Wednesday 27 July 2016

BESTFRIEND OR GENG GILA?

Assalamualaikum wbt

Hai KBB. Eh, apa yang aku perasan, asal semenjak dua menjak post aku sekarang semua pasal kawan eh? Haa.. maybe tengah musim kot hahaha. Nak cerita pasal kerja, belum kerja. Cerita pasal study, erm, tengah cuti sem. Cerita pasal family, macam takda topik. Tapi sebenarnya kalau tulis blog ni, dia ikut mood jugak. Kalau mood pasal family, aku cerita pasal family. Kalau pasal kawan, then pasal kawan lah. Kalau takda mood, tak dan nak mengarang ayat panjang berjela.

Okay. Bestfriend. Siapa takde bestfriend? Rugilaa kalau takda. Bestfriend ni, dia tak ramai. and Bestfriend ni, bukan semua tempat kau pergi kau boleh jumpa. contoh, kau belajar kat Johor, ni Bestfriend Johor. kau belajar kat Shah Alam, ni bestfriend Shah Alam. Nope. Bestfriend kau ialah mana-mana kau pergi, dialah bestfriend kau. tak kira kau belajar kat selatan, dia belajar kat utara, kau tetap akan share cerita-cerita kau dengan dia. Bukan habis belajar, terus lost contact.

Kalau kau jenis pindah merata, pastu kat setiap tempat tu kau tubuh kan sekumpulan kawan yang gila gila and sekepala dengan kau, tu kita panggil geng. Geng Gila. Tapi dalam ramai-ramai manusia yang jadi Geng Gila kau, mesti ada sorang yang kau akan rasa selesa nak share masalah, cerita privasi kau, minta pendapat, leh kesat kesat air mata kau, kongsi susah senang. Itu boleh di consider kan as bestfriend.

Macam aku, aku pernah sekolah dekat Hulu Langat, aku takda geng sangat selain geng hostel. Aku ade sorang bestfriend nama Fairus. Even aku dah pindah semenyih, sambung belajar kat matrik Johor, sambung belajar lagi kat Shah Alam, aku still contact dia and keluar sesama kalau ada masa free. bila aku pindah semenyih, aku ada geng semenyih yang familiar dengan panggilan HANAMA (terbalikkan dari word AMANAH, nama kelas kami). aku study kat matrik johor, aku ada geng aku, which are my roommates. pindah shah alam, lagi banyak geng aku buat. ada geng society, dalam society tu ada mini-geng lagi. hahahaha biasa lah tu.. ada geng kelas, dalam kelas ada mini geng kelas lagi.. ada geng silat, tapi aku dah lama tak turun gelanggang silat so aku tak rapat sangat ngan geng silat.

Komuniti aku semua terdiri daripada students. Ada jugak kawan dengan orang dah bekerja, tapi tak ramai lah.

Best ke ada geng? best lah kot, sebab diorang faham kita macam mana, leh in dengan kita, kita nak makan pun ada kawan. well, aku jenis tak suka makan sensorang, sebab tak syiok. sumpah tak suka. aku lebih rela bungkus, makan depan laptop daripada makan sensorang.

okay bila kau ada geng, geng paling best ialah geng membahan. ohh serious doe, aku tak larat nak bergelak dengan geng kelas aku. kitorang rapat 5 orang, aku iffa ros zack mj. kekadang mj takda, sebab dia selalu ada hal lain. so kalau lepak, memang aku iffa ros zack. zack ni pompuan eh, bukan jantan. nama macho dia zack, tapi hati penuh kewanitaan. BAHHAHAHA!


