Saturday 25 May 2013

interview pendidikan uitm shah alam


assalamualaikum wbt..

haii hoi hoi!

hahaha, hari ni aku dipanggil untuk ditemuduga di uitm shah alam ! ohh welcome to shah alam hanis !
aku apply course sarjana muda pendidikan biology so, no need medsi test for this, just terus pergi interview saja. hewhew ~

okeh my little bebeh ! FYI aku bangun pukul 5 pagi and bersiap2 tapi 6.40 pagi baru bertolak hahahah ! alah korang cam tak biasa, bangun memang laa 5 pagi, bodek sane bodek sini dah 5.30 pagi #tuala tak capai2 lagi huallamakk ~ sejuk + malas + ngantuk gilerzzz !

then, dah solat subuh semua, siap2 transfomers power rangers!! pakai stoking & kasut ...... BLAH !

hahaha, ayah tak dapat pergi coz dia kerja so my lovey-dovey-dotty mummy laa yang bawak pi shah alam nun.. mak aku dah mula cok cek cok cek kata dah lambat bagai, aii nak wat cammane madam rohani #dah saya pagi2 tu saket perut, tu pasai lambat adui ~

hermm.. toksah la citer an kalau dah sakit perut tu aku buat hapa..



oke lets go ! !


haah! aku sampai sana tepat jam 7.55 pagi. aku patut bangga dapat datang tepat pada masanya #walaupun  kami sesat terlajak. =,=" ok, sampai2 sana, check nama aku kat bilik mana, panel mana.. blubbb blubbb blluubbbb ~ # menyelam dalam lautan candidates yang tengah serbu senarai nama.. ahaha fake giler, aku rasa 12 org je yang serbu tu..

dah nampak dah tu nama den ! nur hanis azhar !ok, now sign and memorize kat mana aku perlu pergi sekarang. ermm.. ye, mak aku ada beli kan sesuatu..... sesuatu yang tak disangka ...... #lagu# .... laa, kuih je punn dengan air soya.. hahahha juz for breakfast kehh... alhamdulillah but takde selera pulak #cishhh

masa nak sign kehadiran tadi, ade sorang mamat kacak haloba ni pi pijak kaki aku. HAISH! yes! terima kasih abg kachak haloba! kaki ni memang untuk dipijak pon ~ mentang2 kasut kulit bersinar2 kehitamannye, hermm, maaf pun takde yerh.. herhh,, siap kauu, jumpa nanti kat panel mana kau pi iv !! #dalam hati#

"mak, kat Tec 5 Panel 5" ujar abg kachak haloba tadi.

aku punye kening dah terangkat sebelah daa.. hamek ko! 1 panel dgn aku! siap ko, nanti aku pijak2 kaki ko... HERH!

ok, sekarang dah cium pipi mama kiri kanan, terus naik tingkat atas, panel5. hmm,, ramai gak orang, cari tempat kosong. ohh.. candidate2 lain tengah dok susun sijil2.. ambuihhh banyak sijil hang noh... heheh.. baguih3.. aku amik tempat duduk, usha kiri kanan, senyum sengeh2, AND ITS TIME TO START THE CONVERSATION between us.. tak syiokk ah duduk sengeh2 tak borak2.. dah la gemuruh jiwa semangat membara ni.. dari puncak ingin ke angkasa pulak tu.. #faizaltahir.. memandangkan aku sorang je dari selangor (yang lain rata2 dari kedah, kelantang, terengganu) so aku greeting la diorang, "SELAMAT DTG KE SELANGOR!" hahaha, in a few minute, kami dah mula borak2 macam member hwweehweee #angry bird

erm, candidate pertama masuk..

7-10 minit kemudian dia keluar. dengan confident and agak poyonya dia cakap "genetic & english testing" BAPAK KAUUU LAA.. aku genetic pun payauu mau ingat ! haishh... #kene buat micro-teaching

candidate lain masuk, then 7-10 minit gi tu dia keluar

"isu semasa"

continues.......

