Wednesday 27 July 2016

It's hard to gain the trustworthy.

Assalamualaikum

Hai KBB. Cuti cuti sem ni, aku rasa tahap stress dia lagi menjadi-jadi daripada minggu study. Dia bukan stress kat orang lain pun, stress kat diri sendiri kenapa malas sangat nak buat kerja hahaha.

Okay KBB, kat sini aku nak cerita sikit dengan satu kes ni.
Aku pernah cerita kan kat previous post pasal zaman aku habis SPM, aku kerja and then kena game. Zaman hingusan, zaman kegelapan, zaman bodoh-bodoh dulu.

Benda tu dah 4 tahun lebih dah jadi. Tapi sangat memberi aku kesedaran dan waspada dengan setiap  orang yang aku jumpa dan kenal. Tak kisah lah baru kenal or dah lama kenal.

Aku jenisnya suka berkawan. Kekadang ada masa gatal miang aku, aku suka tegur stranger and buat kawan. Tapi hanya kawan. Sebab bagi aku, kita boleh kawan dengan sesiapa yang kita nak, tak kisahlah dia kerja apa, study apa, tapi kita kena ada barrier, tembok, yang mana orang lain tak boleh sesuka hati cuba untuk runtuhkan. Kita kena tegas. Jangan jadi lalang, ikut je mana arah angin. Kita kena ada prinsip kita.

Macam aku, since aku pernah kena tipu (well aku tak malu nak mengaku aku pernah kena tipu), bukan pasal hati  perasaan je tapi pasal duit sekali, benda ni buat aku lebih berhati-hati. Serious talk, orang yang aku percaya ialah orang yang aku rapat sahaja. Misalnya, family aku, kawan sekelas aku (masa degree), kawan sekolah (certainly) dan senior society aku. Aku rasa tu je. Mintak maaflah kalau ada yang tak tersenarai. To gain the trustworthy, I need time. Bukan senang nak percaya kat orang. Aku belajar dari kesilapan. Jangan ikut nafsu, sebab kau suka dia so kau terus percayakan dia. No.

Lagi-lagi kalau melibatkan maruah, duit dan kerja kau.

Aku rasa sekarang Allah tengah uji aku dengan masalah yang sama 4 tahun lepas. Cuma apa yang bezanya, dengan orang yang lebih berpengalaman, lebih matang, lebih berahsia, lebih banyak angka duit yang diminta, atas alasan bisnes partner. Sekarang ni aku belum dipengakhiran cerita. Aku di tengah-tengah. Tak sabar nak tengok how this story end dan aku boleh catitkan sebagai salah satu experience aku dan dia antara orang yang pernah Tuhan temukan sepanjang perjalanan hidup ni, supaya aku lebih kenal manusia kat dunia ni.

Aku tak salahkan masa lampau, sebab benda dah jadi. Aku tak risaukan masa depan, sebab benda belum jadi. Apa yang aku takutkan ialah present life aku, yang akan menentukan future life. Your future depends on your step that you make now. Either kau bergerak ke belakang or ke depan or kau stay tak bergerak .

Apa yang bagus sebenarnya ialah, bergerak ke depan and tempuh sendiri saat genting tu. Aku pegang kuat dengan quotes yang aku jumpa tiap kali aku jumpa dengan masalah.

"Life is not a problem to be solved, but a reality to be experienced."

Sebab tu aku tak pernah menyesal dengan masa lampau aku sebab itu satu realiti dunia yang bukan semua orang alami. Aku bersyukur ditemukan dengan insan-insan tersebut.

Tapi pernah dengar satu quote lagi?

"Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me."

So. Pernah kena sekali kan? I'll make sure yang aku takkan terkena untuk kali kedua. No no no. Experience yang lepas sepatutnya buat aku lebih bijak berfikir dan lebih arif dalam menilai, bukan lebih bodoh dalam buat keputusan.


Kadang-kadang, instinct kita betul. Jarang salah. Macam ada satu suara di sudut hati tu kuat cakap, "Don't trust him." "She's lying." "Look, how he try to play the game.." "Your game is cliche.."

Dari memek muka orang, bahasa badan, logik cerita yang dibuat-buat, apa dia cuba sembunyikan, kita boleh detect dengan mata kasar.

Aku penah dapat quote best dari cerita House MD.

"Everybody lies. The only variable is about what."

