Monday 24 February 2014

budak education uitm shah alam

assalamualaikum

yeah. ekceli sepanjang memanjang aku bergelar cutest blogger *alahaii sweet*, aku perasan laah ramai giler budak-budak kat malaysia ni 'menggoogle' pasal fac (faculty) aku yang tersayang ni.. haaaa.. then jengjengjeng diorang pi bukak entry entry aku yang pasal aku pegi temuduga and result upu aku tu.. haha. aku ada bukti ! 


sekarang anda boleh lihat perbezaan angkasa dan bumi di mana jumlah 'penggoogle' yang telah menggodam dan tergodam entry entry karangan A+ saya. hahahaha. and some of my friends sekarang (my classmates especially include iffa gemgem) mengenali aku melalui blog ku yang terchentaaa ini hahaha.. gudjob blog! 

okey. secara officially, im willing to emm apa kata omputeh tu.. haaa introduce to you all lah, acano belajar  jadik cikgu ni, best ke idok. apa subjek subjek yang kene belajar. macam mana sistem pembelajaran dia. pemarkahan. transportation. haaa pendek kata semualah jemah oii.. hahaha. 

________________________________________________________________________

1. INTERVIEW

okey. jangan ingat nak jadik cikgu tu mudah yer, ada interview tauuu ate kome.... haha. bila dah apply kat sistem upu yang kita nak pendidikan, nanti kita kene cek email kita, pihak univerisiti akan mengadakan sesi temuduga. haaa time ni prepare laa apa apa yang patut. kene buat micro-teaching kat depan panel tu hehe. tapi aku dulu tak prepare apa pon. prepare sijil jep haha, isu isu semasa pon aku tak prepare. datang iv nanti kau tanya lah orang sebelah apa yang dia prepare. then suruh dia cerita siket kat kau. simple kan? haha. kalau ada handphone yang leh google tu bawak lah kalau dah terdesak sangat nak tau isu isu semasa yang naik kat yahoo tu. hahhaa

2. PENDAFTARAN
seingat kepala otak aku ni la, pendaftaran ada dua. first daftar kolej, second daftar fakulti. haaa daftar kolej ni deme buat masa hari pertama kita check in tu. after check in, kemas baju apa semua, fasi-fasi mintak kumpul and daftar ikut level. masa ni mak pak hang semua dah balik daaah .. hangpa daftar sendiri lorr. dah bosar kan.. hahaha. untuk daftar fakulti, diorang buat masa orentasi, masa ni memang tunggu lama gedabak la. dia buat kat DATC. hape DATC tu? hahaha.. tu dewan yang paling bosar la kat malaysia ni haha tengok teater best uhh. 3 tingkat. Dewan Agung Tuanku Canselor. if not mistaken lah nama dewan tu gini hahaha. aku sebot DATC je. DATC ni ada banyak tangga. pandai pandai lah menapak kat sana. aku dah serik dah nak memanjat masa orentasi dulu . masa ni, mana-mana minah misali yang pakai tudung tu, silalah jangan pakai tudung bewarna biru gelap. senang citer hangan pakai warne biru lah! nanti dia nak amik gambar untuk kad matrik, background dia warna biru. so pakailah warna yang terang-terang siket. jangan jadik cam aku, 4 tahun ni aku pakai kad matrik yang hanya semata mata nampak wajahku yang ayu sahaja. warna tudung dah sama dengan background T__T sob sob.

3. KOLEJ WARGA PENDIDIKAN

ha.. mengikut pengalaman aku, you ollz gegurlz semua akan duduk kat kolej mawar. kolej mawar ni bosaarr so campur campur la dengan minah minah fac lain macam APB (budak bahasa), engineering, adik adik asasi. mawar terdiri daripada 4 blok. 1A, 1B, 2A and 2B. semua blok ni bersambung di level 1. so kalau dari blok 1B nak ke blok 2A tengah tengah malam free hair pon boleh. lelaki tak dibenarkan masuk. tapi pandai-pandailah kan. better pakai lah becoz kadang kadang technician lelaki ada naik. aku dulu nak gi tandas depan bilik pun rase was-was sebab selalu sangat technician ni naik. mencurigakan betol -_- .. okey kolej mawar 1A and 1B 4 tingkat je, so takdak lift. but 2A and 2B entah berape puluh tingkat mencakar langit sampai ada lift. jelez kau tau sebab aku dulu tingkat 3 blok 1B. huh. kolej mawar paling dekat dengan pintu belakang uitm yang sememangnya macam dah jadi pintu utama haha. senang je nak pegi makan kat seksyen 7, jalan kaki pon boleh.

okey for boboyyot hahaha .. boboii semua duduk kolej meranti (masa batch aku semua duduk meranti). meranti kat seksyen 2. haa kat sini ada ABC fredo yang agak femess kat shah alam tu, kononnya hahahha. tak dinafikan aku suka makan abc kat situ. port paling baik untuk makan pon kat seksyen 2, nasik campur. fotostat murah pon kat seksyen 2. tapi ade certain budak2 edu (education) lelaki mana yang tak cukop tilam katil tu otomatik tercampak kat kolej jati. alah , seberang menyeberang je jati dengan meranti ni. tapi mostly yang duduk jati ni budak budak engine lelaki yang berkaliber *kaliber lah sangadd* . member aku selalu mengusha budak budak engine ni hahaha.. tak dinafikan aku pun turut serta berjemaah. haaa tu salah satu faktor mengapa aku and member2 aku selalu maii seksyen 2 =D joking beb!

