Tuesday 23 February 2016

AKU DAN PBSM – Part 3 (Me vs Somebody Rude)

Assalamualaikum.


Hai.. kita sambung lagi ye. Haha. Banyak aku nak cerita pasal hal persatuan ni. Selama ni aku malas nak cerita kat KBB, tapi bila aku fikir balik. Ada sebab kenapa aku nak share. Aku nak orang lain amik pengalaman aku as iktibar.


Okay. Me vs Somebody Rude.
Aku ni terkenal dengan sifat lantang bersuara. Or sometimes tindakan aku buat orang lain rasa puas hati dan sakit hati. hahahaha. Sebab ada orang lebih rela pendam kan aje rasa hati, biar je orang buli, orang herdik. Tapi aku, hmm, mungkin bukan yang jenis macam tu lah. Depends.


Kes 1.

Dalam persatuan ni, ada staff yang aku tak berapa berkenan perangainya. Seyez aku tak berkenan. Dia anggap kami ni ada masa nak handle semua benda and takda hati, takda perasaan? Kekadang nama je penasihat program tapi tak membantu pun, malah menambahkan lagi keruh keadaan. Bukan takat tu je, serang kawan-kawan aku kat wasep, guna aku-kau semua. Gila ke apa? Kau tu kategori wajib kawin dah kasi hormon tu stabil sikit! Kami ni student, bukan kuli! Kau as staff, dah lah dapat gaji, dapat lagi duit nak claim jam yang kau pergi event kami, dapat lagi duit as pegawai kami. Kami ni tak dapat apa tau! Takda gaji! Harap duit duty as medic cover and kolej free je. Kau ingat aku tak tau yang staff kalau ada pegang 2 or lebih persatuan dalaman dapat $$$ ? Ni kawan kau sendiri yang bagi tahu. Wallahualam lah kalau dia tipu ke kan. Tapi kau tak patut marah kawan-kawan aku yang tak bersalah. Salah ke cakap elok-elok? Sebelum marah, cerita sikit sumbangan kau dalam persatuan? Nehi! Takda! Kuat ngampu! Aku memang dah pasang niat and dah aim kereta dia yang mana satu. Asalnya aku nak pancitkan tayar dia semua, tapi fikir balik, kang dia ada emergency kang susah. So aku campak aiskrim banyak-banyak kat keliling kereta dia. Ahhh sopan sangat! Patutnya aku cabut tayar dia campak kat paya je. 


Kes 2.

Ni masa aku dalam perjalanan nak ke sebuah negeri utara tanah air. Aku on duty masa ni. Aku engaged dengan satu organisasi ni. Tak perlulah aku cakap organisasi mana. So dalam bas, aku nampak pegawai dia marah budak dia ni sebab salah beli air. ‘Bodoh beli air gas! Aku mintak air lain.’ Aku ni haih .. geram giler, pantang pulak tengok orang kena pijak depan-depan. Alah pegawai dia student je pun, sama level lah dengan aku. Aku pun pegawai jugak dalam persatuan. Bezanya dia dari diploma, maybe pengalaman tu lebih. Aku takda lah sound depan-depan, cuma aku type sesuatu lah kat twitter aku. Kutuk mamat nih. Ah suka hati lah, twitter hak peribadi kot, bukan aku hashtag organisasi dia. Dan-dan dia intai daaa dari belakang, dia nampak apa yang aku tulis. Dia panggil aku dengan lagak samseng and tanya. 


'Eh medic. Apa nama kau?’

‘Hanis. Apasal?’

‘Apa? Anas?’

‘HANIS!’

‘Oh. Lama dah kau join PBSM nih?’

‘Lama jugak, apesal?’

‘Hapesal hah kau cakap aku and kawan kawan aku ni bodoh, sial semua?’


Dush! Yes aku tulis sial, tapi aku padam balik and tak tweet pun! Means memang betul dia intai masa aku type tu, tapi dia tak nampak aku alter sikit ayat aku. Aku tak letak sial dalam tu.

‘Oh so awak bacalah apa yang saya tulis’

‘Ah semua aku dah baca! Kat FB semua’


Ah kepala bana dia lah! Aku tulis kat twitter bukan kat FB. berhagaklah FB aku nak mencarut. Mama ada kot kat FB.


‘Okay. Dengar sini.. First sekali saya nak mintak maaf kat awak or kawan awak yang terasa dengan saya. Tak best macam ni kalau kita gaduh sedangkan kita ada berminggu-minggu lagi nak attach sesama kan? Kedua, saya nak peringatkan, saya tak guna FB pun, saya guna twitter. Dan itu adalah hak peribadi saya, saya nak tulis apa suka hati saya. Saya tak uar-uarkan pun or hashtag on duty dengan organisasi awak. Ketiga, saya nak awak tahu. Dalam bas ni, awak kena ingat bukan ada organisasi awak je, tapi ada 2 organisasi kat sini. Ada awak, ada BSMM. Kami menilai berdasarkan apa yang kami nampak. Awak tunjuk kan keburukan, dan kami nampak keburukan. Pendapat saya, ni nasihat lah eh heart to heart kat awak, kalau nak beli air, pergi beli sendiri, tak perlu nak mintak orang lain belikan. Dan bila salah beli, awak kata dia bodoh. Kalau nak beli sendiri okay?’


Nampak dengan panjang lebarnya dia dengar aku bebel kat dalam bas tu.


‘tapi kau kena tau, kami memang dididik macam ni! Dia ni ada paku, ni berpangkat lah bla bla bla…’

‘tapi awak student kan? student je kan’


Hmm dan conversation kami berakhir pasal paku dia tu. Tak kisah lah awak ada paku or takda. Nak marah budak bukan macam tu gayanya. Kau yang buat aku nilai kau macam tu. Student je pun, jangan rasa nak bangga sangat dengan paku kau. Tapi aku salah jugak lah, jangan nak mencarut sangat dalam twitter lain kali. Pengajaran buat aku jugak. Huhu. Dan disebabkan itu, kurang sudah aktiviti twitter aku, kekadang aku tweet kalau bosan je. Tweet menda menda kosong.