"plasma membrane"
"isu semasa"
"english test and bla bla"
"bla bla bla"
"hupp shaa lalalala lalalala"

and sekarang candidate ke-8. AKU LAH!
aku masuk, 7-10 minit sumting aku keluar.
and what the amazing is...... my micro-teaching was :
"ajar je mana2 tajuk yang awak suka"

KAHKAHKAHKAH ! ! mau tak syok nyer beb...

tang2 budak first tu panel tu suruh dia terangkan tajuk genetic, tang2 aku alhamdulillah diberi kesenangan abadi syurgawi untuk pilih mana2 tajuk yang aku rasa nak bentangkan kat panel. hahhaha..

ok, meh aku citer laa..

NURHANIS AZHAR. #nama dipanggil.

ok. masuk, wat senyuman manis tapi tidak menggodakan, bagi dokumen and duduk.

TEST BEGIN . . . . .

panel 1 (lelaki sabah) & panel 2 (perempuan melayu) senyum.

aku pun senyum .. =)

panel 1: nurhanis awak dari mana?

aku : saya dari semenyih.

panel 1: lepasan matrik?

aku: ya, matrikulasi johor.

panel 1: jam berapa awak sampai sini?

aku : erm, tak silap area 7.55 tadi saya dah sampi dah. hehe

panel 1: tak sesakkah?

aku : sesak tu tak, tapi sesat tu ye. ha, saya boleh terlajak sampai kilang panasonic sana nun.

panel 1: kilang panasonic? belakang sana tu?

aku: a'ah nasib baik ada kawan kat intec ni, saya telefon dia, dia kata fakulti pendidikan ni dalam kawasan intec jugak. so saya cari intec. saya tak ternampak pulak ada signboard temuduga tu. hehe

panel 1: ohhh.. ok, nurhanis sila kenalkan diri awak.

aku: ok, assalamualaikum. saya nurhanis azhar dari semenyih, lepasan matrikulasi johor. saya mempunyai 4orang adik beradik dan saya yang sulung. bawah saya adik lelaki, lagi 2 orang tu adik perempuan. sementara ni, saya buat kerja part time di syarikat SW plaster ceiling &construction sebagai kerani. ermm, saya masih punya mak&ayah dimana mak saya bekerja di syarikat penerbitan berhad di chan sow lin, dan ayah saya bekerja di chorus hotel area2 KLCC sebagai chef.

panel 1: awak berpidato ke kat sekolah?

aku : [aii aku terangkan tadi ala2 orang menang pidato ker?] tak, saya tak pernah masuk pun pidato.

panel 2: jawatan di sekolah dulu ?

aku: erm, saya librarian sejak form2 hingga form 4 setengah, pastu pindah sekolah, biasalah tempat baru naik form 5 saya dapat jadi penolong kelas je.

panel 1: owh bapa awak chef.. mesti bapa awak masak sedap kan?

aku : haha, tapi saya rasa mak saya masak lagi sedap ~
[1 bilik berdekah.]

panel 1: ayah awak berulang alik pergi KL ke semenyih?

aku: a'ah... dia naik motor ulang alik.

panel 1: kenapa awak pilih profession sebagai seorang guru?
[soalan famous dah keluar daaa]

aku: owh.. panjang ceritanya....

panel 1: eh takpe, pendekkan ceritanya.

aku: ok, erm.... masa saya sekolah dulu, saya tak faham pun subjek biology yg cikgu saya ajarkan disekolah. bila saya tanya dia, dia suruh balik nanti baca sendiri. saya sbg seorang pelajar sgt2 lah sakit hati bila ada guru yg ckp mcm tu. sampai lah saya pindah sekolah, masuk form5, saya berjumpa dgn seorang guru ni yang memang mengajar kami 1 kelas sampai kami semua faham. dia mengajar dengan sepenuh hati dia. dia takkan biarkan kami tak faham. dia ialah guru kelas saya.

panel 1: siapa nama guru kamu itu?

aku: pn sarina hasyim.. hmm, saya nak jadi seperti dia. dimana mengajar anak2 murid sampai faham. masa saya bergelar pelajar sekolah, saya dapati ramai antara guru2 yg mengajar hanya kerana nak menghabiskan baki2 silibus yang tak abis tapi tak ambil peduli jika pelajar itu faham ataupun tidak dgn apa yang dia ajarkan. saya juga nak menyebarkan ilmu dan bimbing anak2 bangsa saya
[jawapan poyo budget giler mase nih kahkah3]

panel 2: dalam subjek biology awak minat topik yang mana?