4. FAKULTI PENDIDIKAN

as you know lah, kolej kat dalam induk tapi fac pendidikan kat luar induk. haaa inilah fac paling jauh bagi siswa siswi uitm shah alam. keluasan induk merangkumi seksyen 1, seksyen 2, seksyen 7 and entah berapa banyak ketui punya seksyen lagi, tapi fac bagi budak budak education terletak di seksyen 17i. so round la berapa pusing satu uitm ni, kau takkan jumpa fakulti pendidikan muahaha. fac kami, kami panggil intec sebab fac education bergambung dengan pelajar pelajar intec (budak foundation yang nak fly). ekceli bergambung dengan budak2 muzik jugak. kadang2 nampak la deme ni bawak gitar, viola, piano kehulu kehilir. hahaha, propa je piano tu. mostly budak2 intec la ramai, then baru budak budak education, budak budak muzik and lastly  foundation TESL. 

fakulti pendidikan ada library sendiri. kami panggil library intec. haha. buku bio, maths, novel semua terletak di tingkat atas sekali. port paling sunyi dan sepi. port yang aku and member aku paling suka lepak ialah bilik komputer and port surat khabar hehe. 

kafe.. tempat untuk mengunyah dan menghadam. takat yang aku tau, intec ni ada 3 kafe dan masing2 terletak di bahagian utara, timu dan barat. sangat jauh antara satu sama lain. aku and member aku dah merasai ketiga-tiga jenis kafe ni since kami kuat merayau dalam intec. hehe. ekspesyially aku. 

5. TRANSPORTATION

memandangkan intec ni jauh gedabak, so pihak uitm ada menyediakan bas untuk kitorang berulang-alik dari fac ke induk ke fac semula dan begitulah seterusnya. ekceli, uitm ada banyak bas yang main pusing pusing dalam uitm tu sendiri tapi bas khas untuk warga edu, muzik and asasi tesl ada 3 or 4 (aku tak hengat) dan bertanda huruf E.

first trip pukul 7.30am, second 7.45am, third 8.00am. kadang kadang yang second tu takda, so terus datang yang third haha. waktu bas hmm.. tak jamin. setakat yang aku tau, selang setengah jam. tapi hahaha. pernah je aku tunggu sejam setengah bus tak sampai sampai. tengah hari, jam 12.30pm-2.00pm bus takda. rehat katanya -_- yang aku ingat kalau petang jam 6.00pm, 6.30pm and last 8.30pm. so agak-agak dah petang tu cepat cepat lah kumpul kat bus stop BEFORE 6.30pm. kalau tak, kau semayang lah maghrib kat bus stop tu hahaha. gurau je, kalau dah tertinggal kau masuk lah fac balik, semayang kat fac. nanti pukul 8.30pm bus last sekali datang la. haa yang ni kalau tertinggal jugak alamatnya kau tido lah kat fac hahaha. podaahh! ade teksi, naik laa teksi.

rapid T529 and bas mini pun ada lalu. tapi bas mini, ramai anney anney dari nepal semua tu. haaa hensem kau jah! so gegurl semua hati hati yer. alah rapid pun ada gak warga2 "polena" (foreigner) ni tapi tak seramai bas mini. rm 1 je naik hehe. nanti bas2 ni stop kat seksyen 2. kalau seksyen 2, boboii dah sampai la room sweet room. kalau gegurlz tunggula bas uitm lain yang ada huruf D or rapid T603 yang sememangnya round masuk ke uitm balik dari seksyen 2. if naik teksi, hmm agak2 dalam rm13 tu la duit tambangnya. kalau korang kene sampai rm20, kau bidas je teksi uh. memang kat shah ala ni ramai budak kene tipu dengan harga tambang teksi. aku one of them T__T

6. SUBJECTS

okey, masuk pasal course pulak. memandangkan aku baru je tamat part 1, aku cerita pengalaman aku je lah yer.. hehe.. okay. aku major biology and minor maths. 

BIO. so masa semester 1 kitorang belajar pasal bio cell tapi fyi kelas bio tak ada kat intec, tapi kat induk.  hahaaa. terletaknya di dewan gamma FSG (fakulti sains gunaan) area tepi menara. naik bas uitm berhenti kat depan kolej seroja. untuk first time, sila berjalan seperti kanak kanak tadika buat rombongan yer sebab tak mustahil anda boleh tersesat di sana hahaha. hang ingat uitm ni ladang getak mak pak hang ke ? sekali pergi dah leh hafal selok belok? aku dah nak habeh sem duduk sana pon baru tau ada lift nak ke FSG -_- . and... jangan terkejut kalau korang kene berulang alik kolej-intec-fsg-intec-kolej dalam satu hari, yeahh tu rutin aku and kawan2 yang lain 

MATHS. ok ni belajar pasal calculus. soalan soalan exam memang tak sama dengan eksesaisss2 yang hangpa semua buat dalam kelas.. opkoss double triple punya susah hahah. member aku ada yang nangehh masa final sebab soalan susah. tapi aku percaya kalau korang rajen buat pastyear and score tests yang diberikan oleh lovely pensyarah, bukan takat maths je, subjek2 lain pun korang leh score dekan. haha. buku leh oder kat lecturer (kalau lecturer korang take oder lahh) and harga buku area rm80. murahkan?? haaa jahh! apa definisi murah bagi orang seperti aku ni? hahhaha. duit makan habis kat buku je beb. nak gune bukan sampai final year pon.. huhu. then, kelas maths kat intec, so no worries :)

COUNSELLING. yeah as a teacher-to-be, korang akan familiar dengan istilah2 dan definition2 counselling seperti psychoanalytic, psychology, psychotherapy, encapsulated counsellor bla bla bla etc.. hehe buku? entah. takda pulak lecturer aku gune buku. aku belajar pakai nota je. tu yang tak dapat A tu hahaha. aku dapat B. sebab tak pulun kat carry mark. so rajen2 lah pergi menyelongkar kat library intec tu buku2 counselling.

HISTORY. haa. hape? korang ingat korang dah boleh happy tinggalkan sejarah? hahaha. mesti terkjut dan terkentot kan? haha.. tak senonoh ar korang nih adoii.. history and development of education.. subjek ni 60% carry mark tauu.. so, masa present, project paper and test silalahh pulun!! kalau present, bayangkan anda seorang guru, jangan takut2 and baca slides.. make something new and something yang boleh tarik orang minat dengan apa yang kita cakap kat depan. yess! history ni memang bosann.. aku mengiyakan.. tapi kalau kene pada cara present, seyezzz subject ni memang best :) present sejarah in english ek cik kak tata!