Okay. Totally sebenarnya tak terkira jumpa orang kurang hajauu ni selama aku dalam persatuan. Cuma aku kekadang tak teringat je kisah-kisahnya. Aku ingat top 2 ni je. Hahaha. Kes kedua paling tak dapat aku lupa. Entah apa kabau budak yang giler pangkat tu. Mengikut kata yang in-charge medic masa tu, aku terkena salah orang. Memang jenis nyentap kuat. Tapi takpa, biar dia kena buku dengan ruas. Kekadang jangan diam je bila tertindas. Kau kena strong pertahankan balik maruah kau. Aku tak usik orang kalau orang tak usik aku. My personality defines who I am, but my attitude defines who you are.


Okay jumpa lagi next post! AKU DAN PBSM – Part 4 (He vs She)

Waalaikumusalam wbt
Nurhanis Azhar













AKU DAN PBSM – Part 2 (Persatuan vs Pointer vs Soft Skill)

Assalamualaikum.


Hai KBB. Okay kali ni sambung lagi eh. Masa Part 3, aku dipilih menjadi KP (Ketua Program) untuk event Family Day. Tapi disebabkan ada satu event berwajib yang setiap tahun ada hanya sekali dalam BSMM ni terlupa untuk disenaraikan masa pemilihan KP, program Family Day terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan Program Extra 2.0. Program yang sangat dinanti-nantikan oleh warga BSMM. Program ni takda kat tempat lain, hanya setahun sekali dan dibawah naungan BSMM C UiTM Shah Alam.


Extra 2.0 bermaksud Excellence Skills Training Siri Ke-2. Sebenarnya dah banyak siri dah tapi diberi wajah dan nama baru. Program ni untuk tingkatkan soft skill AJK-AJK baru dalam persatuan. Since masa Part 1 aku tak join Siri Pertama, aku tak boleh jadi fasi, even though aku KP. Yeah! Cabaran! Aku kena handle program ni tapi aku tak boleh tau detail program macam mana since aku peserta. So aku hanya handle pengurusan LO, Borang C, Unit PKP, Unit Bendahari, pihak resort dan update semasa biro-biro bertugas. Mengenai detail program – aturcara program etc. TKP (Timb. KP) yang akan amik alih.


Okay, nak cerita betapa payahnya aku nak buat progam ni. Aku kekadang terpaksa ponteng kelas, kena jumpa penasihat program kat Canselori, jumpa penaung persatuan untuk amik tanda tangan kat PK (Pusat Kesihatan), jumpa bendahari dalaman kat Fakulti Dentist, meeting and jumpa pegawai Unit PKP lagi kat menara. Sakit beb seyez sakit. Nak urusakan program Extra 2.0 ni punya pasal, aku sampai demam-demam and penat sangat sebab kena jelajah 1 UiTM. Tu baru uruskan yang dalaman. Belum lagi nak deal dengan pihak resort. Nak kena berhemah dengan pegawai resort tu untuk match kan quotation dia dengan kelulusan bajet and baru boleh apply LO. Tunggu LO keluar lagi lah lama.. hmm


Menangis? Banyak kali.


Siapa pujuk? Roomate pujuk, kengkawan pujuk.


Aku lagi sedih sebab bukan Extra 2.0 je yang aku kena handle. Aku pun kena jadi biro-biro dalam program-program yang lain. Setiap sem, BSMM ada 3 modul berwajib pada pelatih Part 1 – Part 3. Dan aku pulak terlibat dalam ketiga-tiga modul tersebut. Termasuk Dinner Amal yang kami buat masa sem tu, aku jadi Biro Makanan. Dan … masa ni aku masih Penolong Pegawai Latihan yang perlu menjalankan tanggungjawabnya setiap weekend. Okay, sini aku salah. Aku sebenarnya kena tolak dalam jawatan as biro-biro bagi program lain. Aku kena tengok kemampuan aku kat mana, bukan main terjah je, pi bantai semua. Aku tak sedar masa ni, yang aku tau, nama aku tersenarai as biro so aku buat je kerja. Aku tak fikir yang benda ni akan effect study aku, performance aku dalam kelas. So, beringat ye, amaran keras! Galas tanggungjawab awak mengikut kemampuan awak! Awak berhak untuk mengatakan tidak! Jangan kasi orang lain bagi semua kerja kat awak sebab awak pandai buat kerja. No! Itu salah ! Ada lagi budak lain yang dapat jadi biro dalam 1-2 program je. Bincang dengan KP untuk bagi jawatan biro tu pada orang lain budak yang takda kerja, yang tak busy macam awak.


So, apa jadi dengan pointer aku?


Aku dapat rendah beb. Rendah giler. 2.55 je, tapi alhamdulillah aku tak da repeat paper. Lulus semua. Berkat doa mama.


Aku menyesal atau tidak?


Menyesal sebab tak tolak jawatan as biro-biro tu je. TAPI TIDAK MENYESAL DALAM MENYANDANG TUGAS AS KP BAGI PROGRAM EXTRA 2.0! Sungguh aku tak menyesal! Sebab Extra 2.0 banyak ajar aku macam mana nak uruskan program, hadir meeting dengan pegawai Universiti, bincang dengan pihak resort untuk buat program, handle senior-senior dan kawan-kawan se-batch as biro-biro aku, jumpa dengan pegawai dan penaung BSMM lagi. Itu semua sangat mengasah soft skill aku. Even pointer aku jatuh merudum, tapi soft skill aku bertambah tajam! Aku cemerlang dalam persatuan. Komitmen aku dalam persatuan dapat pujian daripada senior-senior termasuk Pengerusi persatuan aku yang dulu. Dan takda siapa lagi sampai sekarang yang boleh pecah rekod Extra 2.0, bajet terbesar yang BSMM pernah dapat daripada pihak atasan dan first program yang dapat sambutan dan dirasmikan oleh TNC (Timb. Naib Canselor) , Dato Abdullah, aka Dato Dollah. Even dah ada Extra 3.0 pun orang masih bercakap mengenai Extra 2.0. ‘Extra 3.0 tak dapat tandingi Extra 2.0’ itu yang aku dengar dari mulut moderator Extra.


Macam yang aku cakap, aku cerita ni bukan untuk mendabik dada. Serious.