aku: erm, saya minat topik mitosis, cell, darah, jantung etc..

panel 2: eh, kenapa tak nak jadi doktor?

aku: mula2 memang minat nak jadi doktor tapi lama2 saya sedar saya tak kuat nak jadi doktor. i means, spiritual saya tak kuat nak jadi doktor.

panel 1: ok, hanis. sekarang kami mau kamu mengajar ya di whiteboard depan. anggapla kami ni murid2 kamu. bermula dari pintu sana ya.

panel 2: kamu ajar saja tajuk mana2 yang kamu minat ? :)
[dalam hati aku dah berdekah giler2 time nih hahahhaa]

aku pun dengan gaya & cara tersendiri no copy paste dari sesapa pon terangkan tajuk mitosis. PMAT (pakmat) Prophase, Metaphase, Anaphase, Telophase. terangkan chromosome tu dari berserabut kat Prophase sampai lah membentuk cleavage kat Telophase and lastly produce 2 daughter cells. #untung giler aku masih ingat subjek form5 aku ni padahal aku datang tak prepare apa2 pon

panel 1:  ok, awak boleh duduk. baiklah hanis, kami mau test bahasa inggeris kamu ya. jadi harus dijawab dengan bahasa inggeris. alright hanis, what is your favourite food?

aku :[ha?? food?! hahahhaha! alhamdulillah Ya Allah~] my favourite food is malaysian food. malaysian food ya, not malays food. malaysian food as we know that indian's dish like curry, chinese food like nasi ayam, and malays food like nasi lemak. i love all of that. 

panel 1: whats food that you really2 like?

aku: erm, nasi lemak
[sebenarnya tak pon! alah bukan dia tahu aku minat apa, taram saja laa]

panel 1: why?

aku: because it is a complete dish. it have carbohydrate, vegetables n else.
[jawapan immediately, aku hantam pakai jawapan berkonsepkan biology nutrition]

panel 1: so you dont like mi goreng?

aku: no i dont like it. if i go to breakfast/lunch at outside, it was my last choice.

panel 1: eh, why?

aku: err.. [apalaah aku nak jawab] erm! it is not a complete dish if compared to nasi lemak!
[kahkahkahkha.. lantak ar tibai saje....]

panel 1: so you also dont like mihun sup?

aku: yes yes.. i didnt like it.
[padahal kat marik, mi bandung laaa pilihan utama aku#]

panel 1: so you love to eat rice? why?

aku: yes. erm i think it just a mind set because as we know asian culture that our people like to eat rice. they do not "kenyang" as long as they dont took the rice as their dish. hehehe 
[ade pulak tertepek kenyang kat situ sambil wat muke kambing kene sembelit]

dua2 panel tu tersenyum dengar perkataan kenyang tu hehhehe.

panel 1: include breakfast you eat rice?
[dia buat muke terkejut, ala brader relek3. standard la org m'sia makan nasi]
aku: er, nope! i eat cereal for my breakfast because i have to cover up my body weight hehehe.. 

panel2 tersengeh2 lagi.

panel 1: ok now who is our prime minister?

aku: ermm.. {sape eh? HAHAHHA! bengong, abang najib kau tu laaa] ha, Dato Sri Najib bin Tan eh.. Tun Abdul Razak. kehkehkeh

panel 1: who is our agong now?

aku:[uisshh! chisss.. aku ingat sultan mizan yang hensem tu je tapi dah tukar baru tahun lepas.. ermm sape eh?] erm, i knew that he is the new agong but i didnt remember for his name. hehehe

panel 1: are you remember which state that he is come from?

aku: ermm [pejam mata ingat balik, abg daus ada pernah cakap hari tu, sultan agong kali ni kali kedua jadi agong.. ermm KEDAH!!] yeah.. he is from Kedah.

panel 1: are you sure Kedah? not Johor??? -sambil menyepetkan matanya-
[alaaaii nak kompiuskan aku letuww..]

aku: hahahaha #bangga.. nope, he is not. i'm from johor matriculation so i know that sultan johor is not an agong right now. 