TITAS (CTU). okay. ni subjek the only one dalam bahasa melayu and wajib bagi semua fac and kalau korang nak tau, sungguh lancar lidah aku and member2 aku ni masa present titas hahaha. takdo putar belit lidah sebut english yang entah pape tu.. titas ni sejarah tamadun islam dan asia. haaaa see? another one sejarah! hahahhaa . alah releks laa.. seyezz best belajar pasal tamadun. tamadun china, tamadun india, tamadun islam.. 

SCIENCE SOCIAL (SCE). oraiiit, subject ni the best! sebab the only one subject yang takda final tapi pecah kepala nak buat project paper hahha, tapi takpa, apa guna kawan kan? suruh ler deme yang buatkan project paper korang.. hahahaa.. okey markah untuk sce ni dia amik 100% daripada presentation, project paper, dan segala jenis project yang ditetapkan oleh pensyarah. bernasib baik batch aku, ada certain project yang dicancelkan. subject ni mostly pasal science and technology. kadang2 ada project suruh buat kapal dengan tenaga solar bagai. and lecturer dia sangat ohsemmm! aku taknak puji melangit tapi beliau-beliau memang banyak ilmu.. korang tak leh arrr nak 'kencing mengencing' lecturer korang dengan teori science korang sendiri. kalau tak buat preparation dengan detail, toksah lah korang bercakap pasal topik tu hahahha.. silap silap, kene sumpit dengan lecturer ahhaha. 

KOKO. haaa. ni 1 jam kredit jep haha. tapi still penting. kalau aku, aku masuk red crescent. now dimurahkan rezeki alhamdulillah dapat jadik AJK BPC (badan pertolongan cemas) uitm shah alam. tu yang sampai termasuk kem komander libk tu. huhu.. ekceli ada banyak je lagi unit uniform yang lain. koko wajib untuk 3 sem. tapi kalau dari diploma masuk degree, takyah dah amik koko sebab dah amik masa diploma. kalau pernah join plkn, leh skip 1 sem koko so join koko 2 sem je lah.. begitu juga pada mereka yang amik kawad kaki masa kat matrik dulu.. skip 1 sem koko. 

_________________________________________________________________

haaaaa.. cer korang scroll up balik. menjela tak karangan A+ aku? hahaha. tu hanyalah pengalaman aku batch september 2013 part 1. so sebarang pertukaran, thats non of my business laa buweekk =P then nasihat aku to adik adik yang nak amik course pendidikan ni. pikir laa dulu before masuk. boleh tak awak bercakap publicly? nak ke belajar mende mende yang bosan bosan ni semua? esspesyially yang macam aku ni, otak science.. education ni under sastera, leh ke masuk dengan dunia sastera? nak ke belajar counseling and history segala jadah tu? hahaha. kalau tak mampu, kalau nak belajar pasal science je semata2 baik tak yah sebab subject yang relay on science semata-semata kebanyakannya under dentist, medic, MA, pharmacist etc. mostly science under FSG, fakulti sains gunaan.

okey laaa. hope ni semua membantu la pade mana mana yang blur blur pasal nak pilih apa kat upu tu..buat la istikharah.. doa banyak banyak. ada lah jalan tu... hehe . okey laaa den ciaaooo dulu. tata

wasalam






Tuesday 18 February 2014

lecturers, my friends and me.....

assalamualaikum wbt.

hai.. hei hei. hahaa.. bosan jugak ek duduk rumah tak kerja sebulan lebih haha.. tak pernah aku merasai kenikmatan "kemengangguran" ni haha. well, aku duduk rumah layan movie je laa.. harry potter dari awal sampai habes aku dah nengok.. tapi not fully understand pon hahaha subtitle dia dalam english so take time untuk aku paham bhahah ape punye alasan..

okay.. dah nak masuk part 2 ni, aku sambil-sambil cuci pinggan kat rumah, teringat balik kenangan-kenangan masa part 1 dulu. so funny laa haha sometimes boleh tergelak sorang-sorang bila teringat balik apa yang aku and member member lain dah buat.. waaaa miss my friendss so much! jom story2 siket yeahhah!

_________________________________________
peristiwa #1 : LEWAT KULIAH FOR FIRST TIME

kami 6 orang masa tu.. aku, atiq, imah, azie, malee and syamee dah tercegat depan pintu masuk kuliah..
we are about 15 minutes late, so takde sape berani bukak pintu dulu. both boys malee and syamee pon takut nak bukak, deme tolak tolak aku ke depan.. suruh aku masuk dulu. dengan doa dan lafaz bismillah, sembur kanan kiri atas bawah depannn ~ aku bukak pintu kuliah..

jalan kedepan sambilo diperhatikan seisi dewan kuliah. some of my friends yang dah datang awal tu.. aku nampak diorang senyum2.. gelakkan aku letuww ciss!

miss wani: why you are late?
[realizing that miss wani speaking in english, so aku kebuntuan.... nak jawab ape niiiii..]
aku: urmm.. hmm we are late.. because... the bus is late !
miss wani: so the bus is late lah. not you?
aku: aaa.. yess.. (sengih)

hahaha. tu dia baq hangggg!  we are late bcoz the bus is late! good... bagusnya the rest 5 orang tadi tu bukannya nak backup aku, dok je kat belakang.. ottoke.... that was the first and last aku terlambat pergi kuliah.. haha.

___________________________________________
peristiwa #2 : SUBSTITUTION METHOD CALCULUS 1

pada pagi yang indah di fac education, ed247 sedang enak berlajar calculus 1. substitution method. aku and the geng duduk depan sekali dalam kelas.

sir akmal: okay, why we use "tan 3x" as "U" in this substitution method?
aku: because... it is complicated sir!
sir akmal: ape awak ingat ni  relationship status kat fb?

aduhhh! terkena aku.. memang kene gelak laa dalam kelas.. tapi tak silap aku, lecturer matrik aku cakap gitu dulu.. mane yang paling susah jadikan as "U".. T.T tak pasai2 kene bahan.