Apa yang aku cuba sampaikan. Untuk mencapai kejayaan tu, bukan mudah. Hati aku ni penuh kesan calar, parut, pedih sebab Extra 2.0. Aku menangis banyak kali. Banyak kali.. atas banyak sebab.
Aku tak dapat datang kelas.
Aku tak dapat score test.
Aku mengantuk tertidur dalam kelas.
Dan aku jugak ada masalah-masalah yang melanda dalam program.
Tapi aku cuba dan aku yakin Allah akan tolong sebab aku buat benda baik. Aku dah usaha, dan bila ada masalah. Aku yakinkan hati aku, Allah ada, Allah akan tolong, Allah tak kejam. Dan aku berjaya!! Aku berjaya naikkan nama persatuan aku dengan Extra 2.0. Tapi ingin aku sampaikan, aku takkan cemerlang tanpa doa mama, tanpa support dari BSMM FAMILIA. Aku juga takkan berjaya, kalau awal-awal hari tu aku dah give up.


Terima kasih.. terima kasih BSMM !


Jumpa next post ye! AKU DAN PBSM – Part 3 (Me vs Somebody Rude)


Wassalamualaikum wbt.
Nurhanis Azhar.














AKU DAN PBSM – Part 1 (Senior vs Junior)

Assalamualaikum.


Hai KBB! Okay. Hari ni aku nak cerita mengenai persatuan yang aku join selama 5 semester di UiTM Shah Alam ni. Majoriti kenalan aku semua tau betapa relate nya PBSM dengan aku sepanjang aku kat U ni. Ada jugak lecturer yang kekadang aim aku dalam kelas and sengaja mention ‘Dalam kelas ni ada PBSM kan?’ ‘Okay Hanis kalau awak nak rawat orang sakit macam mana awak nak tanya kesakitan yang dia alami?’ Macam mana lecturer tersebut tau aku PBSM entah… IDK. Maybe aku pernah tersebut pada beliau hahaha.


Alkisahnya masa semester 1 dulu aku tak suka PBSM ni punya aktiviti. Baris pagi pun selalu ponteng, kena marah dengan pegawai, kena denda masa baris pagi, tertinggal kad matrik kat bilik lah, semua ada. End up, persatuan ni lah yang buat aku rasa sayang sangat nak pindah. Banyak kot kenangan and perkara yang aku belajar dalam persatuan. Dan banyak juga sumbangan aku dalam menaikkan nama persatuan. Haha. Mintak maaflah aku bukan nak mendabik dada, tapi as student dan AJK persatuan, aku rasa bangga jugak dengan pencapaian aku dalam persatuan ni.


Mula-mula masa nak masuk tu, aku main-main apply je. Pergi interview apa semua, dan dan terpilih and kena hantar pergi kem Latihan Intensif Bakal Komander Siri Ke-48 selama 2 minggu, end up jadi Penolong Pegawai Latihan. Aku salah seorang yang menguruskan perjalanan kelas-kelas pelajar Part 1 – Part 3. Takda life giler waktu weekend, asik nak pantau orang je. Pantau kelas bukak ke idok. Pantau jurulatih lambat ke, mai ke tak mai ke. Post kat FB kata kelas batal ke tak.


Aku and member aku pun bertambah stress sebab nak pantau AJK yang jaga kelas lagi. AJK yang jaga kelas semua senior, kekadang ada yang skip jaga kelas semua tu yang buat kami bengang. Balik rumahlah, ada lab lah, malam tadi stay up lah tak dapat tidur. Habis kami takda rumah nak balik? Hello. Lab bukak jam 9 pagi, kelas pukul 7.45 am. And ingat aku takda esaimen yang buat aku tak tidur malam? Bertimbang rasalah. Kami uruskan tanggungjawab kami, awak uruskan tanggungjawab awak. Masing-masing ada tanggungjawab sendiri kan. Lainlah kalua urgent.


So. Aku je lah yang tegur diorang ni since member aku yang menyandang tugas yang sama tu tak nak tegur and lebih rela pendam perasaan je. Haha, sorry beb I’m not like that. Yes diorang tu senior kita, kita patut hormat diorang, tapi kalau diorang buat salah and tak jalankan tugas, kita kena tegur. Kalau aku tegur depan-depan tu tak jalan, aku tegur masa meeting terus. Kalau kita boleh hormat mereka sebagai senior, kenapa mereka tak boleh hormat kita sebagai orang atasan diorang?


Semua ni kena berani bercakap dan berani kerana benar je. Benda ni aku rasa bukan ada di dunia persatuan je, malah di dunia pekerjaan pun ada orang orang cenggini. Mama pun ada cerita kat aku perangai orang orang kat tempat kerja dia, and mama jugalah yang selalu ajar aku untuk berani bersuara. Seperti dia. Hahaha.


Tapi walau apa pun, kalau hal kerja hal persatuan, gaduh dalam meeting, please.. janganlah bawak keluar. Itulah yang kami terapkan dalam persatuan kami. Yes kau salah dalam program A, bila orang tegur, kau perbaiki kesalahan kau and jangan buat perkara yang sama bila nak handle progam B. After postmortem or meeting, semua tak amik hati, kita gelak balik bilik sesama. Sebab kita FAMILY. FAMILY BSMM C UITM SHAH ALAM (Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UiTM Shah Alam). Malah kami pernah menangis sama-sama dalam handle program. Program kawan ada masalah, sama-sama duduk lepak dalam 1 bilik and fikir macam mana nak bantu program ni supaya berjalan lancar nanti. Blood is thicker than water.


Aku tak pernah anggap senior aku tu sebagai senior. Akrab kami umpama kakak-abang-adik. Sangat best! Bila aku punya junior, aku sangat sayang kan diorang macam mana senior aku sayangkan aku dulu. Aku tak pernah anggap diorang junior, aku anggap diorang adik adik aku. Kumpul dalam satu bilik, makan ramai-ramai semua. Bonding sangat! Kat sinilah aku punya family kedua. Tapi tak semua persatuan amalkan sikap macam ni. Tak semua. Majoriti semua suka amalkan sikap Hierarchy – Seniority yang suka buli budak baru. Dan aku sangat bersyukur sebab tergolong dalam BSMM FAMILIA !


Jumpa next post ye. AKU DAN PBSM – Part 2 (Persatuan vs Pointer vs Soft Skill)



Wassalamualaikum wbt
Nurhanis Azhar















Sunday 21 February 2016

AFTER SPM – Couple part 2


Assalamualaikum.


Okay. Kita sambung dari entry sebelum ni ye. Cerita pasal couple after spm ni memang panjang. And bagi aku ni sejarah hitam lah dalam hidup aku. Yang banyak mengubah aku. Teramat banyak mengubah aku.