KAHKAHKAH..

panel 2 dah tergelak sambil tepuk panel 1. panel 1 pun tergelak coz kantoi la yang dia saje nak kompiuskan aku.

panel 1:haha, ok hanis. now is there is anything that you want ask for?

so aku pun tanya laa soklan2 yang aku pon sebenarnya dah tau jawapan2 tu.. saje jer nak borak2 ngan panel ni.. hahaha.. takde keje ke? well ~ bilik tu ade aircond, tu yang malas nak keluar. 

ok, now dah keluar. erm.. pi carik mama, dok lepak borak2 ngan makcik2 lain yang tengah tunggu anak depa tak abeh2 lagi temuduge then chaaaww.. times for makan abc shah alam! hahhaa.. alang2 dah sampai shah alam, rugi la tak makan abc diorang kat seksyen 2 nun.... huiii

pastu dah habes semua, amik my siblings kat rumah and pergi jemputan kawen kak lin [drebar bas aku dulu]




so ni excited dapat keluar !

ok laa aku rase dah berjela, kang jadi artifak tamadun hindus plak..
alright see you nest time for the next post !
tata wasalam ~

#yang burok harap dimaafkan yang baik harap diteruskan :)



Thursday 23 May 2013

bila budak sains jadi kerani =,="


assalamualaikum wbt.

ai readers! ok first nak gi tau yang today aku cuti bhaha. untunglaa ~

almaklumlah, boss aku Buddhist, so hari wesak gini
kompom la cuti punye pun aduuii~

hmm.. dah hampir 2 minggu jugak laa aku menapak menepek tertepek kat company kecik ni..
hahhaha, kenapa company kecik eh? cebab *gedik nyah!*... haha,
sebab dlm office ni, aku sorang je kerani nye! hahaha, biggest boss aku lelaki, bigger boss aku perempuan.
both is husband&wife *oowwhh sweet* and aku? IM THE BIG BOSS . 



MUAH HAHAHHA!
*ada hati nak jadi bis boss tu ! >_<*

okeh.. hahaha..
yang aku bangga! *bangga je, riak&takbur belum lagi*
tempat aku international punya company !
hehehe..


sebab staff2 lain terdiri daripada ermmm takat ni orang MYANMAR & and indian male  je yg ada..
kahkahkahkah... 1 ASIA ! 1 ASIA! 1 ASIA !
*untuk daftar kerja sila email saya. erk ~*

okeh la, FYI lah, 
company yang aku kerja ni buat plaster ceiling construction like that la.
aku kerja as kerani jep ha. takdo do jadik boss nyo!

haa, kerja aku cam kerani2 lain,
pick up phone, buat filing, kira data, buat quotation,
buat purchase order, file kan invoice & D.O,
telefon customer, email customer,
catit & arahkan staff2 lain angkat barang hantar rumah customer,
and sumtimes kene kire keuntungan..

haihh, tibe2 rasa macam diri ini ialah kerani serbaguna lah hahhaa3x
apa taknya, dah keuntungan pun kadang2 aku kire,
actually bukan keuntungan sangatlah, tapi sumting like berapa income company kott~
aisshh entah la!
ni lah ceritanya kalau budak sains jadi kerani. HAH! HANCHOORR!



kadang2 kalau tak ada kerja, aku apa lagi, facebook laa haha!
takpun touch up blog. *pada hal boss kat sebelah je*

HAHAH berani kau??!
hahhaa... dah dia tak bagi kerja, takkan nak tercongok memandang
 sepi&sunyi  pul kat PC tu Kan? so manfaatkan PC yang ada ~ KAN? xD


MEJA BOSS !
megah tersegam indah kerusi2nya .....

and sumtimes, mengisi masa lapang, aku akan main game kat bawah ni hahha..
sorry la gambar kabur, bukan buta IT tak nak buat print screen, tapi 
aku nak cepat, aku terus snap pakai hp cikai aku ni hahha.. tu yg blur semacam.
*takpe,dah dapat gaji nanti aku beli hp kuis-kuis tuh*







WAAHH MENANG!
*erk~ ade aku kesah??*

game senang, tapi 94 saat yang aku perlukan utk settle? haishh...
sepatutnya 42 saat dah leh settle nih.. aiiii hanis hanis =,="

yeah bebeh, readers!
time is running out. 
perut aku pun dah nyanyi lagu dangdut gendut rock pop yeyeh ni haa..
saya undur diri dulu yaaa ~ *suara kak ros upin ipin*
yang burok tak sememeh dari aku, yang baik hensem bergaye dari Ilahi
wassalam
*cium pipi kiri cium pipi kanan tata!*





Friday 17 May 2013

marah ---> hot temper !


MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.

Allah s.w.t berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

"Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.

Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.

Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.

Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.

Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.

Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan 'pintas' iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.

Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang 'membara' akibat marah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:

# Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

# Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

# Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

# Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

# Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

# Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

# Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.

# Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

Wednesday 15 May 2013

excident ~

assalamualaikum wbt..

ai member2 blog ku sekalian.... up-to-date my latest news..

aku.... kemalangan. pagi semalam.

yeah baru sekarang aku tau betapa sedapnye kemalangan itu! choii ~

nak dikatakan. semalam hari kedua aku bekerja di syarikat SW Plaster Ceiling & Construction. mak aku dah amanahkan abglong (my cousin) untuk hantarkan aku pergi kerja sbb dia lalu tempat tu. *tapi mak aku pun lalu jugak, saje taknak hantar aku letuuw =,="*

hmm.. nak dikatakan pagi tu. seperti pagi yang sebelumnya aku and abglong pi keje sesama. memandangkan kami naik motor, kami still boleh lalu celah2 kete or gune jalan tepi walaupun jalan jam right. peak hour la kata kan mase ni. ok then, aku nampak kak wani (my cousin jugak) naik motor. kire selisih lah kat jalan. pastu aku nampak mak aku, pun bawak motor. aku tata tata je kat diorang haha. before nampak diorang, aku punye instinct tak sedap tau pagi tu. entah kenapalah aku asek pikir excident la, mati la apa la. so dalam diam2 abglong bawak motor tu, aku mengucap panjang, takut kalau2 lah terjadi at least aku dah mengucap awal2 hehe. and aku punye helmet macam kene tiup angin tau, so kepala aku mcm tertarik ke belakang gi tu. dan baru aku sedar yang helmet aku tak ketat ikatannya. so cepat2 aku ikat kuat2.

sedang2 menikmati panorama pagi melihat2 - pakcik hantar anak gi sekolah, lori bawak barang, cikgu nak pi sekolah, akak2 comel manis anggun nak pi keja, abang2 macho hensem kacak lagi bergaya bawak motor kapcai tak ketinggalan juge yang bawak kawasaki. pewwitt~

then, aku pun toleh laa kehadapan. this time la aku rasa aku pegang handbag aku and bag galas abglong je. tak pegang besi motor or pape pon. then aku nampak motor lain, mcm seakan2 melintas depan motor kami. and aku dengar abglong menjerit "ALLAH!!!" aku terkejut, and PAAMM!!! aku rasa ade satu hentakan yang kuat dari depan and aku rasa aku seakan2 terbang melayang *sambil nampak motor abglong bersepai* #dalam hati kata ok sekarang excident sdg berlaku hanis!# and aku terjatuh, terseret lebih ke hadapan daripada abglong and motor. aku memang perasan giler2 yang aku melayang, jatuh and terseret sebab aku dgr helmet belah kanan aku terhentak kuat *mase tu aku dizzy* and bunyi helmet aku terseret kat jalan tar "zzzrrrr". yes, aku terseret mengereng ke kanan. aku sedar2 bukak mata, aku bukan kat hospial but masih di tempat kejadian. hahaha

mase tu, aku teringat member aku  pernah pesan "kalau jatuh, jangan duduk lama2 kat jalan tu, bangun terus bangun ke tepi!" aku pun apa lagi gagahkan diri utk bangun dengan kepala dizzy giler and agak terhuyung hayang gak la siket *aku rase sebab kaki aku menggeletar mase tu*. aku terus ke tepi duduk pandang tanah. aku pandang abglong berdiri dah cabut helmetnya, dia marah org bwk motor tu "bang! mcm mana bang bwk motor tak pandang kiri kanan ke?!" hushh.. aku mase tu, dalam hati, istighfar banyak2. alhamdulillah, aku masih bernyawa! that's was what i'm think about! and alhamdulillah takda apa2 jadi kat aku and abglong. Ya Allah, aku tak dapat bayangkan kalau helmet aku tak ketat tadi and aku tak sempat nak betulkan. Ya Allah, alhamdulillah....