___________________________________________
peristiwa #3: 2 SIDED LECTURE HALL

tengah hari belajar bio memang mengantuk. tapi untuk hilang ngantuk, aku and the geng suka buat 2 ways communication dengna miss wani. kalau tak memang berdengkur laa dalam lecture. memandangkan lecturer ade sorang, and dewan kuliah tu ada 2 bahagian (kiri dan kanan) so kalau miss wani tanya soalan, beliau terpaksa communicate side by side.. mula2 random then, sebelah kanan dulu...baru sebelah kiri... aku and the geng selalu duduk side kiri dewan.

miss wani: okay. why the bla bla bla bla ba bla ..... ? [randomly]

[masa ni semua tercengang cengang tak tau nak jawab apa.. ada senyum2, terkulat2, belek2 nota.. then, miss beralih ke side kanan dewan, budak2 sebok nyotnyet2 dengan orang sebelah about miss wani's question]

aku: because the bla bla bla bla blaa... [menyedari miss wani memandang dan menghampiri side kiri, mulut aku automatik senyap. silent! she staring at me, waiting for the right answer]

[okay now, bila menyedari mulut yang bercakap tadi senyap beliau beralih balik ke side kanan. masih menunggu jawapan from her student...]

miss wani: can you get the answer? imagine that.. why the bla bla bla blaaa...

aku (from left side) : because the bla bla bla blaaa.. blaa. and blaa bla bla...

[mendengar saja suara aku beliau beralih ke side kiri dewan. but my mouth was shut. hahhaha.. automatik. maybe sebab masa tu baru2 je lagi, and segan segan nak jadi seorang yang outspoken and be brave to answer publicly]

menyedari aku senyap. aku rasa miss dah polak kott, the dia cakap...

miss wani: okay, dia macam ni tau.. [suddenly she speaks in malay! haha] when i ask all of you a question there is nobody answer me so i go to the right side. when i was at the right side, i rasa macam ada suara dari arah sana, so i pergi lah sebelah sana and finding the voice .. but the voice suddenly silent and when i look at the voice's owner, she look at me and her eyes said  "it wasn't me......."

lecture hall: bhahahhaha...

iffa (sebelah aku): miss pandang kita kan?

#again. aku terkena lagi ..

____________________________________________
peristiwa #4 : MARKER KU DI CALCULUS 1

as usual. pagi isnin. sesi soal jawab antara sir akmal and anak anak muridnya... and sometimes he aim student haha. nasib laaa sapa kene aim tapi kitorang tak kesah kena aim sebab tak pernah tension pon belajar calculus 1 since our lecturer is so sporting haha. enjoyable. kadang2 beliau yang terlebih enjoy haha.. jahat tak aku..

nak dikatakan, sir bertanya satu soklan dan salah sorang member aku ni jawab. tapi unfortunately, jawapan tu tak berape nak betul or tak tepat.. then beliau cakap..

sir akmal: korang pernah dengar tak lagu marker ku di mulutmu? hahaaa. jangan sampai saya cipta lagu tu untuk awak

dengar je tajuk lagu tu memang kitorang gelak gila gila laaa. dengan gayanya lagi pegang marker.. aduuhhh.. miss that moment.. calculus 2 sape lah pulak ngajornye...

_______________________________________________
peristiwa #4 : DOLLY THE SHEEP

setiap isnin dari jam 5.00 pm - 7.50 pm kitorang ada satu kelas yang kitorang agak suka and releksss... haha .. subject SCE (science social) ni pon takde exam paper, it just depends on our on-going mark like paper works and presentation. okay nak dijadikan ceritanya, on that day group aku kene present with the topic of genetic engineering and biotechnology. so kitorang specific kan lagi untuk bentangkan tajuk cloning since case cloning dolly the sheep kan sangat sangat bangat related dengan topic genetic eng. and biotechnology.

sir mubarak: ok. seperti yang kita tau, zygote dolly terhasil daripada gabungan host cell and nucleus dua white sheep. soalan saya sekarang, kenapa scientist menggunakan kambing ke-3 iaitu black sheep sebagai ibu tumpang kepada zygote dolly tadi?

aku (dengan selambanya): emm sebab scientist tu takde kamnbing warna putih?

[dengan lantasnya sir berpaling ke arah aku dengan mengangkat pen biru dia menghala ke aku. tu tanda suruh sonyap! jawapan tak relevant langsung. -_- ]

sir mubarak : saya nak awak yang jawab... [dia halakan pen ke arah salah sorang group member aku]

[tapi nak dikatakan, member aku ni terbagi jawapan yang tak memuaskan hati sir]

sir mubarak : awak dah salah faham ni.. tu bukan jawapan yang saya nak. awak faham tak soalan saya? kenapa zygote dolly tu scientist implant kan pada black sheep??

[aku secara tiba-tiba dapat idea untuk menolong member aku ni]
aku : sebab... scientist nak siasat either dolly tu inherit ke tak genetic daripada ibu tumpang dia si black sheep ni .......

[then aku nampak sir mubarak angkat lagi pen biru dia, kali ni nampak macam nak menghayun pen tu ke arah aku. aku dah siap dah, kalau beliau baling ke arah mana aku nak ngelak... selepas itu...]

sir mubarak: yeahh! jawapan itu lah yang saya nak dengar!!

[aku tarik nafas lega.. fuhh naseb la beliau tak baling pen uh. macam tu ke gaya beliau appreciate jawapan dari someone? sungguh mengerikan.]

________________________________________________
peristiwa #5 : AKAK TUDUNG MERAH

okay, kejadian terjadi masa first-first kelas calculus.. aku pakai baju kurung gelap dengan tudung merah. duduk belakang sekali (sebab tak pro lagi untuk rebut tempat depan sekali). so it was first time we met sir akmal since dua kelas pertama kami beliau mintak postpone sebab ada kursus katanya. memandangkan aku ni jenisnya suka memerhatikan orang, aku describe kan he was quite sweet with a charming smile. haha. aku berlaku jujur ni.....

dah habes! ok then.. sesi pembelajaran pon bermula. as you know la all lecturers in uitm will speaks in english.. so aku ni, yang memang agak lombap dalam english, cuba lah nak tangkap apa yang sir aku ni cuba sampaikan. sampai satu masa aku jadi blur.. aku hanya mendengar bunyik kereta api yang berlari laju... please imagine it ! so nak tak nak, aku target before lecturer aku ni bertanya soalan with aiming someone to answer it, aku mesti fahamkan apa yang beliau sampaikan...

suddenly he quite. and ...

sir akmal: ok akak yang tudung merah belakang sana tu.. haa, sekarang ni kita patut buat apa ni..?