ZACK - ROS - IFFA - HANIS


kk.. lepak dengan diorang ni memang takkan kering gusi. sakit perut nak tercirit, sebab asik nak gelak je, masing-masing kuat membahan. bahasa yang kitorang guna pun kekadang kasar lah jugak, sarcastic, tapi masing masing takde hard feeling. kalau ada pun tak lama. kalau gaduh, gaduh besar boom boomm boommm sana sini pastu esok lusa okay balik.. alhamdulillah lah. aku ajak diorang mereput dengan aku, jangan kawen, dok sesama, kita tubuhkan rumah orang tua tua, hahahaha! tengok rezeki cemana. tak tau lagi panjang umur ke tak, sempat ke nak tua persoalannye? grad pun belum. ada setahun lagi nak bergelumang dengan degree life.

ada masa kami lepak makan sesama. kitorang suka makan tempat memurah. or nak mahal sikit, sekali sekala lepak subway. ada sekali tu makan steamboat kat meru, D'captain Steamboat & Grill ( - btw tempat ni sedap and best!) , diorang ada usha sekumpulan mamat belakang aku. aku perasan gak diorang kat belakang tapi, kambing depan mata lagi mengenyangkan dari jejantan tersebut, so fokus aku hanya pada makanan. diorang usha pastu tanya pendapat aku.

Sambil buat gaya sebab taknak kuat sangat cakap, "Nis, topi merah, pukul 5 kau, hensem tak?"

Aku nak pusing. Aku pusing belah kiri.

dan -- "Ye. Sejak bila jam kau anti-clockwise nis?"

memang kene gelak laa. aku pon, salah pusing adoi. patut pusing kanan!


ada pernah. naik kereta berhenti kat trafik light. ada lori berhenti sebelah sambil suwiit suwiit . "awek wehh awek.." si zack kat sebelah. tingkap memang bukak sebab tu leh dengar abam abam tu suwiit. pastu spontan je zack, "ish dah lah tak hensem, nak ngorat orang, " --- tetttt zack tutup tingkap. kitorang memang berdekah giler sebab zack ni kalau cakap memang tak hingat dunia, macam pakai loud speaker. samala cam aku pon. hahahaha. sian doe abam tu.

ade lagi. tengah struggle buat abm (alat bantuan mengajar) sebab involve dengan pertandingan paksa-rela, kitorang kerah tenaga nak habiskan buat abm tu sampai tak tidur malam. so memang berjaga lah, walaupun pertandingan ada 2 hari lagi. memang masa tu, gosip and membahan je kerja. ros ni pasang lah lagu english since dia memang expert sikit lagu english, so kami membahan lagu ... NO - MEGHAN TRAINOR. iffa dengar antachebolo antachebolo, padahal lirik untouchable untouchable. pastu lagu ZAYN MALIK - PILOW TALK tak silap. aku dengar pedonde pedonde padahal bed all day bed all day. bukan salah telinga yang mendengar, salah mulut yang tak pronounce betol! ape salahnye pronounce sebutir sebutir word tu? hu?

TIOMAN TIME!


Masa kami pergi bercuti kat Tioman, lagi best moment ever! ros cerita kat aku sebab aku takda kat tempat kejadian. adalah makhluk Tuhan ni (hmm geng gila aku jugak), nak tidur tapi bilik sebelah bising. alaa biasa laa bising, bila lagi en nak borak gosip pasal hal perempuan. yang dia ni nak tidur awal, dengan selsema nye, kami nak bergosip, hello?? malam masih muda okehh.. bila dengar orang sebelah bising (suara aku lah tu bising) dia menyumpah semoga kitorang dapat jiran annoying malam tu! hahahahha! takde benda lain ke nak sumpah doe hahahaha. at the end, aku tak tau macam mana dia leh hilang stability kat atas katil, golek punya golek, dia leh tergolek jatuh katil gedebuk! hahahahha! im so sorry beb, aku bukak cerita ni kat sini sebab kelakar bodoo.. ahahhahaha!! tu lah kau nyumpah orang lagi. Tuhan bayar cash! hahahah! alah. tak best la blog takde emoji eh? kalau ada takyah laa aku nak tekan 'hahaha' everytime nak jadi kan statement tu as joke.