motor abglong kesian seyh, depan tu rosak and kunci patah dalam.. hussshh,,

mase tu, nasib baik! mak and akak sedara aku tadi still belum ke depan lagi. so diorang nampak la aku and abglong bangun berdiri  lepas jatuh tu. haish, diorang terus park tepi. tanya aku and abglong ok tak. that time la, aku rasa lenguh2 kat badan sebelah kanan. tangan ada luka sikit, kaki pun ada. nasib la aku pakai kod tebal masa naik motor tu so cedera ringan2 je la. abglong alhamdulillah la ok, takde apa2 teruk rasanya.. dia juz ckp along tak apa2, risaukan anis tu je. hmm, hahaha.. rase disayangi pulenye pun aduii ~ apa taknya, masa langgar tu, dia kan bawak motor, so dia pegang handle motor.. yang aku ni tak pegang apa2, mmg sah2lah konsep fizik semua dtg menerpa ~ inertia, momentum, time impact, projectile motion, work done, Newton Force Law #

hohoho, dah2 tu aku nampak dedek and abgdaus (my cousin also) pulak lalu and berhenti.. haa amek ko! ramai tak konco2 aku?? hahaha.. naseb baik ramai backup! ~mama, kak wani, dedek n abgdaus.. hoh! berani kau taknak bayar? kau punye salah tau?! dah tau situ double line mcm mana kau boleh cross?! nak ikot shortcut jer ~ memangla ko nampak kereta byk berhenti sbb jam, tapi ko pikir tak waktu jam motor mana de berhenti!ade nampak ke waktu jam motor and kereta dua2 ikut berhenti??? kereta yela berhenti motor jalan je, yang kau dari opposite road tibe2 nak cross double line masuk simpang apehal?! haiiyyaaa. tau pun taknak settle kat balai tapi cooperate la dah salah kau!

hmm tapi itu semua dalam hati aku je laa hahaha! aku bia kan je org2 yg lebih dewasa uruskan. aku paling mude di situ so better diam. org tua2 bincang jgn sebok nak menyampuk keyh! ~walaupun hati and badanku sakit!

pastu ade plak atok cine ni dtg kat aku tanya, anak berape?? sula kawen  aa?? itu sapa? suami aa?

aii ~ ade gak kes makan penumbok jap lagi atok ni.. apa kene mengena aku dah kawen blom, anak ade berapa!!!!!!! kalau betollah kami ni kawen sekalipun, apa kes pulak nak tanya anak la apa laa.. naseb baik mama aku dtg backup! huh. nasi baik laa atok tue, kalau baye2 aku dah lama lompang laju makan dier!gk

hmmm.. sian tgk abglong menung kosong bekal yang dia bwk utk makan tengah hari nanti.. pecahh... ish~
aku punye bekal alhamdulillah tak pecah or apa2.. cume maggie aku laa terus hancur and terkoyak pek dia.. i sue you! i sue you! see you in court la deyy, you make my maggie renyok! xD ahhaha... adoiii... ~ redo je laaa maggie tu da renyuk n koyak...

so masa berlalu, aku still pi keje tapi kak wani yang hantar. aku tak pi klinik lagi, sebab aku rase sengal2 badan ni sebab muscle effect kot. maybe ade muscle tissue yg koyak, patah2 tkde la kott ~ rasenye#

dalam pukul 10 lebih kot. abglong call. tanya ok tak, nak pi klinik tak, kalau nak dia hantarkn. amboi risau benor la tu. dia amik mc hari tu #tapi tak cedera ape pon rasenye# hmm.. and aku ckp takde pape pon , cume tangan aku takleh straight and bengkok! T_T

yeah! mase tu aku memang ingat patah or else sebab ade bengkak and lebam. nak tulis pun tak leh. haiyya. Ya Allah, nak sujud pun tak leh terpaksa sembahyang duduk. #sebab tangan aku takleh lipat. angkat takbir pun sebelah je tangan. #dugaan hidup Ya Allah...