[what the ikan masinn??! aku? first day dah kene ambush niii... memang tak lah aku suruh beliau ulang balik apa yang beliau dah terangkan berduyun-duyun tadi. haa  tu la hilang fokus lagi ! must get the ideas!! hmm... okay!]

aku duduk sambil tersenyum memandang ke arah lecturer aku and.... angkat kedua belah kening aku banyak2 kali.. [perh! stupid thing that have you done actually, hanisssss! ]

sir akmal: (gelak) ohh awak ingat awak sorang je boleh angkat2 kening kat saya? saya pon boleh laa angkat2 kening kat awak... (and now he repeated my action recently)

that was first time aku mencetuskan kegalauan dan ketertawaan dalam kelas.. ouuuhhhh maluuunyaaa T-T

_______________________________________________
peristiwa #6 : LECTURER TERBAIK IALAH SAYA

di suatu petang yang hening... kami mendengar khutbah isnin yang amat bermakna dalam hidup kami as seorang pelajar...

sir mubarak : awak kira beruntung tau dapat saya as lecturer awak semua.. kalau awak dapat lecturer yang cerewet2 tu semua, awak ingat diorang akan tolong awak ke macam saya tolong awak sekarang ni? saya buat semua ni sebab saya dulu pun macam awak, student macam awak yang tak tahu apa2. mana ada lecturer lain yang tunjuk ajar student satu persatu macam yang saya buat sekarang ni..

[memang takda pon, sebab tu kami appreciate sir mubarak hehe]

sir mubarak :  kalau ada, meh awak tunjukkan lah dekat saya. bawak saya jumpa dengan dia.. saya nak cium tangan diaa..

[aku and my entire group presentation duduk kat depan masa ni.]

atiq (one of my group member) : cium macam ni.... mccuaaahh mccuaahh.. (bisik sesama kami)

suddenly we heard...

sir mubarak : takde lah sampai macam tu sekali..........

ok. beliau dengar. serve you right babe! hahhahaha!!!

____________________________________________________

haaaa.. dah baca dah kan.. itulah antara kenangan-kenangan yang aku takleh lupakan..
haha. ekceli banyak je lagi tapi entah la aku rase cam menjelaaaaaa je aku menaip.. dah la ada yang aku terdelete tadi! jenuh aku taip balik... sobbing !

then, haaa. my result for sem 1 dah dapat!! haha.. alhamdulillah... aku lulus.. above 3.0 with no grade C hehhee.. secara keseluruhan aku dapat 2A,1A-,1B+,1B, 2B-.. my bio was B+ haaa sayangnyaaa!  aku target aku ada repeat paper, paper calculus tu becoz aku rase susah sangat masa jawab exam tu.. but alhamdulillah..... hehehe aku tak kene repeat mana-mana paper pon.. nampaknya Allah menjawab doa-doa aku selama ini.. hehe even though aku tak mencapai dean list, tapi aku berbesar hati jugak la aku leh survive sebab masa study week, aku tak sempat belajar sangat pon.. demam punya pasal, muntah-muntah. haha..so aku tido je laaa banyak kat rumah waktu study week.. its ok then =D takpa belum rezeki lagi, tapi for next sem yeahhh! insyaAllah kalau ada rezeki... aku nak dean list ! dekan ! dekan ! hahaha.. well seems like i have to manage my study time wisely next sem.. jangan drop! mesti kene ada peningkatan hehhe..

okay lah.. time for bed now.. im quite sleepy ekceli hehhee so... tata.. wasalam








Sunday 9 February 2014

makan malam amal silat cekak

assalamualaikum wbt

hehe holla. okey baca je tajuk entry ni opkos la nak havoc siket pasal makan malam anjuran silat cekak pusaka ustaz hanafi. hehe ni antara kenangan-kenangan termanis aku dengan geng silat :) pada awalnya aku takmo pergi sebab.... mahaiii.. haha.. last last aku tak tau acaner senior senior aku dapatkan sponsor siket untuk kami sebanyak 50% haha. dari rm 100 ke rm 50. so sape tak balun kan?? haha. orang dah bagi diskaun tu kire okey lah. bersyukor!

ekceli yang nak merasa sangat pergi makan malam ni ialah my silat partner, Amal.. nama panjang amalina so make it short la amal. kalau rm 100 memang aku tak pegi arr kan, haha. tapi seyez aku bayar rm 50, aku puas pergi sana. haha. niat aku an amal nak pergi sana ialah tak lain dan tak bukan .... MAKAN. hahhaa nak tengok la apa special sangat kan sampai rm 100 harge sekepala.

kami bertolak lepas asar ke rumah persatuan. berkumpul dengan alumni and gerak dalam jam 6 gitu. sampai kat haaaaaaaaaaaa... lupa nak habaq mai.. dinner ni diorang buat kat Dewan Felda KL. so kitorang gerak dari shah alam ke KL, amik masa dalam tak lebih sejam.. sampai sana terus carik surau, solat maghrib then tunggu senior daftarkan kitorang hehe. perh aku cakap. aku ingat dinner biasa biasa je, rupa-rupanya, agak grand jugak. ada counter reception untuk media lagi. pintu gerbang thumb up ! masuk je dewan tu, chantek giler.. nampak macam sangat exclusive ! masa ni hati aku terdetik.. padanlaaa rm 100 sekepala.. alhamdulillah kitorang dapat sponsor 50%

kertas coklat ni sorang dapat satu.. balik je dari dinner aku terus tampal kat board aku
hahaha,. bangga dapat pergi !