Dari seorang yang tak pandai bergaya kepada seorang yang menjaga kekemasannya.
Dari seorang yang pendiam kepada
 seorang yang pandai bergaul, berlawak jenaka.
Dari seorang yang takut nak bersuara kepada
 seorang yang lantang bersuara
Dari seorang yang pemurah kepada
 seorang yang berkira
Dari seorang yang senang buat kawan kepada
 takut nak kenal orang baru
Dari seorang yang berbaik sangka kepada
 seorang yang sangat berhati-hati
Dari seorang yang tidak pandai menipu kepada
 seorang penipu


Aku tipu mak aku. Itu yang paling aku sedih sekali dalam hal ni. Aku tak pernah tipu mak aku dan dalam ramai-ramai manusia yang aku kenal, aku sangat jujur dengan mak aku. Kemana aku pergi, dengan siapa aku berkawan semua aku cerita dengan mama. Satu hari Helmi ajak aku pergi jumpa parent dia sedangkan aku patut balik rumah dah waktu tu. Aku bodoh laa pergi ikut jugak sebab tengok mamat keparat tu mula tarik muka. Bila aku balik rumah lambat, mak aku marah tanya aku pergi mana dah malam baru sampai rumah. Masa tu 8 pm. And aku sebenarnya dah kena balik BEFORE MAGHRIB! Masalahnya.. aku hampir terlepas maghrib masa aku naik bas nak balik tu so aku singgah surau semayang jap. Masa tu la aku tipu mak aku, cakap.. ‘jalan jem ma tadi.. sorry’. Aku tak cakap kat mama yang aku singgah jumpa parent Helmi otw nak balik tadi. Last2 setahun after tu, baru aku terus terang kat mama ke mana aku pergi and aku mintak maaf kat mama. And I’m forgiven! Hehe


Dan.. apa lagi.. yes.. aku sekarang seorang yang sangat berkira. Sebabnya.. masa aku berkapel dengan mayat hidup ni, aku selalu keluarkan duit untuk dia. Tambang bas dia pun dia mintak kat aku. Kekadang dia nak makan pun mintak duit aku. Dia nak beli topi mintak aku. Dia nak buat gambar untuk apply kerja mintak aku. Aku pun bangang pi bagi jeee.. tau sebab apa? Haa ni cerita pasal psikologi sikit. Si Helmi ni dia dah cakap awal awal dia tak suka awek dia jenis yang berkira. Hmm. Nampak tak mainan psikologi kat situ. Marilah berhuhu di atas duit aku yang telah dilaburkan itu. Tu ler, ikut sangatkan telunjuk orang. Takda pendirian langsung! At last, aku halalkan aje. Malas aku nak fikir. Dosa dia berlambak lagi nak tanggung, aku taknak tambahkan lagi hutang dunia dia.


Ingat lagi tak aku cakap aku ada niat nak kasi dia berubah? Yeah. Aku berjaya buat Helmi potong rambut dia yang panjang and perang berkarat tu. So moga lepas ni solat dia lebih diterima, aku fikir. Aku paksa dia pergi semayang semua, aku nampak dia pergi ke surau, tapi bila aku spy betul betul.. ek elleh, naik escalator sini, turun escalator sana. Kemana semayangnya oi? Aduh. Dia ni pernah lah test aku, acah acah demam, nak tersembam pengsan kat depan mall ni. Kononnya nak aku angkat papah dia pi klinik, hahahhahahhahaa. Jibaok! Memang tak ah! Aku tinggalkan aje dia. Aku suruh member dia pi hantar sendiri. Haa masa ni la dia dok merajuk kata aku nak dia mati bagai. Haha. Lantak kau la bodoh. Aku cuba jaga batas aku. Kau ada kawan lelaki, kau pergi lah. Takde aku pulak nak papah pi klinik. Kau tau demam, sapa suruh datang tengok aku kerja? Datang sini larat pulak? Pergi klinik terus kata nak mati? Haha sekarang ni memang aku nak cakap moga kau mati terus..


Cerita ni panjang. Tapi aku malas nak type sebab nak revise balik apa yang dah terjadi 4 tahun lepas. Cukuplah aku beritahu isi isi penting je kan. moga jadi tauladan buat mereka mereka yang diluar sana.


Satu hari, Helmi ajak aku pergi midvalley. Aku tak pernah ke sana sorang-sorang. So aku ajak la 2 orang member aku ni. Kira double date lah acah acah. Geli lak aku dengar. Si Helmi ni ajak aku pergi sana seminggu sebelum. Dia kata dia buat makan kat subway midvalley untuk kenalkan aku dengan member member dia. Ekceli mulanya dia kata nak celebrate valentine bagai. Aku kata no. aku tak sambut. Dan dia pun tak patut sambut. Aku kata kalau nak aku datang makan makan ke apa boleh, tapi untuk sambut no. aku just hormat ajakan dia je. So okay deal. Aku pun pergi. Excited giler nak pergi masa tu. Tapi awal awal pagi aku call dia tak angkat. Sampai lah aku pergi midvalley ngan member aku tu, still dia tak angkat call aku. Aku call mak dia, mak dia kata dia tadi ada kat rumah bagai. Sebab pada awalnya dia ada cakap, mintak pergi asing sebab dia nak bawak makanan and dia pergi dengan member dia. Tapi sampai midvalley masa tu, aku carik subway tak jumpa. Ya Allah, rupanya memang takda Subway kat Midvalley. Yang ada kat bangunan sebelah, The Garden. Aku pergi The Garden tanya subway kat situ, ada ke orang order buat makan makan kat sini. Orang tu cakap takda. Aku terdiam. Aku tanya ramai orang, ada subway tak kat midvalley. Jawapan dia satu je, ‘takde dik’. Aku terduduk jap masa tu. Kalau takda, maksudnya aku dah kena game! Subhanallah rapuhnya hati aku masa tu. Aku menangis tak henti henti. Ramai tengok aku sebab mata merah je kan. jenuhlah kawan aku pujuk, aku tersedu sedu kat situ. Helmi ajak aku seminggu sebelum kot, means.. benda ni dah dirancang! Aku punya lah buat baik dengan dia, macam cilaka dia balas. Dah lah aku tak pernah lepas sampai tengah tengah KL ni. Nasib baik aku bawak kawan. Aku call Zati cerita apa yang terjadi.. Zati masa ni kerja lagi kat kiosk waffle tu – even dah kena backhand dengan si Helmi tu. Zati pujuk aku and mintak aku balik kiosk cepat untuk borak lebih panjang.