Memang bukan semua orang penipu. Tapi semua orang pernah menipu. So in this case, kita tak tau bila dan pasal apa diorang tipu. Apa yang aku boleh buat, aku dengar, fahamkan, dan bukan untuk percaya semua yang dicakapkan. Tak kisahlah kau cakap benda betul ke apa. "Everybody lies. If they're not, I'll assume they do. The truth begin with lie."

Macam mana nak elak dengan penipu?

Kita tak boleh elak or tutup mulut orang yang cuba nak tipu kita. Just let them do. Terpulang pada kau sendiri nak percaya ke tak, ada akal boleh fikir. Apa yang boleh aku pesan, jangan main dengan api kalau takde air. Means? Jangan dekat or carik pasal kalau takda ilmu nak kenakan orang tu balik.

Jenis aku, aku kekadang boleh detect orang tu cuba nak menipu, sebab bila menipu, ada body gesture yang kita boleh nampak perubahan, lagi-lagi dari segi logik cerita yang dia sampaikan. kekadang tak sempat pun nak tafsir body gesture dia, tapi aku cepat tangkap dari logik cerita dia. sebab orang bila menipu, otak dia tengah ligat buat cerita. kekadang dia tak sedar, apa yang dia cerita tu tak logik dengan apa yang dia cerita sebelum ni. Jadi, once kita detect ada kepincangan dari sudut cerita dia, kita tanya dia. Orang yang menipu kalau kita hujankan dia dengan pelbagai soalan logik, dia akan kusut.

So, dah tau dia penipu, hujankan dia banyak soalan, tengok jauh mana dia boleh pergi.

Oh shit lah. Aku satu je slack. Kalau masalah orang boleh je bagi nasihat itu ini, tapi bila aku sendiri yang kena, tau pulak terkedu. Balik pada masalah aku sekarang, aku nak kawan lama lagi dengan dia tapi kalau takat kenal baru beberapa bulan, jumpa pun baru 3 kali, family dia pun aku tak kenal, wasep pun takat tanya buat ape kat mane buat ape kat mane, errr bosan! ape je yang boleh aku kenal? aduhaii.. macam yang aku cakap, tembok kena kuat. Nak kawan aku boleh jadi kawan, kau nak tipu, kebas duit or so whatever semua, I really need to deal with this guy dengan cara aku sendiri. Hati kena kering, otak kena fikir logik. Tegas! Tegas! Tegas! dan TEGAS! or lain cara, stop your step and move away. kadang-kadang kita kena undur jugak sebelum terlambat or lagi parah keadaan.

Aku pernah kenakan sorang ni. hahaha. Dia dapat nombor aku dari.. adalah atas kertas laporan yang dia terima. konon nak acah-acah salah nombor lah bagai. memang salah orang lah kau.. aku tanya dia sampai dia mengaku yang dia amik nombor telefon aku masa dia jumpa laporan aku tu.

"saya nak awak jujur. orang yang ada nombor saya hanyalah kenalan saya. saya tak tau kat mana awak kenal saya and mana awak dapat nombor ni, apa yang saya tahu awak bukan salah nombor."


memang tak professional lah citer dia. macam aku cakap, nak kawan aku boleh jadi kawan, tapi once kau tanya alamat, buah hati segala jadah memang tak lah aku proceed. nak miang  miang bagi ayat chia chiaa chiaa pegi kacau budak sekolah.  and sekarang baru aku perasan, sem 6 ni lah aku rasa aku ramai kenal dengan orang. bukan kata feymes, bukannnn.. aku tak feymes pon, aku hanya budak rabun yang gemok yang tengah tak cukup duit nak habiskan degree life yang berbaki lagi setahun. kekadang entah sesape wasep, macam hawau cakap nak kenal, aku tak sedia doe, dengan bizinye aku nak handle life aku, aku terus cakap aku ni jantan. hahahhaha tapi baru baru ni nombor yang sama ada jugak wasep, alasan salah nombor. whatever dude, go to hell.

Ya Allah, cepat cepat lah nak habis belajar, kerja. supaya boleh jumpa ramai orang. luaskan lagi pandangan aku pasal manusia-manusia di muka bumi ni. bukan takat kenal dekat wasep, fb, insta . oh i'm glad i'm not a wechat user anymore. kalau tak lagi serabut.

Laa ilaha illaa anta, subhanaka innii, kuntu minadz dzaalimiin,

Waalaikumusalam wbt
Nurhanis Azhar




No comments:

Post a Comment