fyi, majlis belom start lagi, aku dah habeskan air sirap ni ahahha
dahaga seyh.. tak tertahan, air ni sangat gojesss !
#sirapjepon!



so then sampai sana, tunggu majlis start agak lambat. jadi, kitorang memanfaatkan masa dan tab amal yang ada muahaha.. time for capturing ! haha. mood masa ni memang happy maybe sebab semalamnya aku dapat result test silat yang hehe agak mantop jugak... ngee ~ prinsip aku masa test : kalau mulan ada kungfu, hanis ada silat ! hahaha, macam syiah je.. habes!

okey ni muke memang control ayu giler sebab kiri kanan ade
abang2 hensem hahaha. takde la ni la senyuman
paling tak ikhlas dari aku.. haha why?? sebab agak segan nak bergambar
tatkala kiri dan kanan ramai orang yang kite tak kenal
and mostly orang orang yang ternama..
  
oraitt ni lah amal ! amalina ismail :)
my silat partner, lab partner, class partner hahaha
amal ni asal dari sabah and chantek kan dia?
hahaha dah berpunya .. opss sori ! hakhak

yer yer.. aku tau aku chomel dah! habes! 

haha.. okey, aku and amal memang partner silat sejak awal kami masuk lagi.. and seyezly, aku sejujurnya sangat tak selesa kalau berpartnerkan orang lain selain amal.. seyez tak best haha. amal and aku mcm dah ada chemistry. aku agak kasar siket masa latihan and pernah tercederakan amal ni sampai dia tak boleh bengkokkan kaki dia malam latihan tu.. lepas amal pergi rehat, aku buat latihan dengan masyitah pulak, and again.... aku nampak masyitah cam dah serik je nak partner dengan aku T_T sorry korang! aku try untuk buat selembut boleh, and aku rasa tu lah kelembutan yang aku ada hehe.. antara masyitah dengan amal, lembut masyitah lagi. sedar yang aku ni dah mengasari syitah, aku mintak maaf kat dia. dia memang sangat feminin, and seyez aku menyesal wat latihan dengan dia.. bukan tak best,, bukan! aku menyesal sebab dia terlalu lembut and aku tak sanggup nak buat silat kat orang yang feminin mcm dia wuuu ToT sedeyh! asal aku tak lembut cam syitah ek? jelez tau nyaahh ~


wooaahh hahaha i likee...
ni la antara menu menu yang jadi santapan kitorang malam tu
best giler! and cara diorang persembahkan makanan pon sangat ohsem!
lampu dipadamkan, waiter2 jalan bawak lilin.. gimik mcm eletrik short je haha

tapai ice cream vanilla yuumm yummeeyy!

okey,  ni la desert dia yang sangat member kesan kat aku sampai ke hari  ini..
seyez aku memang tak makan tapai sebelum ni and ni la first time aku makan tapai sampai habes!
tapai dicampur dengan ice cream vanilla .. superb sedap. kadang kadang sampai sekarang, nak lepas rindu, aku beli laa tapai depan fac aku kat intec tu and beli ice cream kat induk ahaha.. rasa dia memang tak sama macam yang pernah aku rasa kat dinner ni tapi tekak nak rasa sangat kan.. haha tibaii

then dah habes makan, sesi bergambar pulak tapi sayangnya gambar tu takda kat aku haha. its okey. mata pun dah ngatuk malam uh... muke sembap mintak bantal je.. tengok senior senior silat aku still bersemangat! perhh deme ni.. esok aku ada kelas BPC. kasihanilah aku... balik jam 12 lebih, sampai kolej pukul 1 pagi. nasib baik lah kami naik kereta setiausaha silat aku yang aku dah terlupa namanya hehe. mase naik kete tu ingat lah nama beliau, tapi dah turun kereta aku dah lupe hehe.. mintak maaf tuan! terima kasih kasi saya and kawan2 tumpang kereta :D ngee ~

then dah sampai kolej mawar, naseb laa rumate aku tak tidoq lagi. sian dia sorang2.. si arynn comel haha.. si zati and puteri takdak.. balik rumah.. ala arynn.. kau gayut je malam2 buto, okey la tu ada orang temankan walaupun dalam handphone jep hahahha..

owraitt.. conclusion nya. aku puas pergi dinner amal ni. memang tak menyesal haha. rapat dengan senior.. dapat tengok persembahan silat oleh abang2 silat dari uitm shah alam sendiri .. waah aku bangga nengok diorang wat persembahan.. chaiyookk! haha.. mostly diorang bergelar jurulatih aku.. tali pinggang merah.. haha.. okey la aku rasa dah cukop setakat ni.. eden nak cau dulu tata... wasalam

Friday 7 February 2014

12 hari kem komander LIBK

assalamualaikum wbt

hai ! hei .. hoi ! haha. okey, ekceli aku baru je lepas balik dari kem LIBK. hemm.. baru lah sangadd kan! dah 3 hari dah aku memerdekakan diri dari kem tu hahaha! mende jadah LIBK tu eh? korang mesti wondering gilerz en. hmm .. ok LIBK stands for Latihan Intensif Bakal Komander. yesss yesss.. Bakal Komander.. Bakal Komander.. Bakal Komander.. perhhh terngiang-ngiang seyh.. nightmare betol.

mesti korang tertanya-tanya kan acano aku leh terjebak dalam kem ni? bhaiii.. aku tau aku brutal, kasar, tapi seyez aku memang tak minat komander-komander ni, abang komander aku minat lah hahaha! joking. ok sejujurnya, bukan bidang aku la untuk ada perasaan minat dalam dunia komander ni. sekasar-kasar aku, aku layan silat.. kungfu.. ninja.. samurai.. hehe. ekceli silat je. poyo je lebeh mak limah ni..