Aku rasa masa ni aku memang tak waras dah. Aku balik dengan nangis yang masih bersisa lagi, aku call si Helmi tak angkat, then aku dapat mesej dari Helmi. Yeah.. mesej yang ditunggu tunggu! ‘walau apa pun yang terjadi saya nak awak tau, saya sayangkan awak’. Haa lagi laju berjurai jurai laa aku nangis.


Masa balik kiosk. Aku ditenangkan oleh beberapa staff. Hahaha bangang laa. Malu tau malu kena game terok macam ni! Aku fikir senangnya aku kena game. Memang macam real giler dia game aku sebab bukan aku je yang dia ajak pi Midvalley tu, semua staff dapat mesej yang sama untuk hadir makan makan kat sana. Mana aku tak tertipu? Tapi satu je aku tertanya tanya, apa salah aku?


Aku jumpa Helmi. Masa ni lah aku ada kekuatan nak bidas balik semua yang dia cakap! Haa kekuatan tu jadi semakin kuat sebab selama ni aku pendam, pendam dan pendam. Aku marah dia, pulangkan semua duit gaji dia yang aku tolong simpan selama ni and aku chaoow. Pergi mana? Pergi karoke! Bangang kan? Patutnya pergi balik rumah, berzikir, solat taubat, solat syukur semua.. taubat sebab banyak dosa, syukur sebab aku tak jauh pergi dan disedarkan awal setelah sebulan aku terjerumus dalam hal hal couple ni. Aish. Tu lah aku cakap, aku takda ilmu tapi ada hati nak ubah orang. 


Hmm..


Nak dikatakan, after putus tu semua, si Helmi ni cakap kat aku jangan bagi tau Fiza apa yang jadi hari ni, btw Fiza ni staff kiosk lain. Helmi memang rapat dengan Fiza. Aku pun tak suka si Fiza ni sebab selalu nak gedik gedik kat Helmi. So aku fikir lantak korang laa aku tak nak masuk campur. So esoknya, si Helmi ni bawak Fiza lepak kat kiosk aku. Kepala batak dia. Ingat aku jeles? Main betul betul kan tudung, makan kepci sama sama semua depan aku. Si Fiza ni pulak lurus bengap, layan je si Helmi tu. Sampailah si Azmin tanya Helmi, Fiza tau ke aku dah clash dengan Helmi? Helmi cakap ‘dah’. Tapi bila Azmin tanya Fiza, FIza terkejut and tanya ‘Anis dah clash dengan Helmi? Bila? Tak tau pape pon!’ lantas, si Fiza ni jumpa aku. Aku pun terkejut jugak. Hagaklah, aku kene game 1 mall ni tau kot. Kau asal ketinggalan sangat?
So aku ajak Fiza jumpa kat tandas tingkat satu, tempat dimana Helmi tak dapat carik kami. Helmi dah warn aku, jangan bagi tau Fiza. Tapi aku nekad aku nak bagi tau jugak sebab aku taknak seorang lagi perempuan akan kena game or kene sumpah dengan mulut mulut staff kat sini yang rata rata memang dah benci giler dengan Fiza.  Aku taknak Fiza tergadai maruah kot, Helmi bukan orang sebarangan. Dia samseng. Pernah kena buang sekolah. Pernah buat benda benda tak elok. Pecah masuk rumah orang, main perempuan, curik motor, bakar motor. Itu semua yang aku dengar dari orang orang yang rapat dengan Helmi. Haa kau bayangkan, aku couple dengan siapa sebelum ni? Anak ayahanda kawasan. Ahh batak laa ingat Malaysia takda undang-undang? Kisah pulak aku kau nak pukul aku ke apa ke, asalkan Fiza tau dengan siapa dia kawan sekarang!


Bila Fiza tau.. apaklaa dia pulak menangis.. aku pujuk dia kata aku akan bersihkan balik nama dia. Semua staff kata dia perampas and bodoh kot. So aku ni pergi laa jumpa staff sorang sorang bersihkan nama Fiza. Helmi macam dapat syak Fiza tau pasal semalam. Dia tuduh Azmin and nak kecam Azmin. Azmin tak ngaku, sebab bukan dia pun yang buat. Pastu Helmi tuduh aku, aku pun cakap ‘Tak. Apa aku kesah pasal Fiza? Ramai lagi umat manusia kat sini yang tahu hal semalam, kau ingat diorang takda mulut ke nak bagi tau Fiza?


And at last,, hahha dari tadi at last kan? bila entah nak habis. K kali ni betul betul kasi habis.


Helmi mesej aku after beberapa hari aku berhenti kerja sebab aku sakit. Dia cerita balik dari awal, apa yang berlaku sebenarnya. Nak percaya or tak? Terpulang.
Ex Helmi, yang senang aku namakan Si Betina, datang jumpa Helmi. Dia cabar Helmi untuk couple dengan aku selama sebulan dengan sejumlah wang yang tak perlu aku tahu berapa ringgit. Logiknya Si Betina ni pilih aku sebab aku masa tu, sangatlah nampak macam budak budak yang sangat menjaga pergaulan macam tu. Dengan baju labuh, pashmina yang membalut badan.. so Helmi sahut cabaran tu. Sebab tu masa aku jaga kiosk, ada macam budak budak samseng la laki perempuan datang macam tengok aku atas bawah and order beberapa waffle kat aku. Bila aku cerita kat Helmi masa kami still couple masa tu, dia gelak. And now dia beri tahu,, perempuan yang rambut kuning yang pandang aku atas bawah tu lah Si Betina tu. And pada hari kejadian, aku pergi Midvalley, Helmi and Si Betina tu dan beberapa lagi keparat yang lain pergi Mines, sambut valentine kat sana, sambut yang Helmi couple dengan Si Betina tu balik and… paling penting.. sambut hari clash aku dengan Helmi! Nampak? Korang ade ke pernah rasa bila clash, ada orang lain pulak tolong raikan? Hahaha Nampak! Aku ada orang raikan! 


