tepi tu.. haiik tuiiihh !

"er.. pendapat saya lah kan. apabila seseorang pelajar tu menceburi bidang sukan atau aktif dalam sukan,
sudah tentunya sedikit sebanyak masa yang diperuntukkan untuk dia study and ulangkaji sudah dihabiskan dengan bersukan. so mesti terdetik di hati dia.. eh aku dah banyak meluangkan masa dengan bersukan,
bila lagi nak study? mesti dah banyak ketinggalan berbanding kawan2 yang asyik terperap dalam bilik, study memanjang.. ishh tak boleh jadi ni! so, dari situ dia akan berazam kuat untuk study setekun2nya sebab masa dia banyak dah habis kat benda lain. berbanding pulak dengan pelajar yang selalu dok mengadap buku..
dia akan rasa oohh.. dah banyak dah belajar.. ilmu penuh di dada.. masa untuk bersuka ria...
so tak payah nak study rajin2 sangat, semalam dah pulun habis.."

"dekat matrik saya dulu, ramai antara pelajar yang aktif sukan dapat peform better.. 
budak kakom, budak rugbi.."

#dalam hati... : seketul dua je yang perform , kahkah3 mana yang pemes aku tau la dia perform xD

okk.. hahaha.. dua ratus lima puluh juta patah kata aku dok ceramah kat depan doktor tu..

"jadi awak rasa sukan tu penting buat para pelajar? maksud saya di sini, aktiviti kokurikulum.. kenapa?"

aku jawab.. ehhemm..

"Yeap! penting ! sebab bagi saya, emm.. saya amik pengalaman saya sebagai contoh..
saya pernah mengikuti program berbasikal dari matrik johor tu ke gunung ledang. so dari situ,
sedikit sebanyak, dia menambah ilmu pengetahuan kita dan mengeratkan hubungan sesama penuntut kolej.
mungkin ada yang terdetik oohh rupanya kat sini laa tempat tu.. macam saya sendiri..
dulu saya ingat gunung ledang tu dekat melaka, rupa2nya dekat johor..
buat malu rakyat malaysia jer..."

"oh, so kalau awak tak ikut program tu awak tak tau la gunung ledang tu dekat johor?"

aku jawab sambil tersengih2..


"a'aahh heheh"

#dalam hati : kahkahkahkahkah.. dah lama dah tau, sejak awal sem lagi =P

okeh laa.. aku hope berbekalkan doa aku and parent aku, and result PSPM yang tak berapa TOT sob sob..
dapatlah aku peluang nak sambung degree huaaa huahuahua!

orait u ollzz *cium pipi kanan, cium pipi kiri"
#segala yang burok tak sememeh dari aku, yang kachak ensem beragaya dari illahi
tata waalaikumsalam warahmatullah =)







Monday 17 June 2013

aku... kahwin? OMG !

assalamualaikum wbt.

hooii ! kureng betol kelmarin aku boleh pulak mimpi kawen ! aiisshhh sapa lah lelaki bertuah tu opppzz! uweekk..



warrgghhh! persandingan yang gilang gemilang tu telah dikacau-diadun dengan sebati suara ayah aku yang kejut aku bangun subuh ! ~.~ selalu camni... mimpi indah tiada kesudahan.... TOT - sob sob

yerk. aku rasa aku dapat mimpi ni sebab paling utama ! aku main tibai je tidur tak baca ayat kursi.
kedua! sebab aku baru je tengok2 gambar member sekolah lama aku bersanding.. uusshh sampai aku pulak tersanding di alam mimpi.. erhh.

bila pikir2 balik. aku tak puas membujang lagi wooiii ! ahhaha.
korang... kalau diizinkan untuk aku pilih umur berapa aku nak kawin, hurmmm aku dah ada jawapannya yehhaa! shakalaalala superb!
ofcourse bukan diusia yang muda camni. uwwekk



aku dah pikir masak2 dah, aku akan mendirikan masjid bila aku betul2 matang dalam soal hidup ni.
err, bukan bermakna aku tak matang sekarang, i just need more kematangan... MORE ... #perlu ke ulang?

maybe dalam umur 26-27 like that la ehh.. wahahaha!
tua kan? tu la, bila aku cakap kat mak aku dia pun terkejut.. "asal lambat?" - mama

"hehehe.. akak nak sambung master, belajar kat overseas, kawen dengan mat salleh" - aku
"err.. ada ke mat salleh nak kay kau?" - mama
" ~.~ tak memberi semangat langsung.." - aku

# itu hanyalah conversation seorang ibu yang melayan imaginasi anak comelnya =P



aku teringat lagi masa duduk matrik dulu.. hari terakhir sementara tunggu paper physics keesokan harinya..
aku dok lepak2 atas katil keka n kina..baru abis pecah kepala jawab paper chemist..
tiba2 datang satu idea merepek meraban dalam kepala hotak geliga aku ni heheheh
di atas persetujuan ahli bilik F3.4, kami betting! sesiapa di antara kami yang kawen paling awal,
mereka2 yang lain wajib membelikannya 'sesuatu' hehehe... 'sesuatu', yang tak disangkaaaa.. #menyanyi pullokks xD

okeyh! aku nak tengok sendiri, di antara aku and rumatez2 aku ni sapa yang kawen dulu !
hahahaa. dulu kat matrik sebok sangat meroyan nak kawen kan! kawen dengan sultan laa, dong woon la, abang I lahh abang kancil laa hape laa hahahah! okey yer bebeh .. we will see watchh oouutt..!

then, kepada kengkawan aku yang dah mendirikan rumah tangga tu, congrates!
cepat2 la dapat baby, binalah SEBUAH keluarga sakinah yang dirahmati lagi dihormati =)
SEBUAH keluarga ya bukan BERBUAH-BUAH ! xD

before undur diri.. sweet kan kak irma dengan suami dia ^^,


ok #yang burok tak sememeh dari diri ini, yang baik hensem bergaya dari Illahi !
waalaikumsalam warahmatullah =)