segala aktiviti yang memerlukan pergerakkan dua tangan aku takleh buat. aku hanya gune tangan kiri saje. so makan pun tangan kiri. pagi2 nak pi keje, pergerakkan aku agak terbatas. pakai tudung sarung je senang, tudung bawal kene pin kiri kanan #tak mampu nak buat. stoking pun mak aku yang pakaikan. tenkiu mama luv u so so so muchh! muah! haha #nak wat camner pergerakkan aku terbatas. aku dapat gune tangan kiri je, kanan tak leh straight or bend pun. sedih ye mmg sedih sebab SAKIT.

tapi aku pernah baca, sakit tu untuk mengurangkan dosa2 kita.. humm, alhamdulillah jugak, kurang dose2 hehehe so redha la apa yg dah jadi. kun fayakun. dah tertulis aku and abglong terkena pagi tu, so itu yang terjadi.

this was the first time excident case yang aku and abglong alami. hahha, bertuah giler. dua2 baru dpt rase excident uh.. ade ke abglong ckp "best tak??" kepale mu laa best! hahaha xD

now bile dah urut2 sikit, tangan kanan aku ni dah leh gerak dah. hari tu pergi klinik doktor kate takde apa2 cume muscle bengkak alhamdulillah.. but, angan aku still tak leh bend and straight la. dia boleh bend 90 darjah sampai 20 darjah je huhu. tangan kanan aku still tak leh sentuh bahu kanan.

hmm.. tragedi second day berkerja 14/5/2013 Semenyih ~ memang tak dapat mak lupekan nyaahhh oiii!

masih terbayang2 gak excident tu.. masih boleh dengar cm mana abglong jerit before hentam satu lagi motor tu.. humm.. trauma ke?? hahhaa.. ada la siket... sebab aku perasan everytime naik motor lepas tu, aku jadi takut tiap kali break ditekan so pagi tadi memang tangan kiri aku genggam kuat2 beg galas abglong uh.. ahh lantak lah abglong pk beg galas dia nak terputus ke hapa ke, yang penting.... yang penting aku ade benda nak pegang! hahhaa...

ok laaa nak upload gambar takde usb.. so nnt2 la aku upload.
nanti aku update post ni balik..
hehehe daa! wasalam. =)







Friday 3 May 2013

looking older than my age

Assalamualaikum WBT

entry kali ni hanya utk berkongsi pengalaman dan perasaan yang pernah bersarang habuk kat memori otak ni. mungkin ada di antara readers2 blog ni pun berkongsi tempat dengan aku? selalu rasa rendah diri dan stress dengan fizikal sendiri. haha, ok, my hands wrote it out and enjoy it! -just sharing my experience, tiada unsur2 belagak riak takbur kat sini eh-

looking older than my age. in my experience among this while lah, for the first sight, orang akan predict umur aku around 20 to 26 something. and sometimes 27.  hmm. but actually my age pun belum cecah 20 lagi pun, apatah lagi 19 kan ~.~ ok for all the people out side, im born on 1994 and now im ALMOST 19. yes maybe penampilan aku membuatkan diri aku nampak 'agak' tua dari umur aku yang sebenar TAPI no need to ask me either i am an engaged women or the married one or isnt i have a child!

since kecik lagi, aku dah dapat hafal setiap ekspresi2 muka yang dapat tau umur aku, huhh.. mata buntang mulut ternganga sambil cakap ohh ingatkan dah sekolah menengah, ohh ingatkan SPM ! honestly, masa kecik tu ade jugak terselit tersepit feeling "BANGGA" nampak matured, tapi bila umur dah mencecah 19 tahun and orang predict that kita ni married women with 3 children, wowwwhh.. tu bukan BANGGA lagi dah tu, tu rase cam nak buang single G tambah NG kat belakang word BANGGA je.. #BANGANG# hahahaxD

honest is must but at a certain situation it mustn't. 

muka yang matured, berbadan besar dan ditambahi pula dengan ketinggian mencecah 1.64m membuatkan aku rasa macam ringan nak hayun wave bila ada saja mulut2 yang nak kene puncher ni cakap "hey, kau jalan dengan dia nampak mcm mak dgn anak" , "eh kau ker hanis, aku ingat mak orang mana tadi" , "hoo, bertambah sehat kau eh" , "kak, nak beli susu utk anak tak?" "acik, nak icecream", "ni anak awak ke?" - tunjuk adik last aku , bla bla bla bla and so on.. imagine it, for the whole of my life, i heard for the same dialogue, the same expression and the same thoughts.