Dan after aku lost contact dengan dia. 2 tahun after tu, aku carik dia balik Helmi untuk settle kan perkara yang tak settle. Aku tak nak buat musuh. Aku tak nak aku dengan dia sampai ada perkara yang tak sudah. Aku nak kosong-kosong. Dia maafkan aku, aku maafkan dia. Tapi dia mintak izin kat aku nak betulkan semua kesilapan dia kat aku, dia nak couple balik dan hahahha. Aku bisik kat hati aku.. aku pernah jadi bodoh sekali. Dan cukuplah hanya sekali! Jawapannya tidak!


Now apa jadi dengan Helmi? 


Dia amik kursus jadi pengawal keselamatan. Dan sekarang mungkin dah jadi guard yang berjaya? Dia add aku kat insta, tegur kat wasap, like gambar kat fb, semua aku tak layan. Cukup kau tau perkembangan aku kat fb. jangan kacau insta aku. Jangan kacau wasep aku. Pergi jauh-jauh. Kenal dengan kau sudah cukup buat aku rasa seriau and takut and tak percaya dengan orang orang yang baru aku kenal. Pengalaman yang aku lalui ni sebenarnya.. aku rasa, tak ramai kot dapat rasa. Alhamdulillah aku bersyukur sangat sangat Allah tarik aku awal. Sebulan tu, banyak aku belajar. Beringatlah, amik iktibar cerita aku ni. Jangan jadi bodoh macam aku. Tolonglah, wujudkanlah satu pendirian dalam hidup korang yang korang takkan langgar. Cukup lah bagi aku, selama ni aku rasa aku trauma dah dengan cinta cintun ni. Aku tak pernah lagi rasa yang serious dalam perhubungan. After Helmi, memang aku single je dan aku banyak habiskan masa aku dengan family dan kawan kawan aku. Rasa nak ada hubungan serious tu memang ada, tipulah kata takda kan.. siapa taknak ada pasangan hidup. Tapi aku traumatize lagi kot. And aku belum jumpa yang sesuai lagi rasanya. Or mungkin dah jumpa, aku je yang tak sedar. Entahlah. Moga ada yang terbaik untuk aku di suatu masa nanti. Helmi banyak mengajar aku untuk berhati hati dalam soal memilih kawan. 


Tamat After SPM - Couple 


Okay . Jumpa next post ye !


Wassalamualaikum wbt
Nurhanis Azhar





AFTER SPM – Couple part 1


Assalamualaikum.


Haaa.. tengok tajuk je korang mesti dah boleh tau pasal apa yang aku nak cerita kan ni. Okay.. kisah couple aku ni, sebenarnya.. hmm k aku tak suka cakap word couple ni. Macam bebudak sangat kan. okay aku namakan masa ni kisah silam aku. Masa aku kerja as waffle girl kat Kajang tu, aku ni jenis malu malu kucing and tak banyak cakap berbanding member aku lagi sorang tu, Zati. Rata-rata customer or kawan sekerja memang suka borak ngan Zati ni sebab dia ni pandai buat lawak. Aku pun suka kawan and borak dengan dia, mesti ada je menda yang dia cakap sampai aku rasa nak ketawa giler-giler.


Nak katakan. Tempat baru.. mestilah ramai kenalan baru kan. yeah, pakwe baru pun mestilah ada. Hahaha. Seyez laa aku tak rancang benda ni semua. Tapi ni lah orang kata pengalaman hidup mendewasakan kita. Aku kenal dengan sorang mamat ni, lets aku namakan dia as Helmi, bukan nama sebenar.


Helmi ni kerja kat outlet berhampiran dengan kiok aku and dia 2 tahun lebih tua dari aku. Dan dia jugalah salah sorang di antara orang orang sekeliling aku yang bagi pressure kat aku untuk tukar style aku tu. Kalau tak faham, sila baca entry sebelum ni pasa tukar style. Okay, kitorang bermula as kawan. Aku kenal dia kejap je and tetiba aku suka dia. Haa di sinilah silap aku. Aku cepat sangat suka kat orang yang aku baru kenal. Nak dikatakan, kitorang berkawan baik siap boleh share staff meal –  macam buat system barter gitu. Dan sampailah one day dimana aku and staff lain main satu permainan ni. True or dare namanya. Ye permainan ni lah punca segalanya!
Aku pilih dare sebab aku taknak buat true. So diorang cabar aku pergi outlet si helmi ni and cakap “helmi, I LOVE YOU!” depan staff dia and customer dia. Cilakanya aku pergi buat jugak sampai ada yang merakam. Si Helmi ni memang terkedu gila lah sebab aku buat macam tu kan. Pastu aku patah balik pergi kiosk aku.


Si Helmi ni mesej aku cakap, ‘apa semua ni? Apa yang kau cuba maksudkan?’

Aku cakap simple je, ‘aku main true or dare. Minta maaflah kacau and buat terkejut kau..’


‘Sampai hati kau buat aku macam ni. Ni ke kawan? Permainkan perasaan aku..’


Dari situlah , slow talk punya pasal. Aku pun tercouple lah dengan si helmi ni. Macam aku cakap, aku memang rasa suka kat dia dan salah aku ialah, cepat nau suka orang yang baru beberapa belas hari kenal. Beringatlah ye, kenal dulu betul-betul baru lah kau pergi next step. Patutnya masa ni aku cakap alangkah baiknya kalau kita jadi kawan lebih lama dulu.. tapi aku tak cakap! Haha. Salahnya disitu. Aku tak matang masa ni, aku hanya fikir yes! Aku dah couple! Maybe sebab aku dah lama menjanda hahahha. Last aku couple before ni masa form 1 dengan abang sedara aku sendiri. K ni citer lain. Aku taknak focus kat citer form 1 ni. Lain hari aku citer.