NI JE YANG TAK AWKWARD  


k apa lagi moment Tioman. yes, moment aku dibahan sebab aku punya posing awkward giler babeng. si zack lah punya pasal, suara tu macam orang azan kat surau punye kuat, pi cakap "anis dan awkward pose nyee!!" sekali takpe, ni berkali kali. aish aku nak pangg je. aku baru nak acah acah pose gigit daun pokok. aduhh. dari orang tak pandang, orang pandang. pastu, hmm. lecturer aku kata dia nampak lak tuh situasi tu, sebab sebelah je dengan chalet beliau... hmm bukan beliau, mereka! mane la aku tau pokok tu setentang dengan chalet sape. banyak chalet kat situ. dah lah semua chalet cermin tinted, memang tak nampak laa sapa yang dok tenggek tengok. aku harap tak ramai nampak. hmm hopeless. bende dah jadik.

kalau nak cerita semua memang tak dapat lah sebab banyak sangat moment hidop dengan diorang nih. ade tu, si iffa ni, tersengguk sengguk dalam kelas sampai ada lecturer perli dia, dia tersengguk lagi, ade tu kelas lain lecturer lain tengah explain tapi nampak muke iffa tersengguk ngantuk, terus tersembur nak tergelak die. abis kelas terus segar mata dia. aishh -- salah kan setan yang menghasut tido.



STANDBY SEMINAR PRESENTATION
 - first present dapat bench mark! gudjobgais!

best moment lain is, diorang ni buat kerja cepat and tak berkira and tak lembab and tau nak curah idea apa. bukan blur, bukan lengah lengah, bukan memanjang takde idea. tu yang best. sebab aku ni jenis buat kerja nak awal and cepat. mase buat kerja, biasalah kekadang gaduh, tapi kitorang takde sentap mentap terus merajuk bagai. pandai-pandai lah jernihkan balik keadaan. kalau terlambat, mention awal awal -- sorry lambat sikit, baru bangun. -- sorry aku lambat, gi berak. -- aku gi berak jap, barang kat lab -- nis, aku nak berak jap -- aku dua kali berak hari ni, ni kali ketiga, tunggu jap. or.. -- ade tempat berhenti tak nis, rase nak berak jap.

hmm. selera lak dia nak berak je memanjang. aku ni nak kene digest diary product dulu baru leh hadam segala berak.

LAST SEM KAT SHAH ALAM


Dan .. diorang ni mulut kepoh macam anak burung punya bising kalau nampak crush memasing lalu. macam aku, aku tak malu nak cakap aku ada ramai crush, erk crushes kan untuk plural? hahahah.  well, crush je bukan ape. bak kata my feveret lecturer, jumpa crush usha je lah, bukan kena bayar.. saye dulu pun macam tu, ahhahaha! kekadang suka tengok je bukan suka ape. and banyaknye crush aku bukan taste orang ramai pon. danitu pun kene bahan lagi. -- anis taste dia nepal nepal sikit. -- anis taste dia orang orang asli baru nak hidup -- taste anis yang potong ayam kat tesco shift petang .. nampak segerombolan puak puak tu lalu terus cakap -- taste anis taste anis. .. hmm agak lah weh, aku minat hindustan, bukan minat puak tu huhu. entah laa aku kalau pandang orang memang aku neglect kan warna kulit sebab aku suka tengok bentuk muka orang tu. aku rasa puncanya sebab mak aku kot, asal tengok movie je, dia describe kan bentuk muka pelakon pelakon kat tv. mata ke dalam lah, senyuman charming lah (even pelakon perempuan), dimple lah, muka sweet lah. naahh , aku ikut mak aku. perhatikan bentuk muka orang tu. huhu. and aku tak usha jantan je eh, pompuan kalau lawa dia punya features dia, aku usha tak berkedip. lagi2 kalau anak anak mamak tu, hidung mancung ala ala hindustan fuuhhh ~ cantekk doe.. hidong! hahahaha


okayy.. aku rasa enough dah panjang dia.
nanti aku hapdet lagi.
baiii!!

waalaikumusalam wbt
Nurhanis Azhar















3 comments:

  1. salam,sy nak tny,apa plan awk lepas hbs belajar nnt?ada tak tny lecture psl peluang pekerjaan guru lepas hbs belajar nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. plan saya after ni nak bekerja. macam yang kita semua tahu, nak mintak kerja sekolah kerajaan sekarang agak susah, lama nak kene tunggu posting. so saya nak carik pengalaman di sekolah swasta dulu. dah kukuh nanti kalau ada rezeki boleh sambung belajar lagi dan run pusat tuisyen sendiri :)

      Delete