but kenapa aku leh masuk LIBK sedangkan aku tak minat? hahaha.. tu diaaa.. ni sebak ni bila bukak cerita balik.. ekceli... aku terjebak! aku terjebak! huhu. semuanya bermula sebab hari sabtu tu.. aku saje je test2 nasib pergi interview untuk jadik ajk BPC (Badan Pertolongan Cemas) next sem. hmm.. aku pikir kalau tak pergi means aku memang dah block rezeki aku daripada untuk jadi ajk next sem. memang tak ada tempat untuk aku kat situ. tapi if aku pergi, berkemungkinan ada rezeki aku kat situ sebenarnya. dan dan pergi, tup tup aku dapat, last last dapat mesej. "tahniah .... bla bla bla.. free kolej next sem bla bla.. tersenarai dalam LIBK bla blaa.."

aku tercengang campur tercungap, naseb tak terkentut je beb.. hanyir tau tak. LIBK tu la member member aku dok kejar-kejar kan.. hmm disebabkan ini, aku terpaksa melepaskan rumah sewa aku, sebab dapat kolej free. aku nak komfemkan lagi.. aku call tuan punya nombor yang hantar mesej tadi. "wajib ke pergi LIBK?" suara dicorong telefonku membalas, "ye, semua ajk baru wajib pergi LIBK" ..

bhaiii.. dia kata wajib pergi tapi suruh aku sah kan kehadiran either dapat pergi ke tak. okey... aku dapat rasakan yang kem ni ekceli its up to you if you want to go or not. hati aku berkata-kata lagi, dia letak perkatan "al wajibul ghunnah" tu sebab maybe diorang tak dapat sambutan dari pihak ahli persatuan sendiri and deme tak cukop orang nak hantar jadi wakil so deme heret kitorang ajk ajk baru. hehe, hebat tak teori aku? hahhahaha. tu hypothesis je kesahihannya wallahualam.. and then aku buat-buat macam lembu kene tusuk hidung, "Ohh yeke.. okey okey hehe tenkiu..!" nampak tak keikhlasannya tu.. hahaha hampeh la hanis oiii ! tapi takpa, yang penting ilmu yang ada dalam kem tu.. azab dia, pandai pandai la aku tahan nanti..

okey, just make it short and simple. aku pun pergi la kem LIBK ni. perh hari ke 3 kaki kiri aku dah melecet, kuku kaki kanan (telunjuk) dah warna ungu. ni semua sebab salah pakai kasut pua chu kang uh.. haiyaa.. aku pi amek saiz 9, padahal saiz yang ideal untuk aku bagi kasut tu saiz 7. mane la aku tau bab bab saiz kasut ni. normally aku pegi beli kasut, memanga ku amik saiz 9. tapi tak sangka pulak saiz kasut pua chua kang ni cutting besar. and aku gi letak pad kat bahagian jari kaki tu. tu pasai kuku aku lebam... hematoma kata MA yang jaga kitorang hari tu haha. aduii..

citer pasal MA, aku one of the skuad saket kat kem ni. disebabkan melecet tanpa air berdiameter 2cm setengah, aku tak leh lari sangat and join aktiviti aktiviti yang melibatkan kaki. lagi-lagi bila kaki aku yang melecet tadi terkene bisul. perhh.. bisul beb! bisul ! kaki aku kene bisul kat kem.. acano leh kene tu? haaa.. its all about infection la jemah oi.. bila dah lecet, kau jangan la pi gatal gatal koyakkan kulit tu walaupun dah kering. bior kan aje.. kulit tu la yang akan jaga kulit baru nak tumbuh tu.. haa aku ni, takda pengalaman. main ikut je apa orang cakap. aku koyakkan kulit terkopek tu. ala tak saket pon sebab dah kering. tapi ekceli JANGAN KOPEK! haaa.. last last dapat infection, bernanah kat situ. tak pasal pasal, malam malam waktu budak budak lain dengar ceramah, komander bertugas panggil nama aku, ajak gi klinik. tapi last last bukan klinik bhaii.. hospital klang bhaii.. hehe sebab klinik swasta tak mampu, hospital shah alam tak bukak, pusat kesihatan uitm tutup hari sabtu. so malam tu menghirup udara luar laa aku dengan menaiki van uitm. bangga seyh!

sampai je kat hospital, doktor cakap kene buat minor surgery. aku kene sign surat kebenaran bius bagai.. and doktor kata jangan pakai kasut sebab bisul aku ni kat pangkal tumit. hehehahhahahha.... memang tak leh kawad la aku, passing out untuk kem tak dapat nak buat sebab waktu raptai tak dapat join.. waktu raptai orang pakai half-U, aku berselipar. menangis aku.. seyez aku menangis masa komander cakap kalau doktor dah cakap macam tu memang diorang tak boleh nak halang. aku kene duduk dalam skuad saket. seyez beb, bile pakai selipar aku dapat jalan normal. leh main tali skipping lagi, kalau ade la tali skipping kat situ/ cuma bila aku berkasut, aku akan jalan macam zombiehhhh... hencot hencot !

and aku ada gelaran dikalangan komander-komander. hmmm antaranya "kaki ekzos" "kaki lobang".. haha. acano leh dapat nama nama tu? sebab bile dah buang bisul kat kaki tu, opkos laa meninggalkan lobang dikaki. nanah dalam bisul tu dah pecah siket masa aku nak buang tu, and nanah dia keras. so MA tu terpaksa korek siket laa bidul tu hahaa. kalau berair senang, kau picit terpancut la nanah tu tapi ni keras. so kene berusaha siket untuk digging! hahhaa.. saket? sikit laa.. thennn aku kene dressing luka tiap tiap hari, naseb laa masa kene tu 2-3 hari je lagi nak habes kem. cakap pasal dressing luka, again aku rasa menyusahkan orang sebab kene hantar aku pi dressing luka. dressing kene guna povidon pulak tu, kalau takat air biasa leh je mintak komander medic buatkan.. itu pon kalau diorang lalu tengok kaki aku yang berlobang tu laa hahhaa...