K bila dah beberapa hari aku couple ngan dia. Staff-staff lama ni dapat tau pasal aku dengan Helmi. Diorang tarik aku, tanya macam macam. ‘kau biar betul dengan helmi?’ ‘kau jaga-jaga sikit dengan helmi’ ‘kau serious ke dengan helmi?’ ‘sejak bila kau dengan helmi’ ‘helmi tu bukan budak baik tau, jaga-jaga’ ‘dia banyak buat masalah lah anis’


Dan semua ini aku rasa SHIT! Benda dah jadi past tense kot?! Asal tak warn awal awal huhu. Aku pun berhuhu lah masa ni. Nak teruskan ke tak. Ramai sangat kasi warn ni. Aku pun pasang niat, takpalah, kalau dia buruk, aku cuba untuk ubahkan dia. Tapi kat sini aku silap lagi! aku silap silap silap! Patutnya aku kena sangat berhati-hati dan carik point untuk putus! Sebab kenapa? Haa.. sebab dia.. mungkin ya, mungkin niat aku nak ubah kan dia tu elok, tapi..
1.     Kuat ke aku untuk ubah perangai seseorang?
2.     Penuh ilmu ke aku untuk ubah perangai, attitude, discipline seseorang?
3.     Kalau dia nak berubah, dia akan berusaha. Tapi aku tengok tak berusaha pun.
Sebelum couple. Aku dah cakap awal awal kat Helmi. Aku bukan jenis yang dia nak berfoya-foya,usap usap rambut, pegang tangan, duduk rapat rapat semua. Aku bukan macam perempuan perempuan lain yang dia pernah cerita kat aku before ni. Yang senang senang nak bagi itu ini. Dear KBB, aku tak sedar yang aku bermain dengan api. Dia pernah buat benda tak senonoh kot. Ni aku dengar dari member rapat dia. Kenapa aku still duduk dekat dengan api ni? Bodohnya aku. Dulu lah bodoh, sekarang tak lagi. no no no.


So dia terima aku. Aku terima dia. Sepanjang aku couple dengan dia, ada banyak benda terjadi. Salah satunya hampir jadi kes polis. Masa tu closing time, Mall pun dah sunyi dah, ada sikit je orang kat kiosk sebelah. Benda ni terjadi sebab … si Zati ni dengar si Helmi kata ‘aku nak game anis’. Zati bengang and tarik baju Helmi and bagi tamparan wanita sikit and cakap ‘kau jangan pernah nak game member aku’. Tapi aku percaya yang Zati punya tamparan tu tak kuat. Acah acah lembut gitu je. Tapi si Helmi ni tersengih and terus masuk outlet dia buat kerja. Malam tu, dia mesej aku kata nak jumpa Zati ada hal nak bincang. Aku tanya Zati nak aku temankan ke? Zati kata takyah dia boleh settle sendiri. Aku tunggu Zati dengan staff lain untuk punchcard balik. Tunggu punya tunggu Zati tak muncul-muncul. Aku mintak staff lain punchcard kan kami punya sementara aku call Zati and patah balik pergi kiosk kami. Aku call and dengar suara Zati macam tak jelas. And dia kata dia tengan menyorok. Aku ingat dia main nyorok nyorok then bila aku sampai kat kiosk sebelah aku tu, brader dalam tu suwit suwitt aku sambil tunjuk bawah dapur. Guess what? Zati tengah menyorok bawah dapur, dengan muka lebam lebam, hingus meleleh, air mata air liur semua leleh.
Aku rasa…. What the hell ! apa dah jadi!! Aku peluk Zati and dia cakap Helmi pukul dia. Dalam hati aku masa tu, cilaka punya jantan! Dayus!! Pukul member aku! Staff lain pun kumpul dah, kecoh. Aku call kakak si Zati minta datang. Kes ni ada saksi, adik owner kiosk sebelah tadi and dan dan dia polis. Dia kata kat aku, baik buat report. Once buat report, komfem malam ni Helmi tidur lokap sebab pukul budak bawah umur. Yes.. kami masih 17 lagi masa ni.


Aku bisik kat Zati. ‘buat ti! Buat! Kau jangan tak buat!’


Pastu dah kecoh, boss siap turun marah si Helmi. Pastu kakak si Zati ni datang and memang keadaan lagi bertambah kecoh. Memang aku rasa shit ni semua salah aku! Aku terperangkap. Kawan baik vs bf bangang aku ni. Si Helmi panggil aku mintak cakap kat Zati ‘jangan buat report, benda hal kicik je settle luar.’ Kepala bana dia! Memang tak la aku cakap macam tu. Tapi depan si Helmi ni aku tak berani nak lawan. Bangang! Tu la bangang! Aku bukan seorang yang outspoken lagi masa ni. Aku takut nak tentang benda yang salah depan depan. Aku takut.


Pastu dalam diam, Helmi bisik kat member aku sorang lagi yang memang ada kat situ, azmin. ‘kalau Zati buat report dan aku tidur lokap malam ni, keluar lokap memang Zati dulu aku carik.’


Dan … akhirnya. Zati tak buat report sebab takut Helmi carik dia balik. Apa yang Helmi cakap kat Azmin aku rasa Zati tak tau sebab Azmin pesan kat aku after incident ni berlaku. Dan.. after incident ini juga, aku masih tak putus-putus lagi dengan mamat keparat ni. Aku takut nak putus. Aku takut aku pulak kena penyepak. Aku takut Zati kena pukul lagi. Bodohnya aku. Sampai sekarang aku menyesal kenapa aku tak pandai nak decide sendiri keputusan yang sewajarnya aku amik. Member baik vs boyfriend, OPKOS LAAAAAAAAA SOKONG MEMBER BAIK!! TAK PAYAH PIKIR PIKIR LAGI! boyfriend boleh carik kot, member baik mana nak dapat? Tapi masa ni, aku dapat rasa aku tak waras. Rasa takut, rasa celaru semua ada. Hmm..


Okay my dear KBB. Jumpa next post. AFTER SPM – Couple part 2


Wassalamualaikum wbt
Nurhanis Azhar


AFTER SPM – tukar style


Assalamualaikum.

Hai KBB! Seperti yang aku janjikan pada entry yang lepas, aku nak ceritakan perkara-perkara yang pernah terjadi kat aku yang aku sorokkan or yang aku malas nak cerita kat umum sebelum ni. First of all, aku harap apa yang aku ceritakan ni jangan dikecam hahaha. Ni cerita lama dan amiklah iktibar dari pengalaman aku.

Okay. Aku tak tau nak start dari mana ni sebenarnya. Hahaha. Hmm k..

Bermula awal kisah, aku habis SPM. Aku punya semangat nak carik kerja tu memang membara gila-gila. Aku sanggup kot berjalan panas-panas sensorang tanpa henfon semata-mata nak carik kerja. Pergi area rumah tak dapat, aku pergi sampai ke pekan semenyih pun tak dapat. Last last aku naik bas pergi Kajang, sebab kat sana ada banyak kedai  kan, kot kot rezeki aku kat sana. So aku pergi, dan dan nampak iklan orang carik kerja, aku pun tanyalah itu ini itu ini. Kerja kedai makan. Habis interview, akak tu cakap boleh start bulan depan. Aku kira-kira ada la lagi 2-3 minggu nak ke bulan depan kan. So aku on je.