ask me questions. what im feel among this while? can i accept all the same words from others? how i face the situation? what's my expression? is it i keep my mouth smile accepting those hurting words? am i got mad? stress? tired? sad? cry?  feel isolated? feel wanna died- hanging myself with the rope? nauzubillahiminzaliq. all the feeling i wrote above, semuanya aku pernah rasa. lebih2 lagi kalau kita sentiasa dipinggirkan, yeap.. dulu aku selalu dipinggirkan oleh sepupu2 aku, diperli, disakitkan hati, diri tidak dihiraukan, dan siapa tak kuat, maybe boleh gila/// dan masa ni yang paling penting adalah sokongan orang2 yang sentiasa ada and faham kita and the most greatest ketenangan adalah dengan menangis mengingati Allah di tikar sejadah sambil memeluk AlQuran dan bertasbih.

AND IF YOU ARE AT MY PLACE, HOW COULD YOU FACE IT? 

banyak pengalaman, luas pemandangan. sekarang umur memang dah meningkat dan sepatutnya aku perlu berfikir secara matang dan bukan kebudak2an. walaupun sampai sekarang aku kerap juga terima the gross words, tapi apa yang boleh buat, positifkan minda sendiri..

kadang2 jumpa member lama, staff lama, "eh ni makan tembam, naik badan kau ni ha. kata nak diet.. ish ish ish"- itu dialogue yang sama haha.. aku dah hafal. - my expression? keep my smile and just let the word swim through my right ear and out from my left ear. orang2 yang macam ni lah yang selalu menjatuhkan semngat hidup kita dan dia tak pantas langsung utk dibuat kawan dan dia sememangnya orang yang tidak sayang pada lidah sendiri. sakit hati? yes memang, tapi tertulis juga dlm AlQuran "ALLAH sentiasa bersama org2 yang sabar". anggapkan ianya sebgai satu ujian tahap kesabaran dari ALLAH. face it! and win it!

manusia ni various type. bila kita dengar kata2 yang AGAK menyakitkan hati, keep your mouth smiling bcoz it can neutralize your superb damn hot heart! kita positive kan minda and cakap pada diri sendiri, orang mcm ni lah yang nak menjatuhkan semangat aku and aku tak perlu amik peduli atas segala patah haram yang dia nak cakap pada aku. DAN anggaplah orang2 yang sebegini adalah orang2 yang sakit jiwanya dan pendek akalnya. jiwa yang tak bersih membuatkan diri dia sentiasa mahu menyakitkan hati orang dan dia pendek akal kerana tidak berfikir sebelum berkata2. and for these people, we should have the feeling of sympathy towards them becoz they are the sakit jiwa and pendek akal people. haha. agak kasar sory ~ my bad.

ok? for now, kalau tanya khabar perasaan aku.. aku rasa lebih tenang and boleh face mslh yg melanda..  alhamdulillah hehe.. dan yang penting cintai lah diri kita sendiri sebelum mencintai orang lain =) sebab? sebab, kita adalah diri kita. nobody can change it. terima diri sendiri. semua manusia ada kelebihan dan kekurangan yang sama rata so be yourselves is more greatest superb best! create your identity that you are strong, bullet prove and nobody can creates or change you. and life with happier most feeling w/o have any dendam kesumat berlada pada orang2 yang suka menjatuhkan semangat kita. dont take any revenge! becoz, they are bad, but you are not =) sepupu2 aku yg dulu tu? sekarang diorang pula yang cuba memancing aku utk dibuat kawan.. hantar msg, ajak sembang, pergi mana2 pun sudah dipelawa utk ikut sekali, and amazingly aku pula yg dikatakan sombong semenjak masuk matrik astagha.. ~.~ ok aku pun berbaik je la dgn diorang - even though aku pernah menjadi last choice di antara mereka -

and this is me, not others else.. and im happy to be myself.



alright bullet prove ! itu saja yang bisa dikongsikan , see for the next entry.
segala yang buruk dari aku, yang baik dari Illahi =) assalam