pasal kuku lebam tu, naseb la En Farhan bagi rawatan kat aku. kalau tak.... hmmm menanggung laa azab kuku tercabut nanti.. ok En Farhan ialah MA yang first cakap kaki aku kene bisul and keluarkan darah terkumpul bawah kuku kaki ku.. haha.. beliau duty waktu kitorang latihan kawad. kau tau acane dia keluarkan darah tu? hehhe meh aku citer.. dia amik jarum. letak atas kuku aku, and drill secara halus kat kuku aku tu sampai aku rasa ngilu or sakit siket. haha.. dia buat 2x drill kat kuku aku.. aku picit plus tekan2 kuku aku tu sampai darah2 bawah kuku tu keluar. habes je dia rawat aku tu, aku tersenyum puas nengok kuku aku yang dulunya ungu pekat, sekarang dah jadik warna asal balik. peace yawww! tenkiu En Farhan haha.. aku sempat nyempat lagi tanya dia macam2 ilmu rawatan. "ni internal bleeding ke?" "kalau hidung berdarah apa nak buat?" "iodine boleh pakai untuk luka apa?" haha. mostly beliau akan tergelak sebab soklan soklan aku agak macam budak baru nak belajar.. almaklumlah I ni kan BPC yang belum ditauliahkan lagi.. aka junior.. hahaha.. masa beliau cakap perkataan hematoma.. aku lagak cam tau je "oowhh hematoma!!" then aku separuh berbisik "macam pernah dengar..." hehehhehehhehe.. beliau tanya lagi "ada belajar kan?" aku jawab "err.. ada! rasanya.. hehe. belajar sebab nak exam... ngeee~" haaa. tu laaa typical student!! belajar sebab nak exam! memang kene gelak laaa aku.. segan beb..


ni la skuad aku. yang sentiasa jadi penguat aku and support aku untuk terus kuat kat kem ni
yang bile aku dah kenyang, diorang la yang akan makan siket makanan2 aku kasi habes
yang bile aku nak jatuh, diorang akan tarik aku balik.
yang bile aku kata sakit, diorang suruh aku keluar baris
saket buat cars saket beb, kang kau pengsan ingat kau kocik nak orang lain angkat kau?
hahahha.. takde laa. diorang tak cakap camtu..
diorang cakap "come on hanis, you can do it! kau boleh buat!"

ni member baik aku hehe. classmates untuk sem 1 ni. ekcelin ada 2 ketul lagi classmates
aku tapi maybe deme pegi makan kot.. cer tengok muke kami.. gelap tak?
hahah.. aku paling cerahkan? asal hah?
sebab aku tak mausk perbarisan terakhir yang tersadai bawah matahari tu..
skuad saket la katekan... acano? ensem tak member2 aku ni ahahhaha!

yeah! hari kebebasan mutlak!
penyarungan pangkat KRM (Komander Rendah Muda) oleh my lovely father
hehhee.. now im not Bakal Komander anymore.. i am Komander Hanis.
and dont worry, aku takkan treat budak budak aku macam mana treat yang aku dapat
sepanjang kem ni.. insyaAllah, aku akan ikut nasihat jurulatih aku..
"jangan menggunakan kata2 kesat ketika kamu melatih skuad kamu. itu melanggar ciri-ciri sebagai
seorang komander" cikgu! hormat, hormat ke hadapan .... hormat!!


okey.. haha. menjela kan? well ekceli ada je lagi aku nak share tapi kalau dah menjela sangat orang naik bosan baca.. tapi tu laa. sepanjang aku kat kem, aku menangis 2x. first sebab aku rasa aku tak mampu untuk buat denda yang dikenakan sebab kitorang didenda atas kesalahan orang lain yang kami sendiri tak tau siapa yang buat.. (lagi sebak bila dengar ada komander cakap dalam separa berbisik awak ikut je flow ni, jangan peduli apa dia cakap. ikut je) second aku nangis sebab aku tak leh masuk perbarisan akhir which is passing out sebab aku tak dibenarkan untuk pakai kasut.. hmm.. and yang paling aku bersyukorrr sangat2 ialah, nasib baik lutut aku tak buat hal. as yang korang tau, aku ada masalah lutut since matrik. doktor kata kurangkan berat badan, but aku rasa berat aku dah dikurangkan tapi effect still sama. so aku bergantung pada susu untuk tulang kuat hehehe.. tapi aku tak bawak susu pegi kem! so alhamdulillah lutut aku just lenguh2 biasa hehe. tak kronik mane pon.. and paling best, aku tak cakap pon kat komander yang aku ada masalah lutut ngee ~ . sebab aku taknak diorang pikir aku budak berpenyakit. saiz kasut beza lah, lecet lah, kuku hitam lah, bisul lah, semua penyakit muke aku nak sapu... ~..~"

mende lain yang pernah aku buat masa kem ialah tido berdiri.. haaa ni aku teror, aku leh terlelap waktu komandder aku dok potpet2 kat depan. banyak makan tongkeng ayam letuww .. penat aku dengar sampai aku leh tertido.. hmm.. lagi, aku belajar acaner nak gune suara perut. aku belajar nak rawat budak budak melecet. aku belajar hidup takde handphone. aku lah antara insan2 yang paling rajin terima maki dari komander2. maybe sebab aku tak pro dalam kawad and selalu salah faham dengan hukuman yang diberi. bahasa2 kawad tu memang aku out. aku pernah terlambat 30 minit bangun pagi, memang pagi uh tak mandi laa kalau dah lambat. tapi segala apa yang diberi pada aku, denda, maki, aku tak telan.. aku buat dia masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. sebab bila telan, perit. so better biarkan bagai angin lalu. just amik pengajaran je. tak semua komander tu teruk, ade yang baik. and tak semua yang kita nampak garang tu teruk, ekceli diroang pon manusia, ada sebab kenapa diorang buat gitu. cuma kalau ada yang teruk pon tak ramai, sorang dua je.. tu memang takde insurans la punya mulut. naseb je aku silat tak masuk peringkat tamat lagi, kalau tak memang aku dah bagi dah buah silat pertama sampai buah ke-20 kat dia.. hmmm.. rasanya tu je kott.. silattt !!!!!!! rindu kauuu....

okey laa aku rasa cukop sampai sini.. aku nak tido! dah malam nih.. night night... wasalam :)