Nak jadikan cerita. Member baik aku, Zati, nak kerja sekali dengan aku. So dia pun pergi interview and dapat kerja sekali. Kitorang happy kemain. Lagi-lagi bila kitorang dapat kiosk yang sama as ‘gadis waffle’ hahaha. Masa aku apply and kerja situ, aku perasan ramai panggil aku akak, acik and ada jugak yang ingat aku dah kawin. Heart broken giler bila aku yang baru habis SPM ni orang dok tanya dah kawin ke? Anak berapa? Cilaka gila aku rasa.. aku balik, macam ternangis laa kat mama. Mama dapat tau cerita aku, mama terus belikan aku baju labuh yang elok elok sikit, kasi nampak remaja. Mama kesian kot tengok aku masa tu. Opps lupa aku nak cakap yang aku masa ni, bertudung labuh and gaya aku satu pesen je. Baju besar, tudung pashmina besar, spek mata takda bingkai and opkos laa aku tak pandai nak bermekap sana sini.


So kawan aku si Zati ni pun kesian kat aku. Dia pun try untuk tolong aku keluar dari comfort zone aku. And one day, aku datang kerja pakai baju yang agak remaja, tudung pashmina yg berwarna sikit and kasut yang bertutup kemas sampai member aku si Zati ni pun terkejut cakap “Eh! Hanis kau ke tu??”


Yes. Aku lah tu. Aku mendapat tekanan dari kawan sekerja, customer, orang orang sekeliling aku. Jadi aku amik keputusan untuk ubah sikit style aku tu. Sebab itu jugaklah, kalau ada yang bertanya, eh hanis kenapa tak bertudung labuh lagi? aku kekadang tak tau nak jawab apa.


Ekceli. Aku ubah style pun, bukan ke arah keburukan. Aku cuma cuba ikut perkembangan. Aku tak buang agama aku walaupun orang nak kata aku culture shock kerja. Persilakan, cakaplah apa yang awak nak cakap. Aku masih jaga aurat aku, tudung aku masih aku pakai dan masih menutup paras dada. Ya memang aku pakai mekap sekarang tapi aku tak obvious nak bermekap. Cukup sekadar krim muka dan lipstick supaya aku tampak kemas dimata orang. Takda nak bershadow blusher bagai sebab susah nanti nak bersiap untuk solat. Aku cuba untuk tampil kemas, itu aje. Tak bergaya sangat pun takpa, asal jangan selekeh. Jadi pada sesiapa yang baru nak mencuba gaya baru, usah takut. Cuba je, selagi awak tak pakai, awak memang takkan rasa baju tu sesuai dengan awak. Apa yang penting, ikut garis panduan agama kita. Kalau nak senang, pakailah baju yang boleh terus bawak solat. Tak yah guna telekung. Baju yang macam mana? Baju yang menutup aurat, tidak jarang dan tidak ketat seperti baju kurung, jubah, tshirt sukan with seluar sukan and so on :) islam itu mudah, jadi jangan menyusahkan diri.


Okay ada faham? Hehe. Ada lagi aku nak cerita tapi bukan kat entry ni. Entry lain ye. jumpa lagi.


Wassalamualaikum wbt

Nurhanis Azhar

Thursday 18 February 2016

Hi KBB, I'm back!

Assalamualaikum!

Hai my dear KBB :)
Last post aku kat KBB ni rasanya 7/10/14 and now dah 19/2/16. Masha Allah lamanya aku tinggalkan dunia blogger ni. Bila review balik post-post aku yang lama-lama tu rasa rindu sangat nak jadi blogger balik! Haha, Harap korang boleh abaikan post post lama aku tu sebab tuan punya blog nak mula kisah hidup baru :)

Yes! Hanis yang dulu sangatlah bebudak hingusan.. mula-mula aku start jadi blogger masa umur aku 16 tahun, sekarang umur dah 22 tahun. Aku buat khas untuk kawan-kawan asrama aku yang nak tahu perkembangan aku kat sekolah baru. Ye lah aku kan pindah sekolah masa pertengahan form 4. So aku create blog ni untuk diorang lah tapi tak sangka pulak bertahan sampai aku masuk UiTM ni. Bila tengok review aku dah cecah angka puluh ribu, sayang pulak nak diminish cenggitu je. Jadi.. aku akan start menulis balik! sebab ada banyak kisah tauladan yang aku nak kongsi. rasanya aku dah sedia kot nak cerita kisah-kisah lama aku. yang aku rasa certain orang je tahu cerita ni. yang ni aku akan sambung next post ye, so tunggu... haha

Okay. since aku pernah postkan pasal kisah interview aku untuk course education yang aku ambil sekarang, aku rasa kisah tu sangat menarik minat bakal-bakal junior course education, especially yg apply kat UiTM. Yes, ramai je yang tak dapat respond dari aku kat ruangan komen KBB, mintak maap bebanyak, sis dah lama giler tak bukak KBB ni. Jadi yang tak putus asa tu, diorang akan add fb aku and tanya apa yang nak bawak masa iv, nak sediakan apa an so on. Well done adik adik ! Syabazz! anda berada di saluran yang betul. Sis tak kisah, berapa banyak soalan awak nak tanya, asalkan soalan tu tak berulang ulang hahaha. Ada je yang dah dapat tawaran degree edu ni yang still contact sis, cakap tengkiu semua, and still ada yg sis bagi buku-buku, nota-nota sis kat diorang. Takda hal lah dik.. do contact me kalau perlukan apa-apa :) InshaAllah sis bantu.

Rasanya tu je kot. oh by the way. ada certain lecturer aku macam dah tau je asal kewujudan KBB ni. hallamak! hahaha. kantoi sudah. Tapi takpalah, saya tak pernah kutuk lecturer kat sini, malah saya memuji hehehe *nak markah lebih boleh? HAHAHA okay. okay. joke. to my lecturer, selamat datang ke KBB,  hanya cerita kosong disini, nothing special pun. tapi nak baca pun tak salah hehe, tinggikan lagi jumlah review saya :D

Okay, itu je. jumpa next post!

Wassalamualaikum wbt,
Nurhanis Azhar